You are on page 1of 26

KONSEP,

MATLAMAT
DAN
STRATEGI
PELAKSANAAN
GERAK KERJA
KOKURIKULUM
(GERKO)
KONSEP PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

 Merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah


 Boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah (mengikut kesesuaian)
 Setiap pelajar harus melibatkan diri dalam kokurikulum
 Boleh menyediakan pengetahuan & pengalaman bagi perkembangan
mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika
serta sosial yang positif. (Dengan andaian pelajar tidak akan mendapat
pengalaman tertentu jika hanya berada di dalam bilik darjah sahaja)
 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan yang aktif daripada semua
pihak (pelajar, masyarakat, pendidik) adalah perlu.
 Ini berasaskan anggapan :

Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan


mental(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,
jasmani & rohani)

 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.


 Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri
 Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan
masyarakat dan negara
 Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam
mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
MATLAMAT PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

 Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan


kepada Tuhan di kalangan murid-murid selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)
 Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan sahsiah murid
 Mengukuhkan interaksi & integrasi di kalangan murid dalam GERKO yang
mereka ceburi
 Memberi pengukuhan & pengayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam
bilik darjah serta meluaskan pengetahuan & pengalaman murid dalam bidang
tertentu
 Meningkatkan minat, bakat & kemahiran murid dalam GERKO yang diceburi
 Merangsang pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi
kegembiraan serta pembinaan kesihatan & kesejahteraan diri
 Meningkatkan tahap disiplin murid melalui penyemaian & pemupukan nilai &
sikap positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara
 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik & menggembirakan
murid
 Meningkatkan penglibatan kerjasama & sumbangan dua hala antara sekolah
dengan ibu bapa dan masyarakat.
STRATEGI PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi


pelaksanaanya:

 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum


dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di
sekolah;

 Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab


sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan
memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara
individu atau kumpulan;

 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum,


yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;

 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS), Persatua Ibu


Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;

 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;

 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;


 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;

 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa


kesemasa.

 Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni


dalam aktiviti kokurikulum.

 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objetif yang


dikehendaki.
KOMPONEN /
BIDANG,
STRUKTUR
DAN
CARTA
ORGANISASI
KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG

JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2011

JAWATANKUASA TERTINGGI KOKURIKULUM 2011

PENGERUSI : EN HAMZAH BIN JANTAN (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI : EN MUSTAZA BIN SHAPIAI(GPK KOKU)

PN HJH CHIRAH BT MASNGADI(GPK 1)

EN ABU BAKAR BIN ABD MANAN (GPK HEM)

EN HELMI BIN ABD HAMID(GPK PP)

SETIAUSAHA : EN ANUAR KAMARUDDIN BIN YAAKOB

N.SETIAUSAHA : PN RAHAYA BT AHMAD

BENDAHARI : EN MOHD AZAM BIN MANSOR

AJK : J/K KELAB SUKAN DAN PERMAINAN

J/K PERSATUAN AKADEMIK

J/K BADAN BERUNIFORM

KETUA-KETUA RUMAH SUKAN

KETUA PANITIA PJK

KAUNSELOR

GURU DISIPLIN
KOMPONEN /BIDANG KOKURIKULUM YANG TERDAPAT DI SEK KEB TELOK
KEMANG

Kegiatan kokurikulum peringkat sekolah dibahgikan kepada tiga jenis iaitu:

 Badan Beruniform

 Kelan /Persatuan

 Sukan dan Permainan


KOMPONEN-KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM UNIT BADAN
BERUNIFORM

 Pengakap

 Tunas Puteri

 Puteri Islam

 Tunas Kadet Remaja Sekolah

 Bulan Sabit Merah

KOMPONEN –KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM KELAB/ PERSATUAN

 Persatuan Bahasa
Melayu

 Persatuan Bahasa
Inggeris
 Persatuan Matematik

 Persatuan Sains

 Persatuan Kemahiran Hidup

 Persatuan Agama dan Moral

 Kelab Muzik ,Kebudayaan,Pelancongan & Rukunegara

 Kelab Pusat Sumber Sekolah

 Kelab Pintar

 Kelab Pembimbing Rakan Sebaya


KOMPONEN –KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM KELAB SUKAN DAN
PERMAINAN

 Olahraga

 Badminton

 Bola Sepak

 Ragbi

 Bola Jaring

 Bola Baling

 Catur

 Taekwando

 Hoki

 Sepak Takraw

 Ping Pong

 Bola Tampar

 Tenpin Bowling
STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI
AKTA PELAJARAN/
SURAT
PEKELILING
IKHTISAS
DAN
PERATURAN-
PERATURAN AM
DALAM
PELAKSANAAN
GERKO
AKTA PELAJARAN

 AKTA PELAJARAN 1961


Di bawah bahagian Kursus-kursus Pengajian Sekolah ,pihak berkenaan dikehendaki
menyenaraikan aktivit-aktiviti kokurikulum sebagai elemen kursus dalam kurikulum
sekolah yang perlu dijalankan di semua sekolah.Akta ini juga mewajibkan
penyertaan murid dalam kokurikulum.

