You are on page 1of 15

LAPORAN PELAKSANAAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA SEKOLAH : SK SERI BINTANG SELATAN


KOD SEKOLAH : WBB 0047
TARIKH : 29 JANUARI 2018 (ISNIN)
TEMPAT : DATARAN ILMU, SKSBS
SASARAN : SEMUA PENGAWAS PSS SK SERI BINTANG SELATAN
GPM SEKOLAH : CIK NELAVENI ARJUNAN
GURU YANG TERLIBAT : 67 ORANG
OBJEKTIF :
1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas supaya melakukan tugas yang diamanahkan
oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2. Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas yang telah dilantik dapat menggalas dan
menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.

LAPORAN/AKTIVITI :

Pada 29 Januari 2018, majlis penyampaian watikah pelantikan peringkat sekolah telah diadakan di
dataran ilmu sekolah selepas perhimpunan mingguan. Guru besar sekolah, Pn.Zarina bt Jamil
telah memberi ucapan perasmian. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh guru besar sekolah.
Setelah selesai penyampaian watikah pelantikan, bacaan ikrar telah diadakan. Bacaan ikrar telah
diketuai oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber, Charlize Tan. Ucapan terima kasih diucapkan
kepada semua warga sekolah yang terlibat.

ULASAN/KOMEN/CADANGAN :

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah ini telah berjalan lancar seperti
yang telah dirancang.
LAMPIRAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------------- -----------------------------
(NELAVENI ARJUNAN) ( PN.ZARINA BT JAMIL )
Guru Perpustakaan & Media SKSBS Guru Besar SKSBS
LAPORAN PELAKSANAAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN
MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA SEKOLAH : SK SERI BINTANG SELATAN


KOD SEKOLAH : WBB 0047
TARIKH : 5 - 9 FEBRUARI 2018 (ISNIN - JUMAAT)
TEMPAT : DATARAN ILMU DAN PUSAT SUMBER SKSBS
SASARAN : SEMUA WARGA SK SERI BINTANG SELATAN
GPM SEKOLAH : CIK NELAVENI ARJUNAN
GURU YANG TERLIBAT : 67 ORANG
OBJEKTIF :
1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan guru.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan
sekolah.
3. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti dan menguasai kemahiran
berbahasa dengan baik
4. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat
kepimpinan.
5. Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup
6. Menggalakkan warga SKSBS menggunakan PSS dengan berkesan.

LAPORAN/AKTIVITI :

Majlis Pelancaran Program Nilam dan Minggu Pusat Sumber 2018 telah diadakan dengan
jayanya pada 5 hingga 9 Februari 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa
yang dilantik. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar
sebagaimana yang telah dirancang. Majlis yang dirancang ini adalah usaha PSS dengan Panitia
bagi merealisasikan hasrat KPM dalam melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan. Selain itu, program ini bertujuan untuk
membudayakan sikap rajin membaca dalam kalangan murid disamping meningkatkan kemahiran
berbahasa serta menggunakan PSS sebagai wahana ilmu yang berkesan.

Gimik Perasmian majlis ini diadakan dengan penyerahan sekeping jigsaw puzzle kepada Guru
Besar SKSBS , Pn.Zarina bt Jamil selaku perasmi majlis yang dibawa oleh maskot diiringi oleh ajk
tertinggi pengawas pusat sumber sekolah. Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Program Nilam
dan Minggu PSS telah disampaikan oleh guru besar sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam
ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa membaca menjadi tunggak utama dalam
pelaksanaan P & P. Sehubungan itu murid perlu membina amalan membaca dan menjadikan sikap
suka membaca bagi menjana idea yang kreatif dan inovatif . Dalam erti kata lain, membaca dapat
meningkatkan maklumat dan bakal meningkatkan taraf hidup murid serta bakal menjadi aset
negara yang tidak ternilai. Kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada aspek penggunaan
bahasa perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaian. Usaha ini bertujuan untuk mencungkil
bakat bagi memperkasakan bahasa Melayu dan PSS bertindak sebagai penyumbang utama.
Beliau juga menyarankan agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustakaan untuk mengikuti
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kemuncak acara perasmian berlansung dengan baiknya. Seterusnya majlis diteruskan dengan
pengumuman tentang aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang minggu PSS ini. Majlis perasmian
bersurai pada pukul 9.00pagi.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi mendekatkan warga SK Seri Bintang Selatan
terhadap perkhidmatan yang terdapat di PSS. Penyertaan daripada warga SKSBS amat
menggalakkan. Murid-murid begitu teruja menyertai aktiviti yang telah dianjurkan seperti kuiz
pameran bertema, pertandingan mewarna, meneka bilangan muka surat buku, jualan buku, sesi
bercerita dengan pengarang terkenal dan sebagainya.

