You are on page 1of 35

TAHUN 2014

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Nama Sekolah : SK ULU MERADONG
Alamat Sekolah : SK ULU MERADONG
d/a Pejabat Pendidikan
Daerah Meradong,
96500 Bintangor.
Lokasi Sekolah : Terletak lebih kurang 12 KM
dari jalan raya utama
Kod Sekolah : YBB 6314 (AS 927)
No. Telefon : -



Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR berterusan pada setiap tahun.
Mempertingkatkan kecemerlangan aktiviti ko-kurikulum di peringkat sekolah,
daerah, bahagian dan Negara.
Meningkatkan pembentukan sahsiah murid melalui penghayatan nilai-nilai
agama dan nilai-nilai murni.
Mengamalkan budaya kerja berpasukan disertai itizam dan keikhlasan bagi
melahirkanindividu yang berilmu dan berakhlak mulia.




MELAHIRKAN MURID-MURID YANG
CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM,
DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
SK Ulu Meradong dinamakan sempena nama sungai yang
berdekatan dengan kawasan sekolah iaitu Sungai
Meradong.
Dibina pada sekitar tahun 1960 atas usaha penduduk
kampung yang diketuai oleh Encik Antas ak Pengiran
dengan kelulusan oleh pihak Local Council tanpa
sebarang bantuan pihak kerajaan iaitu hanya bersandarkan
hasil usahasama gotong-royong oleh para Ahli
Jawatankuasa Sekolah dan penduduk kampung.
Mula beroperasi pada 1961.
Hanya sekitar tahun 1964, bangunan sekolah sementara
yang pertama yang mempunyai dua buah bilik kelas,
rumah guru dan dua unit tandas telah dibina oleh
kerajaan, di mana pembukaan rasminya telah dilakukan
oleh YB Encik Anthony Teo pada 27 Julai 1974.

Pada 1980, bangunan tambahan yang mengikut pelan
telah didirikan. Ia terdiri daripada 3 buah bilik kelas,
sebuah bilik guru, bilik Guru Besar, bilik Sumber dan
makmal Sains yang telah diubahsuai. Selain itu, dua unit
Berek kelas H dan enam unit tandas guru dan murid telah
dibina dan digunakan pada tahun 1981.

Pada tahun 2004, tambahan enam unit tandas guru telah
dibina di sekolah ini.
Bekalan elektrik dinikmati sejak tahun 1992 sementara
bekalan air pula dinikmati semenjak tahun 2002.
Jalan menuju ke sekolah 15% berturap.
Enam unit tempat letak kereta yang beratap spandek,
bertiang besi dan berlantai simen dibina atas ehsan
Pejabat Pelajaran Daerah Meradong pada akhir tahun
2003.
Pagar Sekolah (separuh sahaja) dibina atas ehsan
Pejabat Pendidikan Daerah Meradong pada akhir tahun
2013.

BIL. TAHUN NAMA GURU BESAR JANTINA BANGSA
1. 1961 - 1963 En. Takim Agan Lelaki Iban
2. 1964 - 1966 En. Hillary Tawan Lelaki Iban
3. 1967 - 1972 En. Anthony Philip Lelaki Iban
4. 1973 - 1978 En. William Seman Lelaki Iban
5. 1979 - 1982 En. James Jinggan Lelaki Iban
6. 1983 - 1985 En. Gilbert Bejie Lelaki Iban
7. 1986 26.08.1992 En. John Laytit Lelaki Iban
8. 01.12.1992 19.04.1993 En. Yusuf Bin Olek (Memangku) Lelaki Melayu
9. 19.04.1993 22.06.1993 En. Awangku Ibrahim B. Awangku Hosain Lelaki Melayu
10. 23.06.1993 15.02.1994 En. Yusuf Bin Olek (Memangku) Lelaki Melayu
11. 15.02.1994 15.09.1995 En. Raymond Tanny Lelaki Melanau
12. 16.09.1995 31.08.1996 En. Yusuf Bin Oleh (Memangku) Lelaki Melayu
13. 18.11.1996 30.04.2003 En. Senin Ak Ramping Lelaki Iban
14. 01.05.2003 30.04.2005 Pn. Bernadine Ak Patrick Unyat Perempuan Iban
15. 02.05.2005 Sekarang Pn. Pauline Ak Thomas Perempuan Iban
1961 Terdapat seorang guru yang bertindak
selaku guru dan Guru Besar.
2014 12 orang guru dan 2 orang AKS
(Bukan Guru)
Empat orang kakitangan berbangsa Melayu, 5
orang berbangsa Iban dan tiga orang
berbangsa Cina.
Empat orang guru lelaki dan 8 orang guru
perempuan.
Seorang PPM Prasekolah dan seorang PT
sekolah rendah.
1961 18 orang pelajar yang mula-mula sekali
bersekolah.

