You are on page 1of 14

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

PENDAHULUAN
Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib
dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah
sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan telah
menjadikan ianya perlu diurus secara professional. Setiap orang pemimpin sekolah seharusnya
sedar tentang tugas dan bidang kerja yang mereka perlu sempurnakan secara sistematik.

Menurut Gribben : “ Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi ke atas satu


kumpulan dalam satu situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk
secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama”.

Berdasarkan takrif kepimpinan di atas setiap pemimpin sekolah hendaklah berusaha


merangsang, mempelbagaikan aktiviti dan kaedah bagi menjadikan perhimpunan mingguan
sebagai agenda pendidikan yang menarik dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

Pengurusan yang baik dan berkesan akan menentukan proses budaya cemerlang.
Perhimpunan mingguan hendaklah berfokus ke arah menyemai, menanam, dan memupuk
perasaan cintakan negara di kalangan murid – murid. Sesuatu perhimpunan rasmi adalah
menggambarkan sesuatu yang berdisiplin.

Bendera dan lagu kebangsaan adalah lambang kebesaran sesebuah negara . Ia juga
melambangkan identity negara tersebut. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat,
Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaan sendiri. Di samping itu, setiap buah negeri
di dalamnya mempunyai bendera dan lagu kebangsaan negeri masing – masing.

Semua guru dan murid dikehendaki berdiri tegak dan menyanyikan lagu . Prosedur
berikut perlu diikuti bagi memastikan ia dilaksanakan dengan penuh penghayatan:
1. Dinyanyikan dengan penuh semangat dalam satu suara dan tidak boleh dinyanyikan
dengan gaya padu suara.
2. Sebutan senilagu tersebut hendaklah betul dan jelas.
3. Apabila lagu – lagu dinyanyikan, di mana sahaja murid – murid berada, mereka
hendaklah juga berdiri tegak. Berdiri tegak merupakan satu tanda penghormatan.
Selepas lagu dinyanyikan, penyampaian berita mengenai kegiatan sekolah boleh dibuat
dengan mengambil kira kesemua murid boleh mendengar maklumat yang disampaikan.
Sekiranya jumlah murid ramai maka pembesar suara yang baikdan bermutu perlu digunakan.
Berita dan maklumat tersebut boleh disampaikan oleh guru atau murid. Sekiranya ada hadiah
yang disampaikan maka perhimpunan sekolah adalah tempat terbaik untuk menyampaikannya.
Murid – murid akan dapat memahami aktiviti – aktiviti sekolah dan kejayaan – kejayaan yang
telah dicapai oleh sekolah dan murid – murid lain. Penghargaan ini adalah merupakan salah
satu cara bagi menyemai dan menanamkan semangat kasih sayang dan banggakan sekolah.

1.PROSEDUR DAN ARAHAN

Prosedur dan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan


untuk memperjelaskan pengurusan perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif
dan efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling
untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan perhimpunan mingguan.
1. Surat Pekeliling Am Bil.23/1966
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/75
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1984

Pekeliling tersebut menjelaskan perhimpunan mingguan sekolah adalah majlis rasmi


yang bertujuan untuk menyemai, menanam dan memupuk semangat cinta dan taat setia
kepada negara seta meningkatkan lagi disiplin dan sifat – sifat keteladanan di kalangan murid –
murid. Sehubungan dengan itu perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dalam suasana
teratur, tertib serta mematuhi nilai – nilai dan norma organisasi. Pekeliling tersebut juga
menyarankan agenda yang patut dipatuhi ketika menjalankan perhimpunan mingguan sekolah.

