You are on page 1of 12

Sistem Merit / Demerit

Sistem Merit / Demerit adalah satu usaha berterusan pihak sekolah untuk membendung masalah
disiplin para pelajar. Pelajar yang telah dikesan melanggar peraturan sekolah dan salah laku akan
diberikan demerit, tetapi dalam masa yang sama, ada memberikan sumbangan kepada sekolah
akan diberikan merit. Walau bagaimanapun dalam proses menjaga disiplin pelajar, hukuman
yang sedia ada juga akan turut digunakan. Pihak sekolah juga boleh mengambil tindakan tanpa
mengambil kira sistem merit / demerit bagi salah laku-salah laku khusus yang perlu diurus
mengikut cadangan / panduan / pekeliling daripada JPN dan KPM.
Objektif pelaksanaan sistem ini adalah untuk:
1. Mewujudkan suasana P&P yang lebih baik selaras dengan kehendak FPN.
2. Membolehkan pelaksanaan sistem disiplin yang lebih jelas, adil dan saksama untuk
tindakan guru-guru dan pengetahuan pelajar.
3. Menjadikannya satu instrumen kepada guru-guru merekodkan segala salah laku dan
sumbangan pelajar.
Sistem Merit
1. Sumbangan yang akan direkodkan sebagai merit adalah seperti berikut:
i. 5 merit bagi setiap sumbangan di bawah:
a) Mewakili rumah untuk permainan dan sukan di peringkat sekolah.
b) Menjadi ahli yang aktif di dalam persatuan dan kelab / sukan dan permainan /
pasukan pakaian seragam.
c) Sumbangan yang difikirkan setaraf dengannya.
ii. 10 merit akan diberikan bagi setiap sumbangan di bawah:
a) Menjadi ketua / penolong ketua tingkatan.

b) Menjadi ahli jawatankuasa persatuan dan kelab / sukan dan permainan /


pasukan pakaian seragam.
c) Mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat zon.
d) Sumbangan yang difikirkan setaraf dengannya.
iii. 15 merit diberikan bagi setiap sumbangan di bawah:
a) Memegang jawatan di sekolah seperti pengerusi, setiausaha atau bendahari
persatuan dan kelab / sukan dan permainan / pasukan pakaian seragam /
pengawas dan Pusat Sumber Sekolah.
b) Mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti di peringkat daerah dan negeri.
c) Sumbangan yang difikirkan setaraf dengannya.
2. Merit yang boleh diberikan berdasarkan syarat (i)c / (ii)d / (iii)c mesti merupakan satu
sumbangan (kepada sekolah) yang berterusan (sepanjang tahun). Sumbangan seperti
membantu guru / sekolah mengangkat perabot sekali-sekala tidak layak diberikan markah
merit.
3. Merit di atas hanyalah bertujuan mengurangkan demerit yang terkumpul.
4. Markah merit ini akan diberikan pada hujung setiap tahun sahaja.
5. Markah merit tidak akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengumpul sebarang demerit
dalam tahun semasa.
6. Markah merit tidak akan diambil kira dalam sistem pemberian hadiah atau penghargaan.
Sistem Demerit
1. Setiap pelajar yang melanggar peraturan sekolah boleh dikenakan demerit mengikut jenis
kesalahan yang dilakukan:
i) Kesalahan Berat (Kod 1)
Demerit tidak kurang daripada 30 dan tidak lebih 90. Layak dibuang sekolah

atau digantung 2 minggu atau digantung 1 minggu atau dirotan tidak melebihi
tiga kali di punggung (beralas pakaian).
ii) Kesalahan Sederhana (Kod 2)
Demerit tidak kurang daripada 10 dan tidak lebih daripada 30. Layak dirotan
1 kali di punggung (beralas pakaian) atau dirotan tidak lebih 3 kali di tapak
tangan atau didenda atau diberi amaran / kaunseling.
iii) Kesalahan Ringan (Kod 3)
Demerit tidak lebih daripada 5 atau didenda atau diberi amaran / kaunseling.
2. Demerit tersebut akan direkodkan dan tindakan-tindakan seperti berikut juga boleh
diambil bergantung kepada kes disiplin tersebut:
i)

10 demerit
Pelajar akan diberikan nasihat oleh Pengetua/Guru Kanan Disiplin/Guru
Kaunseling.

ii)

20 demerit
Pelajar akan diberikan kaunseling khas dan ibu bapa dipanggil ke sekolah
untuk perbincangan.

iii) 30 demerit
Ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar digantung persekolahan selama 1
minggu dan surat perjanjian pertama dikeluarkan.
iv) 60 demerit
Ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar digantung persekolahan selama 2
minggu dan surat perjanjian kedua dikeluarkan.
v)

90 demerit
Ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar digantung persekolahan selama 2
minggu dan surat perjanjian terakhir dikeluarkan.

vi) 100 demerit

Pelajar dibuang sekolah.