2014 seramai 50 orang (37 orang pelajar
sekolah rendah dan 13 orang pelajar prasekolah)

99.8% pelajar berbangsa Iban dan 0% pelajar
berbangsa Cina dan 0.1% berbangsa Melayu.

Semua pelajar terdiri daripada anak petani.

Sebahagian pelajar berjalan kaki ke sekolah dan
sebahagian pelajar dihantar ibubapa dengan
menggunakan kenderaan sendiri Motosikal.
GURU BESAR
PAULINE AK THOMAS
DGA 34 (KUP)
PK HEM
WONG SIA HI
DG41
PK 1
KUMBANG AK TIMBANG
DG41
PK KK
LOUIS ANDING
DG41
GURU DATA
DYG HANIDA BT. ABG. USOP
DG41
GURU PEMULIHAN KHAS
ROSELIND KEMBAGN AK SULAI
DG41
GURU
LAU THINE THINE
DG41
GURU
MARIANI BINTI PANNUH
DG41
PEMBANTU TADBIR
CHIENG SU BEE, N17
PPM
CHRISTINA AK MICHAEL
N17
GURU
NORHAIDA BT. MOHAMAD @ NORDIN
DGA32 (KUP)
GURU
RAHMAH BINTI SALLEH
DGA32 (KUP)
GURU PRA
MOHD. AZHAR BIN ROSLEE
DG41
GURU
ONG HWEI YIN
DG41
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungajawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Datang awal setiap hari bertugas.
Beretika pakaian dan keperibadian baik dan positif.
Menangi tugas dengan amanah ,jujur,cekap dan penuh tanggungjawab.
Mencatatkan kedatangan dan masa balik dalam buku daftar kedatangan.
Meminta kebenaran rasmi daripada Guru Besar jika ada urusan luar sekolah yang amat penting.
Mengamalkan sikap mesra, muhibah dan toleransi dengan rakan sejawat.
Membuat persediaan mengajar dengan rapi , teliti dan sebaik mungkin.
Menyampai inti pati pelajaran dengan cara yang berkesan.
Sentiasa berusaha memastikan murid-murid memahami semua perkara utama dalam setiap isi pelajaran yang
diajar.
Sentiasa berusaha menyesuaikan pengajaran selaras dengan kemampuan murid-murid.
Memberi lebih banyak latihan dalam bentuk lisan dan juga bertulis kepada semua murid.
Memberi kelas-kelas tambahan kepada semua murid yang bakal menduduki UPSR
(semua mata pelajaran teras dilibatkan)
Mendidik semua murid agar menghayati sikap tekun, gigih dan tabah menimba ilmu.
Mewujudkan suasana harmoni, ceria dan kondusif dalam bilik kelas.
Menangani, membimbing dan menegur murid-murid yang bermasalah. (menegur on the spot) pada setiap
masa dalam perkara salahlaku, adab dan kebersihan.
Menyemak buku latihan dan hasil kerja murid dengan teliti dan tanggungjawab.
Memberi contoh teladan yang baik dan adil kepada semua murid.
Membentuk semua murid supaya patuh kepada Tuhan, menghormati guru, ibu bapa dan orang-orang yang
lebih tua dan rakan sebaya.
Menerapkan nilai-nilai murni dan insan seimbang dari segi (JERI ) jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Memberi layanan mesra, cepat dan tepat kepada semua tetamu yang berkunjung ke sekolah.


Waktu Kerja

Guru-guru perlu berada di sekolah dari 7.00 pagi
hingga 1.30 petang untuk hari Isnin hingga Rabu, hari
Khamis dari 7.00 pagi hingga 1.00 petang dan 7.00
hingga 12.00 untuk hari Jumaat. Rekod kehadiran
MESTI dicatatkan dan Guru Besar akan memantaunya.
Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar. Guru-guru juga dikehendaki
menjalankan tugas seperti kegiatan kokurikulum pada
sebelah petang seperti yang telah diagihkan dan
dijadualkan. Apabila tugas-tugas dan jadual telah
diagihkan, ia hendaklah dilaksanakan. Jangan tunggu
arahan Guru Besar lagi.

Tugas Utama (Core-business) berjalan dari
awal hingga akhir tahun

Mendidik dengan penuh komitmen
Keutamaan ialah kerja sekolah
Merancang, menyediakan nota dan ABM, pilih
pendekatan dan strategi yang berkesan, gunakan
waktu mengajar dengan berkesan.
Semak kerja kelas atau kerja rumah murid dengan
teliti.
Proses P&P mesti menarik dan berkualiti.
Jangan duduk dalam bilik guru apabila ada waktu
mengajar.
Jangan duduk ketika menyampaikan pengajaran.

