You are on page 1of 15

KESAN FROG VLE SECARA PEMBELAJARAN

KOOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN, KBAT


DAN MINAT PELAJAR BAGI SUBJEK KIMIA
Noor Ashikin Binti Ibrahim, Kamisah Osman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Bagi memastikan penggunaan ICT dapat dimanfaatkan (anjakan yang ke-7 PPPM 2013-2025), Frog VLE
telah diperkenalkan dengan harapan dapat merealisasikan aspirasi murid. Selain itu, aspirasi murid dalam
PPPM 2013-2025 juga menghasratkan pelajar mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik. Maka, kajian ini mengkaji kesan penggunaan Frog VLE
secara pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian, KBAT dan minat pelajar bagi subjek Kimia. Reka
bentuk kajian ini ialah kuasi eksperimen bagi kumpulan tidak setara dengan menggunakan dua kumpulan
rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan pertama akan belajar mengunakan Frog VLE
secara pembelajaran kooperatif, kumpulan rawatan kedua hanya belajar secara kooperatif dan manakala
kumpulan kawalan akan belajar secara konvesional. Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik dan juga
kertas soalan bagi ujian Pra dan Pasca. Kajian melibatkan pelajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah harian
biasa daerah Jasin, Melaka. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif dan disusuli dengan
analisis inferensi yang melibatkan analisis Wilcoxon Signed Rank dan Kruskal-Wallis. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan penggunaan Frog VLE secara pembelajaran
kooperatif terhadap pencapaian, KBAT dan minat pelajar bagi subjek Kimia. Kajian ini menyimpulkan
penggunaan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif dapat memberi kesan yang positif terhadap
pencapaian, KBAT dan minat pelajar.

Kata kunci: Frog VLE, pembelajaran Kooperatif, pencapaian, minat, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)

ABSTRACT

For leverage ICT (the 7th shifts of MEB 2013-2025), Frog VLE has been introduced to achieve objectives
of student aspirations. The student aspirations in the MEB 2013-2025 also desire students should have
Higher Order Thinking Skills (HOTS) especially in Science and Mathematics. Thus, this study examined
effects of Frog VLE with Cooperative learning toward students achievement, KBAT and interests in
Chemistry subject. The research design is quasi-experimental for nonequivalent group by using two
treatment groups and one control group. The first treatment group was learned by using Frog VLE with
Cooperative learning method, the second treatment groups used Cooperative learning method only and
while the control group was taught conventionally. The research instrument was questionnaires and exam
papers for pre and posttest. This study was conducted for form 4 students in three schools in Jasin, Melaka
area. Quantitative analysis was analysed by descriptive analysis, soon followed by inferential analysis
Wilcoxon Signed Rank and Kruskal-Wallis. The findings showed that there were significant differences
between effects of Frog VLE with Cooperative learning toward students achievement, KBAT and interests
for Chemistry subject. The study concludes, Frog VLE with Cooperative learning, will attribute a positive
effect on the achievement, KBAT and student interest.

Keywords: Frog VLE, Cooperative learning, achievement, interest, High Order Thinking Skills (HOTS)

635
PENGENALAN

Penggunaan Frog VLE di kebanyakan sekolah di Malaysia sudah tidak asing lagi. Ini merupakan salah satu
langkah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memupuk minat Generasi Z yang merupakan
generasi digital untuk lebih berminat dalam pembelajaran. Kebiasaanya pelajar kurang berminat terhadap
subjek yang sukar mereka fahami dan subjek yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Oleh itu,
salah satu langkah untuk menarik minat generasi ini ke arah pembelajaran ialah dengan menggunakan Frog
VLE dan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran Kooperatif.

Mohd. Hamdan (2011) mengatakan bahawa seandainya Facebook adalah sebuah negara ia akan menjadi
negara terbesar nombor tiga di dunia. Manakala Twitter yang awalnya dirancang untuk digunakan sebagai
aplikasi pendukung dalam pekerjaan dan berkomunikasi dalam kumpulan kecil sekarang ini. Justeru, ia
menjadi microblogging perkongsian maklumat terbesar di dunia (Hughes dan Palen, 2009) dengan
kebolehannya menyampaikan 350 juta Tweets per hari yang didominasi oleh pengguna generasi muda.
Maka, pihak KPM dengan kerjasama YTL Communication mewujudkan satu platform berasaskan aplikasi
media sosial yang boleh digunakan oleh guru sebagai medium pengajaran terutamanya di sekolah iaitu
Frog VLE.

Frog VLE adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan sebenar dengan
mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya. Dalam web Frog VLE, guru boleh
memuat naikkan lagu, video, gambar, latihan dalam Microsoft word, power point dalam site yang
dibangunkan malah dalam web ini juga terdapat laman forum dan chatroom untuk pelajar berinteraksi. Ini
merupakan aplikasi media sosial yang diselitkan dalam web ini untuk menjadi lebih interaktif sekaligus
menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Justeru, kajian ini akan memfokuskan keberkesanan
penggunaan Frog VLE dengan menggunakan kaedah pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan minat pelajar dalam matapelajaran Kimia

Kajian Barker dan Gossman (2013), menyiasat pandangan pelajar terhadap kesan pembelajaran bagi
Persekitaran Pembelajaran Maya(VLE) terhadap 650 pelajar tahun kedua kolej SFC di UK . Kajian beliau
memfokuskan kepada sama ada penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan
positif ke atas pembelajaran pelajar, sama ada penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran
membantu membangunkan pembelajaran berdikari dan menentukan sama ada penggunaan VLE dalam
pengajaran dan pembelajaran meningkatkan motivasi untuk belajar. Hasil kajian mendapati bahawa
penggunaan VLE mempunyai: -

(i) kesan positif ke atas pencapaian pelajar dari segi keberkesanan sebagai seorang pelajar, meningkatkan
kualiti pembelajaran dan sebagai alat bantuan dalam kursus,

(ii) membantu membangunkan pembelajaran berdikari dengan peluang untuk belajar secara tidak formal
pada masa, tempat dan kadar yang sesuai dengan pelajar dan

(iii) meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dari segi maklumbalas terus ke atas aktiviti pelajar dan
mengalakkan komunikasi dan pembelajaran kolaboratif melalui forum, chat dan e-mail untuk perbincangan

Serim dan Koch (1996); Ahmad Fuad (2003); Azwan Ahmad et al (2005) dalam kajian mereka,
menyatakan dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk
mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas
dan meluas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat memberikan rangsangan
kepada murid. Kenworthy dalam Noraini (2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud
jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah
menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.

