You are on page 1of 29

SENARAI KANDUNGAN

1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Objektif Kajian 4. Kaedah Kajian 5. Hasil Kajian 6. Rumusan 7. Lampiran 8. Rujukan

PENGHARGAAN

Saya Muhammadd Syahmi Afiq bin Nizam dari kelas 2 Harapan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan kerja kursus sejarah ini . Pertamanya ,saya ingin menggucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan pembelanjaan untuk menjalankan kajian ini . Kedua, terima kasih kepada diucapkan kepada guru sejarah saya iaitu Encik Pok Kim Chan yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini . Akhir sekali ,ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan

PENDAHULUAN
Bagi memenuhi sukatan pelajaran Sejarah bagi Tingkatan 2, kami dikehendaki membuat sebuah buku skrap. Saya telah memilih tajuk SEJARAH SEKOLAH SAYA sebagai tajuk folio Sejarah saya. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah mengkaji SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN 2 dari beberapa aspek. Antaranya termasuklah pengenalan sekolah, sejarah awal sekolah, pentadbiran sekolah serta pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah. Dengan adanya folio ini, kita dapat mengenal dengan lebih teliti tentang latar belakang SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN 2. Selain itu, tugasan ini dapat memupuk semangat cinta akan sekolah di kalangan pelajar SMKTJ2.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dapat mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang.

Saya dapat mengenali nama,lambang,logo,lagu,visi,misi,dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah.

Selain itu,saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul,merekod,dan menganalisa maklumat mengenai sekolah.

Melalui kajian ini,dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.

Seterusnya dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.

KAEDAH KAJIAN

1. Keadah menemu bual orang sumber:Saya telah menemubual beberapa orang guru antara yang awal mengajar di sekolah ini tentang sejarah sekolah.Beliau sudi berkongsi maklumat dengan saya. 2. Kaedah buku/majaalah teras sekolah:Saya telah membuat rujukan dari majalah rasmi sekolah dan bahanbahan bercetak yang lain yang pernah diterbitkan oleh pihak sekolah 3. Kaedah analisis:Semua data dan maklumat yang diperolehi daripada orang sumberdan segala bahan akan dianalisis terlebih dahulu.segala maklumat adlah tepat ,tidak berlaku percanggahan dan pemalsuan fakta tentang fakta sekolah 4. Kajian penyelidikan pusat sumber sekolah:Saya membuat rujukan daripada buku ilmiah ,akbar dan majalah di Pusat sumber sekolah yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini . 5. Pemerhatian sekeliling sekolah:Saya telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah dan merakamkan beberapa keping gambar keadaaan sekolah yang terkini yang boleh dibandingkan dengan keadaan asal sekolah ketika ini mula ditubuhkan

HASIL KAJIAN Pelan Lokasi Sekolah

1.

2.

Kedudukan Kelas Bagi Tahun 2010

3.

Bendera Sekolah

BERILMU, BERDISIPLIN, CEMERLANG

4.

Visi Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 Akan Menjadi Sekolah Contoh di Daerah Hulu Langat Menjelang Tahun 2010

5.

Misi Sekolah Untuk menjadi sekolah contoh di daerah Hulu Langat, warga sekolah akan berusaha:* Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang. * Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti Kokurikulum. * Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa pelajar. * Melaksanakan system pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus. * Mewujudkan persekitaran yang kondusif.

6.

Moto Sekolah BERILMU , BERDISIPLIN , CEMERLANG

7.

Lagu Sekolah Bersama kita mengorak langkah Di SMK Taman Jasmin 2 Dengan berkobar semangat jitu Meredah masa menimba ilmu SMK Taman Jasmin 2 Megah berdiri kebanggaan kami Melahirkan insan yang cemerlang Impian ayah bonda, harapan negara **Korus Berilmu berdisiplin cemerlang Berganding bahu satu tekad Kami berjanji patuh dan setia Merealisasi wawasan negara Bersopan santun berpekerti mulia Hormati guru sayangi rakan Amalan tradisi kami warga SMK Taman Jasmin 2 (Ulang Korus) Kejayaan kami.... Kebanggaan wargamu...

Lirik Lagu

:Pn. Zunarizan Muhamad :Encik Muhammad Izham

10

8.

Lencana Sekolah

Kuning - Lambang Kehormatan dan Kemantapan Merah- Kejituan dan Kekenatlan Semangat Biru - Keunggulan dan Kewibawaan Putih - Kesucian dan Kemurniaan Hati Guru Mendidik Hitam - Ketahanan Diri Yang Dijadikan Tonggak Tatacara Kehidupan di Sekolah

11

9.

