You are on page 1of 18

Isi kandungan Bil

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

Perkara Tajuk Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan Definisi 1Malaysia 3 Prinsip Teras 1Malaysia 5.1 Prinsip penerimaan 5.2 Prinsip Kenegaraan 5.3 Prinsip Keadilan Sosial

Muka Surat 3 3-4 4-5 5-6 7 7 7-8 9 9-10 11-12 13-15

6.0

Bidang Sosial Bidang Ekonomi Bidang Pendidikan Bidang Perpaduan

7.0
8.0

9.0 10.0 11.0 12.0

15-16 Bidang Politik 16-17 Kesimpulan 17-18 Rujukan 19

1.0 Tajuk

Gagasan 1Malaysia dengan slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamalan


merupakan pendekatan yang menjadi wadah bagi pembinaan Negara Malaysia yang bersatu padu,maju dan membantu Negara kea rah mencapai wawasan

2020.berdasarkan cabaran dan

pernyataan

diatas,bincangkan yang dilaksanakan

gagasan kerajaan

1Malaysia,cabarandengan menilai

usaha-usaha

sejauhmanakah keberkesanannya serta mengemukakan beberapa cadangan baharu ke arah memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

2.0 Pengenalan Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-

mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Oleh itu, pengunaan bahasa melayu amat penting dalam menjayakan konsep 1Malaysia ini bagi menyatupadukan pelbagai kaum yang ada di Malaysia bagi menjadikan satu bangsa Malaysia.

3.0

Dasar Bahasa Kebangsaan

Sebelum saya menghurai dengan lebih lanjut mengenai peranan bahasa Melayu dalam menjadikan pemangkin 1Malaysia, di sini saya huraikan serba sedikit mengenai dasar bahasa Melayu yang mana harus dijadikan pegangan utama dalam setiap bangsa Malaysia seperti yang diketengahkan oleh konsep satu Malaysia iaitu

menjadikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Dasar Bahasa Kebangsaan merupakan pegangan asas yang paling penting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka, langkah-langkah berikutnya boleh dilakukan, iaitu seperti propaganda, pembinaan dan perluasan penggunaan bahasa pilihan.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan itulah yang menjadi dasar bagi perkembangan bahasa Melayu seterusnya di Malaysia .

4.0

5.0 3 Prinsip Teras 1Malaysia

1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

5.1 PRINSIP PENERIMAAN

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia

5.2 PRINSIP KENEGARAAN

-Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan

Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. -Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. -Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

5.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL

-Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. -Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi

sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaumkaum lain.

-Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

6.0 Bidang Sosial

Bila kita menyebut soal mengenai perpaduan nasional kita sebenarnya tidak boleh lari dari perbahasan mengenai kontrak sosial dan Perlembagaan negara. Seperti disebut oleh Thomas Hobbes dan John Locke bahawa negara diwujudkan sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju terhadap perjanjian itu.

Kontrak sosial dapat ditakrifkan

sebagai satu bentuk perjanjian atau

permuafakatan di kalangan anggota masyarakat yang mana perjanjian itu pada adat atau kebiasaannya dikanun atau ditulis di dalam perlembagaan sesebuah negara itu. Ini turut berlaku di negara kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan ada dicatatkan hak-hak kerajaan dan hak-hak rakyat.

Melalui kontrak sosial bererti anggota masyarakat bersetuju untuk menyerahkan haknya kepada satu intitusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Dalam konteks demokrasi, sudah tentu institusi berkuasa dan berdaulat itu adalah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat secara demokratik melalui proses pilihan raya. Semangat kontrak sosial sentiasa dipelihara dalam setiap wawasan dan dasardasar yang dilaksanakan kerajaan. Hari ini, kepimpinan negara yang diterajui oleh beliau memperkenalkan Gagasan 1Malaysia dengan falsafah pentadbiran Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Matlamat gagasan ini amat jelas iaitu memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Oleh itu, konsep 1Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar Bangsa Malaysia dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.

Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya ,peraturan dan bahasa terutamanya bahasa melayu yang praktik bagi menambah kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap

hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, gagasan

1Malaysia yang diperkenalkan turut memberi fokus terhadap pembelaan kaum minoriti dan juga kaum tertentu yang ketinggalan dalam arus pembangunan sosioekonomi negara. Prinsip kesederhanaan menjadi roh dan inti pati gagasan 1Malaysia yang bertujuan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Oleh itu, untuk melengkapkan lagi kontrak sistem sosial ini, bahasa melayu perlu diangkat dan diguna pakai sebagai bahasa perpaduan dan dijadikan lambang penyatuan suara yang boleh digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia terutamnya di malaysia yang terdiri dari berbagai kaum yang mana seharusnya boleh berfungsi sebagai alat

menyatupadukan setiap rakyat yang berbilang kaum dalam negara. Dari itu, cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Gagasan 1 Malaysia seharusnya boleh membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya dan aspek terpenting untuk membentuk satu budaya iaitu melalui satu bahasa dan satu suara terutamnya pengunaan bahasa melayu.
7.0 Bidang Ekonomi

Malaysia masih muda jika diukur usianya dari saat keramat tarikh kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Namun melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, kita boleh berbangga, kerana dalam tempoh

singkat, Malaysia berjaya melepasi pelbagai keluk cabaran, malah dalam beberapa keadaan tertentu, kita pernah mendahului pemikiran serta pencapaian beberapa negara berkelas dunia.

