You are on page 1of 16

NAMA JULINA BINTI TARIKAT

MATRIKS GP 06738

TUGASAN 2 SINTESIS LITERATUR DARI KAJIAN-


(15%) KAJIAN LEPAS

A. Kajian Literatur 1
Tajuk Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) dalam
Kalangan Guru Sains
1. Sumber Jurnal Pendidikan Sains & Matematik. Vol.3ISSN 2232-0393
2. Penulis Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik
Yusuff, Rosnidar Mansor.
3. Penyataan masalah Konsep pengajaran maya bakal mengubah cara pembelajaran
murid masa kini dan bakal diaplikasikan di seluruh sekolah-
sekolah di Malaysia.
4. Tujuan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains serta
langkah dan cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan Frog
VLE.
5. Teori utama Model teori penerimaan
6. Metodologi Kajian ini menggunakan temubual berstruktur. Pengkaji
menggunakan persempelan secara rawak. Dalam kajian ini,
empat orang guru sains daripada 2 buah sekolah rendah. Kajian
secara kualitatif ini menggunakan soalan temubual sebagai
instrumen. Kesahan data temu bual dilakukan dengan
menunjukkan dapatan temu bual kepada responden untuk
disemak semula, diperbetulkan sma ada tepat atau tidak catatan
mengikut perspektif responden. Bagi menentukan
kebolehpercayaan data temu bual, pengkaji telah mendapat nilai
pekali Cohen Kappa. Pengkaji mendapat kerjasama dua orang
pakar rujuk untuk membuat pengesahan antara kod dan unit.
Maklumat temubual direkod dalam pita rakaman suara supaya
tidak terdapat maklumat penting yang disampaikan hilang tanpa
rekod. Untuk penganalisisan, pengkaji menggunakan perisian
Nvivo untuk menghuraikan secara umum keseluruhan data temu
bual yang dilakukan.
7. Keputusan Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains di kedua-dua buah
perbincangan
sekolah tersebut pernah menjalankan kaedah pengajaran secara
maya menggunakan Frog VLE dan ianya membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi terdapat juga kekangan
yang dihadapi guru semasa melaksanakannya. Analisis data
mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau kelemahan
utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah capaian internet
terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan beban kerja guru
yang banyak. Isu berkaitan aspek teknikal, penyebaran maklumat
tentang Frog VLE, latihan guru dan pemantauan tidak berlaku.
Selain itu, kelengkapan peralatan serta capaian internet yang
tidak memuaskan menyebabkan penggunaan Frog VLE ini tidak
dilaksanakan dengan baik.
8. Rumusan sintesis Kajian yang dijalankan oleh Norazilawati Abdullah dan rakan-
rakan beliau adalah untuk untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains serta
langkah dan cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan Frog
VLE. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan
Frog Vle perlu diperbaiki dan ditingkatkan dengan cadangan
seperti adanya pemantauan berterusan dari pihak pentadbir, pelan
pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua warga
sekolah, silibus sains dikurangkan, guru juga perlu berfikiran
positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan
bersedia mengikut kursus yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan Frog VLE.
Golongan pentadbir sendiri diharap celik IT dan menyokong
guru-guru mengaplikasikan Frog VLE di sekolah. Pentadbir
sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran
maya. Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh mengatasi
masalah berhubung pembelajaran dan pengajaran. Pelan
pelaksanaan melibatkan kesemua warga , aktiviti, dan ibu bapa
perlu dibangunkan. Program peningkatan kemahiran perlu diatur
untuk memastikan bukan guru yang berminat dan berkemahiran
sahaja yang aktif dalam pelaksanaan. Pemantauan perlu
dilaksanakan. Penilaian dan penambahbaikan yang berterusan
perlu dijalankan. Peranankepimpinan sekolah adalah penting
dalam perlaksaan Frog VLE.
B. Kajian Literatur 2

Tajuk Cabaran yang Dihadapi oleh Guru dalam Pelaksanaan


Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di Bilik Darjah
1. Penulis Hasliza Hashim, Siti Munirah Mohd Nasir and Zarina Mustafa

