You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR BESAR

73420 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENINGKATAN
DISIPLIN MURID 2017

UNIT DISIPLIN
HAL EHWAL MURID SK PASIR BESAR

Pendahuluan
Pendidikan awal kanak-kanak di sekolah rendah amat bermakna dan sentiasa diambil perhatian.
Pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan kumpulan ini dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran asas. Penerapan nilai-nilai murni bermula daripada kanak-kanak seperti pepatah
Melayu “Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebung”. Pihak kerajaan memandang serius sebarang
kesulitan dan kecacatan yang berlaku pada peringkat proses perkembangan kumpulan umur
enam hingga dua belas tahun. Generasi inilah yang akan memastikan Malaysia berada
diperingkat negara maju.

Namun begitu, masih terdapat beberapa lompang yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak
sama ada diperingkat institusi keluarga, masyarakat dan pihak sekolah. Peningkatan masalah
salah laku di kalangan kanak-kanak sekolah semakin meningkat dan menimbulkan gejala yang
tidak sihat. Mengikut perangkaan pada tahun 1997 sahaja telah mencatat 3628 kes juvana yang
menunjukkan peningkatan 19.7 peratus dari tahun sebelumnya. Sehingga tahun 1997 terdapat
1603 kes salahlaku delikuensi juvana di Malaysia yang melibatkan umur 10 hingga 12 tahun dan
Negeri Sembilan menduduki tempat ke lapan dengan 231 kes. Baru-baru ini, Wilayah Putra Jaya
dikejutkan penigkatan kes bawah umur 13 tahun. Sehingga ke ahri ini bilangan kes terus
meningkat dan masalah terbaru ialah ‘Black Metal’ dan kumpulan ’JIT’. Golongan umur yang
terlibat semuda 11 tahun.

Bagi unit kecil di sekolah itu Unit Disiplin, Hal Ehwal Murid Sk Pasir Besar perlu memainkan
peranan dan mengambil langkah yang proaktif dalam memastikan kes salah laku adalah sifar.
Semua gejala dan pertumbuhan benih-benih yang boleh mengancam nilai-nilai budaya akan
dicantas. Panduan asas kepada pembentukan peraturan dan hukuman berdasarkan kepada
Ordinan Pendidikan (Peraturan Disiplin Sekolah) 1957. Selain itu, beberapa program yang
melibatkan guru, murid dan penjaga bagi memastikan matlamat program dapat dicapai.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan Program Peningkatan Disiplin SK
Pasir Besar dengan matlamat salah laku sifar. Tidak akan ada lahir generasi dari Sk Pasir Besar
seorang penjenayah, gangsterisme, vandalisme dan penagih dadah. Harapan Falsafah
Pendidikan Negara akan menjadi sandaran bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.

Rasional
Memupuk generasi yang berilmu, beriman dan berhemah tinggi sebagai individu yang
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat , sekolah dan negara.
Selain itu,memenuhi kehendak inspirasi Falsafah Pendidikan Negara yang mahu
melahirkan insan yang bercita-cita tinggi yang boleh berdaya saing dan berpotensi dalam
melaksanakan matlamat wawasan 2020.

Matlamat

Melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek iaitu
dalam aspek kongnitif, psikomotor, emosi dan disamping itu mempunyai nilai sahsiah
yang tertinggi. Selain itu, individu juga mempunyai ketrampilan, bertanggungjawab, dan
sentiasa membuat refleksi dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan mutu kehidupan
untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara bagi memenuhi aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat dalam sembilan cabaran Wawasan 2020.

Objektif

Program Peningkatan Disiplin SK Pasir Besar bertujuan untuk :

a. Memastikan tindakan dan hukuman yang dijalankan adalah adil dan saksama

b. Memastikan semua peraturan dan juga perundangan yang dibentuk diikuti oleh
murid dengan rela tanpa paksaan.

c. Menyediakan satu pasukan pemimpin yang berkreadibiliti, bertanggungjawab dan


sahsiah tinggi di kalangan murid.

d. Menyediakan maklumat disiplin terkini bagi pihak pentadbir sekolah dan Sistem
Salahlaku Disiplin Murid (SSDM).

e. Membantu guru mengatasi masalah disiplin dalam proses pengajaran dan


pembelajaran harian di kalangan murid.

f. Menjadikan sekolah satu pusat pengajaran dan pembelajaran yang harmoni dan
tenteram bagi guru dan murid.