 AKTA PENDIDIKAN 1996


Akta ini juga mengatakan tentang kepentingan kokurikulum dalam membentuk insan
murid yang harmonis.

PERATURAN-PERATURAN AM

 Berusaha untuk memahami semua Akta,Surat Pekeliling Ikhtisas dan


Peraturan Am pelaksanaan GERKO di sekolah.

 Mesyuarat perlu diadakan untuk merancang pengagihan tugas kepada


guru dan membuat penyelarasan aktiviti yang dicadangkan oleh setiap
komponen GERKO

 Sumber dan peralatan bagi melaksanakan kokurikulum disimpan dan


ditadbirkan dengan sempurna
 Menyediakan tempat simpanan
 Rekod penggunaan peralatan
 Membaik pulih peralatan yang rosak

 Menyediakan jadual waktu GERKO dan memaklumkan kepada pelajar


dan ibu bapa
 GERKO lebih berkesan apabila dilaksanakan mengikut system
berkelompok.

 Kedatangan pelajar setiap kali latihan perlu diambil kira bagi memberi
keutamaan pelajar untuk menghadiri kursus,perkhemahan ,lawatan
dan sebagainya.

 Guru penasihat dan pengerusi perlu membuat laporan bertulis


mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan setiap kali perjumpaan
diadakan dalam buku khas yang disediakan oleh pihak sekolah

 Pihak sekolah perlu menyediakan satu system penilaian dan


pengiktirafan kepasa pelajar yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum(sijil,surat akuan,anugerah).

SURAT PEKELILING IKHTISAS

 Garis panduan yang berkaitan dengan ikhtisas

 Dikeluarkan oleh KPM

 Sila rujuk kepada contoh-contoh surat pekeliling ikhtisas.


REFLEKSI
HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
TARIKH : 25 FEBRUARI 2011
TEMPAT : SK TELOK KEMANG
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

TOPIK BUTIRAN/KANDUNGAN

NAMA PROGRAM Majlis Maulidur Rasul 1432H

MATLAMAT Melahirkan muslim yang sentiasa mengingati


perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar
Islam

OBJEKTIF 1. Menyambut hari kelahiran Nabi


Muhammad s.a.w di peringkat sekolah
2. Memperingati sejarah Nabi Muhammad
3. Menerapkan nilai-nilai akhlak yang terpuji
di kalangan murid-murid Islam

4. Mengeratkan persaudaraan di kalangan


muri-murid dan guru-guru.

Semua guru,staff dan murid-murid SK Telok


SASARAN Kemang

PENDEKATAN/PENGISIAN Pertandingan perarakan dan sepanduk,ceramah


Maulidur Rasul ,pertandingan mewarna dan
kuiz.Pertandingan nasyid,tilawah,hafazan dan
bercerita telah diadakan dua minggu lebih awal
sebelum majlis berlangsung.

PENILAIAN PELAKSANAAN Majlis tetap berjalan dengan lancer seperti yang


dirancang walaupun terdapat sedikit kelemahan.

RUMUSAN Panitia berharap agar Majlis Sambutan Maulidur


Rasul akan dating dapat diteruskan lagi dengan
lebih efisien dan mantap lagi dengan memperbaiki
kelemahan sedia ada.Insya Allah.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG 2011M/1432 H

PENASIHAT : EN HAMZAH BIN JANTAN (GURU BESAR)

PENGERUSI : PN CHIRAH BT MASNGANDI(GPK 1)

EN MUSTAZA BIN SHAPIAI(GPK KOKU)

EN ABU BAKAR BIN ABD MANAN(GPK HEM)

EN HELMI BIN ABD HAMID(PENYELARAS PETANG)

SETIAUSAHA1 :PN DARLILA BT HAMAT

SETIAUSAHA2 :PN AISYAH BT ABD RASHID

TUGASAN TANGGUNGJAWAB

PERSIAPAN DEWAN - Menyediakan kerusi ,meja


En Mohd Ridzuan b Md Idris ,hadiah dan bacaan Al-Quran
En Mohd Riduan b Zanil Abidin - Kostrum
Pn Rohafizah bt Taib
Pn Saadah bt Haron
Cik Zuliana bt Zulkifli
Pekerja sekolah