Sepanjang Minggu Pusat Sumber,warga SKSBS telah diberi brosur PSS dan Program NILAM
serta cenderahati berupa penanda buku. Moga memberi ilmu dan maklumat mengenai
perkhidmatan yang disediakan oleh PSS. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 26 Februari
2018 yang telah disempurnakan oleh Pn Halizah bt Abd Hamid, PK Pentadbiran SKSBS. Tahniah
diucapkan kepada murid-murid yang memenangi acara pertandingan yang dianjurkan oleh PSS.

ULASAN/KOMEN/CADANGAN :

Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Semoga
dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca
serta melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berdaya saing dalam menimba ilmu.
LAMPIRAN
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------------- -----------------------------
(NELAVENI ARJUNAN) ( PN.ZARINA BT JAMIL )
Guru Perpustakaan & Media SKSBS Guru Besar SKSBS
LAPORAN PELAKSANAAN BENGKEL PENGURUSAN ASAS
PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA SEKOLAH : SK SERI BINTANG SELATAN


KOD SEKOLAH : WBB 0047
TARIKH : 16 MAC 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : PUSAT SUMBER, SKSBS
SASARAN : SEMUA PENGAWAS PSS SK SERI BINTANG SELATAN
GPM SEKOLAH : CIK NELAVENI ARJUNAN
GURU YANG TERLIBAT : 4 ORANG
OBJEKTIF :
1. dapat dilatih dan didedahkan tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses
teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing
iaitu bahagian kaunter, sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan
sebagainya.
2. Diharapkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru dan yang lama akan lebih memahami dan
mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah dan bertanggungjawab menjaga harta awam seperti
buku-buku, majalah, dan semua bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak perlu dijaga
walaupun semasa ketiadaan guru.

LAPORAN/AKTIVITI :

Pada 16 Mac 2018, bengkel pengurusan asas pengawas pusat sumber sekolah telah diadakan di
pusat sumber sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Pn.Halizah bt Abd Hamid telah
memberi ucapan perasmian. Bengkel dimulakan pada pukul 8.15pagi dengan slot pertama iaitu
kursus latihan pengkatalog buku dan pengurusan maklumat pusat sumber oleh Pn.Rosnita, bekas
GPM SKSBS. Selepas rehat, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 telah mengemas
dan menyusun buku-buku di rak. Kumpulan 2 membantu untuk memproses buku-buku baru.
Kumpulan 3 membantu untuk mengemas fail dan stor pusat sumber. Akhir sekali, semua
pengawas diberi sijil dan cenderahati atas penyertaan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada
semua guru yang terlibat.
ULASAN/KOMEN/CADANGAN :

Program ini telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Program yang dijalankan adalah program
yang amat baik dan bersesuaian dengan objektif program ini iaitu melatih dan mendedahkan tentang
pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan
tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter, sirkulasi, bahagian rak
buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan sebagainya. Secara keseluruhan, dengan adanya
bengkel ini diharap para pengawas dapat membantu guru dengan koleksi maklumat yang boleh digunakan
dalam proses P & P seperti bahan bercetak, bahan bukan bercetak dan sumber elektronik. Ini kerana
penggunaan sumber maklumat ini dapat menarik minat pelajar, mempelbagaikan kaedah P&P dan
membantu para pelajar memahami tajuk pembelajaran dan memastikan P&P berkesan.
LAMPIRAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------------- -----------------------------
(NELAVENI ARJUNAN) ( PN.ZARINA BT JAMIL )
Guru Perpustakaan & Media SKSBS Guru Besar SKSBS
LAPORAN PELAKSANAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR TAHUN 2018

NAMA SEKOLAH : SK SERI BINTANG SELATAN


KOD SEKOLAH : WBB 0047
TARIKH : 27 APRIL 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : PWTC
SASARAN : PENGAWAS PSS SK SERI BINTANG SELATAN
GPM SEKOLAH : CIK NELAVENI ARJUNAN
GURU YANG TERLIBAT : 4 ORANG
OBJEKTIF :
1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan
sekolah.
3. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

LAPORAN/AKTIVITI :

Pada 27 April yang lalu, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
pameran buku antarabangsa. Lawatan ini disertai oleh 35 orang murid dan 4 orang guru pengiring.
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki sebuah bas . Setelah setengah jam perjalanan,
kami pun tiba ke tempat pameran buku diadakan. Kami disambut mesra dan diberi taklimat oleh
pegawai yang bertugas. Kemudian, kami dibawa melawat sekitar pameran buku. Pameran tersebut
sesak kerana ramai pengunjung berada di pameran tersebut. Kami dapat melihat banyak buku
terkini yang dipamerkan. (terdapat pelbagai promosi yang menarik untuk melariskan buku).
Murid-murid mengambil peluang untuk membeli buku dengan potongan harga istimewa. Kami
membeli buku rujukan, buku cerita dan beberapa buah majalah. Lawatan ini berakhir pada pukul
12 tengahari. Murid-murid berasa gembira kerana dapat membeli banyak buku. Kami mendapat
pengalaman baharu daripada lawatan sambil belajar ini

