You are on page 1of 12

PERLEMBAGAAN RASMI LEMBAGA PENGAWAS

SEKOLAH MENENGAH
SUSUNAN PERKARA

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas


Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas
Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas
Fasal 4: Pakaian Pengawas

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas


Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
Fasal 2: Ketua Biro
Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua Biro

Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan


Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas
Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas
Fasal 3: Peraturan Memakai Blazer
Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas
Fasal 5: Kekemasan Pengawas

Bahagian 4: Tugasan Pengawas


Fasal 1: Tugasan Khusus
Fasal 2: Tugasan Sampingan
Fasal 3: Tindakan Disiplin

Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas


Fasal 1: Tatatertib Pengawas
Fasal 2: Kualiti seorang pengawas

Fasal 3: Tanggungjawab Pengawas

Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas


Fasal 1: Jenis Kesalahan
Fasal 2: Perbicaraan
Fasal 3: Hukuman

Bahagian 7: Persaraan Pengawas


Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
Fasal 2: Masalah Disiplin
Fasal 3: Perletakan Jawatan
Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas

Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baharu


1.1

Dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.

1.2
Pelajar tingkatan 3 boleh dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan
pengawas tidak mencukupi
1.3

Wajib melalui 2 sesi temuduga.

1.4
Temuduga pertama dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk
memilih calon pengawas percubaan.
1.5
Temuduga kedua dikendalikan oleh seorang guru pengawas / disiplin dan
seorang Ahli Majlis Tertinggi LPS untuk memilih calon pengawas percubaan yang
layak dilantik sebagai pengawas sekolah.
1.6

Kriteria perlantikan pengawas berubah setiap tahun.

1.7

Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria perlantikan pengawas.

Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas


2.1
Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis kem
kepimpinan iaitu perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran.
2.2
Pengawas baharu yang tidak menyertai kedua-dua perkhemahan ini akan
dilucutkan jawatan secara automatik.
2.3
Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurangkurangnya 1 bulan.
2.4
Guru Penasihat LPS berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang
sesuai.
2.5
Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam
keselamatan fizikal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum
agama-agama lain, semua pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang
diadakan.
2.6
Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang
dijalankan perlu menyertakan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan tatatertib.

Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas


3.1

Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan pelajar.

3.2
rotan.

Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti

3.3
Pengawas tidak berhak menggunting rambut pelajar melainkan atas
perintah guru disiplin.

3.4
Pengawas dibenarkan mengenakan kompaun serta merta terhadap muridmurid yang melakukan kesalahan disiplin.

Bahagian 2: Hirarki Lembaga Pengawas Sekolah

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi


1.1
Diketuai oleh dua orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas,
Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari
1.2
Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap
tahun. Calon-calon ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh khidmat.
1.3
Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan
Bendahari dilantik melalui perbincangan antara guru penasihat Lembaga Pengawas
dan Disiplin.
1.4
Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berhak melantik Ketua
Biro dibawah pengawasan Guru Penasihat LPS.
1.5
Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti
pengawas.

Fasal 2: Biro dan Ahli Jawatankuasa


1.1
Bilangan Biro berubah mengikut kehendak Ketua Pengawas dibawah
persetujuan Guru Penasihat LPS
1.2
Ketua Biro dilantik melalui perbincangan antara Guru Penasihat LPS dan
Disiplin
1.3
Ahli jawatankuasa berhak dilantik melalui perbincangan antara AMT dan
Ketua Biro berpandukan potensi dan kecenderungan seseorang pengawas
1.4

Merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.

Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua Biro


1.1
Berkuasa meminda dan menambah aktiviti tahunan pengawas mengikut
jawatan.
1.2

Wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya.

1.3

Bertindak sebagai mentor kepada AJK dibawah jagaannya.

1.4

Berhak memberi arahan kepada AJK masing-masing.