Jawatankuasa Unit Disiplin SK Pasir Besar


EN. MD ZAIN BIN SEVAN
Pengerusi

TUAN HAJI SAZALI BIN JAAFAR


Naib Pengerusi

EN. HAIRI BIN ISMAIL

Setiausaha

AHLI JAWATANKUASA

BADAN PENGAWAS

Ketua Pengawas

Penolong Ketua Pengawas

Setiausaha

Bendahari

AHLI JAWATANKUASA
MISI

MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH


YANG BERSEFAHAMAN, BERTOLERANSI, BERKETRAMPILAN
DAN BERSATU HATI KE ARAH KECEMERLANGAN
YANG DISASARKAN DALAM SEMUA BIDANG
KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH

VISI

MEMBANTU DALAM PEMBENTUKAN


WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU PASIR BESAR
YANG BERSATU PADU DALAM KONTEKS
PENCAPAIAN WAWASAN

PERANAN PELBAGAI PIHAK

Peranan guru terhadap salah laku murid


i. Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang melanggar peraturan,
bersikap kurang sopan dan tidak mahu menyiapkan kerja yang diberi.
ii. Segera melaporkan kepada Unit Disiplin jika terdapat sebarang kesalahan yang
terdapat di dalam kod salah laku untuk tindakan segera.
iii. Menyokong serta menguatkuasa semua peraturan-peraturan dan undang-undang
yang telah dibentuk bagi keharmonian dan kelancaran pengajaran di dalam bilik
darjah.
iv. Sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga
mengenai perkembangan murid
v. Menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum atau pertandingan yang
dianjurkan sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga diperingkat
kebangsaan.
vi. Menghidup amalan budaya ‘ Sekolah Penyayang’ dan ‘Kempen Budi Bahasa’ dengan
mengadakan aktiviti bersama-sama murid dan mewujudkan sikap penyayang kepada
murid-murid.

Peranan pengawas terhadap salah laku murid

i. Membantu guru disiplin mengawal dan menyelia bagi setiap pelanggaran peraturan
dan undang-undang oleh murid-murid.
ii. Melaporkan dengan segera kepada guru sebarang kesalahan pelanggaran peraturan-
peraturan dan undang-undang oleh murid-murid kepada guru.
iii. Menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh guru dari masa ke semasa
dengan rela dan ihklas.
iv. Menjadai ‘role model’ kepada murid-murid dengan menunjukkan sikap kepimpinan dan
sahsiah yang tinggi.
v. Sentiasa asertif dan proaktif dalam menjalankan tugas tanpa perasaan pilih kasih dan
hasad dengki.
vi. Mengamalkan budaya penyayang dan berbudi bahasa sepanjang menjalankan tugas.

Peranan penjaga terhadap salah laku murid


Ibu bapa memainkan peranan penting terhadap tingkah laku dan juga perkembangan anak-anak
mereka. Untuk memastikan program peningkatan disiplin berjalan dengan baik, maka ibu bapa
perlu :

i. Mendisiplinkan anak-anak mereka bermula dari rumah dengan mengadakan beberapa


peraturan yang senang dan boleh diikuti.
ii. Sentiasa memerhati dan memantau tingkah laku anak mereka sepanjang masa.
iii. Memberi teguran yang membina dan sentiasa menasihati anak-anak mereka.
iv. Sentiasa berhubungan dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-
anak.
v. Bersikap terbuka dan menerima dengan positif sekiranya anak-anak mereka
dikenakan tindakan dan hukuman.
vi. Mengamalkan budaya penyayang dan berbudi bahasa dalam mendidik anak mereka
sama ada di rumah mahupun di luar rumah

Harapan Sekolah
Diharapkan Program Peningkatan Disiplin mencapai matlamat sifar salah laku di kalangan murid.
Oleh itu, pihak sekolah berharap program ini dapat :

a. Melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, ibu bapa, sekolah
dan masyarakat.
b. Melahirkan individu yang dinamik , berdedikasi, produktif, proaktif dan berfikiran
terbuka.
c. Murid-murid memberikan imej yang baik dan contoh teladan ibu bapa dan sekolah
di mata masyarakat.
d. Menyemai sifat kasih sayang di kalangan ibu bapa, murid dan juga pihak sekolah.
e. Menyemai nilai-nilai murni dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
f. Memenuhi visi Sekolah Kebangsaan Pasir Besar.
g. Melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
MODUS OPERANDI
Pelaksanaan Program Peningkatan Disiplin SKPB melibatkan semua peringkat. Kerjasama semua pihak iaitu pihak sekolah dan juga pihak
penjaga. Program ini lebih menumpukan aktiviti di sekolah. Berikut adalah cadangan tindakan yang bakal dilaksanakan di sekolah:

TARIKH SASARAN AKTIVITI CATATAN


Penglibatan
i. Melibatkan semua ajk unit disiplin.
ii. Dipengerusikan oleh GPK HEM