BACKDROP DAN HIASAN DEWAN - Menggantungkan backdrop dan


Pn Nor Azean bt Abu Bakar hiasan sekeliling pentas
Cik Zunira bt Ismail
Cik Siti Nurliwani Azira bt Talib
Pn Nor Zieza bt Abd Majid
Pn Norhafesiah bt Mohd Hashim
Cik Noorazwin bt Mihad
PA SISTEM
En Anuar Kamaruddin b Yaakob - Menyediakan keperluan PA
En Mohd Nor b Wahab system di dewan ,kantin baru dan
Pn Nur farida bt Mustafa lama.
En Yusri b Mohd Yusof

KETUA SELAWAT - Memandu murid berselawat


En Zulhisham b Mat Noor sepanjang perarakan
En Mohd Azam b Mansor - Berada di antara kelas-kelas
En Mohd Adam Zurairi b Mohd Rawi
En Mohd Syukri b Abd Rahman
En Miad b Alwi

BUKU PROGRAM - Menyiapakan buku program


En Mohammad Nizam b Md Saad sebelum majlis
Pn Nik Azura bt Nik Busu - Mengedarkan buku program
Pn Darlila bt Hamat kepada semua guru-guru dan
tetamu yang hadir

DOKUMENTASI DAN LAPORAN - Mengambil gambar sepanjang


Pn Ummi Kalsom bt Salleh program berjalan
Pn Nurul Asyikin bt Amiruddin - Menyiapkan laporan seminggu
Pn Mazni bt Yusof selepas aktiviti berjalan dan
Pn Fauziah bt Md Isa diserahkan kepada GPK KOKU

PERSEMBAHAN - Menyediakan pserta bacaan Al-


Cik Hasni bt Katabe Quran untuk pembukaan majlis
Pn Zalehar bt Hassan - Menyediakan kumpulan nasyid
MAKANAN MURID - Menbungkus makanan mengikut
Pn Fazliaton bt Mohammad kelas (roti,air dan buah)
Pn Maimon bt Kordi
Pn Hafizan bt Adnan - Mengedarkan makanan selepas
Pn Aida bt Alias murid habis perarakan
Pn Zanariah bt Kamaruzzaman
Pn Badariah bt Mohammad
Pn Mastura bt Abd Rahman - Memastikan makanan mencukupi
Pn Siti Noor bt Ahmad
Pn Puteri Rosmawati bt Megat Abd - Tidak terlibat dalam perarakan
Rahin
Pn Noorhaizah bt Mohd Noh
Pn Saadah bt Haron
Pn Junainah bt Samian
Cik Mayram bt Ahmad

DISIPLIN - Bekerjasama menjaga disiplin


Pn Zailaina bt Yusof murid sepanajng majlis
Pn Noorizma bt Mohd Som berlangsung
En Miad b Alwi - Bersama dengan murid
En Mohd Jalani bt Naemat sepanjang majlis berlangsung
En Zahrul b Abd Kadir
Cik Siti Zunairah bt Kadir
Cik Arni Asreena bt Abd Aziz
Semua guru tahun 5 dan 6

DISIPLIN (KANTIN SEK) - Tahun 4 sahaja


Cik Noorazwin bt Mihad - Bekerjasama menjaga disiplin
YM Tengku Razali b Engku Din murid sepanjang majlis
Pn Asnah bt Jaafar berlangsung
Pn Norliyana bt Md Isa - Bersama murid0murid sepanjang
Pn Noorazlean bt Yunus majlis
Pn Mashitah bt Musa - Acara:
Semua Guru tahun 4 a) Ceramah
b) Kuiz

DISIPLIN (KANTIN LAMA) - Tahun 3 sahaja


En Mohammad b Ibrahim - Bekerjasama menjaga disiplin
EnSyamil b Shapri murid sepanjang majlis
Pn Fatimah bt Omar berlangsung
Pn Fete Baizura bt Ahmad Osman - Bersama murid-murid sepanjang
Pn Siti Johariah bt Ali majlis
Pn Aisyah bt Abd Rashid - Acara:
Semua Guru tahun 3 - A) Ceramah
b)Kuiz

HADIAH - Menyediakan senarai nama


Pn Siti Aisyah bt Abd Rashid pemenang
Pn Nik Azura bt Nik Busu - Menyediakan hadiah unruk
Pn Hanifah bt Kadir pemenang
Pn Manira @ Murni bt Taib