3. Demerit terkumpul ini akan digunakan sepanjang tempoh persekolahan pelajar di sekolah
ini selama 1 tahun. Pelajar juga akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin terutamanya keskes serius sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan.
4. Sebanyak 5 merit akan diberikan kepada pelajar yang sudah mengumpul demerit untuk
setiap tempoh dua bulan sekiranya pelajar tidak melakukan apa-apa kesalahan.
5. Markah merit ini akan digunakan bagi tujuan mengurangkan demerit pada masa yang
diputuskan oleh pihak sekolah.
6. Pelajar yang telah mengumpul lebih 90 demerit tidak lagi layak untuk menerima merit.
7. Pihak sekolah berhak meminda apa-apa peraturan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan.

Jadual Kesalahan
1. Kesalahan Berat (Kod 1)
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Jenis Salah Laku


Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
Meyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda
yang memabukkan / mengkhayalkan.
Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan / biadab / ingkar perintag guru / pengawas.
Mengancam / memukul / mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.
Memeras ugut guru / pengawas / murid.
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita

14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35

rakaman dan multimedia terlarang.


Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
Mencaul kehormatan guru / murid.
Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
Mengintai murid lelaki / perempuan.
Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
Merosakkan harta benda sekolah / guru.
Membawa atau menggunakan bahan letupan.
Melukis / menulis perkatan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Memabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pembelajaran dan pengajaran / peperiksaan / ujian.
Menganjur / membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
Menganjur / membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak
berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua / guru yang menjalankan tugas.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
Berpasangan di tempat sunyi, kawasan larangan / melakukan hubungan yang dicurigai.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
2. Kesalahan Sederhana (Kod 2)

Bil
1
2
3
4
5

Jenis Salah Laku


Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga.
Menyalahgunakan / menggunakan peralatan sumber bekalan air / elektrik sekolah tanpa
kebenaran (pembaziran)
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah / berbohong.
Membawa bahan / disyaki / meniru dalam ujian / peperiksaan (ada bukti).

6
7
8
9
10
11
12
13

Ponteng kelas.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head / berwarna / menyerupai kumpulan
tertentu.
Menconteng harta benda sekolah.
Memakai barang perhiasan keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan daripada satu pada cuping telinga.
Mewarna dan mencorakkan kuku.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
3. Kesalahan Ringan (Kod 3)

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Jenis Salah Laku


Menyimpan misai, janggut atau jambang.
Berambut panjang / berkuku panjang.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan larangan.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran / pas.
Berada di kantin / koperasi / mesin air minuman pada waktu persekolahan.
Menggunakan atau menyimpan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
Memakai barang kemas / perhiasan / alat solek (kecuali jam biasa).
Memasuki bilik khas / kawasan larangan tanpa kebenaran.
Makan dan minum di bilik darjah (kecuali air mineral)
Memakai pakaian / Tamadun-shirt yang tiada identiti sekolah di kawasan sekolah.
Tidak memakai pakaian sekolah / unit beruniform yang lengkap.
Berseluar pendek / senteng semasa aktiviti / berada di kawasan sekolah.
Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat
kerja rumah, tidak memberi perhatian, meniru kerja kawan).
Datang lewat ke sekolah.
Lewat masuk kelas.
Lewat bergerak ke tapak perhimpunan / bengkel / makmal / bilik khas.
Bising dalam perhimpunan / bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

21
22
23
24
25
26
27
28
29

Menunggang / memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.


Menggunakan kenderaan bermotor ke sekolah tanpa lessen.
Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
Mengganggu kawasan.
Mengganggu guru / murid lain.
Melanggar ketertiban dalam khalayak (tidak berbaju di kawasan terbuka terutama selepas
PJK)
Mengotorkan kelas / kawasan sekolah.
Tidak duduk setempat di dalam kelas atau di bilik-bilik khas.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Ponteng
1. Bagi salahlaku ponteng sekolah, surat pemberitahuan ibu bapa / penjaga akan dikeluarkan
berdasarkan jadual di bawah:
Surat

Hari Tidak Hadir (P)


Berturut-turut
Pada hari ke-3
7 hari selepas amaran
pertama
7 hari selepas amaran
kedua
14 hari selepas amaran
terakhir
31 hari

Amaran Pertama
Amaran Kedua
Amaran Terakhir
Buang Sekolah
Jumlah Ponteng

Hari Tidak Hadir (P)