ULASAN/KOMEN/CADANGAN :

Program ini telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Objektif telah dicapai.
LAMPIRAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------------- -----------------------------
(NELAVENI ARJUNAN) ( PN.ZARINA BT JAMIL )
Guru Perpustakaan & Media SKSBS Guru Besar SKSBS
LAPORAN PELAKSANAAN MAJLIS PENGANUGERAHAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA SEKOLAH : SK SERI BINTANG SELATAN


KOD SEKOLAH : WBB 0047
TARIKH : 13 NOVEMBER 2018 (SELASA)
TEMPAT : DATARAN ILMU SKSBS
SASARAN : SEMUA WAGA SK SERI BINTANG SELATAN
GPM SEKOLAH : CIK NELAVENI ARJUNAN
GURU YANG TERLIBAT : 67 ORANG
OBJEKTIF :
1. Membina tabiat/galakan membaca di kalangan murid-murid sekolah.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan ivovatif bagi menyemai tabiat membaca.
3. Mengiktiraf murid/guru yang menjadikan membaca sebagai budaya dan mencapai tahap nilam.

LAPORAN/AKTIVITI :

Pada 13 November 2018, Majlis Penganugerahan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan di
dataran ilmu sekolah. Hadiah dan sijil penghargaan untuk beberapa kategori telah disediakan.
Kategori NILAM murid, Peminjam Terbanyak kategori murid, guru dan staf sokongan, penggunaan
PSS kategori guru serta sumbangan buku dari murid dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan
doa. Pn.Halizah bt Abd Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan anugerah kepada
murid. Murid-murid menerima hadiah dan sijil penghargaan. Selain itu, guru yang terlibat dengan
NILAM juga diberi pengiktirafan. Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.Naziza bt Hamid telah
menyampaikan anugerah kepada kategori guru. Pn NoorHazida selaku penyelaras nilam telah
berusaha dengan sebaiknya untuk melangsungkan anugerah ini. Ucapan terima kasih diucapkan
kepada semua warga sekolah yang terlibat.

ULASAN/KOMEN/CADANGAN :

Program ini telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Objektif telah dicapai.
LAMPIRAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------------- -----------------------------
(NELAVENI ARJUNAN) ( PN.ZARINA BT JAMIL )
Guru Perpustakaan & Media SKSBS Guru Besar SKSBS
LAPORAN PELAKSANAAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA SEKOLAH : SK SERI BINTANG SELATAN


KOD SEKOLAH : WBB 0047
TARIKH : 13 NOVEMBER 2018 (SELASA)
TEMPAT : PUSAT SUMBER, SKSBS
SASARAN : SEMUA PENGAWAS PSS & GURU SK SERI BINTANG SELATAN
GPM SEKOLAH : CIK NELAVENI ARJUNAN
GURU YANG TERLIBAT : 4 ORANG
OBJEKTIF :
1. Menghargai jasa dan khidmat mereka kepada sekolah sepanjang tahun 2018.
2. Merapatkan hubungan di antara pentadbir, guru dan pengawas pusat sumber sekolah.
3. Sebagai kenangan manis buat semua pengawas pusat sumber sekolah.

LAPORAN/AKTIVITI :

Pada 13 November 2018, majlis jamuan akhir tahun pengawas pusat sumber sekolah telah
diadakan di pusat sumber. Ia dimulakan dengan ucapan Guru Pusat Sumber, Cik Nelaveni. Beliau
menyatakan bahawa pengawas adalah ciri-ciri model murid yang baik kepada murid-murid yang
lain. Oleh itu, pengawas harus berbangga kerana telah dipilih untuk menjadi pengawas. Selain itu,
beliau turut melahirkan ucapan terima kasih dan mohon maaf atas kekurangan dari pihak guru
sepanjang mereka berkhidmat menjadi pengawas pusat sumber. Majlis diteruskan dengan bacaan
doa. Akhir sekali, semua pengawas beratur mengambil makanan dan minuman masing-masing.
Manakala guru juga turut menjamu selera.

ULASAN/KOMEN/CADANGAN :

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber Sekolah ini telah berjalan lancar seperti yang telah
dirancang.
LAMPIRAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------------- -----------------------------
(NELAVENI ARJUNAN) ( PN.ZARINA BT JAMIL )
Guru Perpustakaan & Media SKSBS Guru Besar SKSBS

You might also like