2.PROSEDUR PERHIMPUNAN PAGI

 Kehadiran adalah wajib bagi semua guru dan murid SRA At Taqwa.
 Lokasi Guru Bertugas :
 Guru bertugas 1 di hadapan menyampaikan laporan dan hebahan.
 Dua orang lagi guru bertugas akan mengawasi pintu masuk sekolah dengan
dibantu oleh pengawas.
 Aturcara :
 7.30 pagi = Semua murid dan guru berada di tapak perhimpunan.
 7.35 pagi = Perhimpunan akan dimulakan
 Arahan daripada ketua pengawas
 Nasyid Asma’ Allah Al Husna
 Nasyid Sekolah
 Ikrar murid
 Laporan guru bertugas. Hebahan penting, aktivit, program mingguan
berkenaan.
 Ucapan GPK KOKU/ GPK HEM/ GPK Pentadbiran
 Ucapan Guru Besar
 Acara sampingan (penyampaian hadiah, persembahan murid)
 Bacaan Doa
 8.10 pagi = Bersurai

3.PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN


3.1 Guru Bertugas Pertama
 Menyampai laporan dan hebahan
 Membuat laporan harian dan merekodkan di dalam Buku Laporan Bertugas Harian.
Buku berkenaan hendaklah ditinggalkan di kaunter pejabat pada setiap hari untuk
disemak oleh pentadbir.
 Mengurus persiapan dewan / tempat perhimpunan mingguan.
 Memastikan bendera Malaysia dan negeri Pahang dipasang dan dikibarkan setiap hari
persekolahan.
 Merekod / mencatat sebarang kejadian yang berlaku sepanjang minggu bertugas.
 Menyediakan laporan perhimpunan mingguan sekolah.

3.2 Guru Bertugas Ke 2 dan Ke 3


 Guru ke 2 dan ke 3 dikehendaki membantu tugas – tugas guru bertugas pertama.
 Setiap kali perhimpunan diadakan, guru bertugas ke 2hendaklah mencatatkan minit
perhimpunan berkenaan pada Buku Catatan Minit Perhimpunan Sekolah yang boleh
diperolehi di kaunter pejabat dan mengembalikannya ke kaunter berkenaan setelah
selesai tugas berkenaan.
 Guru bertugas ke 2 dan ke 3 juga perlu mengawasi kebersihan / keselamatan
khususnya di :
 Bilik darjah, makmal sains, perpustakaan dan sebagainya.
 Bilik – bilik khas yang lain.
 Tandas dan bilik air.
 Mengawasi peralatan dan keceriaan.
 Mengawasi kebersihan kawasan persekitaran.
 Mengawasi keselamatan murid – murid datang dan pulang dari sekolah serta kawasan
lengkungan sekolah.

4.TEMPOH MASA PERHIMPUNAN

Masa untuk mengadakan perhimpunan adalah bergantung kepada kemudahan sekolah


tetapi ia tetap menjadi agenda wajib yang perlu diadakan. Pekeliling tersebut juga menegaskan
lagi, bagi memastikan perhimpunan mingguan mencapai objektifnya perkara – perkara berikut
perlu diberi keutamaan ;
 Semua guru dan murid wajib terlibat dalam menjayakan perhimpunan tersebut.
 Penglibatan kakitangan bukan guru juga digalakkan.
 Perkara – perkara yang boleh meninggikan moral, disiplin dan perpaduan, menaikkan
semangat kerajinan dan tingkahlaku positif bolehlah disampaikan.
 Perhimpunan mingguan tidak digunakan sebagai tempat menyemai budaya negative,
perilaku tidak sopan dan tidak bermoral.

Ucapan yang berkesan dari Guru Besar dan guru yang bertugas hendaklah mengikuti
langkah – langkah berikut :
 Gunakan alat pembesar suara yang berkualiti.
 Suara guru hendaklah jelas dan menarik.
 Persediaan awal hendaklah dilakukan sebelum majlis bermula.
 Elakkan daripada memperkata perkara yang sama setiap minggu.
 Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar.
 Mimik muka hendaklah menggambarkan kemesraan.
PANDUAN BIDANG TUGAS UNIT – UNIT HEM

