You are on page 1of 4

GERAK KERJA KOKURIKULUM

KONSEP

Gerak kerja Kokurikulum adalah gerak kerja Pendidikan di dalam dan luar bilik
darjah, berasaskan dan lanjutan daripada pembelajaran di bilik darjah. Ia adalah
bertujuan untuk pengukuhan dan pengkayaan pembelajaran seperti dapat
meyemaikan sifat-sifat kepimpinan, kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan
murid. Gerak kerja Kokurikulum adalah terdiri dari gerak kerja pasukan pakaian
seragam, persatuan, hobi, sukan dan lain-lain gerakerja pendidikan. Oleh kerana
Gerak kerja Kokurikulum adalah sebahagian daripada kokurikulum sekolah dan
sebagai satu bidang pendidikan, maka semua murid dan guru hendaklah
melibatkan diri.

Sebagai satu bidang pendidikan, Gerak kerja Kokurikulum adalah berasaskan


kepada tanggapan bahawa:
 Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan-
rakan mereka.
 Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan
mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
 Sekolah bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendididk
murid.

DEFINISI DAN TAKRIFAN

1. Kokurikulum adalah “kegiatan kumpulan”


Warta Kerajaan No. 5652 Jld 11/Bil.27 bth 28.12.1967 (Peraturan Kursus
Pengajian Sekolah 1956)

2. Kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan


pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di bilik darjah.
- Peraturan 2 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kirikulum
Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No. 11
( Tambahan No. 41), Perundangan (A) P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei
1998.

3. Kokurukulum adalah kegiatan atau aktiviti selaian mata pelajaran yang diajar
adalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada
kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-
persatuan, kegiatan sukan dan lain-lain)
- Kamus Dewan (Edisi Ketiga) Dewan Bahasa dan Pustaka (2002) ms
692
4. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerakerja yang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan kemahiran
dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
- Buku Penerangan Kokurikulum Bersepadu sekolah Menengah, Dewan
Bahasa dan Pustaka (1992) ms 11.

5. Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak
formal.
- Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Dewan Bahasa dan Pustaka (1884) ms 269.

6. Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan


menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan
berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang
bersepadu dan menyeluruh.
Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-
unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan
inovasi, kecintaan kepada alam semulajadi, kewarganegaraan dan
kesetiaan kepada bangsa dan Negara, kebudayaan, integrasi nasional
dan sebagainya akan membantu murid-murid menentukan halatuju
kehidupan masa depan masing-masing.
- Rujuk Ramlan Abd Wahab : Dewan Masyarakat, Januari 2002,
Karangkraf Publication Sdn Bhd ms 44

7. Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formalyang berteraskan


keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam
keadaan sebenar.
- Rujuk Ramlan Abd Wahab : Dewan Masyarakat, Januari 2002,
Karangkraf Publication Sdn Bhd ms 44

8. Kokurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan. Untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk
menyampaikan pengetahuan.
- Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997, P.U. (A) 531/97
MATLAMAT GERAK KERJA KOKURIKULUM

1. Memupuk kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan (Allah)

2. Menyemai dan membina iklim serta budaya sekolah yang menarik dan
menyeronokkan kepada murid-murid.

3. Memperseimbangkanperkembangan intelek dengan perkembangan jasmani, rohani


dan emosi murid-murid.

4. Membina dan meningkatkan minat serta bakat murid-murid serta gerakerja yang
mereka ceburi .

5. Membina dan meningkatkan mutu disiplin murid-murid.

6. Menyemai semangat perpaduan, toleransi, kekitaan, keyakianan diri, taat setia dan
bertanggungjawab.

7. Memupuk semangat ingin berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan


kecemerlangan dalam gerakerja yang diceburi.

8. Menyemai tabiat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

9. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala di antara sekolah
dengan masyarakat.

PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KONSEP KOKURIKULUM

1. Gerakerja kokurikulum adalah pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah.

2. Gerakerja kokurikulum dijalankan bertujuan untuk pengukuhan dan pengkayaan


pembelajaran, slaing lengkap-melengkapi pembelajaran di dalam bilik darjah bagi
menyuburkan nilai-nilai murni, mengembangkan bakat kepimpinan dan sedia
berkhidmat di kalangan masyarakat.

3. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum adalah dengan anggapan :

3.1 Perkembangan fizikal dan mental murid-murid perlu diseimbangkan.


3.2 Setiap murid mempunyai minat dan bakat.
3.3 Semua murid dapat dididik dan dapat pula mendidik diri sendiri.
MATLAMAT GERAKERJA KOKURIKULUM
SEK KEB SERI PANGKOR

(A)

UNIT BERUNIFORM

Melahirkan ahli-ahli yang boleh menguasai asas-asas kemahiran Unit Beruniform,


berdikari dan bersedia untuk memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

(B)

PERSATUAN / KELAB

Membentuk dan menyuburkan bakat kepimpinan yang sedia ada pada murid-murid.

(C)

SUKAN / PERMAINAN

Melahirkan atlit yang berbakat / berpotensi dan berdisiplin untuk mewakili sekolah,
daerah, negeri dan negara.

Membentuk pasukan pelapis yang mantap dan bakal menerajui pasukan sekolah pada
masa yang akan datang.

Membentuk semangat berkerjasama dan toleransi antara kaum dalam usaha menaikkan
nama dan semangat cintakan sekolah.

You might also like