You are on page 1of 12

TAKWIM KOKURIKULUM 2022

VISI KOKURIKULUM SEKOLAH

"MEMBENTUK INSAN YANG BERDISIPLIN,


BERSIKAP POSITIF, BERPOTENSI,
KEPIMPINAN SERTA SEDIA BERKHIDMAT
DI KALANGAN MASYARAKAT SELARAS
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA DAN RUKUN NEGARA"

MISI KOKURIKULUM SEKOLAH

"MEWUJUDKAN SISTEM PENGURUSAN


KOKURIKULUM SEKOLAH YANG MANTAP
DAN BERKESAN YANG BOLEH
MENCUNGKIL MINAT DAN BAKAT MURID
DALAM BIDANG KOKURIKULUM DEMI
MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG
DAN BERPOTENSI"
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

KOKURIKULUM

KONSEP DAN MATLAMAT

1.0. AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan

di luar bilik darjah.Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan pengayaan pembelajaran,

saling lengkap melengkapi pembelajaran dibilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai

murni, mengembangkan bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di kalangan

masyarakat. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada aktiviti berpasukan, pakaian

seragam, persatuan kelab dan sukan.

2.0. PERLAKSANAAN AKTIVITI KERJA KOKURIKULUM

Sebagai satu bidang pendidikan aktiviti kokurikulum berasaskan:

2.1. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan

mental (intelek) dengan perkembangan rohani emosi.

2.2. Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan

rakan-rakan mereka.

2.3. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.

2.4. Sekolah berperanan mendidik murid-murid dalam memajukan

masyarakat.

2.5. Masyarakat juga bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik

murid.
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

3.0. PENTINGNYA AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan

pengalaman murid di sekolah.Menerusi aktiviti kokurikulum perkembangan sosial,

minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-

murid.Aktiviti ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang

menarik dan menggembirakan murid-murid.

4.0. PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum adalah untuk:

4.1. Menyemai dan memupuk disiplin nilai dan sikap positif selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara.

4.2. Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.

4.3. Memberi murid-murid pengalaman berhubung, bergaul dan

bersatupadu antara satu sama lain.

4.4. Membentuk keberanian seperti keyakinan diri, cekal hati dan berani

mencuba.

4.5. Intelek seperti tajam fikiran, mempunyai kemahiran.

4.6. Imaginatif dan kreatif.

4.7. Logik seperti rasional, sistematik bekerja dengan tertib dan teliti.

4.8. Berdikari dan berdedikasi seperti bebas membuat sesuatu dalam

lingkungan peraturan.

4.9. Memyuburkan rasa berperikemanusian.


TAKWIM KOKURIKULUM 2022

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan


PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru
penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan
kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan
dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan
seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
6. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan
persatuan untuk tahun berkenaan.
7. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan
koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang
lain.
8. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan
keadaan yang baik.
9. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
10. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan
sekolah sekiranya perlu. menyediakan langkah-langkah untuk
meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
11. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum
sekolah.
12. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
13. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,
daerah, negeri direkod.
14. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang
patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
15. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
16. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

1. Membentuk jawatankuasa.
2. Menyelaras semua aktiviti sukan.
3. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD / MSSS / MSSM.
4. Membantu PK KoKurikulum mangagihkan tugas dalam olahraga dan
permainan.
5. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.
6. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti sukan dalam dan luar sekolah
sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum aktiviti.
7. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
8. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
9. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
10. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
11. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
12. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
13. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum /
Penolong kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan Kurikulum.
14. Merekod pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
15. Sentiasa mengemaskinikan fail penyelaras sukan & permainan.
16. Memastikan semua guru penasihat dan guru pendidikan jasmani
mengemaskini data pajsk & data segak.
17. Menyediakan ‘Story Board’ bagi setiap penyertaan murid.
18. Memastikan minit mesyuarat disediakan dalam satu minggu selepas
mesyuarat dijalankan
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

PERATURAN-PERATURAN BILIK STOR SUKAN SJK (T) LDG SG CHOH

1. Hanya guru-guru sahaja boleh meminjam alat-alat dari bilik sukan.

2. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani boleh mendapatkan kunci

daripada S/U Sukan.

3. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil barangan sukan tanpa arahan guru

PJ mereka.

4. Guru-guru PJ mestilah mencatatkan senarai barangan yang diambil dan

disimpan dalam buku rekod bilik sukan yang disediakan.

5. Alatan sukan mestilah disimpan semula di tempat asal.

6. Murid-murid dilarang mencampakkan alatan sukan sesuka hati.

7. Kehilangaan atau kerosakan alatan hendaklah dicatat dalam buku rekod bilik

sukan.

8. Keperluan ,kekurangan , kehilangan atau kerosakkan alat sukan hendaklah

dimaklumkan kepada GPK Kokurikulum.

9. Alat-alat permainan yang kotor (berumput / lumpur) hendaklah dibersihkan

sebelum disimpan.

10. Sebelum meninggalkan padang, Guru PJ mestilah memastikan semua alatan

yang diambil mencukupi.

11. Bilik stor sukan mestilah dikunci setelah tamat pelajaran PJ.

12. Alat-alat yang dipinjam oleh pihak luar sekolah secara bertulis dan dengan

persetujuan Guru Besar sahaja.


TAKWIM KOKURIKULUM 2022

SUKAN UNTUK SEMUA

SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN

1.0. MATLAMAT

Perlaksanaan sukan di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan


minat kearah melahirkan insane yang seimbang dan harmonis berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara.

2.0. OBJEKTIF

2.1. Untuk mengimbangkan diantara emosi, jasmani, intelek dan rohani


murid selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

2.2. Membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap


optimum.

2.3. Menggalakan murid berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian.

2.4. Membimbing murid supaya dapat mengisi masa lapang dengan


kegiatan yang sihat.

2.5. Melahirkan pelajar yang berusaha sendiri dan memajukan diri


sepanjang hayat.
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

TUGAS KETUA RUMAH SUKAN

1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (Guru dan
Pelajar).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah sukan di kalangan pelajar yang meliputi
olahraga dan permainan.
4. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat
sekolah.
5. Sentiasa berbincang dengan setiausaha Sukan/ Penolong Kanan HEM/
Penolong kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
6. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
7. Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada setiausaha
sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

TUGAS GURU RUMAH SUKAN

1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.


2. Guru dan pelajar wajib hadir waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat
dalam buku kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan
antara sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang
tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan semasa pelajar waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi
rumah sukan.
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

TUGAS GURU PENASIHAT PERMAINAN

1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
3. Rekod pentaksiran aktiviti (PAJSK) murid perlu diisi dan ditandatangani.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
5. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
6. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
7. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/ Kelas/ Sekolah.
8. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
sekolah.
9. Meguruskan surat kebenaran ibubapa/ penjaga untuk pertandingan luar
sekolah.
10. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
11. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
12. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
13. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan
baik, selamat, dan mencukupi untuk digunakan.
14. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
15. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan.
16. Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan
Daerah/ Negeri/ wakil Daerah/ Negeri dan Kebangsaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar /GPK Kokurikulum dari
masa ke semasa.
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN ,KELAB &


BADAN BERUNIFORM

1. Membentuk Jawatankuasa.
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya peraturan/ perlembangaan.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam
perlembangaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan
kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Rekod pentaksiran aktiviti (PAJSK) murid perlu diisi dan ditandatangani

