You are on page 1of 16

Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi

1. Pengawas memastikan dewan bersedia untuk majlis, pengawas bertugas harian


hendaklah bersama pelajar yang menyediakan dewan.
2. Pastikan ada kerusi khas untuk semua pengawas duduk.
3. Semua AJK tertinggi pengawas hendaklah duduk sebaris di barisan hadapan di belakang
barisan guru / orang kenamaan.
4. Sekiranya majlis dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar, sediakan kertas konsep majlis,
tentatif, senarai semak persediaan, teks ucapan pengerusi majlis.
5. Pastikan raptai majlis diadakan terutamanya untuk juruacara dan majlis penyampaian
hadiah.
6. Sebelum majlis bermula taklimat disiplin semasa majlis perlu dibuat.
7. Pengawas berbaris di hadapan dewan memastikan pelajar masuk dalam keadaan tertib
dan pakaian yang kemas.
8. Pengawas masuk selepas orang kenamaan/ orang yang diraikan masuk
9. Pengawas duduk di hujung setiap barisan, menjaga pelajar yang duduk sebaris
dengannya.
10. Pengawas yang lain duduk sebaris di barisan depan dan belakang barisan pelajar.
11. Pengawas hendaklah membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan
pelajar berada dalam keadaan yang tertib sepanjang majlis berlangsung.
12. Sekiranya tiada pembahagian tugas, pengawas bertugas harian bertanggungjawab untuk
membuat rondaan.
13. Selepas majlis selesai sepenuhnya, Pengawas berbaris menunggu orang kenamaan
keluar.
14. Pengawas memastikan dewan dikemaskan semula (sekurangkurangnya kerusi pelajar)
selepas majlis selesai.
15 Pengawas berbaris di pintu dewan memastikan pelajar keluar dengan tertib.
Tatacara Pengendalian Kes Disiplin Pelajar (Kes-kes kecil)
1. Pengawas menangkap/ mendapati pelajar melakukan kesalahan, teguran lisan dibuat.
2. Pengawas mecatatkan kesalahan pelajar dalam buku catatan harian pengawas.
3. Pengawas merekodkan kesalahan dalam buku log laporan salah laku mengikut kelas.
4. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas mengambil tindakan susulan terhadap
pelajar. Teguran lisan dan bertulis perlu dilakukan, dan tandatangan pelajar yang telah
meneria teguran lisan atau bertulis perlu didapatkan.
5. Setelah pelajar melakukan 3 kesalahan kecil, borang salah laku akan diberi.
6. Berdasarkan borang salah laku tersebut, pelajar yang disahkanmelakukan 3 kesalahan
kecil akan diberikan surat makluman pertama yang akan di hantar kepada ibu bapa.
7. Pelajar yang melakukan 3 kesalahan kecil ini akan dihantar namanya kepada Guru
Bimbingan sekolah untuk menjalani sesi kaunseling.
8. Pelajar yang berterusan melakukan kesalahan kecil sebanyak 5 kali, atau 2 kesalahan
seterusnya setelah diberi surat makluman pertama, akan diberi borang salah laku yang
kedua.
9. Borang salah laku yang kedua ini akan menyebabkannya menerima surat makluman
kedua yang akan dihantar kepada ibu bapa.
10. Seterusnya pelajar ini akan diproses oleh Ketua Guru Disiplin mengikut sistem SSDM dan
akan direkodkan sebagai satu kesalahan kecil yang berdaftar kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia
11. Pelajar yang menerima surat makluman kedua ini akan juga menerima kaunseling dan
nasihat daripada Guru Bimbingan.
12. Selepas itu, sekiranya pelajar terbabit melakukan dua lagi kesalahan kecil, beliau akan
menerima borang salah laku yang ketiga.
13. Borang salah laku yang ketiga ini akan menyebabkannya menerima surat makluman
ketiga yang juga akan dihantar kepada ibu bapa.
14. Selain daripda itu, pelajar ini akan diproses oleh Ketua Guru Disiplin mengikut sistem
SSDM dan akan direkodkan sebagai satu kesalahan kecil (kedua) yang berdaftar kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia
15. Sekiranya beliau terus melakukan kesalahan kecil, pelajar ini akan terus diproses oleh
Ketua Guru Disiplin dan direkod sebagai kesalahan seterusnya dalam SSDM.
16. Pelajar yang melakukan kesalahan seterusnya selepas menerima 3 surat makluman akan
dikenakan tindakan SURAT PERJANJIAN PERTAMA.
17. Kesalahan kecil yang seterusnya akan diproses oleh lembaga disiplin yang akan
menentukan tindakan seterusnya.
PERLEMBAGAAN
BAHAGIAN PERTAMA
1. NAMA
Pengawas adalah satu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri
Pengkalan, Batu Pahat, Johor.