PENYELARAS PESERTA - Mengumpul para pemenang di


Pn Halinawati bt Yusof dalam satu kelas
Pn Mastura bt Abd Rahman - Memastikan pergerakan murid
Pn Raziah bt Ismail lancer semasa majlis
Cik Zuliana bt Zulkifli penyampaian
Nik Khatijah bt Mat Rasit

PENGACARA CERAMAH - Memperkenalkan ceramah dan


Pn Siti Zarina bt Jaafar ulasan ceramah
Faurini Azlin bt Mohd Rosli

PENGACARA PENUTUP - Mengacarakan majlis penutup


Rozilawati bt Mohd Nasir a) Ucapan Guru Besar dan
Nurul Huda bt Mohammad perasmi penutup
b) Penyampaian hadiah

CENDERAHATI - Menyediakan cenderahati untuk


Pn Latifah bt Hassan VIP ,para jemputan dan semua
Pn Badariah Mohammad guru
Pn Darlila bt Hamat
Pn Che Bedah bt Che Muda
Pn Noor Azean bt Abu Bakar
Pn Zalehar bt Hassan

LALULINTAS - Menjaga keselamatan murid


Pn Siti Saideh bt Sanusi semasa perarakan berjalan
Pn Azura bt Abd Aziz - Berada di lokasi tertentu sebelum
Pn Mashitah bt Dahalan murid sampai
Pn Liza bt Salleh
Pn Siti Fatimah bt Abu Bakar
Polis Trafik

Salah satu aktiviti ko-kurikulum yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Telok


Kemang adalah Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsan Telok
Kemang.Sambutan ini telah diadakan pada 25 Februari 2011 bertempat di Sekolah
Kbangsaan Telok Kemang.Majlis sambutan Maulidur Rasul ini bermula pada 7.30
pagi sehingga 12.00 tengahari.

.Sambutan ini adalah bertujuan untuk menghayati sunnah Rasulullah dan


menjadikannya sebagai ikon terbaik di samping menambahkan ilmu dan
meningkatkan kefahaman terhadap sirah Rasul dalam memperjuangkan
Islam.Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk memperingati dan meraikan
kelahiran baginda s.a.w.yang mana merupakan suatu tanda dan bukti kecintaan kita
terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran agama kita.Program ini
sangat sesuai untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Kemang yang mana
program ini meningkatkan minat para pelajar untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti
keagamaan serta menerapkan nilai-nilai akhlak yang terpuji di kalangan murid-murid
Islam.Program ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan murid-
murid serta guru-guru.

Sambutan ini disertai seramai 1500 orang murid Sekolah Kebangsaan Telok
Kemang,seramai 105 orang guru serta staf sokongan SK Telok Kemang.Bermula
8.00 pagi semua pelajar ,guru-guru serta staf sokongan sekolah telah berkumpul di
tapak perhimpunan untuk memulakan acara perarakan yang bermula dari tapak
perhimpunan sekolah dan seterusnya akan berjalan untuk berkumpul di Dataran
Telok Kemang.Perarakan ini dibantu oleh bahagian polis trafik untuk mengawal
lalulintas.Apabila semua pelajar,guru-guru serta para jemputan berkumpul di
Dataran Telok Kemang maka perarakan bermula dengan mengelilingi Dataran Telok
Kemnaag sehingga kembali ke sekolah semula.

Perarakan dimulai dengan Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. yang


diketuai oleh Ustaz Zulhisham b Mat Noor selaku ketua bahagian selawat.Semasa
perarakan berlangsung, terlihat berkibar-kibar sepanduk yang dibawa oleh wakil –
wakil unit beruniform yang mana acara sepanduk dan perarakan adalah merupakan
pertandingan yang dianjurkan sempena Sambutan Maulidur Rasul ini.

Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan sempena sambutan maulidurrasul ini


iaitu pertandingan perarakan dan sepanduk,ceramah maulidur Rasul ,pertandingan
mewarna dan kuiz.Terdapat juga pertandingan nasyid,tilawah Al-Quran,hafazan dan
bercerita.Pertandingan tersebut telah diadakan dua minggu lebih awal sebelum
majlis sambutan yang sebenarnya berlangsung.