1.5
Wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar
yang lain.

Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan

Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas


1.1

Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah

1.2
Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah, lencana
pengawas dan bertali leher pengawas yang diikat rapi
1.3
Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali
pinggang biru gelap dan lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam kelas
1.4
Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan
untuk dipakai
1.5
Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya
bersetentang dengan pusat.
1.6

Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan

1.7

Pengecualian bagi (digalakkan):

1.7.1

hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;

1.7.2

hari Khamis (hari 1 Murid 1 Sukan): pakaian sukan sekolah

1.8
Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian
pengawas selagi masih berada di kawasan sekolah

Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas


2.1

Pengawas Lelaki
2.1.1

Baju lengan panjang

2.1.2

Bertali leher

2.1.3

Seluar panjang biru gelap

2.1.4

Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 42cm

2.1.5

Kasut dan stoking hitam

2.1.6

Segala aset pengawas

2.2

Pengawas Perempuan

2.2.1

Berbaju kurung biru dan berkain biru gelap

2.2.2

Bertudung biru dan melepasi paras bahu

2.2.3

Anak tudung berwarna hitam

2.2.4 Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja lengan panjang dan bertali
leher dengan skirt labuh / pendek melepasi paras lutut
2.2.5

Kasut dan stoking berwarna hitam

2.2.6

Pada hari Jumaat, digalakkan memakai kain batik sekolah

Fasal 3: Peraturan Memakai Blazer

3.1
Blazer hanya boleh dipakai ketika majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi
dan sepanjang waktu persekolahan pada hari Isnin.
3.2
Hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian
seragam sekolah dan bertali leher.
3.3
Penggunaan blazer hanya untuk dipakai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi
Pengawas Sekolah sahaja.
3.4
Urusan peminjaman blazer oleh anggota pengawas atau bukan pengawas,
hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga
Pengawas.
3.5
Blazer perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik Gerakan Pengawas. Kecuali
mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa
keluar dari bilik tersebut.
3.6
Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer
boleh diserahkan kepada pengawas yang bertanggungjawab untuk
mengembalikannya ke tempat asal.
3.7
Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang berjalan, pengawas
dibenarkan untuk memakai atau menanggalkan blazer.
3.8

Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer dijaga.

3.9

Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.

Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)

4.1

Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas

4.2
Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat
berfungsi, sebuah buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng
sekolah).
4.3
Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali
kesalahan pelajar sahaja.
4.4
Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai), sila
gantikan dengan buku nota yang baharu secepat mungkin.

Fasal 5: Kekemasan Pengawas

5.1

Rambut :

5.1.1

Perlulah sentiasa bersih dan kemas

5.1.2
Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada
rambut
5.1.3
Panjang rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian
PendidikanMalaysia. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
(a) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
(b) Di depan

: Rambut menutup garisan tengah dahi

(c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian


daripadanya dan side burn melebihi garisan tengah hidung
(d) Di atas

: Rambut lebih daripada 6 inci / 15cm panjang

5.1.4

Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa

5.1.5

Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung

5.2

Misai dan Janggut :

Pengawas tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketigatiganya sekali.

5.3

Kuku :

Pengawas perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat


dan inai.

Bahagian 4: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus


1.1
Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu
yang ditetapkan seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya.
1.2
Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan
perhimpunan dan menjaga laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus
seorang pengawas.

Fasal 2: Tugasan Sampingan

2.1
guru.

Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-

2.2

Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.

2.3
Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran
sedang berlangsung.

Fasal 3: Tindakan Disiplin


3.1
Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak
menjalankan tugas.
3.2
AJK yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin
dan AJK Kebajikan.
3.3
Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat
amaran pertama. Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli
Majlis Tertinggi berhak mempengaruhi Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan
pengawas tersebut
3.4
Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai
pengawas.

Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas

Fasal 1: Tatatertib Pengawas

1.1
Pengawas merupakan wakil guru dan pelajar sekolah ini serta perlu
menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
1.2
Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke arah
yang betul.
1.3
Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari
semasa ke semasa serta tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang
memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat
demikian.
1.4
Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa
jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya
atas sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua
Pengawas atau Ahli Majlis Tertinggi yang lain.
1.5

Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.

1.6
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar
lain kerana dia harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang
pengawas sekolah.

1.7

Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.

1.8
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat
Ketua Tingkatan mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua
Tingkatan mengawal keadaan kelas.
1.9
Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak
bertugas, pengawas haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.
1.10
Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta
bersikap ringan tulang membantu guru apabila diperlukan.
1.11

Pengawas perlu menyokong segala aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah.