Akademik

BM, BI, M3 dan Sains adalah mata pelajaran teras. Semua
murid Tahun 6 mesti lulus dalam UPSR.
Guru-guru Tahun 6 mesti habiskan sukatan pelajaran masing-
masing pada atau sebelum bulan Jun.
Panatia hendaklah mengesan kelemahan mata pelajaran dan
merancang strategi.

Kokurikulum

Semua guru dan murid wajib hadir untuk kegiatan
kokurikulum seperti yang telah diagihkan.
Guru Besar memantau kegiatan dari awal tahun hingga akhir
tahun.
Ketidakhadiran untuk kokurikulum dikira ponteng melainkan
sebab-sebab ketidakhadiran diberitahu awal kepada Guru
Besar atau Guru Penyelaras.
Perancangan kokurikulum perlu didokumentasikan untuk
sepanjang tahun.

3K

Kebersihan, keceriaan dan keselamatan.
Tanggungjawab semua warga sekolah.
Bilik kelas mesti selamat. Guru-guru yang bertugas
semasa kegiatan KK harus memberi taklimat
keselamatan dan pastikan langkah keselamatan
dititikberatkan. Guru-guru juga perlu mengawal alat-
alat yang dipakai semasa kerja sekolah.
Guru-guru perlu catat atau merekod keselamatan,
perkara yang perlu tindakan Guru Besar.
Jangan sesekali membiarkan murid-murid bekerja
tanpa diawasi.
Alat-alat yang digunakan semasa kerja KK perlu
dicuci selepas digunakan dan pastikan jumlah yang
sama dihantar ke dalam stor.


Nilai / Kod Etika Guru

Kepimpinan melalui teladan.
Pakaian
Jangan terlibat dalam kegiatan politik dan segala P & P mesti bebas
daripada unsur-unsur politik (seperti soalan ujian dan perbincangan
kelas).
Jalankan kerja seperti yang diagih dan dijadualkan.

Buku Rekod Persediaan Mengajar

Perlu lengkap dan sentiasa kemaskini. Dokumen / Rekod penting
untuk LNPT.
Perlu lengkap pada tempoh masa dan tarikh seperti dalam kelendar
hari persekolahan.
Markah-markah dan pencapaian murid perlu direkod pada buku ini.
Maklumat peribadi pada bahagian depan buku perlu dilengkapkan.
Maklumat peribadi pada bahagian depan buku perlu dilengkapkan.
Objektif pengajaran, set induksi, perkembangan isi, ABM, KBKK dan
latihan / kerja rumah mesti dicatat dengan jelas.

Disiplin Murid

Setiap guru adalah guru disiplin.
Pakaian sekolah. (Kuku, rambut dan lain-lain perlu
diperhatikan juga).
Kebenaran keluar dari sekolah mesti didapati daripada
guru matapelajaran dan pastikan tidak lebih daripada
dua orang murid keluar pada satu-satu masa.

Kursus

Guru-guru yang berkursus perlu menyediakan latihan
untuk kelas dan diserahkan kepada Guru Besar.
Segala bahan kursus perlu diserah kepada Guru Besar.
Taklimat ringkas tentang kursus perlu diberi kepada
Guru Besar dan latihan perlu diadakan secepat
mungkin (jika perlu).

Pencerapan Kelas

Guru Besar / Penolong Kanan / Ketua Panitia
matapelajaran akan menjalankan pencerapan &
pengajaran.
Pemerhatian dari luar bilik kelas.
Pemerhatian P&P dalam kelas.

Agenda Mesyuarat Panatia Mata Pelajaran

Pelan tindakan.
Rancangan pelajaran tahunan.
Kekerapan latihan kelas, rumah dan jenis latihan.
Rancangan aktiviti tahunan agihan tugas.
Laporan mesyuarat hendaklah dihantar kepada Guru
Besar.

Komputer / Lap Top Sekolah

Untuk kerja rasmi sahaja. Permainan dan kerja peribadi tidak
dibenarkan. Disket hendaklah disimpan di bilik komputer dan guru-
guru tidak dibenarkan membawa disket dari luar atau disket ke luar.
Penggunaan lap top keluar dari sekolah perlu direkod. Tidak dibenar
sama sekali untuk urusan peribadi.