2. Sumber Asia Pacific Journal of Educator and Education, Vol.31, 115-


129.
3. Penyataan masalah Dengan Frog VLE, guru mampu memudahkan proses PdP
mereka. Mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan
pendekatan yang lebih menyeronokkan, serta memberi tugasan
kepada pelajar serta berhubung dengan mereka secara dalam
talian. Guru juga dapat berkolaborasi bersama staf pentadbiran
serta mendapat maklumat terkini mengenai sekolah secara dalam
talian. Namun terdapat cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan Frog VLE di sekolah.

4. Tujuan Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Frog VLE dalam PdP di
bilik darjah.
5. Teori utama Model penerimaan guru.
6. Metodologi Sampel kajian dilakukan ke atas lapan orang guru sekolah
menengah sebagai responden untuk in-depth interview.Mereka
dipilih berdasarkan lingkungan umur, latar belakang pendidikan,
pengalaman mengajar, dan tahap kemahiran TMK mereka.

Data kualitatif dikumpul melalui kaedah in-depth interview yang


dijalankan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru
dalam pelaksanaan Frog VLE dalam PdP. Analisis kandungan
tematik berdasarkan transkrip temu bual ini telah dapat mengenal
pasti cabaran yang dihadapi oleh guru.
7. Keputusan Kekangan infrastruktur
perbincangan Hasil daripada temu bual mendapati bahawa antara cabaran yang
dihadapi oleh guru semasa menggunakan Frog VLE dalam PdP
adalah kekangan dari aspek infrastruktur dimana peralatan dan
perkakasan seperti komputer tidak mencukupi di sekolah
menyebabkan tidak ramai pelajar yang dapat turut serta dalam
proses PdP melalui Frog VLE. Selain itu murid di luar bandar
yang tidak mempunyai komputer dengan kemudahan internet di
rumah juga menjadi faktor menyukarkan pelaksanaan
pembelajaran persekitaran maya ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Guru juga mempunyai masalah dalam menggunakan
Frog VLE kerana sistem Frog VLE itu sendiri masih belum
berfungsi sepenuhnya dan masih lagi dalam proses penambaikan.

Kekangan masa
Selain itu kekangan masa dikalangan guru juga didapati menjadi
salah satu cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan
pembelajaran secara maya Frog VLE ini. Para responden
beranggapan pembelajaran melalui Frog VLE hanya membuang
masa sedangkan mereka mempunyai beban tugas yang lebih
penting untuk diberi perhatian. Ini disebabkan terdapat halangan
seperti capaian internet yang rendah yang memakan masa lalu
membantutkan usaha guru untuk menggunakannya. Guru yang
masih belum berkemahiran TMK, mereka memerlukan masa
yang agak lama untuk mempelajari dan mengaplikasikan Frog
VLE di dalam bilik darjah. Posey, Burgess, eason dan Jones
(2010) menyatakan bahawa guru merupakan individu yang
mempunyai beban tugas yang berat dan mereka tidak mempunyai
masa untuk memikirkan perkara yang tidak mempunyai kaitan
dengan profesion mereka. Selain itu, guru-guru terpaksa
menghabiskan silibus yang telah ditetapkan dalam sistem
pendidikan negara. Jadi, untuk mereka menerokadan
mengaplikasikan Frog VLE dalam proses PdP adalah sesuatu
yang agak merumitkan bagi mereka.
Efikasi Kendiri Guru
Cabaran seterusnya ialah efikasi kendiri atau kepercayaan diri
yang rendah. Guru yang mempunyai tahap efikasi yang rendah
terhadap TMK akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk
belajar dan meneroka tentang penggunaan Frog VLE. Ini adalah
kerana mereka mempunyai perasaan resah atau computer anxiety
serta sentiasa teragak-agak untuk menggunakan inovasi teknologi
tersebut dala PdP.