Menurut Mohammad Abdillah et al (2014), guru perlu memainkan peranan untuk menarik minat pelajar
terhadap sesuatu subjek. Hadiah Senin (1997), mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi
pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah berdasarkan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu,

636
Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor. Dapatan beliau menyatakan bahawa pelajar-
pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat
terhadap mata pelajaran tersebut. Menurut Noor Erma et al. (2014), minat merupakan suatu perkara penting
sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran.

Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan merupakan medium untuk memberi kelainan dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Tambahan pula, penggunaan Frog VLE merupakan satu hasrat yang ingin
dilaksanakan dalam Negara kita seperti dalam anjakan yang ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM), iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Oleh itu,
penggunaan Frog VLE adalah salah satu cara untuk menyahut anjakan tersebut.

Kajian tehadap Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) terhadap pelajar sekolah masih lagi kurang
khususnya bagi subjek Kimia. Tambahan lagi, sejak dilancarkan penggunaanya diperingkat sekolah sejak
tahun 2012, didapati guru-guru masih lagi menggunakannya pada tahap kemampuan yang miminum.
Kebanyakan kajian Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) yang telah dilakukan melibatkan Institusi
pendidikan tinggi di luar negara bagi kursus yang berbeza dan hanya 3 kajian sahaja yang melibatkan
kursus yang berkaitan Kimia. Platform VLE yang digunakan diluar negara juga berbeza namanya kerana
kebanyakan negara mereka menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Moodle (VLE) tetapi
konsepnya sama seperti Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE).

Daripada pencarian artikel untuk tinjauan literatur mendapati kajian terhadap pencapaian, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dan minat pelajar dalam subjek Kimia mengunakan Persekitaran Pembelajaran Maya
Frog (VLE) masih belum lagi dilakukan di negara ini malahan masih lagi kurang dilakukan di luar negara.
Maka artikel ini akan berfokuskan tentang kesan penggunaan Frog VLE terhadap subjek Kimia dari segi
aspek pencapaian, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta minat pelajar dengan mengunakan kaedah
pembelajaran Kooperatif.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA FROG VLE

Walaupun penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) telah lama digunakan dalam pendidikan
tinggi di negara ini terutamanya dalam pendidikan jarak jauh, tetapi penggunaan dan perlaksanaan di
peringkat sekolah sama ada sekolah menengah dan sekolah rendah masih lagi jauh ketinggalan. Leese
(2009) menyatakan bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah Persekitaran berasaskan
komputer dan ia melibatkan perkongsian maklumat antara pelajar dan tutor. Persekitaran Pembelajaran
Maya (VLE) adalah sistem perisian yang berasaskan laman web yang direkabentuk untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan alat-alat dan aktiviti-aktiviti (JISC, 2009). Persekitaran
Pembelajaran Maya (VLE) boleh dilihat sebagai platform pembelajaran mengintegrasikan berasaskan
laman web. VLE membolehkan akses secara maya kepada kandungan pembelajaran, kelas dan lain-lain
sumber. Berdasarkan Wilson (1996), beberapa persekitaran pembelajaran berasaskan komputer adalah
sistem terbuka secara relatif yang membenarkan interaksi dan pertemuan dengan lain-lain peserta, sumber-
sumber dan perwakilan. Tambahan lagi VLE boleh dikenalpasti dengan ciri-ciri berikut (Dillenbourg et al.
2002):

1. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) ialah satu ruang rekaan maklumat

2. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) ialah ruang sosial: interaksi pendidikan berlaku

3. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) mengalihkan ruang ke tempat-tempat: Ruang maya diwakili
dengan ruang maklumat/sosial yang membolehkan dari tulisan ke dunia 3D

4. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang merangsang pelajar menjadi aktif.

5. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bukan sahaja terhad kepada pendidikan jarak jauh tetapi ia dapat
memperkayakan aktiviti kelas.

6. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) mengintergrasikan teknologi heterogeneous dan pendekatan


pedagogi yang pelbagai

637
Takrifan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) juga mengikut perspektif dimana pembelajaran maya itu
dilaksanakan. Istilah atau konsep lain persekitaran pembelajaran maya antaranya ialah e-pembelajaran(e-
learning), pembelajaran atas talian(online learning), pembelajaran jarak jauh(distance learning) ,
pembelajaran berasaskan laman web(web-based learning) dan sebagainya.Beberapa contoh platform
Persekitaran Pembelajaran Maya yang telah digunakan adalah seperti Frog VLE yang digunakan khusus
untuk pendidikan sekolah Menengah seperti di Malaysia dan United Kigdom yang berasaskan laman web
serta menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS), Moodle yang merupakan VLE terbuka yang
menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang meluas digunakan dan mempunyai satu set
alat pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta banyak digunakan di institusi pendidikan tinggi dalam
kebanyakan kursus , Fronter yang berasaskan teknologi terbuka yang bukan sahaja digunakan dalam sektor
pendidikan malahan juga boleh digunakan dalam sektor kepimpinan serta lain-lain lagi nama bagi VLE.