Persekitaran ekonomi yang semakin mencabar menuntut kebijaksanaan kita mencorak pengurusan ekonomi agar lebih dinamik dan responsif. Trend

pertumbuhan

ekonomi agar lebih dinamik dan responsif. Trend pertumbuhan

ekonomi global yang semakin mementingkan inovasi dan kreativiti menyebabkan kita boleh lagi berpaut sepenuhnya kepada struktur ekonomi lama.

Aspek peraturan kewangan global yang semakin bergerak pantas ke arah perubahan agresif pula menuntut institusi kewangan kita mempunyai piawaian urus tadbir dan pengurusan risiko yang berkesan. Kita sebenarnya tiada pilihan melainkan berubah. Jika tidak, kita terpaksa berdepan risiko kehilangan momentum pertumbuhan ekonomi dan pasaran.

Inilah antara perkara ditegaskan Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada acara Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur. Beliau mengingatkan bahawa keupayaan dalam membuat keputusan dasar dalam semua pasaran kewangan perlu dipertingkat dan diberi perhatian serius. Ini penting untuk mengelak kesan lebih buruk kepada ekonomi negara.

Sejak dinobatkan sebagai Perdana Menteri, kesungguhan yang cukup tinggi dan serius bagi memulihkan kedudukan ekonomi negara yang terjejas akibat krisis kewangan global yang belum menampakkan pemulihan menyakinkan. Justeru, langkah dan pendekatan yang beliau ambil adalah ke arah menyediakan respons agresif untuk mengekang impak kemurungan ekonomi global. Secara kesimpulanya, untuk memertabatkan bahasa melayu dalam bidang ekonomi, keseluruhan rakyat atau pun bangsa Malaysia ini perlu lebih tegas menaikan kepengunaan bahasa Melayu dalam setiap aspek ekonomi yang mereka ceburi. Sebagai contoh, setiap pengerak ekonomi negara terutamnya sektor awam haruslah mengunakan bahasa melayu dengan betul dan tidak mengunakan bahasa pasar kerana telah sedia maklum peruntukkan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan-urusan rasmi dalam kerajaan.

Dimikian juga sektor swasta yang lain, mereka juga harus mengunakan bahasa melayu dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan haruslah menegaskan kembali pengunaan bahasa melayu supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara menggunakan bahasa Melayu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat umum.

8.0 Bidang Pendidikan

Selepas lebih 50 tahun kita merdeka, kini sudah sampai masanya semua pihak menerima kenyataan bahawa satu sistem pendidikan kebangsaan adalah jalan terbaik untuk 'menghapuskan polarisasi kaum dan pada masa yang sama mengukuhkan hubungan kepelbagaian kaum di negara ini'. Cadangan ini seharusnya diterima sebulat suara oleh para pemimpin kerajaan dan rakyat yang mengaku dirinya rakyat Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun, pendidikan adalah asas pembinaan yang amat penting bagi membentuk satu bangsa yang kukuh bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia. Sistem pendidikan di sesebuah Negara boleh menjadi salah satu kunci untuk mewujudkan perpaduan di antara etnik. Ini kerana sekolah serta institusi pengajian tinggi merupakan sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang dapat mengajar serta menerapkan nilai-nilai murni dan memudahkan setiap pelajar menghayati proses sosialis kerana sekolah menempatkan pelbagai kaum di bawah satu bumbung. Melalui penyeragaman bahasa penghantar iaitu bahasa Melayu, sukatan pelajaran serta pakaian sekolah di sekolah kebangsaan merupakan salah satu elemen yang dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum di dalam sekolah. Di mana dengan adanya bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ia akan menggalakkan pergaulan di antara pelajar yang berbilang etnik yang akhirnya

akan mewujudkan semangat 1Malaysia sebagai satu bangsa Malaysia. Di samping itu, pendekatan yang digunakan melalui subjek pendidikan Islam dan moral juga turut membantu memberi pendekatan yang lebih baik kepada para pelajar untuk memahami agama, keperluan moral, sosial serta adat dan budaya kaum masingmasing. Meskipun sistem persekolahan Negara, tidak mempunyai aliran pendidikan tunggal, sekolah tetap merupakan pusat integriti terbaik yang dapat

menggabungkan semua aliran persekolahan sama ada sekolah kebangsaan, sekolah cina atau sekolah India. Ini kerana melalui konsep 1Malaysia ia menggalakkan setiap sekolah untuk mencari kesempatan untuk berinteraksi dengan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama. Ini kerana dengan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama ianya memberi peluang kepada pelajar yang berbilang bangsa untuk berinteraksi antara satu sama lain di samping mengeratkan perpaduan antara kaum serta mengukuhkan lagi pemahaman agama, adat serta budaya kaum masing-masing. Hak ini telah diperkenankan dalam perlembagaan persekutuan dalam perkara 12 yang mengiktiraf nilai pendidikan dalam konsep 1Malaysia. 9.0 Bidang Perpaduan Telah diketahui, sejak peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan boleh alat perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat

negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional.