2. OBJEKTIF DAN TANGGUNGJAWAB


(a) Objektif Lembaga Pengawas ialah:-
1. Merupakan wakil pihak berkuasa sekolah dan para pelajar.
2. Untuk menolong menegak serta meningkatkan disiplin para pelajar sekolah ini
dengan menekankan kewujudan peraturan-peraturan sekolah yang
sedia ada dan yang diadakan oleh Tuan Guru Besar dari semasa ke
semasa.
3. Untuk menunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah laku dan tatatertib
pengawas kepada para pelajar di sekolah ini.
4. Memberi perkhidmatan sukarela kepada pihak sekolah.

(b) Lembaga Pengawas bertanggungjawab terus kepada Tuan Guru Besar dan sebarang perkara
yang memerlukan nasihat hendaklah dirujuk kepada Penasihat Lembaga Pengawas.

BAHAGIAN KEDUA
TATATERTIB AM PENGAWAS
·         Pengawas merupakan wakil pihak pentadbir dan pelajar sekolah ini serta perlu
menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
·         Sebagai seorang pengawas,mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.
·         Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa.
 
1) Kualiti seorang pengawas
i)        Ketepatan masa
ii)       Bertanggungjawab
iii)     Pantas berikhtiar
iv)     Inisiatif
v)      Adil
vi)     Boleh dipercayai
 
2)  Tatatertib pengawas
i)       Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya tidak kira dalam apa-apa
jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas
sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Guru
Pengawas atau Ketua Pengawas.
ii)      Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.
iii)    Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia
harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
iv)     Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.
v)    Seseorang pengawas dilarang makan atau berkelakuan buruk dalam kelas. Nasihat
Ketua Kelas mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Kelas
mengawal keadaan dalam kelas.
vi)     Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas,
pengawas haruslah memerhati keadaan di sekolah.
vii)   Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru. Pengawas harus selalu
memberi bantuan kepada guru jika diperlukan.   
 
3)  Perkara lain
      Seseorang pengawas haruslah :
a)    Sentiasa bekerjasama antara satu sama lain
b)    Bersopan santun setiap masa
c)    Menyokong semua aktiviti Lembaga Pengawas dan sekolah.
d)    Menjaga imej sekolah dan tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang
memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian.
e)    Tidak ponteng kelas dan sekolah secara sengaja.
 
BAHAGIAN KETIGA
Pakaian Seragam Pengawas
1.   Pakaian lengkap pengawas termasuklah:-
a)      Vest dengan tag nama
b)      Tali leher maroon (putera)
c)      Baju seragam biru muda  
d)      Seluar panjang biru gelap(putera),kain susun tepi biru gelap(puteri)
e)      Kasut sekolah kanvas hitam
f)       Stokin putih
g)      Segala aset pengawas
2.   Pengawas perlu mematuhi segala peraturan pakaian seragam

BAHAGIAN KEEMPAT
Mesyuarat  Am
1.   Mesyuarat Am pengawas biasanya diadakan sekali sebulan.
2.   Segala mesyuarat adalah penting dan mustahak. Kehadiran pengawas adalah wajib.
Ketepatan masa sangat penting.
3.   Sesiapa yang tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat mesti meminta kebenaran
daripada Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas.
4.   Sebarang masalah atau cadangan boleh dikemukakan jika perlu. Pengawas harus
bertatatertib sepanjang masa.
5.   Semua perkara sulit yang dibincangkan dalam perjumpaan atau mesyuarat tidak
boleh dibocorkan.
6.   Pengawas hendaklah meminta kebenaran daripada Ketua Pengawas jika hendak keluar
dari mesyuarat.

BAHAGIAN KELIMA
Tugas Pengawas
1.   Pengawas yang bertugas harus memastikan para pelajar mematuhi peraturan sekolah
dan sebarang kesalahan pelajar harus ditegur serta dicatat sekiranya perlu.
2.   Pengawas yang tidak dapat menjalankan tugasnya dengan alasan yang munasabah 
harus mencari pengawas untuk mengganti tugasannya dengan pengetahuan Ketua
Pengawas atau Timbalan Ketua Pengawas.
3.   Pengawas dilarang berbual kosong, makan, minum, membaca, dan lain-lain semasa
bertugas.
4.     Pengawas harus sentiasa bersedia untuk berkhidmat atas arahan Ketua Pengawas dan  
pihak pentadbir sekolah.