Menurut Noraniah et. al 2000; Rheingold 2004, pembelajaran maya adalah berasaskan pengunaan internet
dan kerana istilah penggunaanya seiring dengan perkembangan internet. Pembelajaran maya adalah satu
corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi
membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap
dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem atas talian (online)
yang menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan/maklumat,
pemantauan prestasi pelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang
segera (Jamaludin,2000). Kesimpulanya, berdasarkan takrifan yang diberikan dari semua penyelidik yang
dibincangkan di atas menunjukkan bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) merupakan
persekitaran pembelajaran menggunakan internet sebagai bahan penghantaraanya yang dapat menyediakan
pembelajaran aktif kepada pelajar untuk meneroka ilmu pengetahuan serta memberikan pengalaman
pembelajaran bermakna kepada pelajar.

Kebaikan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Cavanaugh et.al. (2004) menyatakan bahawa kebaikan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) ialah
seperti fleksibel, masa pembelajaran dapat dipanjangkan, banyak peluang-peluang pendidikan dan
peningkatan akses kepada sumber-sumber. Ini disokong oleh Leese (2009), yang menyatakan bahawa
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berpotensi untuk memperbaiki komunikasi dan menawarkan
sokongan kepada pelajar. Ia muncul sebagai medium yang paling sesuai bagi memudahkan projek.
Tambahan lagi, menurut Scardamalia dan Bereiter (1996), Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) dapat
memaksimakan refleksi pelajar dan mengalakkan pemikiran yang progressif dan bebas. Pelajar yang
mengunakan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) boleh menetapkan satu tugasan untuk dilengkapkan
dalam bilik darjah atau pada kadar keupayaan, masa dan lokasi. Mereka boleh menyumbang kepada
perbincangan serentak dan bukan serentak bagi membantu pelajar membina pembelajaran mereka (JISC,
2009). Sebilangan penyelidik telah menulis tentang keberkesanan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)
di peringkat pendidikan tinggi. Kebaikan yang ditulis ialah: Selesa, mudah di akses dan lebih fleksibiliti
(Colorado dan Eberle, 2010). Walau bagaimanapun, keberkesanan VLE mungkin bergantung banyak
kepada kemudahan internet di sekolah, tahap semangat antara kalangan pelajar ke atas pengunaan tapak
jaringan sosial dalam pendidikan dan pengetahuan serta kemahiran guru dalam pembelajaran atas talian.

Seperti yang dilaporkan oleh Heap et al. 2004; OConnor dan Ross 2004, Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) seperti WebCT, Blackboard and Moodle menyokong pembelajaran bercampur dan membenarkan
guru-guru untuk:

a) Menyampaikan bahan-bahan kursus yang mengandungi audio, video, animasi dan simulasi.

b) Menyampaikan markah tugasan atas talian yang disokong oleh maklum balas dan semakan tugasan
pelajar

c) Interaksi melalui kaloborasi dengan pelajar mereka

638
d) Memberikan maklumat pada bahan yang terpilih bagi bahan-bahan kursus

e) Mengesan bilangan pelajar yang melihat kursus

f) Dapat analisis yang berguna secara statistik dari penglibatan pelajar

Kaedah Pembelajaran Kooperatif Dalam Frog VLE

Kooperatif di ditakrifkan sebagai satu struktur interaksi yang direka untuk memudahkan bagi
melengkapkan penghasilan produk akhir yang khusus atau bagi mencapai matlamat melalui sekumpulan
manusia bekerja dalam satu kumpulan. Pembelajaran Kooperatif adalah pembelajaran dalam salah satu
cabang konstruktivisme sosial yang diperkenalkan oleh Vygotsky.Beliau menyatakan bahawa peranan
budaya dan masyarakat, bahasa dan interaksi adalah penting dalam memahami bagaimana manusia belajar.
Bagi beliau pengetahuan adalah budaya dan pendekatan ini boleh digambarkan dengan secara ringkas
sebagai kooperatif dan budaya. Perkembangan individu seperti perkembangan pemikiran, bahasa dan
proses-proses bersebab dapat dibangunkan melalui interaksi sosial dengan yang lain. Vygotsky telah
memperkenalkan zon perkembangan peroksimal yang berkaitan dengan sosio-budaya di mana pembinaan
pengetahuan dipengaruhi oleh lingkungan sosial disekitarnya.

Pengetahuan, sikap, pemikiran dan sistem nilai yang dimiliki akan akan berkembang melalui proses
interaksi. Zon Perkembangan Peroksimal adalah jarak antara perkembangan sebenar dengan peringkat
perkembangan yang berpotensi dimana pelajar mampu membina pengetahuan dengan bantuan dan
bimbingan orang dewasa atau pun dalam konteks dalam bilik darjah ialah bimbingan guru. Perancah atau
scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah.
Bantuan tersebut boleh dalam berbentuk petunjuk, dorongan, peringatan, memberikan contoh-contoh dan
memungkin pelajar itu berdikari. Dalam konteks kajian ini scaffolding boleh berupa bantuan dalam
bentuk Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE).

Pembelajaran Kooperatif adalah model pembelajaran yang boleh memaksimumkan keberkesanan


konstruktivis. Ia melibatkan tugasan yang diberikan dalam kumpulan kecil dengan matlamat yang dikongsi
bersama sebagai salah satu strategi pengajaran. Pembelajaran Koperatif ini adalah kaedah yang efektif yang
dapat menggalakan interaksi sosial dan mempertingkatkan kesangupan pelajar untuk bekerjasama dengan
yang lain dengan keperluan pembelajaran dan latarbelakang sosiobudaya yang berbeza (Gillies, 2007).
Dengan kaedah dan teknik. Koperatif, tujuan pembelajaran ialah untuk mengalakan keterbergantungan
secara positif, berdikari, interaksi bersemuka, akauntabiliti individu dan kemahiran sosial (Vargas et
al.2011). Tidak diragukan lagi bahawa pembelajaran koperatif menawarkan banyak kebaikan kepada
pelajar dari segi (1) meningkatkan pencapaian akademik, (2) meningkatkan pencapaian pelajar dan
penentuan untuk mencapai kejayaan, (3) memperbaiki kemahiran perhubungan interpersonal dan
kemahiran menyelesaikan masalah dan (4) menyuburkan sifat emosi dan penhargaan kendiri (Orlich 2004;
Wlodkowski 2008) .