Fasal 2: Kualiti seorang pengawas

2.1

Akauntibiliti

2.2

Ketepatan masa

2.3

Tegas dan Berani

2.4

Pantas dan Bijak

2.5

Peka dan Inisiatif

2.6

Adil

2.7

Boleh dipercayai

Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan.


1.1

Tingkah laku jenayah

1.2

Tingkah laku lucah

1.3

Tingkah laku kekemasan diri

1.4

Tingkah laku tidak mementingkan masa

1.5

Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab

1.6

Tingkah laku musnah

1.7

Tingkah laku tidak jujur

1.8

Ponteng

Fasal 2: Perbicaraan
2.1
Semua pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas akan
dilucutkan jawatan secara automatik.
2.2
Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan
merokok, berhak dilucutkan jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga
Pengawas dan Lembaga Disiplin.
2.3
Pengawas yang sudah menerima lebih daripada satu surat amaran daripada
Lembaga Pengawas akan dilucutkan jawatannya
2.4
Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang
aktiviti yang berkaitan dengan pengawas seperti spot check.

Fasal 3: Hukuman
3.1
Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman
yang setimpal. Hukuman tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang
lain. Contohnya, jika seseorang murid dikenakan denda RM0.10 kerana kesalahan
satu jari kuku panjang, seseorang pengawas dikehendaki membayar RM0.20 atas
kesalahan yang sama.
3.2
Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan
kesalahan disiplin akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid
- murid tersebut.
3.3
Pengawas yang melakukan kesalahan serius dan mengumpulkan 20 mata
demerit ke atas akan dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah mengikut budi
bicara pihak pentadbir.

Bahagian 7: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas


1.1
Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka
seiring dengan tamatnya tempoh persekolahan mereka di SMKST.
1.2
Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan
pengorbanan mereka sepanjang menjadi seorang pengawas.
1.3
Sijil Penghargaan daripada Lembaga Pengawas hanya diberikan kepada
pengawas yang menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 sahaja.
1.4
Nama jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi
Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sahaja.

Fasal 2: Masalah Disiplin.

2.1
Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka
akan dilucutkan jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Lembaga
Pengawas.
2.2
Bagi pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas,
mereka dibenarkan membuat rayuan dan permohonan daripada Lembaga
Pengawas untuk mendapatkan sijil.
2.3
Pengawas Percubaan yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas adalah
tidak layak untuk menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali
untuk menjadi seorang pengawas
2.4
Guru Penasihat Lembaga Pengawas berhak menahan pemberian Sijil
Penghargaan kepada pengawas, sekiranya berlaku ketidakpuashatian terhadap
mutu kerja dan tahap disiplin pengawas.

Fasal 3: Perletakan Jawatan


3.1
Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh Lembaga Pengawas dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada
Badan Pengawas.
3.2
Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan rasmi sekurangkurangnya 2 minggu sebelum tarikh berkuatkuasa atau dikenakan denda sebanyak
RM50..
3.3
Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan
baik akan diminta untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya
pengawas tersebut mempunyai masalah peribadi, boleh mengemukakan surat
tunjuk sebab supaya tidak diberi tanggungjawab yang membebankan.
3.4
Pengawas yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas boleh meletak
jawatan secara sukarela sebelum mereka dilucutkan jawatan.
3.5
Sebarang permohonan perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya
mendapat maklumbalas surat penerimaan perletakan jawatan daripada Guru
Penasihat LPS.
3.6
Guru Penasihat LPS berhak menangguh perletakan jawatan pengawas
mengikut keperluan semasa.

Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran


4.1

Pihak Pentadbir Sekolah berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.

4.2
Pengawas boleh membuat rayuan kepada Pengetua / Guru Kanan HEM /
Guru Disiplin / Guru Penasihat Lembaga Pengawas sekiranya mereka didapati
terlibat dengan sesuatu kesalahan berat / mengumpulkan 20 mata demerit dan ke
atas.
4.3
Sesuatu keputusan Lembaga Pengawas Sekolah dan AMT yang melibatkan
disiplin pengawas hendaklah dibincangkan bersama pihak pentadbir sekolah.

4.4
Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah
dipatuhi.

You might also like