Kandungan
6 Januari 2018 Pengawas dan ketua kelas Kursus Kepimpinan i. Meyediakan pengetahuan tentang
( Sabtu ) (semua pengawas dan ketua peraturan-peraturan sekolah
kelas dari tahun 2 hingga tahun ii. Semangat kerja berpasukan’ team
6) building’
iii. Latihan dan pembahagian tugas
iv. Pengurusan diri

Kos : Ditanggung oleh murid sendiri

Tempat : Bilik Tayangan SKTAR

Masa : 8.00 pg hingga 12.30 petang

8 Januari 2018 Pengawas SKPB seramai 30 Penerimaan Tauliah Penglibatan


( Isnin ) orang Perlantikan sebagai i. Semua pengawas yang dilantik
Pengawas 2018 ii. Guru Disiplin

Kandungan
i. Bacaan ikrar pengawas

Tempat : Tapak perhimpunan

Masa : Ketika perhimpunan rasmi


TARIKH SASARAN AKTIVITI CATATAN

i. Taklimat dan Penglibatan


pemberiaan i. Semua guru
buku peraturan Kandungan
16 Januari 2018 Guru-guru SKPB sekolah i. Buku peraturan sekolah yang baru.
ii. Pelaksanaan ii. Kod salah laku.
Sistem Merit
Tempat : Tapak perhimpunan

Masa : 7.45 pg (ketika perhimpunan rasmi)

Mengemaskini dan memasukkan data ke dalam


31 Mac 2018 GPK HEM dan Guru Disiplin SSDM system untuk dihantar ke PPD / JPNS

Penglibatan
i. GPK HEM
ii. Guru disiplin

3 April 2018 Pengaws SKPB Perhimpunan pengawas Kandungan


i. membuat refleksi tugas
ii. menerima laporan dari pengawas
iii. memberi motivasi
Tempat : Bilik tayangan

Masa : Selepas perhimpunan

16 Mei 2018 Semua pengawas SKPB Aktiviti Hari Guru Penglibatan semua pengawas
( Rabu )

TARIKH SASARAN AKTIVITI CATATAN


30 Jun 2018 GPK HEM dan Guru Disiplin SSDM Mengemaskini dan memasukkan data ke dalam
system untuk dihantar ke PPD Tampin

Penglibatan
i. GPK HEM
11 Julai 2018 Murid tahun 4 ,5 dan 6 Bengkel dan ceramah ii. AJK Disiplin
iii. Guru Kelas

Kandungan
i. Program pencegahan Rokok dan
Dadah
ii. Galakkan ke sekolah
iii. Kesihatan mental

Tempat : Dewan sekolah

Masa : 2.30 pg hingga 4.30 petang

Penglibatan
18 September Pengawas dan ketua kelas Lawatan khas ke Melaka ii. GPK HEM
2018 iii. AJK Disiplin

Kandungan
i. Peningkatan motivasi
ii. Menambah pengetahuan dan
pengalaman

30 September GPK HEM dan Guru Disiplin SSDM Mengemaskini dan memasukkan data ke dalam
2018 system untuk dihantar ke PPD Rembau/Tampin
Kesimpulan

Negara kita sudah mencapai kemerdekaan selama 58 tahun dan pelbagai gagasan telah
diwujudkan bagi memastikan rakyat maju dan hidup harmoni. Namun begitu, sepanjang proses
untuk mencapai kemajuan berdasarkan sembilan cabaran Wawasan 2020, rakyat masih lagi
lemah dan tidak bermaya.

Kita kaya dengan banyak dasar seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial, Dasar
Pandang ke Timur dan terkini adalah Islam Hadhari. Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memastikan rakyat maju dalam pelbagai aspek sama ada dari segi social, ekonomi dan
juga politik. Oleh itu, dari sudut institusi pendidikan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
sangat jelas. Banyak program telah dan bakal dilaksanakan bagi memastikan para pelajar yang
bakal lahir nanti adalah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi memastikan usaha murni ini berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan maka
kerjasama semua pihak amat diharapkan. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
memastikan anak-anak mereka sentiasa di platform yang betul. Pihak sekolah akan sentiasa
menjalankan pelbagai program bagi menambaik serta memperkembangkan potensi anak-anak
mereka. Komuniti masyarakat perlu sentiasa memantau dan meyediakan medium yang sesuai
untuk kanak-kanak dan juga para remaja .

Perkara yang paling penting sekali adalah kesediaan semua pihak menerima perubahan. Apabila
ada perubahan maka program yang dijalankan sangat berjaya dan usaha dijalankan amat
diberkati. Oleh itu, kita harus berdoa dan terus berusaha walaupun rintangan serta cabaran di
hadapan sangat tinggi.

You might also like