Dalam perkembangan pendidikan sekarang adalah penting dalam mengintegrasikan pembelajaran


Kooperatif dengan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) bagi mempelbagaikan strategi
pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian hasil pelajar. Ini dikenali sebagai strategi pembelajaran
bercampur blended learning. Hasil kajian Garrison dan Kanuka (2004), mendapati pembelajaran
bercampur konsisten dengan nilai-nilai di institusi pendidikan tinggi dan telah terbukti berpotensi untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengalaman pembalajaran bermakna. Kajian Mohd Fazdli et.
al (2007) terhadap pelajar tahun pertama yang mengambil subjek telekomunikasi, UTM, Johor mendapati
terdapat perhubungan yang signifikan antara pembelajaran Koperatif dengan kemahiran
Generik(kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, dan kebolehan penyelesaian
masalah) dan kemahiran menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Pembelajaran Kooperatif juga menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri,
penglibatan yang lebih aktif, mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan kepuasan dalam
pembelajaran (Cooper, 2000). Tambahan pula, dengan menggunakan kaedah pembelajaran Kooperatif,
subjek yang sukar seperti Kimia akan lebih difahami kerana berlakunya proses perbincangan dan

639
perkongsian idea yang aktif (Webb et. al, 1995). Maka, dalam menggunakan Frog VLE sebagai medium
pengajaran, strategi pembelajaran Kooperatif adalah bersesuaian untuk digunakan, kerana pelajar dapat
menjalankan sesuatu tugasan bersama rakan sekelasnya.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang akan digunakan bagi kajian ini ialah kuasi eksperimen iaitu Reka bentuk
Kumpulan Tidak Setara (RKTS) atau (NEGD). Dalam RKTS, penyelidik menggunakan kumpulan intact,
iaitu kelas yang sedia ada seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai kumpulan eksperimen dan
kawalan (Campbell & Stanley, 1963). Pemilihan kumpulan yang hampir sama dilakukan supaya
perbandingan yang adil dapat dilaksanakan ke atas ketiga-tiga kumpulan rawatan dan kawalan.

Jadual 1: Reka bentuk kumpulan rawatan dan kawalan

Kumpulan Ujian Pra Strategi Pengajaran Ujian Pasca


Kumpulan Rawatan 1 O1 X1 O2
( Menggunakan Frog VLE Dan Kaedah
Pembelajaran Kooperatif)
Kumpulan Rawatan 2 O3 X2 O4
( Kaedah Pembelajaran Kooperatif)
Kumpulan Kawalan O5 X3 O6
(Kaedah Konvensional)

Petunjuk:

O1, O3, O5 = Ujian Pra

O2, O4, O6 = Ujian Pasca

X1 = Menggunakan Frog VLE dan kaedah pembelajaran kooperatif

X2 = Mengunakan Kaedah Pembelajaran Kooperatif

X3 = Kaedah Konvensional

Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi bagi kajian ini adalah pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen bagi tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan daerah Jasin, Melaka. Sampel kajian diambil daripada populasi secara pemilihan pensampelan
tujuan (purposive sampling) bagi menentukan kelas dan sekolah yang dipilih sebagai kajian. Pemilihan
sampel daripada pelajar tingkatan 4 bertujuan untuk menjamin kualiti dan kredibiliti kajian, kerana sampel
kajian mempunyai kematangan yang hampir sama antara kumpulan dan sampel juga memiliki kesetaraan
tahap pengetahuan. Bagi menentukan kumpulan rawatan dan kawalan, penyelidik menggunakan kaedah
pensampelan rawak mudah supaya setiap sampel tidak dipilih secara bias dan mempunyai kesamarataan
dalam pemilihan.

Kajian ini melibatkan seramai 67 orang responden. Kumpulan rawatan pertama terdiri daripada 20 orang
responden iaitu 9 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Bagi kumpulan rawatan kedua, melibatkan 23
orang responden iaitu 5 orang lelaki dan 18 orang perempuan manakala bagi kumpulan kawalan seramai
24 orang responden yang terlibat iaitu 8 lelaki dan 16 orang perempuan. Kumpulan sampel ditentukan
berdasarkan pencapaian dalam subjek Sains dan Matematik ketika peperiksaan Penilaian Tingkatan 3
(PT3).

640
Instrumen Kajian

Instrumen kajian penting untuk mencapai objektif sesebuah kajian dan kita bergantung kepada instrumen
kajian untuk mengukur sesuatu (Shaughnessy & Zachmeister, 1997). Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan beberapa instrumen kajian sebagai alat pengukuran iaitu set soalan untuk ujian Pra dan Pasca
dan juga set soal selidik. Bagi soalan yang diberikan ketika ujian pra dan pasca, penyelidik menggunakan
soalan kertas 1 Kimia yang mempunyai beberapa soalan aras tinggi yang digunakan untuk analisis
pencapaian dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar. Soalan ujian yang akan ditanya merangkumi
semua silibus Kimia tingkatan 4 dan soalan yang berbentuk KBAT. Satu jadual spesifikasi ujian dibina
bertujuan untuk menghasilkan himpunan item yang mengikuti aras Bloom taksonomi. Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) adalah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik-topik dan objektif-objektif
pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji.

Seterusnya, bagi pengujian minat, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pembelajaran Kooperatif terhadap
subjek Kimia pelajar di uji dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen ini dibina berdasarkan
rujukan instrumen penyelidik yang lepas iaitu Tuan Mastura (2011). Instrumen ini juga diberi kepada tiga
orang guru Bahasa melayu yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang Bahasa untuk meneliti
kesesuaian penggunaan Bahasa untuk diberikan kepada pelajar. Soal selidik ini dipecahkan kepada empat
bahagian iaitu demografi pelajar, minat pelajar terhadap mata pelajaran Kimia, Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi pelajar dalam mata pelajaran Kimia dan juga pembelajaran Kooperatif berbantukan komputer dan
ICT.

