You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN GOTONG-ROYONG PERDANA PSS

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA


PUSAT SUMBER  SK JUGRA 2018
PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Jugra merupakan sebuah tempat menyediakan kemudahan koleksi bahan
pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik. Persekitaran  Pusat
Sumber SK Jugra yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan
serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan
sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah
yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.

RASIONAL
Suasana dan persekitaran PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan
keselesaan pelajar bagi melahirkan insan  yang seimbang dari segi emosi, rohani dan
intelek.

MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik, 
dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras Visi sekolah bagi
mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan
ilmu, iman dan amal.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap PSS.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.

KUMPULAN SASARAN
Guru-guru SK Jugra

TEMPAT
Pusat Sumber dan Bilik Tayang Sekolah

TARIKH
27 Januari 2018 – Sabtu (8.00 pagi – 1.00 petang)

ANGGARAN PERBELANJAAN
- TIADA-

PENUTUP
Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.
JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

AKTIVITI
           Pendaftaran
           Taklimat ringkas
           Pembahagian kumpulan:
            i. Proses Teknik Bahan Buku
            ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa
Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. Susun atur kedudukan fizikal PSS.
iv. Menampal kata-kata hikmah
v. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
Jamuan makan

You might also like