You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TASIK,

56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT DISIPLIN BIL. 2, 2022

Tarikh : 14 June 2022


Hari : Selasa
Masa : 2.00pm – 3.40pm
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. PN. R.K. SHANTI LATHA A/P R. KRISHNASAMY
2. PN. NOR INTAN HAFIRA BINTI MOHD NOOR (Murid Lewat)
3. CIK IFFAH MAISARAH BINTI ABDUL RAHMAH (Data, SSDM)
4. CIK NOOR SYAKIRAN BINTI AHMAD (Data, SSDM)
5. PN. JULAIDAH BINTI AHMAD (Penyelaras PPKI)
6. EN. MUHAMMAD IDRIS BIN MAHMUD (Penyelaras Ting 5)
7. PN. SANTHRIGAH a/p RAMACHANDRAN (PKGD, Data, SSDM)
8. PN NORHIDAYAH BINTI HASBI (Ponteng, Spotcheck, Penampilan Diri)
9. EN. NAZIERUL MUBIN BIN DAUD (Murid Lewat)
10. EN. AHMAD SYAKIR BIN MOHD NOR (Penyelaras PPKI)
11. EN. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ANWAR (Ponteng, Spotcheck, Penampilan Diri)
12. CIK NORFAHIMAH BINTI HAMID (Penyelaras Ting 4)

Tidak Hadir Bersebab:


1. EN. MOHD SALIHIN BIN MAHUSSIN: Cuti Sakit
2. CIK NUR NAQIYATUL AMIRAH BINTI ABDUL RAHMAN: Cuti Sakit
3. EN. RUZAILAN BIN KARIM: Cuti Sakit

1. Ucapan Pengetua
1.1. Tahniah untuk semua guru-guru disiplin yang baru dilantik dan yang lama.
1.2. Semenjak kebelakangan ini kes disiplin semakin meningkat.
1.3. Unit Disiplin dan UBK perlu bekerjasama dalam isu disiplin, untuk memastikan pelajar
diberi ‘rawatan’ yang sepatutnya.
Tindakan: Makluman

1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TASIK,
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

1.4. Setiap hari Khamis, Guru Disiplin perlu bercakap dengan jelas tentang isu-isu disiplin.
Tindakan: KGD

2. Ucapan PK HEM
2.1. Dendaan kepada pelajar mestilah selaras.
Tindakan: Makluman
2.2. Kempen Kesedaran Anti Buli 4 July 2022 akan melibatkan PPS dan wakil PIBG.
2.3. Sekolah perlu menyediakan Peti Aduan.
Tindakan: KGD

3. Isu Disiplin
3.1. Vape: Pengetua mencadangkan program spotcheck besar-besaran melibatkan semua
guru dan PIBG untuk membanteras kes Vape.
Tindakan: Unit Disiplin

3.2. Spotcheck harian secara rawak juga perlu dijalankan secara berkala.
3.3. Hukuman yang dijatuhkan perlulah mengikut SOP.
3.4. Menggalakkan guru-guru untuk turut menggunakan tandas pelajar bagi mengurangkan
kes vape di dalam tandas.
3.5. Buli: Pelajar-pelajar perlu diberitahu untuk terus melaporkan sekiranya mereka terlibat
atau ternampak kes buli.
Tindakan: Makluman

3.6. Buat sebaran tentang buli secara berkala.


Tindakan: KGD

3.7. Guru juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan informasi tentang
buli.
3.8. Kekemasan Diri: Pelajar boleh memakai baju sukan daripada rumah sekiranya ada
matapelajaran PJK.
3.9. Pelajar boleh memakai kasut hitam dan stoking putih atau sebaliknya. Sebaiknya kasut
hitam dipakai bersama-sama dengan stokin hitam.
3.10. Pelajar perempuan boleh memakai anak tudung yang licin asalkan tudung dipakai
dengan kemas.
3.11. Pelajar boleh memakai handsocks.

2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TASIK,
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

3.12. Pelajar tidak dibenarkan untuk memakai inai.


3.13. Pelajar lelaki/perempuan tidak dibenarkan untuk memakai pakaian yang ketat.
3.14. Berikan maklumat kepada sekolah sekiranya terdapat pelajar yang kurang
berkemampuan atau guru juga boleh mengambil inisiatif untuk membantu.
Tindakan: Makluman

4. Hal-hal lain.
4.1. Jaga kelakuan diantara guru lelaki dan pelajar perempuan dan juga guru perempuan dan
pelajar lelaki.
4.2. Guru lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pelajar perempuan.
4.3. Bekalan baju kokurikulum daripada koperasi masih belum mencukupi.
4.4. Rondaan perlu dilakukan oleh pengawas terutama ketika waktu rehat.
Tindakan: Makluman

5. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


................................. ................................
(MUHAMMAD RAZIF ISMAIL)

KETUA GURU DISIPLIN


SMK SERI TASIK.

You might also like