Jadual 2: Konstruk dan bilangan item soal selidik yang dibina dalam kajian sebenar

Bahagian Gagasan/Konstruk yang diukur Item Bil Item Sumber

A Maklumat Demografi A1-A8 8

B Minat pelajar terhadap mata pelajaran B1-B12 12 Bina sendiri


Kimia berdasarkan
C Kemahiran berfikir aras tinggi pelajar C1-C13 13 rujukan kajian
dalam mata pelajaran Kimia Tuan Mastura
(2011) dan sumber
internet

D Pembelajaran kooperatif berbantukan D1-D9 9


komputer dan ICT
Jumlah Item 42

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mengkaji tiga variabel bersandar iaitu pencapaian, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
minat pelajar berdasarkan kumpulan rawatan serta kawalan yang ditetapkan. Data yang dikumpul bagi
ujian pencapaian iaitu pra dan pasca adalah dalam bentuk gred (skala ordinal). Oleh kerana data yang
diambil bagi kesemua variabel tersebut merupakan skala ordinal, maka analisis inferesi yang akan
dijalankan untuk mengkaji perbezaan antara variabel ialah ujian bukan parametrik.

641
Perbezaan Bagi Median Gred Ujian Pra Dan Pasca Bagi Tahap Pencapaian

Ujian ini bertujuan untuk melihat samaada terdapat perbezaan yang signifikan bagi median bagi gred ujian
Pra dan Pasca yang dijalankan. Dalam ujian Pra dan Pasca juga, dapat dilihat tentang tahap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar berdasarkan gred yang diperolehi mereka memandangkan item
pembinaan soalan berdasarkan aras tinggi Bloom taksonomi.

Jadual 4 : Ujian statistik Wilcoxon Signed Rank


UP2 - UP1
Z -2.975
Asymp. Sig. (2-tailed) .003
Jadual 5 : Statistik deskriptif
Percentiles
N 25th 50th (Median) 75th
UP1 67 3.00 4.00 5.00
UP2 67 3.00 5.00 7.00

Berdasarkan Jadual 4, ujian Wilcoxon Signed Ranks Test menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap
pencapaian pelajar bagi ujian pra dan pasca, z = -2.98, p < 0.05, dengan saiz kesan sederhana (r = 0.26).
Manakala pada Jadual 5, nilai median bagi pencapaian ujian Pra (Md=4.00) menaik untuk Pasca (Md =
5.00). Ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan gred bagi ujian Pasca berbanding ujian Pra.

Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap Pencapaian

Ujian ini bertujuan membandingkan kesan kumpulan rawatan dan kawalan terhadap pencapaian pelajar
iaitu gred pencapaian yang di ambil semasa ujian Pasca sekaligus menjawab persoalan pengkaji tentang
adakah terdapat perbezaan pembelajaran Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian
pelajar.

Jadual 6 : Ujian Statistik Kruskal-Wallis


UP2
Chi-Square 20.313
df 2
Asymp. Sig. .000

Jadual 7 : Kedudukan
Kumpulan N Kedudukan Min
UP2 1 Rawatan 1 20 49.43
2 Rawatan 2 23 31.67
3 Kawalan 24 23.38
Jumlah 67

642
Jadual 8: Perbandingan Median
Kumpulan N Median
1 Rawatan 1 20 7.00
2 Rawatan 2 23 4.00
3 Kawalan 24 3.00
Jumlah 67 5.00

Keputusan ujian Kruskal Wallis dalam Jadual 6, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kumpulan dan tahap pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23, Kawalan,n=24), 2
(2,n=67) = 20.31, p =0.000. Dalam Jadual 7 pula, kumpulan rawatan 1 mempunyai kedudukan min yang
paling tinggi (M= 49.43) berbanding rawatan 2 (M= 31.67) dan kawalan (M=23.38). Kumpulan rawatan 1
juga mempunyai median skor yang paling tinggi (Md=7) daripada kumpulan rawatan 2 (Md=4) dan
kawalan (Md=3) seperti dalam Jadual 8. Berdasarkan analisis ujian di atas, dapat disimpulkan kaedah
rawatan 1 iaitu pembelajaran menggunakan Frog VLE secara Kooperatif memberi impak yang lebih baik
berbanding pembelajaran secara Kooperatif sahaja dan Konvesional.

Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Selain ujian Pra dan Pasca dijalankan untuk menguji tahap KBAT pelajar, soal selidik juga turut diedarkan
bagi mengetahui secara lebih mendalam adakah kaedah rawatan yang diberikan memberi kesan kepada
kemahiran berfikir pelajar.

Jadual 9: Ujian Statistik Kruskal-Wallis


TKBAT
Chi-Square 26.110
df 2
Asymp. Sig. .000

Jadual 10 : Perbandingan Median

Kumpulan N Median
1 Rawatan 1 20 4.19
2 Rawatan 2 23 3.54
3 Kawalan 24 3.62
Total 67 3.77

Berdasarkan Jadual 9, keputusan ujian Kruskal Wallis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kumpulan dan tahap pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23, Kawalan,n=24), 2
(2,n=67) = 26.11, p =0.000. Dalam Jadual 10 pula, dapat dilihat bahawa kumpulan rawatan mempunyai
median skor yang paling tinggi (Md=4.19) berbeza daripada kumpulan rawatan 2 (Md=3.54) dan kawalan
(Md=3.62). Berdasarkan analisis item soal selidik terhadap tahap Berfikir Aras Tinggi pelajar, kumpulan
rawatan 1, rawatan 2 dan kawalan bersetuju (label 4 = setuju) bahawa penggunaan Frog VLE memberi
kesan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar.

643
Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif terhadap Minat

Seterusnya, dengan menggunakan analisis inferensi yang sama, kesan Frog VLE secara pembelajaran
Kooperatif terhadap minat juga akan di analisiskan. Hasil analisis dilaporkan seperti Jadual 10 dan 11 di
bawah.