BAHAGIAN KEENAM
Pindaan
Sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Lembaga Pengawas hanya boleh dicadangkan secara
bertulis oleh :
a)      Pengawas
b)      Barisan Konsul
c)      Guru Penasihat
d)      Tuan Guru Besar
Cadangan untuk pindaan mestilah dipersetujui oleh konsul dan guru penasihat sebelum
dibahas.Sekiranya konsul tidak bersetuju, cadangan tersebut akan dibatalkan.Sekiranya
cadangan tersebut diterima oleh konsul untuk diperbahas, maka satu sesi perbahasan akan
diadakan dalam suatu perjumpaan pengawas.Keputusan akan dibuat secara undi sulit dan hanya
pengawas yang hadir berhak mengundi.Kuorum kehadiran pengawas dalam perjumpaan
tersebut haruslah sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah pengawas yang masih dalam
tempoh perkhidmatan.Majoriti dua pertiga daripada pengawas yang hadir diperlukan untuk
meluluskan cadangan pindaan tersebut.Undi berkecuali tidak akan diterima.Kuasa veto Tuan
Guru Besar dan Guru Penasihat terhadap cadangan pindaan tersebut harus dihormati.Akhir
sekali, cadangan pindaan yang dipersetujui oleh Lembaga Pengawas mestilah disahkan oleh
Tuan Guru Besar.Bahagian Keenam ini langsung tidak boleh dibahas dan dipinda.
PERATURAN PAKAIAN SERAGAM

Peraturan menanggalkan vest


 
a)      Vest mestilah sentiasa dipakai sepanjang waktu persekolahan.

b)     Apabila hari hujan


     i)    Pengawas yang berbasikal dan berjalan kaki  ke sekolah dibenarkan simpan vest atau
menanggalkannya di tempat tertutup dengan cara yang betul dan simpan di dalam beg.

c)     Tugasan Khas


     Pengawas hanya boleh menanggalkan vest di tempat terbuka dengan kebenaran yang
diberi oleh Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas sahaja.
  Contoh: Bertugas di stadium semasa Hari Sukan
              Aktiviti mengatur kerusi di dewan sekolah

d)     Semasa waktu persekolahan


Pengawas dibenarkan menanggalkan vest dengan syarat semasa pengawas berada
di dalam kelas, pergi ke tandas, menjalankan tugasan pembersihan kelas harian sahaja.
 
Peraturan memakai vest
a)      Blazer dan aset-aset lain mesti dipakai sekiranya PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH dipakai.
b)      Tag nama hitam pengawas tidak boleh tersembunyi di belakang kolar blazer.
c)      Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang dijalankan,pengawas dibenarkan untuk
memakai atau menanggalkan blazer semasa duduk dengan syaratnya kaki tidak boleh bergerak.
 
Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer
a)      Sentiasa menghormati blazer
Contoh : Jangan main dengan kawan semasa memakai blazer
             Jangan terlibat dalam aktiviti sukan semasa memakai pakaian seragam sekolah
seperti                        bermain bola.       
b)     Sentiasa memastikan kekemasan blazer dijaga.
c)  Blazer pengawas tidak boleh dipinjam kepada kawan atau pelajar lain kecuali
mendapatkan   kebenaran daripada konsul dahulu.
a)      Kocek Blazer
*( Bagi putera, tidak dibenarkan menyimpan segala barang di dalam kocek    
    blazer.)
*( Bagi puteri, hanya aset ( pen, buku nota, dan pemotong kuku) boleh disimpan
       dalam kocek blazer, barang-barang lain dilarangkan )
 
Semasa Memakai Blazer
a)      Pengawas tidak boleh gerakkan kaki semasa memakai blazer.
b)      Pastikan tag nama hitam sentiasa berada di atas garisan kocek blazer.
c)      Pastikan blazer adalah dalam keadaan baik dan sentiasa dibutangkan semasa
dipakai.
d)      Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.
e)      Kocek blazer harus dalam keadaan baik.
·         Selepas memakai blazer, pengawas mesti mengemaskan blazer,pastikan tag nama
hitam atau kocek tidak tersembunyi.
 