JAWATANKUASA UNIT HEM


1. Jawatankuasa tertinggi dalam HEM (Penyelaras Unit – Unit HEM)
 Menerima semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Pentadbiran.
 Bermesyuarat untuk menentukan, membincangkan dan memutuskan strategi
melaksanakan dasar HEM dan keputusan HEM utama yang telah diputuskan oleh
Pengurusan Pentadbiran.
 Bermesyuarat minimum 4 kali setahun ( Mesyuarat boleh dipengerusikan oleh Naib
Pengerusi

2. Setiausaha HEM
 Menjadi SU mesyuarat JK Induk HEM dan menyedia minit mesyuarat.
 Menyelaras, merumus, mengumpul, melapor hasilan semua mesyuarat JK di bawah
Unit HEM.
 Membantu HEM mengurus dan memantau fail HEM dan fail maklumat HEM.
 Mesyuarat unit – unit boleh dipengerusikan oleh GPK HEM sekiranya tiada Guru
Besar.

PANDUAN AM TUGAS
1. Penyelaras setiap unit merangkap setiausaha bagi unit tersebut dalam jawatankuasa HEM.
2. Melibatkan guru – guru dalam meningkatkan kebajikan murid, keceriaan, kecantikkan,
keselamatan dan kebersihan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui
perbincangan dalam menggubal peraturan – peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji
semula dari semasa ke semasa.
3. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang – kurangnya 4 kali setahun dan
menyediakan minit mensyuarat.
4. Menilai pelaksanaan aktiviti dan perancangan dan membuat Laporan Tahunan pada akhir
tahun.
5. Membincangkan masalah kebajikan dengan tujuan membimbing dan membantu dalam
menangani masalah kemiskinan murid.
6. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa
mengenai hal – hal yang berkaitan dengan disiplin.
7. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas – pengawas sekolah.
8. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka dari segi
kebajikan, kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
9. Kes – kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil ke
atas pelajar berkenaan.
10. Melaksanakan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
11. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga dan
masyarakat.

PANDUAN TUGAS UNIT – UNIT


1. BINA INSAN
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Menyediakan minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan aktiviti.
 Merancang dan melaksanakan program Bina Insan untuk semua warga sekolah.
 Mengadakan aktiviti bersama untuk sambutan Hari Kebesaran Islam dan
sepanjang Bulan Ramadhan.
 Merancang dan membantu dalam menyelenggara program surau sekolah.
 Merancang dan menyelia program sahsiah murid.

2. BIMBINGAN KAUNSELING
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Menyediakan minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan aktiviti.
 Merancang, menganjur dan mengendalikan program bimbingan, kem motivasi,
kem kepimpinan pengawas dan kemahiran belajar untuk semua warga sekolah.
 Bekerjasama dengan guru disiplin menangani masalah disiplin murid.
 Menceriakan bilik kaunseling supaya menjadi selesa kepada semua murid.
 Merekod semua maklumat berkaitan sesi bersama murid dan mengemaskini fail
dan surat mesyuarat yang berkaitan.
 Sentiasa membantu murid yang memerlukan bimbingan.
 Memberi kaunseling kepada murid – murid yang dikenalpasti mempunyai
masalah disiplin.
 Menjadi kaunselor dalam pengurusan program dan aktiviti.
 Membuat dokumentasi bergambar dan bertulis bagi setiap aktiviti yang
melibatkan bimbingan dan kaunseling.

3. DISIPLIN / PEGAWAS
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Meningkatkan mutu disiplin dikalangan murid dengan menguatkuasakan
peraturan sekolah.
 Melibatkan semua warga sekolah secara langsung dan tidak langsung dalam
pengawasan disiplin murid.
 Merekod segala butiran kes disiplin dan kesalahan di dalam buku laporan
disiplin.
 Memberi taklimat dan mengingatkan murid tentang peraturan dan disiplin dari
semasa ke semasa.
 Rekod murid bermasalah dan hantar ke unit bimbingan kaunseling.
 Merancang program – program yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap
disiplin murid.
 Menjalankan hukman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
 Berusaha menanam dan mengamalkan semangat kekitaan serta cintakan
sekolah.
 Mewujudkan rekod disiplin / sistem pemantau yang berkesan.
 Menerima laporan pengawas / guru bertugas dan seterusnya mengambil
tindakan sewajarnya.
 Mengemaskini fail / rekod / SSDM.