Jadual 11 : Ujian Statistik Kruskal-Wallis


TMinat
Chi-Square 33.396
df 2
Asymp. Sig. .000

Jadual 12: Perbandingan Median


Kumpulan N Median
1 Rawatan 1 20 4.11
2 Rawatan 2 23 3.29
3 Kawalan 24 3.36
Total 67 3.57

Melihat kepada keputusan ujian Kruskal Wallis dalam Jadual 11, ia menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap kumpulan dan tahap pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23,
Kawalan,n=24), 2 (2,n=67) = 33.40, p =0.000. Berdasarkan Jadual 12, kumpulan rawatan 1 mempunyai
median skor yang paling tinggi (Md=4.11) diikuti kumpulan kawalan (Md=3.36) dan rawatan 2 (Md=3.29).
Ujian median ini dapat menyatakan bahawa kumpulan rawatan 1, bersetuju (label 4 = setuju) bahawa
penggunaan Frog VLE secara kooperatif menarik minat mereka untuk belajar, manakala kumpulan rawatan
2 dan kawalan kurang bersetuju (label 3 = kurang bersetuju).

PERBINCANGAN

Keseluruhan dapatan kajian menjawab hipotesis penyelidik iaitu terdapat perbezaan bagi setiap variabel
bersandar berdasarkan kumpulan variabel bebas. Ini menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan
Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif memberi kesan yang positif terhadap pencapaian, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dan minat pelajar terhadap subjek Kimia. Dalam bahagian ini, akan dihuraikan secara
terperinci dapatan kajian berdasarkan kepada persoalan kajian penyelidik.

Keberkesanan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) ke atas pencapaian pelajar dalam subjek Kimia

Penggunaaan Frog VLE dalam bidang pendidikan jelas bukan satu kerugian, malah ia dapat membantu
mempertingkatkan prestasi pembelajaran para pelajar. Jelas dapat dilihat dalam analisis dapatan bahawa
penggunaan Frog VLE menyebabkan berlakunya peningkatan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek
Kimia. Hal ini selari dengan kajian Alseweed (2013) yang berkaitan pencapaian dan sikap pelajar keatas
penggunaan pembelajaran tradisional, pembelajaran bercampur (blended learning) dan pembelajaran
menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) pada peringkat Universiti. Dapatan kajian beliau
menunjukkan pembelajaran bercampur dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) memberikan ruang
kepada pelajar untuk terlibat aktif. Berdasarkan kajian-tersebut ia menunjukkan bahawa Persekitaran
Pembelajaran Maya (VLE) dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dapat dicapai
dengan menggunakan VLE melalui pengukuran keberkesanan seorang pelajar, meningkatkan kualiti
pembelajaran seseorang pelajar dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan pembelajaran.

644
Frog (VLE) secara Pembelajaran Kooperatif terhadap pencapaian pelajar dalam subjek Kimia

Berdasarkan dapatan kajian, tenyata penggunaan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif adalah kaedah
yang terbaik dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Kimia. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) akan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Frog VLE. Menurut Nor Azlah dan
Fariza (2014), Frog VLE bukan sahaja memudahkan kerja guru dan pelajar malah membantu
mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Impak penggunaan Frog VLE menjadi
lebih berkesan dengan menggunakan kaedah teknik pembelajaran yang tepat iaitu pembelajaran secara
Kooperatif. Kerjasama antara pelajar dengan meraikan kejayaan bersama, memotivasikan sesama mereka
serta belajar bersama-sama tanpa memikirkan etnik dan jantina adalah satu usaha yang luar biasa (Johnson
and Johnson, 1991). Maka tidak mustahil mereka akan saling membantu dalam memastikan masing-masing
memperoleh keputusan yang cemerlang.

Dengan menggunakan Frog VLE dalam pembelajaran Kooperatif, pelajar dapat banyak kemahiran dan
idea-idea yang kreatif yang boleh menyumbang kepada pencapaian pelajar. Menurut teori pembelajaran
konstruktivism sosial, Vygotsky menyatakan bahawa kolaborasi antara pelajar-pelajar dan pelajar-guru
adalah penting bagi perkembangan kebolehan asas dan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.
Beliau mencadangan zon perkembangan peroksimal yang menyatakan bahawa pelajar boleh
menyelesaikan masalah hanya dengan penghantaraan atau bantuan serta sokongan orang lain. Selain itu
juga, Pembelajaran koperatif menggunakan Frog VLE, dapat meningkatkan persaingan antara kumpulan
bagi menyiapkan tugasan serta dapat meningkatkan persembahan tugasan pelajar. Ini secara tidak langsung
Frog VLE dapat meningkatkan pencapaian pelajar seperti dapatan kajian yang menunjukkan rata-rata
pelajar kumpulan rawatan mendapat gred B+ bagi subjek Kimia dalam ujian Pasca. Ini sudah dianggap
satu gred yang baik kerana soalan yang mereka duduki juga merupakan soalan yang berbentuk KBAT yang
sememangya menjadi satu fobia kepada pelajar.

Frog VLE dan pembelajaran Kooperatif dapat meningkat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi mengarah kepada berlakunya berlakunya pertukaran idea oleh pelajar atau
transformasi maklumat daripada pelajar itu sendiri. Ini berlaku apabila pelajar-pelajar menggabungkan
fakta-fakta dan idea-idea untuk mensintesis, membuat generalisasi, penjelasan, hipotesis yang membawa
kepada kesimpulan dan interpretasi (Dani dan Kamisah 2011). Melalui proses ini pelajar dapat
memanipulasi idea mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan sekaligus mendorong pelajar
menemui makna baru pembelajaran mereka. Menurut Dani dan Kamisah (2011) juga, tidak dinafikan sama
sekali, penggunaan strategi pembelajaran kolaboratif dan koperatif, strategi melibatkan pembentangan
pelajar dan pembelajaran berbentuk projek tentunya akan merangsang pemikiran aras tinggi pelajar.

