You are on page 1of 5

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH.

1. Menetapkan dasar pelaksanaan kokurikulum.


2. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
3. Menyediakan minit mesyuarat
4. Melibatkan Guru Besar/Pengetua/Semua Guru Penolong Kanan,Penyelaras
Kokurikulum,Penyelaras Sukan dan Permainan,penyelaras Unit Beruniform dan
Penyelaras Kelab dan Persatuan.
5. Menyediakan belanjawan tahunan bagi kokurikulum dengan mengambil kira kos faedah
dan penyertaan murid secara optima.
6. Membuat ketetapan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah-masalah dalam
kokurikulum.
7. Merancang program/projek/aktiviti kokurikulum selaras dengan perancangan strategic
sekolah.
8. Menyelaras pelaksanaan program/projek/aktiviti dalam kokurikulum.
9. Memantau dan menilai keberkesanan program/projek/aktiviti kokurikulum sekolah.
10. Melaksanakan penambahbaikan ke atas program/projek/aktiviti kokurikulum sekolah.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
unit beruniform,
Kelab & persatuan dan sukan & permainan SEKOLAH.

1.Merancang program/projek/aktiviti unit beruniform,kelab & persatuan dan sukan & permainan

dengan mengambil kira:

i Perancangan strategik

ii Sukatan pelajaran dan perlembagaan badan

iii Pengukuhan kokurikulum

iv Potensi dan minat murid

v Pembangunan sahsiah murid

2.Melaksanakan program/projek/aktiviti unit beruniform,kelab & persatuan dan sukan &

permainan dengan:

i Memastikan semua murid menganggotai pasukan unit beruniform,pasukan kelab &

persatuan dan pasukan sukan & permainan

ii Mengikuti jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan

iii Memanfaatkan kemudahan yang ada dengan secara yang optima

iv Mengambil kira pembangunan sahsiah murid


3. Memantau program/projek/aktiviti unit beruniform,kelab & persatuan dan sukan & permainan

dengan:

i Merancang jadual penyediaan

ii Melibatkan Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan

iii Menyelia/menilai semua guru dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian

iv Merekodkan hasil penyeliaan/penilaian

v Membincangkan dapatan penyeliaan/penilaian di dalam mesyuarat jawatankuasa

kokurikulum sekolah

vi Menggunakan maklum balas sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan dan

penambahbaikan terhadap aktiviti unit beruniform, kelab & persatuan dan sukan &

permainan

4. Guru penasihat unit beruniform,kelab & persatuan dan sukan & permainan menilai

program/projek/aktiviti pasukan kelab dan persatuan dengan:

i Merujuk kepada perancangan program

ii Merujuk kepada pelaksanaan program

iii Membuat penilaian impak

iv Mengambil tindakan penambahbaikan


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ko akademik

1. Memastikan kegiatan Ko Akademik itu dirancang dengan baik dan dilaksanakan dengan

sempurna,lancar dan juga berkesan.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA perhimpunan sekolah

1.Memastikan guru bertugas mingguan menjalankan tugas seperti spesifikasi seperti yang berikut:

1.1 Mengelolakan perhimpunan dalam minggu tersebut mengikut tema mingguan serta

PROGRAM DEAR pada hari Selasa hingga Khamis.

1.2 Menyampaikan sebarang pengumuman pada setiap perhimpunan pagi minggu yang

berkenaan.

1.3 Memastikan Jalur Gemilang,bendera negeri dan juga bendera sekolah dinaikkan dengan

betul dan akan diturunkan pada setiap hari persekolahan dan disimpan di lobi sekolah

dengan baik.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


perayaan & hari kecemerlangan sekolah

1. Memastikan bahawa setiap perayaan yang disambut di sekolah telah dibuat perancangan yang

rapi , mengikut keprotokolannya dan dapat dilaksanakan dengan baik,lancar dan memberi

kesan kepada warga sekolah.

2. Memastikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah dibuat perancangan yang rapi dan

seterusnya akan dapat dilaksanakan dengan baik,lancar dan berkesan.

You might also like