PENGAWAS
 Memilih pengawas – pengawas sekolah dan membuat pelantikan rasmi.
 Melatih pengawas untuk menjalankan tugas dengan penuh kepimpinan dan
membahagikan tugas.
 Menganjurkan program / kem kepimpinan pengawas.

KEKEMASAN DIRI
 Memastikan murid – murid memakai pakaian sekolah yang lengkap semasa hari
persekolahan.
 Memastikan murid- murid tidak memakai perhiasan yang tidak bersesuaian dan
tidak termaktub dalam etika pakaian murid sekolah.
 Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid yang melanggar peraturan
sekolah.
 Memastikan murid lelaki sentiasa berambut pendek.

BASIKAL
 Memastikan basikal disusun dengan teratur mengikut tempat yang dikhaskan.
 Membuat pemeriksaan terhadap basikal – basikal supaya selamat digunakan
oleh murid.
 Menjalankan rondaan untuk memastikan basikal – basikal murid selamat berada
di tempat simpanan.

4. SPBT
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Mengisi borang permohonan SPBT murid melalui guru kelas.
 Mengurus pemberian dan pemulangan SPBT kepada murid kepada guru kelas.
 Menerima dan menyemak invois bekalan SPBT dari pembekal.
 Merekod penerimaan SPBT ke dalam buku stok.
 Mengecop dan mencatat nombor siri pada buku teks yang baru diterima.
 Menjalankan pemeriksaan ke atas buku teks dari semasa ke semasa.
 Mengemaskini buku stok SPBT dan tandatangan Guru Besar.
 Mengambil tindakan ke atas buku teks yang dirosakkan murid melalui kerjasama
PIBG.
 Mengambil tindakan ke atas buku – buku rosak atau baik pulih.
 Bertanggungjawab atas keselamatan dan keceriaan bilik BOSS.
 Menyediakan dan mengurus data buku teks.

5. DATA MURID / APDM


 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Semua guru kelas bertanggungjawab dalam pengisian data murid yang lengkap
di dalam APDM seperti yang diarahkan.
 Mengedarkan borang maklumat murid kepada semua murid melalui guru kelas.
 Data murid hendaklah sentiasa dikemaskini dan lengkap berdasarkan maklumat
murid yang telah diisi.
 Membuat salinan data enrolmen murid setiap bualan dan dimasukkan ke dalam
fail untuk rujukan.
 Menyediakan data murid mengikut keluarga, anak yatim, keluarga miskin,
penerima bantuan dan dimasukkan ke dalam fail.

6. KANTIN
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Memeriksa kantin sekolah dari segi
 Kebersihan, kemudahan, peralatan, kelengkapan serta kawasan
persekitaran.
 Kebersihan, mutu dan kesesuaian dan kos bahan – bahan makanan yang
dijual.
 Keselamatan dan kebersihan diri serta tingkah laku pekerja kantin.
 Penggunaan kantin.
 Menyediakan laporan kendiri kantin setiap bulan untuk disemak GPK HEM dan
di hantar ke PPD dan PKD.
 Mengambil tindakan segera terhadap masalah – masalah yang timbul berkaitan
dengan kantin sekolah.
 Membuat laporan yang tertentu mengenai kantin sekolah.
 Memastikan supaya murid – murid sentiasa bersopan santun, berdisiplin dan
mengamalkan pekerti yang mulia semasa berada di kantin.
 Memastikan pengurusan dan pengedalian perjalanan kantin berjalan lancar
terutama ketika waktu rehat murid.
 Memastikan kualiti makanan yang dijual di kantin adalah bersih, berkhasiat dan
terjamin.
 Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan kantin berada di tahap
memuaskan.