Inisiatif Guru
Responden berpandangan guru harus peka terhadap perubahan
yang berlaku dalam dunia pendidikan. Dari itu, guru
bertanggungjawab untuk membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis, dan kreatif terhadap pelajar. Oleh itu, guru
sendiri harus mempunyai inisiatif untuk menguasai kemahiran
dan pengetahuan yang terkini demi menjalankan tugas.

Integriti dan Sikap Guru terhadap Frog VLE


Dalam mengendalikan aplikasi Frog VLE, kerjasama antara guru
sangat penting. Guru yang lebih pakar dalam bidang
pengkomputeran boleh menjadi fasilitator kepada rakan guru
yang lain, sama ada sewaktu bengkel dalaman mahupun secara
tidak langsung seperti semasa berinteraksi di dalam bilik guru.
Aplikasi Frog VLE memberi impak kepada profesionalisme guru
di mana penggunaannya dalam PdP mencerminkan keperibadian
guru yang tinggi an sejajar dengan hasrat pendidikan negara.

8. Rumusan sintesis Secara keseluruhan kajian ini, menunjukkan bahawa


pelaksanaan Frog VLE masih perlu diperbaiki dan
dipertingkatkan. Cadangan seperti adanya pemantauan berterusan
daripada pihak pentadbir dan pelan pelaksanaan Frog VLE yang
jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah, termasuk ibu
bapa. Pihak yang terlibat dalam pembangunan kurikulum
pendidikan juga perlu mengurangkan silibus pembelajaran agar
guru dapat melaksanakan Frog VLE di dalam bilik darjah secara
optimum. Objektif pelaksanaan Frog VLE haruslah jelas,
terutamanya kepada pihak pentadbiran sekolah sendiri. Apabila
objektif bagi pelaksanaan inovasi ini jelas, maka ianya akan
memudahkan pihak pentadbiran untuk menyalurkan maklumat
kepada pihak yang berkepentingan dalam kalangan komuniti
sekolah terutamanya guru, pelajar, dan juga ibu bapa. Matlamat
tersebut haruslah boleh digarap, dicapai dan diguna pakai, serta
boleh membantu mengatasi apa-apa isu atau masalah berhubung
dengan pengajaran dan pembelajaran Frog VLE.

Kajian menunjukkan walaupun penggunaan inovasi Frog VLE


tidak lagi asing dalam kalangan guru, namun ia masih boleh lagi
dikatakan berada di peringkat pengenalan dan agak kurang
membantu dalam proses PdP. Pelaksanaan Frog VLE ini masih
mempunyai kelemahan yang perlu diatasi supaya dapat
membantu dalam kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, semua pihak yang berkepentingan seperti
pentadbir, guru pelajar dan ibu bapa diseru berganding bahu
untuk membangun dan mempertingkatkan penggunaan
persekitaran pembelajaran maya secara menyeluruh dalam
pelaksanaan Frog VLE di Malaysia.
C. Kajian Literatur 3

Tajuk Pemodelan Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran


Pembelajaran Maya (VLE)
1. Penulis Saiful Afzan Baru, lazim Abdullah, Azwadi Ali dan Hafiz Yusoff
2. Sumber Journal of Business and Social Development. Vol.2 Number 2,
September 2014:36-47
3. Penyataan masalah E- pembelajaran dan aplikasi telah berkembang secara mendadak
di dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia meningkatkan
kemudahan mengakses maklumat untuk pembelajaran bagi
pelajar. Sejauh mana penerimaan pelajar terhadap VLE
mempengaruhi tingkah laku.
4. Tujuan Kajian ini bertujuan untuk memodelkan penerimaan pelajar
terhadap VLE dengan menggunakan pemboleh ubah UTAUT
seperti Jangka Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan
Keadaan Kemudahan.
5. Teori utama Model penerimaan Teknologi UTAUT mencipta empat pemboleh
ubah ( Jnagkaan Prestassi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan
Keadaan Kemudahan) bagi menentukan maksud tingkah laku
penggunaan teknologi dan penentu langsung tingkah laku
penggunaan dalam memudahkan keadaan.
6. Metodologi Kajian ini menggunakan model UTAUT yang telah diubahsuai.
Data yang digunakan dalam kajian ini diperolehi daripada soal
selidik daripada 250 orang pelajar sekolah menengah dari Daerah
Kuala Terengganu dan Marang. Kesemua pelajar yang terpilih
dalam soal selidik ini pernah atau sedang menggunakan VLE
dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar memberi respon
secara atas talian menggunakan borang kajian yang disediakan
dari laman sesawang google form.