 
Semasa Menanggalkan blazer
a)      Pengawas tidak boleh menggerakkan kaki semasa menanggalkan blazer.
b)      Jangan biarkan blazer tersentuh lantai apabila ditanggalkan
c)      Pastikan blazer dilipatkan dengan cara yang betul.
d)      Blazer tidak boleh disimpan di mana-mana dengan sesuka hati.
·         Pastikan tag nama hitam sentiasa ditunjukkan.
 
 
Tali leher
a)    Selagi seseorang pengawas memakai tali leher Lembaga Pengawas, pengawas
tersebut
i)    Tidak boleh bercakap kasar
ii)   Tidak boleh pergi ke tempat hiburan
iii)  Tidak boleh melawan atau memukul guru
iv)  Tidak boleh melanggar peraturan sekolah
v )  Tidak boleh menunggang motosikal dalam kawasan sekolah
vi)  Tidak boleh bermain dalam sebarang aktiviti sukan
vii) Tidak boleh menggunakan atau membawa barang larangan.
       Contoh: liquid paper, pembaris besi.
viii)Tidak boleh memotong kuku di dalam kelas.
b)   Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk
dipakai
c)   Tidak boleh lipatkan tali leher
d)   Tidak boleh meletakkan tali leher di atas bahu.
e)   Sentiasa memastikan penyepit tali leher yang tidak senonoh tidak digunakan.
Pen, Buku Nota dan Pemotong Kuku
a)      Pengawas harus mempunyai pen yang dapat berfungsi ( Jika tidak ada, hukuman
akan dikenakan )
b)      Jangan tulis sebarang tulisan di dalam buku nota kecuali kesalahan pelajar sahaja.
c)      Jika buku nota pengawas sudah nipis ( kurang daripada 3 keping ), sila gantikan
dengan buku nota yang baru dengan secepat mungkin.
a)      Sila balutkan pisau kecil atau pengisar pemotong kuku.
b)      Pengawas tidak boleh menanggalkan aset pengawas selagi masih berpakaian
seragam
·         Tali pinggang mesti berwarna gelap.
·         Stoking mesti berwarna putih dan mesti memakai kasut sekolah putih.
 
Pakaian kemas Lembaga Pengawas
a)      Baju T-shirt Lembaga Pengawas mengikut sesi tersebut. Sekiranya belum dapat,
pengawas boleh memakai baju PJK sekolah.
b)      Seluar panjang mesti dipakai dan  jeans tidak dibenarkan.
c)      Stoking putih dan kasut.
d)      Pen dan  buku nota mesti dibawa.
 
 
Pakaian Kemas
a)      Baju dengan kolar, seluar panjang ( Jeans tidak dibenarkan )
b)      Stoking dan kasut.
c)      Pen dan buku nota mesti dibawa.
 
 
Pakaian Biasa
a)      Ikut aktiviti, memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti yang berkaitan 
b)      Pemakaian pengawas Puteri perlu mematuhi peraturan kelab puteri.
 
 
Pakaian Formal
a)      Pengawas Putera memakai pakaian formal dengan tali leher yang sesuai
b)      Pemakaian pengawas Puteri perlu mematuhi peraturan kelab puteri.
 