Bukan Berturut-turut
Pada hari ke-10
10 hari selepas amaran
pertama
20 hari selepas amaran
kedua
20 hari selepas amaran
terakhir
60 hari tidak berturutturut

Markah Demerit
30
60
90

2. Guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan tiga (3) salinan surat amaran bagi setiap
kes ponteng yang dikesan untuk diserahkan kepada PK HEM.
3. Amaran Pertama dan Amaran Kedua akan ditandatangani oleh guru tingkatan dan PK
HEM manakala Amaran Ketiga akan ditandatangani oleh PK HEM dan Pengetua.
4. Pelajar

yang

mempunyai

sijil

sakit

tidak

akan

dianggap

ponteng.

Pelajar

bertanggungjawab menyerahkan sijil sakit kepada guru tingkatan sebaik sahaja kembali
ke sekolah.

5. Pihak sekolah berhak menentukan kesahihan surat daripada ibu bapa dan berhak
menentukan jumlah hari yang layak untuk diambil kira sebagai hari tidak ponteng.
6. Pelajar yang telah digantung sekolah tidak berhak datang ke sekolah sekiranya ibu bapa /
penjaga tidak datang ke sekolah untuk menandatangani surat perjanjian / jaminan. Harihari tersebut dikira sebagai tempoh penggantungan.
7. Demerit bagi kes ponteng yang boleh diambil kira bersama demerit yang terkumpul atas
salahlaku / kesalahan yang lain.
Kesalahan-kesalahan lain
Bil
1
2
3
4

Jenis Salah Laku


Menghilangkan buku pemantauan
Tidak memakai pakaian seragam sekolah
Menyalahgunakan pemakaian baju biru sekolah
Makan atau membeli makanan di kantin bukan
pada waktu rehat

Hukuman
Didenda RM 10
1 sebatan rotan
1 sebatan rotan / baju akan dirampas
1 sebatan rotan

Peraturan
Barang Larangan
1. Kamera / kamera video

19. Hairspray / gel / wax / pewarna rambut

2. Televisyen mudah alih

20. Alat suntikan / pen & pensil berbentuk

3. Radio
4. Walkman
5. CD Player / Mini Compo

alat suntikan / pen marker


21. Buku cerita yang bersifat lucah / bahan
lucah

6. Pita Rakaman

22. Gula-gula getah

7. Telefon bimbit

23. Alat muzik (kecuali dengan kebenaran)

8. Pen Drive atau pemancu mudah bawa

24. Pakaian luar (bukan pakaian sekolah)

9. Kaset

25. Laptop

10. CD, DVD, Disket atau cakera liut

26. Rokok / tembakau / daun rokok /

11. Games Cartridges / permainan


elektronik
12. Majalah hiburan / buku komik
13. Semua jenis permainan / daun terup
14. Pemadam cecair / pelekat
15. Alat persolekan / bau-bauan / bahan
semburan / spray
16. Barang kemas emas / tiruan / plastik
(cincin, rantai leher, gelang, subang)

mancis / lighter
27. Dadah
28. Senjata berbahaya / alatan yang tajam /
pembaris besi
29. Lencana / logo / button yang tidak
bersesuaian dengan sekolah
30. Gambar / poster / penanda buku /
pelekat kad dan bahan lain yang
memaparkan gambar artis, ahli gusti,

17. Kerongsang / pin / penyemat tudung

orang bergaya seksi dan lain-lain yang

18. Tangkal

tiada kaitan dengan P&P

Peringatan:
1. Senarai di atas bukan senarai muktamad. Lembaga Disiplin Sekolah berhak membuat
sebarang pindaan kepada senarai di atas dari semasa ke semasa apabila diperlukan.
2. Jika pelajar didapati membawa barangan yang disenaraikan di atas, tindakan /

hukuman akan dikenakan dan barangan tersebut akan dirampas.


3. Barangan rampasan akan disimpan oleh Lembaga Disiplin Sekolah, dan yang

dikategorikan berharga sahaja oleh pihak sekolah boleh dituntut oleh ibu / bapa /
waris / penjaga.
4. Sekiranya barangan larangan diperlukan untuk P&P, guru berkenaan hendaklah

terlebih dahulu mengisi borang berkaitan untuk mendapatkan kebenaran daripada


Lembaga Disiplin Sekolah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan / kehilangan barangan tersebut.

PENANG FREE SCHOOL


VISI
PENANG FREE SCHOOL SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN BERTARAF
ANTARABANGSA MENJELANG 2015

MISI
UNTUK MENGHASILKAN DAN MENYEBARKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA
BERDASARKAN ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

You might also like