7. RMT
 Memastikan murid yang layak meneriman RMT tahun semasa.
 Membantu pihak kantin memilih dalam penyediaan menu RMT.
 Memantau murid – murid RMT mengambil makanan.
 Membuat dan menulis laporan perjalanan RMT di dalam buku laporan harian.

8. KEBAJIKAN / BIASISWA
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Menyediakan senarai murid yang dicadangkan untuk mendapat bantuan /
biasiswa berpandukan maklumat murid dalam APDM.
 Mengedarkan borang – borang biasiswa dan bantuan kepada murid – murid
yang dicadangkan dan memungut kembali borang – borang tersebut untuk
diproses.
 Mengetahui semua peraturan mengenai pentadbiran biasisiwa dan bantuan juga
memastikan semua urusan dibuat mengikut peraturan.
 Memastikan supaya permohonan biasiswa dan apa – apa sahaja bantuan
dihantar kepada pihak yang berkenaan sebelum atau selewat – lewatnya pada
tarikh yang ditetapkan.
 Memberi perhatian kepada murid yang tidak mendapat apa = apa lagi bantuan
tetapi amat memerlukan bantuan dan mengemukakan kepada Guru besar untuk
pertimbangan.
 Menyimpan rekod yang betul, sempurna dan kemaskini tentang murid yang
menerima biasiswa dan bantuan mengikut kelas masing – masing.
 Menyediakan data murid – murid miskin / anak yatim yang memerlukan bantuan.

9. KESIHATAN / PROGRAM AEDES


 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Menguruskan semua perkara berkaitan murid sakit yang memerlukan rawatan
doktor di hospital.
 Menyelia dan mengemaskini bilik kesihatan untuk murid yang sakit ringan.
 Memastikan kotak ubat First Aid sentiasa lengkap dengan ubatan dan peralatan.
 Menyediakan dan mengurus buku rekod Kesihatan setiap murid.
 Menyediakan borang permohonan rawatan dengan cop Guru Besar.
 Bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan pada masa lawatan mereka ke
sekolah.
 Mengadakan program kesihatan dan aedes.
 Melakukan pemeriksaan aedes di kawasan sekolah seminggu sekali dan
menghantar laporan Aedes ke ppd dan pejabat kesihatan setiap bulan.

10. REKOD MURID/ PENDAFTARAN


 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurangnya 4 kali setahun.
 Membantu merekod pertukaran, kemasukan dan penempatan murid baru.
 Mengurus dan mengemaskini buku pendaftaran / rekod / sijil murid.
 Membantu guru kelas mengemaskini maklumat murid.
 Membantu mengurus data murid dengan merekod aliran pertukaran dan keluar
masuk murid.
 Mengurus penyediaan senarai kemasukan murid ke sekolah menengah.
 Mengurus pengeluaran sijil berhenti sekolah, mengumpul maklumat murid.

11. 3K
 Menyediakan perancangan strategik unit dengan lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
 Mengemaskini fail dari semasa ke semasa.
 Mengadakan sesi penerangan tentang Keselamatan Jalan Raya.
 Menyediakan perancangan, kertas kerja dan laporan untuk difailkan.
 Merancang dan mengadakan latihan kawad kebakaran.
 Menyediakan tatacara / peraturan keselamatan.
 Menyediakan pelan laluan kebakaran dan kawasan zon selamat.
 Merancang dan mengadakan program dengan kerjasama agensi luar seperti
bomba, polis, dan kesihatan.
 Menjalankan tugas dan arahan yang disampaikan oleh Guru Besar dan GPK
HEM.
 Membuat pemantauan tentang keselamatan murid semasa datang dan pulang.

