You are on page 1of 7

Tajuk: SMK Jerantut sehingga kini

Nama Ahli: Wai Zhi Gio, Ng Lee Yuan


Nama Guru: En.Hohd Faziual Bin Zulkeply
Kelas: 1Cambridge
Tarikh: 6/4/2016

1. Latar Belalang Sekolah


Sejarah SMK
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut (SMKJ)
terletak di kawasan yang seluas 32 ekar (pada awal
pembukaannya) adalah satu-satunya sekolah
menengah yang berada di daerah Jerantut pada tahun
1967. Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran pada
masa itu telah merasmikan pembukaan sekolah ini
pada 28 Oktober 1967.

Pada awalnya, sekolah ini ditempatkan secara


sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Jerantut,
Sekolah Rendah Inggeris Jerantut dan di Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) Jerantut. Pengetua Pertama
pada waktu itu ialah En. Jamius Muhammad bagi
Sekolah Menengah Kebangsaan dan En. Sinnathamby
bagi Sekolah Menengah Inggeris. Pada waktu ini, ia
masih lagi berada di peringkat rendah.
Apabila kedua-dua sekolah ini digabungkan, pengetua
baru telah dilantik, iaitu En. Abu Hassan bin Shukur.
En. Lee Kim Woon dilantik sebagai pengetua selepas
sekolah ini dinaik taraf ke peringkat menengah atas.
Beliau ialah pengetua siswazah yang pertama dan
beliau yang mengasaskan sekolah menengah penuh.
Perkembangan sekolah
Pada ketika itu, Sekolah Menengah
Kebangsaan Jerantut (SMKJ) merupakan satu-
satunya sekolah menengah penuh yang
berada di daerah Jerantut sebelum
munculnya Sekolah Menengah Padang
Saujana dan Sekolah Menengah Temin. Jadi,
sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah
yang menerima palajar-palajar tamat
pelajaran sekolah rendah dari semua sekolah
rendah di daerah Jerantut. Ketika itu,
bilangan pelajar-palajar di sekolah ini
mencapai 1170 orang dan kini bilangan
pelajar mencapai 1408 orang. Pertambahan
pelajar juga disebabkan pengambilan peserta
baru dalam rancangan FELDA. Sekolah ini
ketika itu mempunyai 53 orang guru dan kini
pula mencapai sekurang-kurangnya 100
orang guru.
Lambang sekolah dicipta ketika En. Abu
Hassan Shukor menjadi pengetua. Motto
sekolah ialah Maju Terus Maju dan masih
digunakan sehingga sekarang. Dari motto
inilah kemudian En. Ng Chee Sang mencipta
lagu sekolah. Senikata lagu Maju Terus Maju
dicipta oleh En. Ng Chee Sang dan En. Mohd
Khalib A.M. Yusof. Rangsangan sekolah Saya
Mesti Jaya pula dihasilkan semasa En. Nordin
Kayat menjadi pengetua.

Pada tahun 1999, nama Sekolah Menengah


Jerantut telah ditukarkan kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Jerantut. Pengetua
ketika itu ialah Tuan Haji Abas Abdul
Rahman.

Sehingga kini, jika dikira secara rasmi


berdasarkan penubuhannya di satu lokasi
yang tetap, Sekolah Menengah Kebangsaan
Jerantut telah berusia 42 tahun dan telah
dipimpim oleh 15 pengetua sehingga tahun
ini.
2. Identiti sekolah
Misi sekolah: sekolah menengah harian biasa
terbaik daerah jerantut menjelang 2018
Visi sekolah: melahirkan insan cemerlang di
dunia dan akhirat melaui pendidikan
berkualiti serta memenuhi hasrat falsafah
pendidikan kebangsaan
Motto sekolah: maju terus majusaya mesti
jaya

LAGU MAJU TERUS MAJU

BERUSAHALAH MESTI MENCUBA,


KITA MESTILAH BERILMU,
BEGINI CARANYA MAJU TERUS MAJU,
BERUSAHA HINGGA BERJAYA.
**TANGGA KEMAJUAN SAMA DIDAKI,
MASA JANGAN SIA SIAKAN,
UNTUK KEMAJUAN TERUSLAH RAJIN,
KITA DAPAT KEJAYAAN.
BERKEJAR BERMAIN BELAJAR RAJIN,
KITA MESTILAH BERILMU,
BEGINI CARANYA MAJU TERUS MAJU,
BERUSAHA HINGGA BERJAYA.
(ULANG RANGKAP **)
MAJU TERUS MAJU
SAYA MESTI JAYA

3. Peraturan sekolah
1.Menghormati guru
2.Beratur semasa membeli barang
3.Mesti memakai tali leher
Pencapaian sekolah
Bidang akedemik2015: ada 2 orang mendapat 11A
dalam peperiksaan SPM
Bidang kokurikulum: pada kejohanan merentas
desa telah mendapat baik di sekolah
Pertama Bawang Nong
Kedua Tok Gajah
Ketiga Panglima Garang
keempat Mak Kilau
4.harapan anda terhadap sekolah
JERANTUT - Seramai 260 pelajar tingkatan empat
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut
terpilih menyertai Program Remaja Berwawasan
(PRB) yang baharu sahaja dilancarkan semalam.

Majlis pelancaran yang diadakan bertempat di


dewan sekolah itu telah disempurnakan oleh Ketua
Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail.

Azid berkata, pihaknya berbesar hati


menganjurkan program di bawah Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) di sekolah berkenaan.

Menurutnya, program itu memberi peluang kepada


pelajar terpilih mengumpul markah kokurikulum
peringkat kebangsaan yang tidak akan dapat
diperoleh pelajar lain.

Saya harap melalui program yang dilancarkan


serentak seluruh negara hari ini, dapat melahirkan
pelajar pelapis yang akan mewarisi kemajuan
negara di masa akan datang.

Program sebegini memberi kesempatan kepada


kami curah ilmu dan pengalaman dalam bidang
kepolisan dan ketenteraan bagi membantu pelajar
di sekolah sekali gus menjadikan mereka manusia
berguna yang dapat mencorak masa depan,
katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, berdasarkan kajian


dan penelitian yang telah dibuat pihaknya sebelum
ini, SMK Jerantut merupakan sekolah yang bebas
sepenuhnya dari sebarang jenayah.

Pengetua SMK Jerantut, Abdul Rafid Fateh


Mohamed pula berkata, beliau berharap agar
pelajar yang terpilih untuk menyertai program itu
memberi komitmen sepenuhnya sepanjang ia
dijalankan.

Saya juga harap agar pelajar terus mempamerkan


kecemerlangan dari sudut akademik mahupun
kokurikulum sekolah ini, katanya

You might also like