Peraturan-peraturan Tugasan 
Peraturan-peraturan sebelum bertugas 
Pastikan anda jelas dengan semua keadaan tugasan dan cara bertugas di tempat tugasan
anda sebelum bertugas.Sentiasa menepati masa untuk sampai di tempat tugasan dan
pastikan anda tidak lewat tugas dan kumpul.Bersalam ataupun mengangguk kepala
sebagai tanda sopan apabila berjumpa dengan pengawas, konsul-konsul atau guru.Tangan
harus disimpan di belakang dengan cara yang betul.
*Sila rujuk gambar rajah pada muka surat 73 dalam buku panduan.
Pastikan anda tidak tersilap dengan tempat tugasan anda.Pastikan anda sentiasa beraset
lengkap di badan anda. Antaranya:a)      Pen yang dapat berfungsi.
b)      Buku nota yang mempunyai muka surat yang mencukupi.
c)      Pemotong kuku yang dibalut dengan baik.
d)      Blazer yang dipakai dengan kemas.
e)      Tag nama hitam pengawas dipakai pada blazer.
(rambut dan kuku pengawas mesti kemas, sentiasa memeriksa agar tidak melanggar
peraturan-peraturan Lembaga.)
f)        Tali leher mesti sentiasa ketat dan kemas.
g)      Tidak boleh makan dan membeli makanan sebelum dan selepas waktu rehat.
Pengawas yang bertugas hanya diizinkan  keluar dari kelas 5 minit lebih awal sebelum
waktu rehat dan tidak dibenarkan untuk membeli makanan dan makan dalam masa 5
minit tersebut. 
Peraturan-peraturan semasa bertugas 
Serius semasa tugas. ( TIDAK boleh senyum!!! )a)      Tidak bergurau-senda dengan
pelajar.
b)      Tidak boleh berbual kosong dan senyum dengan kawan atau pelajar lain.
Tidak boleh mengeluarkan bunyi geseran tapak kasut semasa meronda.Berdiri dengan
tegak.a)      Tidak boleh goyangkan kaki semasa bertugas atau bengkokkan badan dan
berdiri dengan tegak dan tangan di belakang.
Pastikan anda menjalankan semua tugasan yang perlu dijalankan di tempat tugasan
tersebut.a)      MESTI menangkap pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah
dan jangan melepaskan mereka tanpa alasan yang munasabah.
b)      Memberi nasihat yang sepenuhnya kepada pelajar yang melanggar peraturan-
peraturan sekolah dan sentiasa bertoleransi dengan mereka.
Mesti membantu pengawas lain yang menghadapi masalah. ( Contoh: pergaduhan )
Jangan cuba mencabar pelajar dan mengakibatkan pergaduhan. 
2.    Tidak boleh makan dan minum semasa bertugas.
3.      Bersalam atau menganggukkan kepala apabila berjumpa dengan pengawas,konsul-
konsul atau guru semasa bertugas.
Anda mesti mengutip sampah sekiranya nampak sampah.Apabila menahan pelajar yang
melanggar peraturan sekolah,pengawas harus bercakap dengan nada yang sesuai dan
sikap yang baik.Pengawas harus bertugas sehingga konsul menunjukkan signal “ OFF”.
Pengawas dilarang lari dari  tempat tugasan mereka sebelum signal “ OFF” ditunjukkan
oleh konsul. 
 
Peraturan-peraturan semasa berkumpul
1.      Setelah signal “OFF” ditunjukkan oleh konsul, pengawas haruslah cepatkan
langkah dan berkumpul di tempat yang tetap.
2.      Pengawas tidak boleh lewat semasa berkumpul
3.      Tidak boleh bercakap semasa konsul pengawas sedang memberi komen dan
cadangan yang sesuai.
 
 
Peraturan-peraturan selepas bertugas 
Mengutipkan sampah sekiranya ternampak sampah.Selepas diOFFkan oleh konsul
semasa waktu pagi, pengawas perlu balik ke kelas dengan secepat mungkin.Selepas
diOFFkan oleh konsul pengawas semasa waktu rehat, pengawas perlulah cepatkan
langkah untuk membeli makanan dan merujuki papan notis dan balik ke kelas dengan
secepat mungkin.Pengawas dilarang membeli makanan selepas loceng kedua berbunyi
kecuali mendapat kebenaran daripada konsul.Menjaga disiplin sendiri dan menjadi
contoh yang baik kepada pelajar lain. 
 
Peraturan ganti 
Pengawas hanya boleh mencari ganti apabila menghadapi masalah seperti sakit atau hal-
hal kecemasan.Seseorang pengawas hanya boleh mencari ganti sebanyak 3 kali
seminggu.Jikalau pengawas terpaksa mencari ganti selama seminggu, mereka harus
menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I untuk menjelaskan alasan.Pengawas
yang ingin mencari ganti mestilah memberitahu alasan kepada penggantinya.
Penggantinya haruslah mengganti pengawas tersebut sekiranya alasan yang diberikan
adalah munasabah.Pengawas yang berjanji untuk mengganti mesti pergi bertugas. Jika
tidak, pengawas yang mengganti tersebut  akan dianggap ponteng tugas.Pengawas yang
mengganti pengawas lain haruslah melapor kepada konsul yang bertugas di tempat
tugasan tersebut.Pengawas yang mengganti pengawas lain jika melakukan kesalahan
haruslah menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I dan menerima hukuman yang
sepatutnya. 
 