BANGUNAN DAN KELAS


 Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga.
 Menganjur dan mengelola projek – projek kebersihan dan keceriaan.
 Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah
dan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
 Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut
sampah yang mencukupi dari semasa ke semasa.
 Memberi amaran dan denda jika kelas – kelas tidak menjaga kebersihan.
 Menggalakkan setiap kelas menghias dan menampal bahan – bahan yang
berkaitan dengan pelajaran di dalam kelas.
 Mengambil tindakan segera jika terdapat harta benda dan situasi bahaya di
dalam kelas dan bangunan.

KAWASAN SEKOLAH
 Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.
 Mengadakan projek – projek penanaman pokok – pokok perhiasan untuk
kawasan sekolah.
 Mengadakan tatacara penjagaan pokok – pokok di kawasan sekolah.
 Menghubungi pihak lain yang berkaitan untuk mendapatkan bahan tanaman.

KANTIN SEKOLAH
 Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang
dijual, harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain – lain yang
berkaitan.
 Menapis sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan murid.
 Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah.
 Membantu guru bertugas semasa rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa
rehat.

KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN


 Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi.
 Mengadakan kawad kebakaran sekurangnya 2 kali setahun
 Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta murid
terancam.
 Memastikan pelawat – pelawat yang memasuki kawasan sekolah mendapatkan
pas yang sah dari pengawal keselamatan dan direkodkan.
 Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan
terkawal.

TANDAS DAN BILIK WUDHU’


 Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan.
 Menyediakan pas keluar masuk bagi murid di setiap kelas.
 Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan
tandas sekurangnya 3 kali sehari dan direkodkan.
 Memantau dan menyediakan panduan penggunaan tandas kepada murid
dengan cara yang betul.
 Mengadakan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa untuk mengekalkan
keselesaan dan kebersihan dalam tandas.
 Mengadakan ceramah / taklimat kepada murid tentang penjagaan dan
penggunaan tandas di sekolah.
 Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah –
masalah yang timbul.
 Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya
kebersihan tandas sentiasa dijaga.

12. PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


 Menyediakan perancangan strategik unit yang lengkap.
 Mengadakan mesyuarat sekurangnya 4 kali setahun.
 Mengadakan aktiviti dan minggu anti dadah peringkat sekolah.
 Menyampaikan maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada murid
dari semasa ke semasa.
 Mewujudkan dan melengkapkan sudut / bilik PPDa.
 Menghantar laporan PPDa ke PPD.

13. PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA


 Menerima bekalan susu daripada pembekal dan memastikan susu berada dalam
keadaan selamat untuk diminum.
 Menyediakan data murid dan surat kebenaran bagi murid yang layak menerima
susu.
 Mengagihkan susu kepada murid mengikut jadual dan merekodkan jadual
agihan.
 Memastikan bilik / tempat penyimpanan susu sentiasa kemas dan bersih.
 Sentiasa peka dengan tarikh luput susu dan bertindak cepat apabila berlaku
keracunan.

14. PROGRAM GURU PENYAYANG


 Membantu guru bertugas mingguan mengalu – alukan kehadiran murid setiap
hari.
 Memberi penghargaan kepada murid dan murid memberi penghargaan kepada
guru.
 Program mentor mentee.
 Guru memberi penghargaan dengan meraikan murid di dalam kelas atau
kawasan sekolah.
 Menyediakan sudut cakna dan laporan dokumentasi bulanan untuk diserahkan
kepada HEM, PPD, JPN.

15. KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


 Mengadakan mesyuarat / perjumpaan sekurangnya 3 kali setahun.
 Merancang program pendidikan pencegahan jenayah selaras dengan
perancangan PPD / JPN.
 Merancang aktiviti yang bersesuaian seperti ceramah / pameran.
 Mengedarkan poster dan di tampal di kawasan sekolah.
 Mengemaskini rekod, fail, surat – menyurat dan maklumat yang berkaitan.

You might also like