Semua skala dinilai menggunakan skala Likert 7 pilihan bermula


1) sangat tidak setuju sehingga 7)sangat setuju. Skala Likert 7
pilihan dipilih supaya pelajar dapat memberikan lebih pilihan
ketika menjawab soalan soal selidik. Kesemua data yang
diperoleh selepas proses pengumpulan, ujian kesahan
menggunakan kaedah Alpha Cronbach dilakukan terlebih dahulu.

Jangkaan Prestasi

Jangkaan Usaha Niat Tingkah laku

Pengaruh Sosial
Penggunaan Tingkah
laku

Keadaan
Pengaruh Guru
Kemudahan

Keberkesanan Diri

Kerangka Konseptual Kajian Pelajar


7. Keputusan Kesahan Konvergen terhadap model pengukuran diperiksa
perbincangan melalui kolerasi di antara komponen atau nilai yang diperoleh
dan juga nilai konstuk. Kesahan konvergan sesuatu alat kajian
adalah merujuk kepada sejauh mana alat itu menghasilkan gerak
balas yang mewakili gagasan yang diukur. Menurut Hair (2010)
komposit kebolehpercayaan 0.70 atau ke atas boleh diterima.

Secara keseluruhannya kesahan diskiminan dapat diterima bagi


kajian ini dan menyokong tahap diskriminan antara konstruk-
konstruk penerimaan VLE di kalangan pelajar. Hasil dapatan
menunjukkan model luaran dapat diterima.

Oleh yang demikian, keputusan permodalan ramalan


menggunakan teknik KDTS ini memberi gambaran bahawa
model yang diuji dapat diterima dengan mengambil kira
pandangan pelajar terhadap penerimaan mereka terhadap VLE.
Memandangkan Niat Tingkah Laku dapat diramalkan dengan
peratusan yang tinggi, maka nilai terus bagi semua konstruk
kajian ini perlu dititikberatkan agar program pembelajaran dalam
talian ini dapat diteruskan lagi.

Daripada enam hipotesis hubungan ke atas model struktur, tiga


hipotesis yang dicadangkan mempunyai keputusan signifikan
terhadap Penggunaan Tingkah Laku. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan
Pengaruh Guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
Penggunaan Tingkah Laku. Kesemua pemboleh ubah
menunjukkan pengaruh positif terhadap penggunaan VLE dalam
kalangan pelajar.
8. Rumusan sintesis Di sini saya dapat merumuskan bahawa kajian ini sangat penting
kerana melalui kajian ini dapatlah membuktikan bahawa tingkah
laku pelajar sangat positif dalam menerima pembelajaran
persekitaran maya (VLE). Peranan guru sebagai satu medium
memberi tugas kepada pelajar. Berkemungkinan guru masih
belum bersedia menggunakan VLE bagi menggantikan buku
latihan apabila memberikan tugasan atau kerja rumah kepada
pelajar. Melalui bacaan saya keatas kajian-kajian lain sebelum
ini, guru mempunyai alasan tersendiri mengapa terdapat
kekangan ke atas mereka dalam melaksanakan pembelajaran
persekitaran maya (VLE).
D. Kajian Literatur 4