Oleh itu Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini akan mampu mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa saling hormat menghormati antara pelbagai kaum di negara ini.

Dalam Penyata Razak, telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957 yang mana Ordinan ini mewajibkan semua jenis

sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk memupuk perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan

ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

10.0

Bidang Politik Dalam memperkembangkan membudayakan bahasa Melayu dalam gagasan

1Malaysia adalah amat mudah dan yang paling penting, setiap warga

Malaysia

harus memainkan peranannya. Untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ahli-ahli politik perlu memberi contoh dan teladan serta menggunakan semaksimum kepenggunaan mungkin bahasa peranan Melayu mereka dalam sebagai wahana pemimpin politik utama dalam

dalam

menentukan

penggunaan bahasa negara bangsanya. Dengan penggunaan bahasa yang betul dan tepat pada masanya oleh ahli-ahli politik ini. Maka, lebih banyak kumpulan penutur dan para pemerhati yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ahli masyarakat. Secara tidak langsung, kehadiran kumpulan ini akan dapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbagai bidang. Contohnya, jika ahli politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang

tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arena nya begitu juga dengan golongan-golongan yang lain.

11.0

Kesimpulan Konklusi nya, pendekatan secara tuntas perlu diambil setiap pihak berwajib

sama ada pihak kerajaan mahupun masyarakat dalam memulihkan dan meneguhkan semula Bahasa Melayu dalam diri setiap masyarakat terutamanya bangsa Melayu demi menjayakan gagasan 1Malaysia. Malahan setiap

perancangan tidak harus sekadar melepas batuk di tangga semata-mata sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan efektif. Ini dapat dilihat bagaimana langkah kerajaan membentuk Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya yang diumumkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia dalam Majlis Perasmian Seminar Pengajian Melayu . Oleh itu, inisiatif sebegini perlu diteruskan. Maka martabat Bahasa Melayu dapat diangkat semula selari dengan Wawasan 2020. Selain dari itu, realiti yang telah berlaku membuktikan bahawa kecemerlangan sesuatu bangsa itu bukan terjadi menerusi sesuatu bahasa asing yang dipelajari, malah kecemerlangan tersebut datangnya daripada bahasa sendiri yang menjadi teras pengembangan ilmu. Masyarakat Jepun yang kurang menggunakan bahasa Inggeris telah mampu memajukan negara mereka menjadi kuasa besar dunia berbanding negara India yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan masih mundur dan dihina. Matlamat dan misi untuk

mengantarabangsakan bahasa Melayu akan menjadi satu realiti jika setiap warganegara Malaysia memainkan peranan masing-masing dalam mendaulatkan dan mengembangkan bahasa ini bukan sahaja di peringkat dalaman tetapi menyerlah ke peringkat global.

Ringkasnya, peranan, media massa, kerajaan mahupun sektor swasta dan kita semua sama ada golongan professional atau masyarakat umum sebagai rakyat Malaysia amat penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua aspek. Pelaksanaan memartabatkan bahasa Melayu sewajarnya dilaksanakan secara sukarela dan berterusan agar Bahasa Melayu terus gah gemilang bersaing di persada antarabangsa.

12.0

Rujukan

1. http://www.scribd.com/doc/21560232/1MALAYSIA-KEMAKMURANBERSAMA 2. http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf 3. Jabatan

Perdana Menteri. 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan. Brochure. Putra Jaya JKM,2009.

4. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Jabatan Hal Ehwal Khas. Profil YAB Dato Seri Najib Tun Razak.
5. Mohd Ayob Abd Razid. Gagasan 1 Malaysia . Ampang: Gempita Maju Sdn. Bhd.

2010.
6. Najib Razak. Perkhidmatan Awam : Meneraju Perubahan, Melangkau Jangkaan.

Putra Jaya:RSOG. 2011


7. Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Mohamad Shah Ashaari, Prof Madya. Kepelbagaian

Budaya Masyarakat. Shah Alam:WiNK, 2009.


8. Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Mohamad Shah Ashaari, Prof Madya. Perpaduan

Teras Pembangunan. Shah Alam:WiNK, 2009. 9. www. 1 Malaysia.com.my


10. www.malaysia.gov.my 11. www.1Malaysia.com.my

You might also like