You are on page 1of 16

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KENDIRI MENGGUNAKAN LAMAN

PEMBELAJARAN “GOOGLE SITES’ UNTUK MENGELAS HAIWAN VETEBRATA DI


KALANGAN MURID TAHUN 4 TERATAI.

TAHIRAH BINTI GHAZALI


SK Bayas, Langkawi, Kedah.
g-50060889@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Kemahiran ICT khususnya pembelajaran secara e-learning di kalangan pelajar amatlah penting
seiring dengan teknologi semasa. Walaubagaimanapun kemahiran ICT di kalangan murid saya
amatlah rendah. Justeru, saya mengambil langkah untuk menghasilkan Google Sites untuk
membantu meningkatkan kemahiran ICT murid seterusnya dapat membantu meningkatkan
prestasi murid dalam pembelajaran. Sites ialah wiki terstruktur dan alat penciptaan halaman
Web yang ditawarkan oleh Google . Matlamat Tapak Google adalah supaya sesiapa sahaja
dapat membuat laman web mudah yang menyokong kerjasama antara penyunting yang
berbeza. Google Sites merupakan satu aplikasi yang disediakan secara percuma kepada
pengguna Google. Sesiapa sahaja yang memiliki akaun google boleh mengakses dan
menggunakan aplikasi Google Sites ini. Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah
keberkesanan pembelajaran secara E-learning dengan menggunkan laman pembelajaran
Google Site dalam meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu topik. Topik yang dipilih
ialah Haiwan dalam tema Sains Hayat tahun 4. Kajian ini melibatkan 6 orang murid dari kelas 4
Teratai Sekolah Kebangsaan Bayas. Sampel kajian dipilih terdiri daripada murid yang mendapat
terendah bagi soalan pengkelasan haiwan vetebrata dalam Ujian Pentaksiran 1. Hasil
penggunaan Google sites ini,3 orang mendapat markah penuh, manakala 3 orang lagi
mendapat 9/10 markah. Kajian ini memberi implikasi kepada saya untuk terus menghasilkan
Google Sites untuk kegunaan murid.

Kata kunci: E-learning, Google Site, Haiwan, Sains

0
PENDAHULUAN

Saya Tahirah binti Ghazali, guru sains dan guru ICT di Sekolah Kebangsaan
Bayas. Saya mengajar sains bagi murid kelas 4 Teratai. Sekolah ini mempunyai
kemudahan ICT yang lengkap seperti makmal komputer, internet berkelajuan
tinggi, laptop, komputer, LCD dan sebagainya. Walaubagaimanapun
kebanyakkan murid sekolah kurang mahir dalam penggunaan ICT. Selain
daripada itu, mereka juga sukar mengingati sesuatu topik yang diajar dan
kurang berminat untuk belajar. Justeru saya perlu mencari satu kaedah baru
untuk meningkatkan minat mereka untuk belajar dan dalam masa yang sama
dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka. Saya terfikir untuk menyediakan
Google Sites sebagai medium pembelajaran secara e-learning dan menarik
minat murid untuk belajar. Ini kerana pembinaan Google Sites yang mudah dan
tidak memerlukan kemahiran pengaturcaraan. Matlamat tapak google adalah
supaya sesiapa sahaja dapat membuat laman web mudah yang menyokong
kerjasama antara penyunting yang berbeza. Google Sites merupakan satu
aplikasi yang disediakan secara percuma kepada pengguna Google. Sesiapa
sahaja yang memiliki akaun google boleh mengakses dan menggunakan
aplikasi Google Sites ini.

PERNYATAAN MASALAH

Ketika saya mengajar sains dalam kelas 4 Teratai dalam tajuk haiwan, saya
meminta murid mencari maklumat tentang pengekelasan haiwan dan membuat
persembahan multimedia. Murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan kerana murid kurang kemahiran e-learning atau ICT yang
menyebabkan objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai. Saya juga
mendapati murid tidak dapat membezakan ciri-ciri haiwan bagi setiap kumpulan
apabila disoal secara lisan dan bertulis. Ekoran daripada masalah ini, saya

1
mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian tindakan bagi mengatasi masalah
ini.

