You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT BARU,

SEGAMAT

VISI
“PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI
“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”

FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya sekolah ini berkeupayaan untuk melahirkan murid-murid
yang mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

MATLAMAT STRATEGIK SEKOLAH


Melahirkan murid yang cemerlang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum
pada tahun 2017

SASARAN SEKOLAH
● Berusaha mempastikan tiga orang murid mendapat 6A dalam
UPSR pada tahun 2017
● Meningkatkan GPS sekolah daripada 2.68 kepada 2.28 dan
peratus kelulusan sebanyak 82.2% pada tahun 2017
● Kedudukan peratus 6A terbaik dalam Daerah Segamat UPSR
● Menjadi johan peringkat Daerah Segamat dalam Pertandingan
Bola Sepak
● Menjadi johan peringkat negeri Johor dalam Pertandingan Cilik
Bistari di bawah Kelab Didik Bistari
● Menumpukan sedaya upaya untuk melibatkan semua pelajar
dalam kegiatan ko-kurikulum
● Berusaha mempastikan sahsiah dan disiplin yanng terpuji denga
akhlak yang baik.
● Mempastikan sistem pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan
telus
● Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif
untuk pengajaran dan pembelajaran
● Membina hubungan yang baik dengan masyarakat dan komuniti

PELAN TINDAKAN
Pelan tindakan kami bagi mencapai objektif di atas adalah dengan cara:
● Menyediakan rancangan pemajuan berdasarkan SKPM
● Menubuhkan panitia dan jawatankuasa peringkat sekolah
● Menyediakan jadual waktu seimbang
● Menyediakan takwim tahunan sekolah
● Menyediakan program staff development
● Menjalinkan hubungan yang berkesan dengan stakeholders

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Segamat Baru dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:
● Menyediakan pendidikan dan menguruskan budaya ilmu untuk
mempertingkatkan potensi pencapaian akademik ke tahap terbaik
● Memberikan pendidikan dan mengurus kerja dengan penuh
dedikasi bertanggungjawab, cekap, kreatif dan bijaksana
● Meenerap nilai-nilai murni dan mengamalkan budaya penyayang
● Membimbing pelajar memperkembangkan potensi diri dan
mencapai kejayaan
● Membina dan melahirkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020
● Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada
kehendak pelajar, masyarakat dan negara

BUDAYA KERJA SEKOLAH


1. Memahami dan menghayati: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah, matlamat dan objektif sekolah
2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan
kementerian pendidikan pada setiap masa
3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan
4. Menentukan objektif (setiap fungsi)
5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalakn perkhimatan penyayang
9. Kepimpinan melalui tauladan
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
12. Kerja adalah ibadah

You might also like