Selain daripada itu, matlamat pembangunan program Frog VLE adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan individual dan dapat bersaing dalam ekonomi global yang
berasaskan pengetahuan, kemahiran dan aspirasi. Seperti yang kita ketahui dalam anjakan ke 7 (PPPM
2013-2025) menyenaraikan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global dan ini termasuklah kemahiran berfikir. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa
Frog VLE memberi kesan yang baik terhadap elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar. Ini dapat
dilihat melalui peningkatan pencapaian pelajar semasa ujian pencapaian Pra dan Pasca kerana purata gred
yang diperolehi semasa ujian Pasca menunjukkan pelajar memperolehi gred yang baik.

Dapatan kajian juga mendapati, kaedah pengajaran ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran
berfikir mereka dengan memberi peluang kepada mereka mengekploitasikan dunia pendidikan melalui
Frog VLE memandangkan laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai
cabaran dan inspirasi untuk di kongsikan. Ini bertepatan dengan item soal selidik iaitu Saya di beri peluang
untuk meneroka ilmu baru Kimia di dalam kelas dan Saya dapat mengenalpasti informasi yang
diperlukan dalam penyelesaian sesuatu masalah Kimia semasa pembelajaran Kimia. Membantu pelajar
menguasai kemahiran mencari ilmu dengan sendiri dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi kini
sudah menjadi salah satu daripada objektif pemantapan program pendidikan (Musliha 2010).

645
Frog VLE dengan kaedah pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek
Kimia

Kaedah pengajaran dan strategi yang baik seperti laman pengajaran yang direkabentuk oleh guru melalui
Frog VLE akan menarik minat murid untuk faham dan belajar malah dapat meningkatkan pengetahuan
pelajar (Shahfiezul dan Fariza, 2015). Bushro dan Halimah (2008) mendapati kajian menunjukkan
penggabungan antara multimedia dan teori kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan penyertaan aktif
pelajar secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan dapatan hasil kajian ini telah
membuktikan bahawa pelajar akan mudah tertarik terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diselitkan
dengan pelbagai elemen multimedia. Platform Frog VLE sememangnya direkabentuk berasaskan elemen
multimedia yang mengintergrasikan beberapa aplikasi media sosial yang menjadi kesukaan generasi Z.

Seperti kita ketahui penggunaan Frog VLE menggunakan internet dan Frog VLE disepadukan dengan
aplikasi Google Apps dan Youtube yang menjadi enjin pencarian bahan pendidikan yang cukup popular.
Dengan adanya elemen tersebut, ia dapat menambat minat pelajar untuk menggunakan Frog VLE sebagai
medium pembelajaran mereka. Ini selaras dengan dapatan kajian yang menunjukkan para pelajar bersetuju
bahawa Frog VLE membantu meningkatkan minat mereka terhadap subjek Kimia. Tambahan pula, mereka
dapat berhubung dengan rakan mereka melalui Frog VLE sekaligus pelajar dapat belajar secara Kooperatif
dengan hanya mengggunakan medium pembelajaran ini. Apabila program perisian dipertingkatkan, ia
sebenarnya meningkatkan interaktiviti, komunikasi, kebolehan adaptasian, menambah perkongsian dan
meningkatkan pengalaman pembelajaran (Zoraini, 2008).

KESIMPULAN

Melalui kajian dan dapatan yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa penggunaan Frog VLE secara
pembelajaran Kooperatif merupakan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Memandangkan
hampir seluruh sekolah di Malaysia telah di bina pencawang internet Yes bagi tujuan mengakses sistem
Frog terutamanya maka tiada kekangan yang besar untuk perlaksanaan ini dijalankan. Bagi pengkaji yang
ingin menjalankan kajian berkenaan Frog VLE di masa hadapan, dicadangkan mengkaji kaedah
pembelajaran lain yang bersesuaian untuk Frog VLE atau mengkaji kesan penggunaan Frog VLE terhadap
subjek-subjek lain dan penerimaan pelajar dan guru terhadap Frog VLE ini. Pengkaji Bagi pihak yang
berkenaan, diharap dapat mempertingkatkan lagi penggunaan Frog VLE di sekolah serta sentiasa
memastikan jurang digital ini dapat diatasi secara positif.

RUJUKAN

Alias Baba. (1997). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Alseweed, M. A. (2013). Students achievement and attitudes toward using traditional learning, blended
learning, and virtual classes learning in teaching and learning at the university level. Studies in Literature
and Language, 6(1), 65-73.

Anastasia, A & Urbina, S. (1997). Psychological testing 7th ed. Upper saddle river, New Jersey: prentice-
hall, inc

Ahmad Fuad Othman. (2003). Pendidikan dan pendidikan di era digital : Pendekatan dan cabarannya.
Wawasan : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah . Bil .17Jun 2003 Bil.1.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad, Abd Rahman Hj. Abd Aziz. (2005).
Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran BerbantukanTeknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

646
Barker, J., & Gossman, P. (2013). The Learning Impact of a Virtual Learning Environment: Students
views. Teacher Advancement Network Journal, 5(2).

Best, J.W. & Khan,J.V. (1986). Research in education. London : Prentice Hall.

Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik
Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-mathS). Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 5, 41-
63.

Campbell, D.T. (1990). Experimental and quasi-experimental design for research on teaching. Chicago:
Rand Mc Nally

Cavanaugh,C, Gillan, K.J., Kromrey.J, Hess,H., Blomeyer,R. (2004).The effects of distance education on
K-12 students outcomes: A meta- analysis. Naperville, IL: Learning Point associates. Retrieved from
http://www.ncrel.org/tech/distance/K12distance.pdf

Colorado, J. T., & Eberle, J. (2010). Student demographic and success in online learning environments.
Emporia State Research Studies, 40 (1), 4-10.