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Saya menggunakan kerangka konsep Kemmis dan McTaggart. Kemmis dan


McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian
tindakan seperti kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik
atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan
mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. Kajian tindakan adalah
bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan
mereka sendiri. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-
reflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang,
melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi,
melaksana, menilai, mereflek.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart

2
TUJUAN KAJIAN

Berdasarkan huraian masalah-masalah di atas, maka kajian ini bertujuan untuk


menentukan sejauhmana keberkesanan penggunaan Google Sites bagi
meningkatkan prestasi pembelajaran murid serta pertambahan minat murid
dalam pembelajaran.

Selain daripada itu,kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan kemahiran


ICT di kalangan murid. Guru juga belajar cara menghasilkan Google Sites
dengan lebih menarik dan mengikut kesesuaian dan tahap pelajar. Sekiranya
murid berjaya menunjukkan peningkatan prestasi dan minat, kaedah ini akan
diteruskan bagi tajuk-tajuk yang lain.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Mengenal pasti sejauh mana penggunaan Google Sites dapat menarik minat
murid untuk belajar dan memahami sesuatu topik.

Objektif Khusus

Membantu murid 4 Teratai menggunakan laman pembelajaran Google Site


untuk tajuk Haiwan. Membantu murid 4 Teratai mengelas haiwan vetebrata
menggunakan kaedah ICT yang lebih interaktif di dalam Google Sites.

3
KAJIAN LITERATUR

Pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi dalam


bidang pembelajaran menggalakkan pelajar untuk mewujudkan pembelajaran
kendiri, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis (Pelgrum dan Enderson,
1999). Bagaimanapun, Amin (2010) menganggap penggunaan e-learning
sebagai pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
secara bersemuka atau kaedah konvensional.

E-learning merupakan kombinasi di antara teknologi elektronik dan elemen


pendidikan (Rahimi, Zawawi dan Wan Nordin, 2005). E-learning membolehkan
pelajar berkomunikasi di dalam forum/perbincangan, menjalankan penilaian
seperti kuiz, tugasan dan ujian secara akses kendiri, kadar kendiri dan
pengajian kendiri tanpa perlu menghadiri kelas (Faridah dan Zain, 2012).

Menurut (Mohd Ariffin Abdul Latif, 2015), kaedah yang sesuai dengan generasi
abad ke-21 perlulah melibatkan perkembangan “Technology-Cyber” dan akses
kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti
“chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya
memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan
pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa

Walaubagaimanapun, penggunaan e-learning di kalangan murid dan guru di


Malaysia sangatlah rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaporkan bahawa kira-kira 80% guru menghabiskan kurang dari satu jam
seminggu mengintegrasikan e-pembelajaran (Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan Malaysia [BSTP], 2017; Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM],
2013, 2018). Kajian terkini juga melaporkan perkara yang sama tentang
kegagalan guru melaksanakan e-pembelajaran di sekolah di Malaysia (Razak et

4
al., 2021; Subban et al., 2020). Diharapkan hasil positif daripada kajian tindakan
saya ini akan meningkatkan motivasi guru mengaplikasikan e-learning melalui
medium google sites.

METEDOLOGI

Perlaksanaan kajian tindakan ini mengikut langkah yang sistematik iaitu bermula
dengan tinjauan awal masalah bermula daripada aktiviti di dalam kelas, soal
jawab secara lisan, pentaksiran bertulis ,analisis tinjauan, tindakan, pentaksiran
semula secara digital analisis dan refleksi.