Cuti Rehat Khas / Cuti Sakit / Cuti Tanpa Rekod / Cuti Tanpa
Gaji

Merupakan kemudahan dan bukan hak.
Perlu dipohon secepat mungkin.
Sijil sakit hanya merupakan dokumen sokongan doktor maka guru-
guru yang sakit perlu hubungi Guru Besar secepat mungkin (untuk
urusan sit in) dan mengisi borang permohonan cuti.
Cuti tidak boleh diambil untuk memanjangkan cuti rasmi.
Cuti tidak boleh diambil sesuka hati.
Segala kelas yang terjejas disebabkan oleh cuti-cuti hendaklah diganti
dengan kelas tambahan.

Hubungan Dengan Murid

Tegas tetapi penyayang.
Arms distance jangan terlalu mesra.
Tidak boleh bawa murid keluar atau jumpa di rumah.
Segala aktiviti luar / tambahan hendaklah mendapat kebenaran Guru
Besar dan ibu bapa murid.

Ketepatan Masa

Sentiasa tepat pada masa yang ditetapkan terutama masuk kelas dan
KK.
Boleh menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan atau
dirancangkan.

Kekerapan Perbincangan

Perbincangan tentang sasaran kerja tahunan
pelan tindakan sepanjang tahun bagaimana dilaksanakan
Pencapaian kerja bulanan / tahunan
pencapaian kerja secara bulanan

Tugas Semasa Cuti

Tugas semasa cuti perlu dihadiri dan dilaksanakan
oleh guru seperti yang diagihkan.
Rekod kedatangan perlu dicatatkan pada jadual
kedatangan staf.
Apa-apa yang mungkin berlaku perlu direkod dan
dilaporkan kepada Guru Besar atau Pejabat
Pendidikan Daerah Meradong (PPDM).
Pastikan bilik-bilik kelas, bilik guru, bilik Guru
Besar, stor dan tandas sentiasa berkunci.
Tidak hadir semasa bertugas cuti sekolah adalah
satu kesalahan. Sila lihat lampiran daripada
Jabatan Pendidikan Bahagian Sarikei 2001.
Pastikan pekerja pembersihan menjalankan tugas
dan mengikut skop kerja yang disediakan oleh
pihak kontraktor.
Datang lebih awal, pukul 7.00 pagi.

Mengawasi dan memastikan murid-murid menjalankan tugas-tugas seperti membersih kelas, bilik guru,
pejabat, menyiram bunga dan lain-lain.

Mengawasi murid-murid membaca sifir.

Memastikan murid-murid membunyikan loceng pada masa yang tepat.

Merawat murid-murid yang sakit.

Meronda pada waktu rehat dan membantu mengagihkan makanan semasa RMT bagi guru yang bertugas.

Melaporkan kejadian dengan segera kepada Guru Besar jika berlaku kecemasan yang serius pada hari
tersebut.

Akhir sekali, membuat laporan pada buku catatan bertugas.



...
( PAULINE AK THOMAS )
Guru Besar,
SK Ulu Meradong.

Melahirkan insan yang celik huruf dan celik angka serta menguasai Kemahiran Asas 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira) apabila tamat persekolahan enam tahun.

Mempastikan kadar peningkatan kelulusan meningkat bagi setiap mata pelajaran.

Mempastikan kadar peningkatan kecemerlangan sebanyak (6%) bagi setiap mata pelajaran.

Mempastikan sekolah dapat mencapai sasaran kelulusan sebanyak 100% untuk UPSR 2014.

Mempastikan 1 orang calon sekolah dapat lulus cemerlang (5A) dalam UPSR.

Mempastikan segala program yang dirancang oleh sekolah dilaksanakan, dipantau, dianalisis
dan diambil tindakan susulan untuk menilai keberkesanannya.

Semua guru di sekolah diberi peluang menghadiri kursus untuk meningkatkan profesionalisme
keguruan serta mempunyai azam untuk pembangunan diri.

Penggunaan teknologi maklumat dan segala sumber yang terdapat di sekitar dan di dalam
sekolah dimanfaatkan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran
UPSR sebanyak 100% (7 orang calon), melebihi
kelulusan peringkat Daerah/Bahagian.

Sekurang-kurangnya seorang calon mendapat
kelulusan kecemerlangan 5A iaitu 14.3%.

Peningkatan pencapaian UPSR sekurang-
kurangnya 6% setiap tahun.

Peningkatan kualiti sebanyak 8% bagi setiap mata
Pelajaran.