Cooper, L. (2000). Teaching and learning in human services fieldwork. Fieldwork in the human services:
Theory and practice for field educators, practice teachers and supervisors. St Leonards, Australia: Allen &
Unwin. Page: 10-25.

Dani Asmadi Ibrahim dan Kamisah Osman. (2011). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pengajaran tajuk
model atom dan pencapaian objektif kursus kimia. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2011,
Universiti Putra Malaysia, Serdang

Dillenbourg, P., Schneider, D., Synteta, P. (2002). Virtual Learning Environments. Proceedings of the 3rd
Hellenic Conference Information & Communication Technologies in Education, pp. 318.

Garrison, D. R., & Kanuka, H. (2004). Blended learning: Uncovering its transformative potential in higher
education. The internet and higher education, 7(2), 95-105.

Gillies, R. (2007). Cooperative learning: Integrating theory and practice. Thousand Oaks, CA: Sage

Hadiah Senin. (1997). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Heap, N.W., Kear, K.L. and Bissell, C.C. (2004). An overview of ICT-based assessment for engineering
education. European Journal of Engineering Education, 29 (2), 241250.

Hughes, A. and Palen (2009). Higher education in a Web 2.0 world. JISC Report.
http://www.jisc.ac.uk/media/ documents/publications/heweb20rptv1.pdf [7 September 2012]

Jamaludin Mohaidin. (2000). Kesedaran dan Pembelajaran Maya, Konvensyen Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia,Skudai, Johor.

JISC. (2009). Effective Practice in a Digital Age (Bristol, HEFCE).

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1991). Learning mathematics and cooperative learning lesson plans for
teachers, Edina, MN: Interaction Book Company.

Leese, M. (2009). Out of classout of mind? The use of a virtual learning environment to encourage
student engagement in out of class activities. British Journal of Educational Technology, 40(1), 70-77.

Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman,Zamri Arifin. (2014). Hubungan Antara
Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab Dengan Kualiti Diri Guru Bahasa Arab Mrsm Ulul
Albab, Kota Putra

Mohd Hamdan Adnan. (2011). Youth usage of social media and its impact on social integration. Paper
presented at the Workshop for Youth: Freedom of Expression and Information A Pragmatic & Creative
Approach for Youth. Information Department of Malaysia & UNESCO, Kuala Lumpur.

647
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi. (2011). Pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik dikalangan guru matematik di daerah Kota Tinggi

Murphy, K.R & Davidshofer,C.O. (1998). Psychology Testing: Principles and Application. 4th Ed. Upper
Saddle River, New Jersey: Prentice Hall International.

Musliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran
berasaskan masalah. Universiti Teknologi Malaysia

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak

Noraniah, Nor Haizan & Razana, (2000), Memodelkan Modul Pengajaran Dalam Pendidikan Jarak Jauh,
Konvensyen Pendidikan UTM 2000, Sekudai Johor.

Nor Azlah Mohd Jaafar dan Fariza Khalid. (2014). Keberkesanan Kemahiran Komunikasi di Kalangan
Guru Dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE). Tesis Sarjana Pendidikan Sumber
dan Teknologi Maklumat. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Erma Binti Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik. Bil. 2 Isu 1).

Norusis, M.J. (1997). SPSS Professional Statistik 7.5. SPSS Inc, Chicago

Nunnally, J.C. (1978). The study change in evaluation research: Principal concerning measurement,
experimental design and analysis. Dalam Handbook of Evaluation Research. Beverly Hills: Sage
Publication.

OConnor, S. and Ross, A. (2004). WebCT role-playing: Immediacy versus e-mediacy in learning
environments. Learning Environments Research, 7 (2), 183201.

Orlich, D., Harder, R., Callahan, R., Trevisan, M., & Brown, A. (2004). Teaching strategies: A guide to
effective instruction (7th ed.). Boston, MA: Houghton Mifflin.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-


pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Rheingold, H. (2004). Virtual Learning Enviroment (VLE),


http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

Mohd Fadzli Bin Ali,Normah Binti Salleh dan Juhazren Junaidi. (2007). Mengkaji Hubungan Di Antara
Pembelajaran Koperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Menggunakan E-Pembelajaran Di
Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, UTM,
Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Scardamalia, M. & Bereiter, C. (1996) Scardamalia & Bereiters Computer Supported Intentional Learning
Environment (CSILE) Studies (USA, CSILE Learning Gains).

Sekaran, Uma. (1992). Research method for business: A skill building approach. (2nd Ed.). New York :
John Wiley & Son.

Serim Ferdi dan Koch Mellisa. (1996).Netlearning,Why Teacher use the internet.US:Songline Studios Inc
and OReilly & Assosiations,Inc.

648
Shahfiezul Shahaimi dan Fariza Khalid. (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG) Di
Sekolah-Sekolah Di Malaysia: Pelaksanaan Dan Cabaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5.

Shaugnessy, J.J & Zeichmeister,E.B. (1997). Research method in psychology. New York: McGraw Hill

Tuan Mastura Tuan Soh. (2011). Persepsi pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Fizik serta
hubungannya dengan Kemahiran Abad ke-21. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

Vargas-Vargas, M. (2011). Cooperative Learning In Virtual Environments: The Jigsaw Method In


Statistical Courses. Journal of International Education Research (JIER), 7(5), 1-8.

Webb,N.M., Troper,J.D., & Fall,R. (1995). Constructive activity and learning in collaborative small
groups. Journal of educational Psychology, 87. Page: 406-423.

Wilson, B.G. (1996). Constructivist Learning Environments: Case Studies in Instructional Design.
Educational Technology.

Wlodkowski, R. (2008). Enhancing adult motivation to learn: A comprehensive guide for teaching all
adults (3rd ed.). San Francisco, CA: John Wiley & Sons.

Zoraini Wati Abas. (2008). Globalisation of education through open distance learning. Globalisation and
Internationalisation of Higher Education in Malaysia, edited by Sarjit Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini
Azman Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

https://maklumatku.files.wordpress.com/.../borang-soal-selidik-15

649

You might also like