Tinjauan Awal Masalah

Semasa sesi PdP dalam tajuk haiwan, saya meminta murid-murid 4 Teratai
mencari maklumat berkaitan dengan kumpulan haiwan melalui internet dan
memindahkan maklumat yang diperolehi ke dalam persembahan multimedia.

Soal jawab secara lisan.

Semasa sesi PdP, saya juga menyoal murid secara lisan berkaitan kumpulan
haiwan dan asas e-learning. Kebanyakkan murid tidak dapat membezakan
kumpulan haiwan mamalia, reptilia dan amfibia. Mereka juga tidak mahir dalam
penggunaan e-learning.

Ujian Pentaksiran 1.

Saya telah menyediakan 1 soalan berkaitan pengkelasan haiwan dalam ujian


pentaksiran 1. Di dalam soalan tersebut, terdapat 10 gambar haiwan. Murid
dikehendaki menulis kumpulan haiwan bagi setiap gambar yang ditunjukkan

5
DAPATAN KAJIAN

Analisis Tinjauan.

Hasil tinjauan saya mendapati hanya seorang sahaja murid tahun 4 Teratai
dapat menyiapkan tugasan menyediakan persembahan multimedia yang
diberikan dalam masa seminggu. Ini menunjukkan tahap kemahiran ICT
dikalangan murid 4 Teratai sangat rendah. Melalui soal jawab dan ujian
pentaksiran 1, didapati murid tidak dapat membezakan kumpulan haiwan
mamalia, reptilia dan amfibia.

Rajah 2.1 Rajah 2.2

6
Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan hasil Pentaksiran 1 yang dijalankan
kepada murid. Kedua- dua murid melakukan kesalahan pada gambar-gambar
kumpulan haiwan reptilia, mamalia dan amfibia.

Responden Markah ( /10)


A 2
B 3
C 4
D 5
E 6
F 7

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan markah menunjukkan markah yang diperolehi oleh 6


orang murid dalam ujian pentaksiran 1 bagi soalan berkaitan kumpulan haiwan
vetebrata.

Tindakan Intervensi

Saya telah melaksanakan intervensi secara berperingkat. Pada peringkat yang


pertama, saya hanya memperkenalkan Laman pembelajaran Google Site yang
saya siapkan kepada murid. Murid diajar “sign in”menggunakan email moe dan
menaip url yang telah diringkaskan. Daripada pemerhatian saya, murid sangat
seronok dan teruja menggunakan komputer dan laptop untuk pembelajaran.

Pada peringkat yang kedua, saya membiarkan murid


menggunakanlaman pembelajaran tersebut secara kendiri. Sepertimana
pembelajaran di dalam kelas, sesi induksi dimulakan dengan video pengenalan.
7
Kemudian, murid diminta membaca nota bergambar yang disediakan.
Kemudian, murid bermain “game” untuk memilih ciri-ciri haiwan bagi setiap
kumpulan mamalia, reptilia, amfibia, ikan dan burung. Aktiviti seterusnya ialah
murid perlu menarik gambar-gambar haiwan kepada kumpulan-kumpulan yang
betul. Akhir sekali, murid perlu menjawab soalan pentaksiran dalam bentuk
”“google form

Rajah 3.1: Murid menonton video pengenalan

Rajah 3.2: Murid membaca nota

8
Rajah 3.3: Murid bermain ‘game’ gerabak keretapi dengan memasukkan ciri-ciri haiwan ke
dalam gerabak kumpulan yang betul.

Rajah 3.4: Murid bermain ‘game’ memasukkan gambar haiwan mengikut kumpulan
yang betul.

9
Rajah 3.5: Murid menjawab soalan pentaksiran dalam bentuk ‘google form’.

Analisis semula

Daripada pentaksiran yang dijalankan secara digital dengan menggunkan


google form, 3 orang murid mendapat 10/10 markah, manakala 3 orang lagi
mendapat 9/10 markah.