Peraturan-peraturan Bilik Pengawas
 
1.      Fungsi Bilik Pengawas
1.1    Pusat operasi Lembaga Pengawas
1.2    Bilik pentadbiran Lembaga Pengawas
1.3    Tempat menyimpan aset pengawas
1.4    Tempat pertanyaan am pelajar dan orang ramai
1.5    Tempat menjaga kebajikan pengawas
 
2.      Am
2.1    Bilik Pengawas adalah terbuka kepada semua Pengawas.
2.2    Kunci Bilik Pengawas hanya boleh dipegang oleh barisan Konsul.
2.3    Pintu Bilik Pengawas hanya boleh dibuka oleh Konsul kecuali mendapat kebenaran
daripada Konsul untuk membuka sendiri.
2.4    Pelajar tidak boleh memasuki Bilik Pengawas tanpa kebenaran barisan Konsul.
 
3.      Waktu Operasi
3.1    Bilik Pengawas dibuka pada waktu pagi, rehat, dan waktu balik serta dibuka apabila
diperlukan.
 
4.      Disiplin
4.1    Pengawas dipertanggungjawab supaya sentiasa menjaga suasana Bilik Pengawas
agar berada dalam keadaan tenteram dan harmoni.
4.2    Disiplin pengawas mesti sentiasa dijaga ketika berada dalam Bilik Pengawas.
 
5.      Kebersihan Dan Kekemasan
5.1    Pengawas dinasihati supaya menjaga kebersihan Bilik Pengawas.
5.2    KASUT ATAU SELIPAR MESTI DITANGGALKAN sebelum memasuki Bilik
Pengawas dan diletakkan di atas rak kasut kecuali semasa hujan lebat.
5.3    Kerusi, fail, dokumen, alat tulis dan harta benda lain mesti dikembalikan ke tempat
asal selepas digunakan.
1.      Barang Larangan
1.1    Barang-barang yang tidak berkaitan dengan urusan dan objektif Bilik Pengawas
mesti mendapat kebenaran konsul sebelum disimpan dalam Bilik Pengawas.
 
2.      Harta Benda
2.1    Segala harta benda dalam Bilik Pengawas mesti dijaga dengan baik. Segala
kerosakan atau kehilangan hendaklah dibayar ganti rugi. Segala harta benda yang
dipinjam keluar dari Bilik Pengawas mestilah dipersetujui oleh barisan konsul dahulu.
 
 
2.2    Semua dokumen dalam Bilik Pengawas adalah SULIT. Pengawas DILARANG
MEMBUKA MANA-MANA LACI ATAU KABINET dalam Bilik Pengawas.
2.3    Segala FAIL dan BUKU di RAK dalam Bilik Pengawas TIDAK BOLEH
DISENTUH TANPA KEBENARAN BARISAN KONSUL.
2.4     Pengawas haruslah mendapat kebenaran konsul terlebih dahulu sebelum
menggunakan segala harta benda dalam Bilik Pengawas.
2.5    Keselamatan barang peribadi yang disimpan dalam Bilik Pengawas adalah di bawah
tanggungjawab pemiliknya.
 
3.      Pindaan
8.1  Barisan konsul berhak membuat sebarang pindaan ke atas peraturan Bilik Pengawas.
 
 
Peraturan Kelakuan Diri Sendiri
 
Kelakuan diri sendiri semasa tugas
1.       Pengawas harus sentiasa mengawal emosi diri sendiri dan tidak boleh melepaskan
perasaan geram atau tidak puas hati terhadap pelajar lain.
2.       Pengawas harus menangkap kesalahan pelajar dengan cara yang betul iaitu
mengelakkan perlanggaran dengan pelajar serta tidak berkelakuan kasar terhadap mereka.
3.       Pengawas tidak boleh memihak kepada pelajar yang telah melakukan kesalahan
seperti membantu pelajar menyembunyikan barang larangan dan melepaskan pelajar
yang telah melanggar peraturan sekolah.
4.       Sebelum bertugas di sesuatu tempat tugasan, pengawas mesti memahami
tugasannya. Contoh: bertanya kepada pengawas yang berpengalaman atau konsul.
5.       Pengawas mesti menunjukkan teladan yang baik di depan pelajar lain kerana
pengawas merupakan pemimpin pelajar.
6.       Pengawas  tidak boleh ponteng tugas dan lewat bertugas
7.      Pengawas tidak boleh menggunakan signal “OFF” dengan sebarangan.
 