Tajuk Pembelajaran Teradun: Satu tinjauan literatur terhadap faktor-


faktor penerimaan Guru melalui Model-Model Penerimaan
1. Penulis Mohd Azli Yeop, Kung Teck Wong dan Noraini Mohamed Noh
2. Sumber Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher
Education. Vol. 6, No.1, June 2016, 67-85.
3. Penyataan masalah Usaha pembestarian sekolah telah dilaporkan sebagai berstatus
gagal mencapai matlamatnya, oleh Laporan Ketua Audit Negara,
Siri 3, 2013. Kegagalan ini diukur berdasarkan tahap penggunaan
atau bilangan log masuk ke platform Frog VLE yang rendah. Para
guru seharusnya menggunakan Frog VLE sebagai medium
utama pembelajaran di bilik darjah. Namun begitu ianya gagal
menarik perhatian guru.
4. Tujuan Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan secara
terperinci pembentukan dan penetapan faktor-faktor penerimaan
guru terhadap Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model
terdahulu bagi persekitaran pembelajaran sekolah-sekolah
Malaysia.
5. Teori utama Persekitaran Pembelajaran Teradun dimana Persekitaran
Pembelajaran ini adalah gabungan Persekitaran Pembelajaran
Bersemuka dan Persekitaran Pembelajaran Berpengantara
Teknologi Atas Talian (Online-Mediated Instruction).
Pembelajaran Teradun adalah bertunjangkan penggunaan
teknologi ( Huang et al.,20108: Isman et al., 2012; Mohamed
Amin, Norazah, & Ebrahim, 2014; Nuanmeesri, 2014). Pengkaji
merujuk kepada model-model penerimaan teknologi –
Technology Acceptance Model (TAM) disesuaikan dengan
model Theory of Reasoned Action (TRA) telah digunakan sebagai
asas teoritikal dalam kajian empirikal berkaitan penerimaan
individu terhadap teknologi.
6. Metodologi Kaedah kajian empirikal berasaskan model-model penerimaan
teknologi serta konstruk. Penyelidik membuat i) penganalisaan/
tinjauan literatur terhadap kajian-kajian empirikal berkaitan dan
model-model/ teori penerimaan terdahulu dan ii) temubual
ringkas-semi berstruktur bersama guru, pihak pentadbir dan
jurulatih utama Projek 1Bestari.
7. Keputusan Hasil perbincangan penyelidik mendapati faktor-faktor
perbincangan penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun
dapat dirumuskan melalui i) penganalisaan/ tinjauan literatur
terhadap kajian-kajian empirikal berkaitan dan model-model/
teori penerimaan terdahulu dan ii) temubual ringkas-semi
berstruktur bersama guru, pihak pentadbir dan jurulatih utama
Projek 1Bestari. Maka terdapat lima konstruk yang dapat
disenaraikan sebagai faktor penerimaan guru iaitu Jangkaan
Prestasi (PE), Jangkaan Usaha (EE) Pengaru sosial (SI), Keadaan
Kemudahan (FC) dan Sikap Inovasi Guru (IAT);sebagai
pemboleh ubah bebas. Faktor-faktor ini diyakini menjadi penentu
utama yang mempengaruhi niat tingkah laku (BI) dan tingkah
laku penggunaan(UB); sebagai pemboleh ubah bersandar, iaitu
faktor penerimaan guru untuk melaksanakan proses pembelajaran
dalam bilik darjah dengan menggunakan Frog VLE sebagai
platform utama pembelajaran (Blended Learning).
8. Rumusan sintesis Kajian menunjukkan walaupun penggunaan inovasi Frog VLE
tidak lagi asing dalam kalangan guru, namun ia masih boleh lagi
dikatakan berada di peringkat pengenalan dan agak kurang
membantu dalam proses PdP. Pelaksanaan Frog VLE ini masih
mempunyai kelemahan yang perlu diatasi supaya dapat
membantu dalam kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, semua pihak yang berkepentingan seperti
pentadbir, guru pelajar dan ibu bapa diseru berganding bahu
untuk membangun dan mempertingkatkan penggunaan
persekitaran pembelajaran maya secara menyeluruh dalam
pelaksanaan Frog VLE di Malaysia.
E. Kajian Literatur 5