MURID UJIAN PENTAKSIRAN 1 PENTAKSIRAN GOOGLE FORM

A 2 9

B 3 9

C 4 9

D 5 10

E 6 10

F 7 10

10
REFLEKSI

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, saya menyedari hakikat bahawa


setiap murid mempunyai tahap keupayaan dan minat yang berbeza. Sebagai
guru saya seharusnya akan lebih peka dalam memikirkan kaedah yang sesuai
dalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid saya. Satu kaedah yang sama
tidak semestinya bersesuaian dengan semua murid. Pendekatan pembelajaran
menggunakan ICT atau e-learning lebih menarik minat murid untuk belajar
seterusnya memudahkan mereka mengingati dan memahami sesuatu topik.
Laman pembelajaran interaktif ini saya laksanakan semasa PDP selama 1
minggu. Selain daripada membantu murid menguasai tentang haiwan vetebrata,
penggunaan google sites ini juga meningkatkan kemahiran murid dalam bidang
ICT terutamanya e-learning.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Setelah selesai menjalankan intervensi menggunakan google sites, saya


mendapati kaedah ini sangat bersesuaian dalam mengatasi masalah murid saya
dalam e learning dan mengingati sesuatu topik pembelajaran. Aktiviti permainan
dalam laman pembelajaran tersebut sangat menarik minat murid. Namun
demikian, beberapa penambahbaikkan perlu dibuat seperti memasukkan laman
pembelajaran tersebut di dalam google classroom dan menyediakan soalan
dalam bentuk Quizizz. Pautan kepada laman pembelajaran ini juga perlu
diberikan kepada murid melalui kumpulan whatsapp supaya murid boleh
menggunakannya di rumah. Selain itu, pautan boleh diberikan kepada guru
ganti supaya sesi pembelajaran masih dapat dijalankan seperti biasa walaupun
ketika ketiadaan saya di sekolah. Guru perlu menyediakan lebih banyak laman
pembelajaran dengan matapelajaran dan tajuk yang berbeza.

11
Untuk kajian seterusnya, saya mencadangkan agar kajian ini boleh
diperluaskan kepada punca kekurangan penggunaan google sites di kalangan
guru dan murid.

RUJUKAN

Pelgrum, W.J. & Enderson, R.E. (1999). ICT and the Emerging Paradigm for
Life Long Learning: A WORLD Wide Educational Assessment of Infrastructure,
Goals and Practices. International Association for the Evalution of Educational
Achievement, Amsterdam

Amin, M. (2010). Perlaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN . Panduan


Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan. 161-174

Rahimi Md. Saad, Zawawi Ismail dan Wan Nordin Wan Abdullah (2005).
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web. Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Penyelidikan dan Latihan Teknik
dan Vokasional.

Mohd Ariffin Abdul Latif. (2015). Abad Ke-21. Pendidikan Daerah Johor, 71.

Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian


Pendidikan Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan.
Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Faridah Jamil@Amat & Zain Retas (2012). Kesediaan Penggunaan E-Learning


Di Kalangan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik
Merlimau Melaka

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2019). Laporan Tahunan 2018:


Bahagian Pegurusan Sekolah Harian (Vol. 3, Issue 1).
https://doi.org/10.22146/sasdayajournal.43882

Razak, N. A., Jalil, H. A., Krauss, S. E., & Ahmad, N. A. (2021). Teachers’
successful information and communication technology integration in primary
school: A Malaysian cultural-historical case study. International Journal of
Information and Communication Technology Education, 17(4), 1–17.
https://doi.org/10.4018/IJICTE.20211001oa04

12
LAMPIRAN 1

Paparan Google Sites yang dihasilkan.

Paparan di telefon bimbit Paparan di tablet

13
Paparan di dekstop dan laptop

LAMPIRAN 2

Isi kandungan Google Sites dengan tajuk HAIWAN

Pengenalan

Nota

14
Permainan 1

Pe
rmainan 2

Pe
ntaksiran

15

You might also like