 
Kelakuan diri sendiri secara am
1.      Pengawas mesti sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan peraturan Lembaga
Pengawas
2.      Pengawas mesti mengamalkan prinsip serius semasa serius dan main semasa main.
3.      Pengawas mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah. Contohnya, apabila nampak
sampah, pengawas perlu mengutip sampah tersebut dan membuangkannya  ke dalam tong
sampah.
4.      Pengawas harus sentiasa menjaga penampilan diri. Contohnya, tidak berkuku
panjang, tidak berambut panjang, rambut tidak berwarna, tidak memakai barang kemas
(cincin, rantai yang bukan berunsur agama, anting-anting yang tidak dibenarkan), tidak
boleh memakai cermin mata yang berwarna serta harus selitkan baju.
5.      Pengawas mesti merujuk kepada papan notis pengawas dengan teliti pada awal
pagi, waktu rehat, dan waktu balik semasa hari persekolahan.
6.      Pengawas harus sentiasa menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas serta
sekolah dengan tidak melakukan perkara yang akan menjejaskan imej Lembaga
Pengawas dan sekolah seperti mencuri, bercakap kasar, bergaduh, melakukan jenayah
dan sebagainya.
7.      Pengawas mesti saling membantu dalam Lembaga Pengawas. Contohnya, apabila
pengawas lain menghadapi masalah,pengawas haruslah menghulurkan bantuan.
8.      Pengawas mesti pandai menyanyikan lagu pengawas dan dapat ingat nama konsul,
ikrar , visi serta misi Lembaga Pengawas.
9.      Pengawas tidak boleh bawa barang larangan seperti telefon bimbit, “ liquid paper”,
majalah hiburan, CD, VCD, DVD, Pendrive dan sebagainya.
10.  Semasa berkomunikasi dengan guru atau konsul,pengawas harus menggunakan nada
yang sesuai  dan bersopan santun.
11.  Pengawas tidak boleh lewat masuk kelas kecuali ada urusan yang berkaitan dengan
Lembaga Pengawas.
12.  Pengawas tidak dibenarkan tidur dalam kelas.
 
13.  Pengawas mesti jelaskan alasan lewat masuk kelas kepada guru jika bukan urusan
Lembaga Pengawas supaya tidak menjejaskan imej Lembaga Pengawas.
 
 
14.  Hubungan BGR tidak digalakkan dalam Lembaga Pengawas.
-   Semua pengawas tidak boleh melakukan perkara-perkara yang tidak  senonoh seperti
berikut : 
i)                 berpegang tangan
ii)                   berpeluk-pelukan
i)                    bercium-ciuman
ii)                   tidak boleh meraba-raba
iii)                 tingkap dan pintu mesti dibuka jika berada dalam bilik
 
 
 
 
Aktiviti Lembaga Pengawas
 
1.      Pengawas mesti mengutamakan aktiviti Lembaga Pengawas dengan meluangkan
masa menyertai aktiviti Lembaga Pengawas yang telah dianjurkan.
2.      Pengawas tidak boleh ponteng mesyuarat am atau perjumpaan dan aktiviti Lembaga
Pengawas tanpa alasan yang munasabah dan mesti menunjukkan bukti ketidakhadiran.
3.      Apabila berada dalam bilik mesyuarat, pengawas perlu serius dan tidak boleh bising
dengan berbual kosong , tidak boleh makan, tidak boleh tidur atau bermimpi.
4.      Pengawas mesti menepati masa apabila menghadiri mesyuarat, perjumpaan dan
segala aktiviti Lembaga Pengawas.
5.      Sebelum menghadiri mesyuarat, pengawas mesti membuat persiapan awal seperti
memastikan semua aset adalah lengkap, berpakaian seragam dan memastikan penampilan
diri adalah baik.
6.      Semasa agenda disiplin dijalankan,apabila pengawas sedang menjalani hukuman,
pengawas yang lain tidak boleh ketawa dan harus belajar daripada kesilapan mereka
dengan tidak melakukan kesalahan yang sama.
7.      Pengawas tidak boleh membocorkan segala perkara yang dibincangkan dalam
mesyuarat kerana semua maklumat itu adalah sulit.
 