Selepas selesai perarakan mengelilingi Dataran Telok Kemang tamat,murid-


murid tahu lima dan enam ditempatkan di dewan sekolah untuk mendengar ceramah
yang disampaikan oleh penceramah jemputan sekolah.Untuk murid-murid tahun
empat dan tahun tida ditempatkan di sekitar kantin sekolah serta kantin lama
sekolah untuk menjawab kuiz serta mendengar ceramah yang disampaikan oleh
ustazah SkTelok Kemang.Bagi murid-murid tahun satu dan dua telah ditempatkan di
dalam kelas untuk aktiviti mewarna dan telah dipantau oleh guru kelas.
Selepas sesi ceramah,acara diteruskan lagi dengan majlis penutupan
sambutan Maulidur rasul yang di rasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran
Daerah Port Dickson.Majlis dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari
Tuan Guru Besar dan akhirnya di rasmikan oleh tetamu jemputan sekolah iaitu
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson.Selepas ucapan perasmian,majlis
diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar

Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi pertandingan perarakan


dan sepanduk,pertandingan tilawah Al-Quran dan hafazan,serta pertandingan
bercerita yang telah diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Bagi acara tilawah Al-Quran tahap satu, tempat ketiga di menangi oleh Adik
Siti Nur Fatihah,tempat kedua dimenangi oleh Adik Faiz bin Abdul Latif dan johan
dimenangi oleh Adik Mohd Danish Fawwaz.Bagi pemenang tahap dua pula,tempat
ketiga dimenangi oleh Adik Mohd Shahrul Faiz,tempat kedua dimenangi oleh Adik
Mohd Irfan Nasarudin dan johan dimenangi oleh Adik Norfatihah bt Zaid.

Bagi acara hafazan untuk tahap dua,tempat ketiga dimenangi oleh Adik Mohd
Nabil Iman,tempat kedua dimenangi oleh Adik Amirul Taqiyuddin dan johan
dimenangi oleh Adik Anisah Fatihah.Bagi murid tahap satu tempat ketiga dimenangi
oleh Adik Azwar Hakim manakala tempat kedua Adik Ain Zulaikah dan johan
pertandingan hafazan tahap satu dimenangi oleh Adik Adibah Umairah.

Bgi acara yang terakhir ialah acara sepanduk.Johan dimenangi oleh Unit
beruniform Tunas Kedet Remaja Sekolah,tempat kedua dimenangi oleh Unit
beruniform Bulan Sabit Merah dan ketiga dimenangi oleh Persatuan Puteri
Islam.Bagi acara perarakan pasukan yang terbaik dimenangi oleh Persatuan Bulan
Sabit Merah dan diikuti oleh Tunas Kedet Remaja Sekolah dan tempat ketiga
dimenangi oleh Persatuan Tunas Puteri.
Selepas berakhirnya penyampaian hadiah kepada murid-murid maka
berakhirlah Sambutan Maulidur Rasul tepat 12.00 tengahari. Majlis tetap berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang walaupun terdapat sedikit kelemahan. Panitia
berharap agar Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan datang dapat diteruskan lagi
dengan lebih efisien dan mantap lagi dengan memperbaiki kelemahan sedia
ada.Insya Allah.

Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bahagian makanan


murid.Terdapat kelebihan-kelebihan di bahagian makanan dan juga kelemahan
sepanjang Sambutan Maulidur Rasul ini berjalan.Selain itu saya akan memberi
cadangan yang boleh membantu untuk acara sambutan pada masa akan datang.

Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh bahagian makanan untuk


murid adalah:

 Guru membungkus makanan untuk murid mengikut bilangan murid setiap


kelas.
 Makanan yang disediakan untuk murid-murid adalah roti,buah epal dan air
mineral
 Makanan diagihkan kepada murid selepas acara perarakan mengikut kelas –
kelas masing-masing.
 Guru yang terlibat dengan pengagihan makanan murid-murid ini tidak terlibat
dengan acara perarakan kerana segala pembahagian makanan berlaku pada
hari kejadian.
 Makanan yang disediakan mestilah baik kebersihannya.

Antara kelebihannya ialah :

 Merancang serta menyediakan makanan dengan awal


 Memastikan penyediaaan makanan untuk pelajar-pelajar
 Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan.
 Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan
 Memastikan tahap kebersihan makanan untuk murid-murid

Dalam adanya kelebihan terdapat juga beberapa kelemahan iaitu:

 Terdapat pelajar-pelajar yang mengadu tidak dapat makanan.


 Sampah bertaburan bukan hanya dikantin sekolah malah disekitar tapak
perhimpunan sekolah
 Air yang disediakan untuk murid-murid tidak cukup dan memerlukan
tambahan air
 Buah yang disediakan ada yang tidak elok dimakan.
 Makanan tidak diagihkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

You might also like