You are on page 1of 2

Ketua Pengawas

1. Memastikan aktiviti dan tugas Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.

2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

3. Mengadakan perbincangan atau mesyuarat dengan Exco Tertinggi pengawas untuk melakukan

sesuatu yang boleh menaikkan nama baik pengawas dalam kalangan rakan pelajar.
4. Menjadi contoh teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Penolong Ketua Pengawas


1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek pengurusan Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi contoh teladan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas
7. Merekod dan melaporkan kesalahan pengawas kepada guru pengawas.

Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru
pengawas.
3. Menjadi penasihat kewangan kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.

Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang
harmoni.

5. Mengetuai Spot Check

Pengawas

· Mengawal disiplin pelajar.

· Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.

· Menjaga imej dan nama baik sekolah.

· Membantu guru,

· Memastikan keceriaan sekolah dijaga.

· Mematuhi peraturan sekolah.

· Memimpin rakan-rakan pelajar.

· Mencegah kes jenayah di sekolah.

· Menghormati guru.

· Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.

· Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan

penuh dedikasi.

· Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

· Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum,

sahsiah dan disiplin.

· Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada

Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.

· Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang

bersalah.

· Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.

· Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada

masa yang ditetapkan.

You might also like