PERATURAN ‘AM’DAN ‘NASIHAT’UNTUK GURU-GURU

1. Guru-guru dinasihatkan menepati waktu permulaan kokurikulum iaitu


1:30 – 3:30 petang.
2. Semasa kegiatan kokurikulum mesti diiringi oleh guru penasihat.
3. Kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan/ Guru Penolong
Kokurikulum mestilah diperolehi sebelum sesuatu lawatan dirancang oleh guru.
4. Borang kebenaran ibubapa mesti dipenuhi sebelum seseorang murid boleh
menyertai kegiatan kokurikulum atau menyertai sesuatu rombongan.
5. Keperluan seperti berikut mesti disediakan lebih awal, jangan menunggu
sehingga waktu terakhir. (Jersi, alat permainan, minuman dan makanan jika
perlu pengangkutan).
6. Pasukan-pasukan sekolah mestilah dipilih dan dilatih lebih awal dari hari
pertandingan.
7. Alat-alat dan jersi yang dipinjamkan kepada murid semasa pertandingan
mestilah dikutip dan dipulangkan kepada GPK Kokurikulum sebaik sahaja tamat
pertandingan, (Dalam masa dua hari)
8. Menggunakan Papan Kenyataan kokurikulum untuk semua kenyataan tertentu
diberitahu kepada murid lebih awal secara pengumuman dan bertulis di atas
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

papan tersebut. Segala pembatalan hendaklah dilakukan dengan pengetahuan


GPK Kokurikulum dan Guru Besar.
9. Buku rekod aktiviti kokurikulum yang disediakan untuk kemudahan guru-guru
hendaklah dihantar kepada GPK Kokurikulum pada setiap hari selasa sebelum
masa rehat untuk ditandatangani oleh GPK Kokurikulum dan Guru Besar.
10. Apabila hendak mengeluarkan dan memulangkan alatan sukan sila isi Buku
Rekod Bilik Sukan yang disediakan di bilik sukan.
11. Semua guru hendaklah menghadiri mesyuarat kegiatan masing-masing di
peringkat MSSD. Tarikh masa dan tempat mesyuarat akan diberitahu. Jika
tuan/ puan tidak dapat hadir sila hantar wakil.
12. Guru-guru yang tidak dapat hadir kegiatan kokurikulum hendaklah melaporkan
kepada Guru Besar / GPK Kokurikulum seterusnya,memberi penjelasan bertulis
(tulis dalam buku yang disediakan)
13. Guru-guru juga dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai dengan kegiatan
masing-masing.
14. Buku aktiviti kokurikulum perlu dihantar untuk perhatian GPK Kokurikulum pada
hari aktiviti yang dijalankan.
15. Utamakan disiplin dan keselamatan murid-murid ketika semua aktiviti/ kegiatan
kokurikulum dijalankan.
16. Pada hari perhimpunan kokurikulum (Isnin) semua guru dikehendaki memakai
uniform Badan Beruniform yang lengkap.
TAKWIM KOKURIKULUM 2022

TUGAS KORDINATOR PROGRAM

1. Menubuhkan jawatankuasa program.


2. Berbincang dan membuat keputusan berkenaan aktiviti-aktiviti
program bersama Guru Besar dan GPK Kokurikulum.
3. Menyediakan kertas kerja sebelum 3 minggu.
4. Pastikan sumber kewangan sebelum mengadakan anggaran
perbelanjaan.
5. Menyenaraikan tugas bagi setiap jawatankuasa.
6. Menentukan jadual mesyuarat dan taklimat program.
7. Menyediakan agenda mesyuarat.
8. Kordinator perlu menerangkan kerangka tentatif aktiviti dalam
mesyuarat atau taklimat pertama.
9. Memastikan semua guru mendapat keterangan dengan lengkap.
10. Kertas kerja yang lengkap dengan tandatangan Guru Besar dan GPK
Kokurikulum sahaja diterima.
11. Setiap dokumen perlu menyimpan 3 salinan ( Kertas
kerja,laporan,minit mesyuarat,PLC,nota minta)
12. Nota minta perlu disediakan 3 minggu sebelum aktiviti / program
dijalankan.
13. Menyediakan skop ucapan Guru Besar.
14. Raptai perlu dijalankan.

You might also like