Falsafah Sekolah
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembankan lagi potensi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

10. Sejarah

Sekolah

Inilah sekolah kebanggaan kami, SMK Taman Jasmin 2.Tempat kami menimba ilmu. Tersergam indah di pinggir bandar Kajang dengan diapit oleh 2 taman perumahan iaitu Taman Jasmin dan Taman Kajang Prima.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Kajang. Sekolah ini telah dibina secara runding terus di bawah Penyeliaan Syarikat Kinta Samudera. Pembinaan sekolah telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002. Sekolah ini telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada 17 Disember 2002. Kos pembinaan sekolah berjumlah RM 19,774,182.136. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 26 orang guru, 343 orang pelajar Tingkatan 1 dan kelas peralihan serta 6 orang staf sokongan. Pada tahun 2010 ini SMKTJ2 mempunyai pelajar melebihi 2300 orang.Sekolah ini masih lagi beroperasi untuk 2 sesi iaitu sesi pagi
12

terdiri daripada pelajar ting.3 hingga ting. 5 dan sesi petang pula melibatkan pelajar Peralihan, Ting. 1 dan Ting. 2. Jumlah kaunselor yang dibekalkan ke sekolah adalah 5 orang. Pengetua kami Pn Norbayah bt Ishak, PK Akademik Pn. Kamisah bt Ali, PK Hal ehwal Murid (HEM) En. Aziz bin Atan dan sekolah menerima PK Sesi Petang yang baru iaitu Pn. Maziah bt Yusof sementara PK Ko masih dikekalkan oleh Pn. Norlidah bt Mohd Said. SMKTJ2 kini mempunyai 138 orang guru iaitu 113 guru wanita dan 7 guru lelaki dan 10 staf sokongan

11.

Ikrar Pelajar Sekolah Taman Jasmin 2


Maka Kami, Pelajar-pelajar SMK Taman Jasmin 2, berikrar dan berjanji akan: * patuh dan taat kepada tuhan. * hormat dan kepada ibubapa dan guru-guru. * Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kokorikulum sekolah. * Menjaga nama baik sekolah dan ibubapa serta diri sendiri. * Menjadi insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. * Serta Menjadikan SMK Taman Jasmin 2 * Sebagai sekolah contoh di daerah Hulu Langat pada tahun 2010

13

12. Maklumat Sekolah A. Pentadbir Sekolah

B.

Tenaga Pengajar

C.

Bilangan Pelajar

14

D.

Kakitangan Sokongan Mengikut Jawatan

15

13. Carta Alir Jawatankuasa SMK Taman Jasmin 2

16

14. Senarai

Jawatankuasa PIBG SMK Tmn Jasmin 2

17

15. Aktiviti Unit Kurikulum 2009

18

16. Aktiviti Unit Kokurikulum 2009

19

Rumusan Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan .Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini ,saya berbangga kerana bersekolah di sekolah menengah kebangsaan Taman Jasmin 2 ini kerana mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan berwibawa . Peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu dikalangan pelajar dan marsyarakat. Saya akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru dan orang lain yang sama-sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Disamping itu saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah .Ini dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawap bersama semua pihak.

20

Sekolah saya juga menyediakan pelbagaikan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua warga sekolah sepatutnya merasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin. Insyaallah saya akan sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian diri dari aspek akademik ,kokurikulum dan sebagainya untuk meningkatkan imej sekolah di mata marsyarakat khususnya di daerah Hulu Langat. SMK Taman Jasmin 2 adalah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina,India dan sebagainya .Ini memberi peluang kepada semua pelajar bersama-sama menjalankan hubungan yang erat dan mesra ke arah mencapai tujuan dan maklamat perpaduan nasional.

21

Lampiran *SMK TAMAN JASMIN 2

Pandangan hadapan sekolah saya, SMK Taman Jasmin 2, Kajang

22

Pandangan blok diambil dari Dataran Perhimpunan sebelum dataran ini berbumbung.

23

*PUSAT SUMBER SEKOLAH

Gambar diambil dari hadapan pintu masuk ke PSS.

24

*BILIK KEMAHIRAN HIDUP

Suasana selesa di Bilik ERT sekolah saya.

25

*BILIK SENI

Suasana ceria ketika pembelajaran subjek Seni Visual di bilik seni

26

*SURAU SMK TAMAN JASMIN 2

Ketika tibanya waktu solat, pelajar-pelajar Islam menunaikan solat di surau sekolah kami.

27

RUJUKAN

1.

Saya telah membuat rujukan dari majalah rasmi sekolah, dan bahan-bahan bercetak yang lain yang pernah diterbitkan oleh pihak sekolah.

2. Saya juga menyoal beberapa orang yang lebih dalam mengenali sekolah ini.

3. Saya juga menggunakan INTERNET untuk mencari lebih maklumat. Laman web http://www.smktj2.edunet.my/

4.

5.

Laman web SMK Taman Jasmin 2


http://www.facebook.com/group.php?gid=13672355233

28

29

You might also like