Bil. Nama Guru Target
BM 1
Sasaran
BM 1
Target
BM 2
Sasaran
BM 2
Target
M3
Sasaran
M3
Target
SN
Sasaran
SN
Target
BI
Sasaran
BI
1. Kumbang
Ak
Timbang
100% 100% 100% 100%
2. Wong Sia
Hui
100% 100%
3. Wong Sia
Hui
100% 100%
4. Pauline Ak
Thomas
100% 100%
PERATUS: 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
Bilangan Murid: 7 Orang
Peratus Kelulusan: 100%
Objektif Kurikulum Sekolah ;
Celik angka serta menguasai Kemahiran Asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira),
melahirkan insan yang celik huruf apabila tamat persekolahan Enam Tahun.

Mempastikan kadar peningkatan kelulusan meningkat sekurang-kurangnya 6% bagi
setiap mata pelajaran (UPSR dan PKBS) dari setahun ke setahun.

Mempastikan kadar peningkatan kecemerlangan sebanyak 6% bagi setiap mata
pelajaran.

Mempastikan kadar peningkatan kelulusan dan kecemerlangan dalam keputusan
keseluruhan UPSR meningkat dari setahun ke setahun.

Mempastikan sekolah dapat mencapai sasarankelulusan keseluruhan sebanyak 100%
untuk UPSR 2014.

Mempastikan (1) calon sekolah dapat lulus cemerlang (5A) dalam UPSR 2014.



OBJEKTIF :

Sukan Dan Olahraga

Berjaya menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil ke kejohanan olahraga peringkat
bahagian.
Pertambahan atlet sekolah mewakili zon ditingkatkankan.

Permainan

Berjaya menghantarsekurang-kurangnya seorang wakil pelajar bermain untuk peringkat
zon.
Mengambil bilangan pemain sekolah mewakili MSSR bahagian.

Persatuan Dan Kelab

Menjuarai sekurang-kurangnya satu pertandingan di peringkat zon/bahagian.
Menghantar wakil pelajar untuk mewakili zon dalam sejenis aktiviti bahagian.


Keceriaan Sekolah

Rancangan keceriaan sekolah 5 tahun dilaksanakan supaya menjadi
sekolah dalam taman.
Landskap sekolah diusahakan.

Pembangunan Sekolah ( 2004 2013 )

Membina tempat letak kereta.
Membina dewan RMT
Membina jalan simen ke sekolah
Baik pulih jambatan kayu sekolah
Baik pulih tandas sekolah
Membina sebuah blok sekolah baru
Membina Stor KH.
Membina Stor RMT.
Mengecat semua bangunan sekolah.
Membaikpulih anak tangga sekolah.
Membina anak tangga sekolah.
Baik pulih elektrik semua bangunan sekolah.
Membina Pagar Sekolah (separuh Sahaja).

Jenis Aktiviti Sasaran Pencapaian
Bidang Sukan
Dan Olahraga
* Menjadi salah sebuah sekolah rendah di luar Bandar
yang sedang meningkat di peringkat zon/bahagian
dalam bidang ini.
* Bilangan atlet sekolah bertambah.
Permainan * Menjadi salah sebuah sekolah rendah luar bandar
yang sedang meningkat di peringkat zon/bahagian.
* Bilangan pelajar mewakili bahagian bertambah.
Kelab /
Permainan
* Memenangi satu satu jenis aktiviti bersifat
akademik anjuran bahagian.
* Membentuk perubahan beruniform yang aktif
terhadap pembangunan sekolah dan masyarakat.

Meningkatkan taraf kemudahan di sekolah.
1. Perpustakaan
2. Pusat Sumber
3. Bilik Guru
4. Bilik Darjah
5. Dewan RMT 7. Bilik Guru Besar
6. Bilik Stor 7. Pagar Sekolah (separuh shj)

Menguruskan hal ehwal pelajar di sekolah
berkenaan :

Urusan pinjaman buku teks.
Pendaftaran murid di sekolah.
Urusan pemakanan pelajar
( yang layak menerima RMT ).
Memperuntukkan pelajar layak menerima RMT &
Program susu sekolah.
Urusan biasiswa/KWAPM pelajar murid.
Menguruskan hal disiplin murid.
Menguruskan keceriaan/kesihatan dan keselamatan
murid-murid (PBSS)

Minggu Aktiviti Tarikh
dilaksanakan
Tindakan Catatan
1
(02.01.2014

10.01.2014)
Pembahagian Buku Teks
Mesyuarat HEM
Mesyuarat Pengawas
30.12.2013
02.01.2014
10.01.2014

HEM
2
Ceramah Keselamatan
13.01.2014
HEM

Melahirkan Murid-Murid Yang
Berilmu, Berdisiplin,
Mengamalkan Nilai Murni,
Bersedia Menyumbang
Khidmat Bakti dan
Berwawasan.

You might also like