Tajuk Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) dalam pengajaran


dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya.
1. Penulis Mahizer Hamzah dan Mohd Azli Yeop
2. Sumber Journal of Research, Policy & Practice of Teachrs & Teacher
Education.Vol.6, No.2, December 2016, 67-77.
3. Penyataan masalah Penerimaan positif guru terhadap penggunaan persekitaran
pembelajaran maya (VLE) namun masalah sokongan teknikal
menyebabkan kekangan dari segi pelaksanaannya.
4. Tujuan Penulis ini akan menerangkan pandangan dan pelaksanaan Frog
VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam
kalangan guru.
5. Teori utama Model Penerimaan Teknologi (TAM), Model PUSINGA
(Rotation Model) iaitu diadaptasi dari ‘Blended Learning
Implementation Guide 3.0’ Bailey et.al,2015,m.s.27
6. Metodologi Penulis menggunakan kajian empirikal terdahulu sebagai metod
kajian. Teras rujukan kajian ini adalah hasil temu bual yang
dijalankan terhadap guru-guru sekolah di Malaysia. Jadual di
bawah menunjukkan rumusan hasil temu bual guru dan hubungan
konstruk yang wujud berdasarkan Model Penerimaan Teknologi
oleh Devis et al. (1989).

Persepsi
penggunaa
n berkesan
Pemboleh
Niat
Sikap untuk
ubah luar tingkah
menggunakan
laku
untuk
Persepsi
menggun
mudah
mengguna a
Penggunaa
kan sebenar
sistem

7. Keputusan Penulis telah membincangkan tentang maklum balas penerimaan


perbincangan guru dan pelaksanaan Frog VLE di sekolah-seklah. Ringkasnya
persepsi berkaitan penerimaan guru adalah positif tterhadap
platform pembelajaran Frog VLE ini namun masalah sokongan
teknikal menyebabkan kekangan dari segi perlaksanaannya.
Secara realitinya, teknologi Frog VLE amat baik dan lengkap
dalam menjana proses pembelajaran yang diyakini mampu
meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar (Cheok & Wong, 2016). Namun begitu, aspek
teknikal kelihatan menjadddi isu dan stigma utama dalam
merencatkan kejayaan pelaksanaan proses pembelajaran
menggunakan platform Frog VLE.
8. Rumusan sintesis Di sini saya dapat rumuskan bahawa kajian ini hanya
membincangkan bagaimana penerimaan guru terhadap
penggunaan Frog VLE diintergrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Aspek kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap
dan sempurna juga harus ditangani oleh pihak yang
bertanggungjawab, di samping sokongan teknikal, peranan
pentadbir dan galakan daripada pihak KPM adalah amat dituntut
dalam usaha merealisasikan proses transformasi ini. Impak positif
yang diharap dari pelaksanaan proses pembelajaran
menggunakan frog VLE, amat bergantung kepada kolaborasi jitu
dari semua pihak.

Rujukan:

Hasliza Hashim, Siti Munirah Mohd Nasir and Zarina Mustafa.(2016). Cabaran yang
Dihadapi oleh Guru dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di
Bilik Darjah. Asia Pacific Journal of Educator and Education, Vol.31, 115-129.
Mahizer Hamzah dan Mohd Azli Yeop.(2016). Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya)
dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya.
Journal of Research, Policy & Practice of Teachrs & Teacher Education.Vol.6,
No.2,67-77.
Mohd Azli Yeop, Kung Teck Wong dan Noraini Mohamed Noh.(2016). Pembelajaran
Teradun: Satu tinjauan literatur terhadap faktor-faktor penerimaan Guru melalui
Model-Model Penerimaan. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers &
Teacher Education. Vol. 6, No.1,67-85.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik Yusuff, Rosnidar
Mansor.(2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) dalam Kalangan
Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik. Vol.3ISSN 2232-0393.
Saiful Afzan Baru, lazim Abdullah, Azwadi Ali dan Hafiz Yusoff.(2014). Pemodelan
Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Journal of
Business and Social Development. Vol.2 Number 2,36-47

You might also like