 Perhimpunan
 
1.      Sekiranya ada perhimpunan, pengawas dikehendaki berkumpul pada pukul 6.30
pagi atau mengikut masa yang ditetapkan oleh barisan konsul.Pengawas yang bertugas
boleh dikecualikan.
2.      Semasa berkumpul, pengawas harus bergerak dengan cepat dan berdiri dalam
barisan serta jangan bising.
3.      Pengawas akan dibahagikan tugas oleh Timbalan Ketua Pengawas I. Semasa berada
dalam dewan, pengawas mesti memastikan semua pelajar berada dalam barisan kelas
masing-masing dengan tersusun dan mengawasi keadaan dewan.
4.      Semasa perhimpunan dijalankan, pengawas akan berdiri di belakang dewan.
5.      Semasa menyanyikan lagu sekolah dan lagu “ Negaraku”, tangan pengawas perlu
letak di sisi dan berdiri tegak.
6.     Pengawas tidak boleh bercakap dan mesti menumpukan perhatian sepenuhnya serta
tidak boleh membelakangi penceramah.
 
Hak & Kuasa Pengawas
 
Apabila terdapat pelajar cuba menghina, mencabar atau memukul pengawas, pengawas
haruslah mengawal emosi sendiri dan bersikap sabar.
        i.  Situasi Semasa Berseorangan
·        Apabila pengawas telah dihina, dicabar atau dipukul oleh pelajar, pengawas boleh
mencatatkan nama dan kelas pelajar tersebut untuk tindakan disiplin.
·        Pengawas boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mempertahankan diri sendiri
dengan tidak menghina, mencabar atau memukul balik pelajar tersebut.
·        Pengawas boleh membawa pelajar tersebut untuk berjumpa dengan guru-guru
disiplin apabila dihina, dicabar atau dipukul oleh pelajar tersebut.
 
      ii.  Situasi Semasa Terdapat Pengawas Di Kawasan Berhampiran
·        Apabila pengawas mendapati pergaduhan antara pengawas dan pelajar telah
berlaku di kawasan berhampiran, pengawas perlu pergi menghalang pergaduhan tersebut
daripada berterusan.
·        Pengawas perlu cuba menenangkan emosi pengawas dan pelajar yang terlibat
dalam pergaduhan.
·        Pengawas juga perlu pergi mencari guru-guru disiplin dengan secepat mungkin
untuk mengelakkan pergaduhan tersebut berterusan.
 
Peraturan Surat
1.        Sekiranya pengawas melakukan kesalahan dalam tugas harian atau kesalahan lain,
pengawas mesti menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I atas arahan  konsul
atau secara automatik.
2.        Setiap surat mesti dihantar kepada Timbalan Ketua Pengawas I dalam tempoh 3
hari.
3.        Hari cuti tidak dikira dalam tempoh 3 hari tersebut tetapi hari kokurikulum atau
hari gantian sekolah dikira dalam tempoh 3 hari tersebut.
4.        Jika pengawas lewat menghantar surat sehari, pengawas perlu menjalankan
hukuman sebanyak 5 kali tekan tubi / sengan dengan arahan Timbalan Ketua Pengawas I.
5.        Pengawas mesti menulis surat mengikut format surat Lembaga Pengawas dengan
cara lipatan yang betul.
6.        Bukti yang diserahkan harus dipastikan adalah betul dan tepat.
7.        Surat kesalahan hanya boleh ditulis dengan tangan dan tidak boleh ditulis oleh
pengawas lain dan juga semasa waktu p&p.
8.        Surat hanya boleh ditulis dengan menggunakan pen biru dan hitam.
9.        Sampul surat tidak boleh dilekatkan.
10.    Pengawas yang melanggar peraturan surat dikehendaki menyalin semula surat
tersebut berdasarkan arahan daripada Timbalan Ketua Pengawas I.
11.    Surat meletak jawatan hanya boleh ditulis kepada Ketua Pengawas.
 

FORMAT SURAT
 
NAMA (Huruf Besar)   (cth:JAMES LING HUI JING)
KELAS   (cth: 4A5)
*                                                                               
 
KIING TECK WEI 
Timbalan Ketua Pengawas 1
Lembaga Pengawas Sesi 2011/2012,
SMK SACRED HEART.                                   TARIKH (cth:8 OGOS 2011) 
*
Tuan,
*
KESALAHAN   (cth: Lewat Datang Ke Sekolah) 
*
l        Nama Pengawas
l        Kelas Pengawas
l        Kesalahan
l        Tarikh Melakukan Kesalahan
l        Tempat Melakukan Kesalahan
l        Masa Melakukan Kesalahan
l        Nama Konsul yang Bertugas   
l        Jawatan Konsul yang Bertugas 
*
2.Alasan Melakukan kesalahan tersebut.
*
*
*
Yang Benar,
TANDATANGAN
_______________
(NAMA PENGAWAS)  
PENGAWAS

You might also like