You are on page 1of 20

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN

TUGASAN 1 INDIVIDU
Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Menjalankan PDPR Menggunakan Teknologi
Sepanjang Tempoh PKP

NAMA :
SATYA SHINI A/P G.VIJAYAN

NO. MATRIK :
P111295

PENSYARAH :
DR. DANISE KOH
SOALAN TUGASAN :

Pelajar diminta membuat laporan ringkas hasil daripada kajian ringkas yang dijalankan (sekitar 20 halaman tidak termasuk rujukan).
Antara aspek yang perlu dimasukkan adalah seperti berikut:

1. Pendahuluan

2. Literatur berkaitan

3. Kaedah kajian

4. Dapatan dan perbincangan

5. Refleksi pelajar (apa yang dipelajari daripada aktiviti yang dijalankan)

6. Rujukan
1.0 PENDAHULUAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat


akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi masa hadapan. Oleh itu,
murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke
sekolah. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk
membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif
pembelajaran norma baharu. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian.
PdPR boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian dengan berstruktur dan terancang.

Menurut Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, (2020) PdPR dilaksanakan apabila
murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau
wabak dengan kelulusan pendaftar negeri. Ia juga menerangkan bahawa PdPR secara dalam
talian berlaku apabila terdapat capaian internet dan penggunaan peranti yang membolehkan
murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui pelantar pembelajaran
seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, Eduweb TV
atau aplikasi seperti Google Meet dan Microsoft Teams. ePermainan juga boleh dijadikan
sebagai kaedah untuk mengajar murid aiatu melalui video, klip audio, ebuku, atau tugasan dalam
talian.

Kajian ini membincangkan kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan PDPR
menggunakan teknologi sepanjang tempoh PKP dalam kalangan guru-guru di Daerah Melaka
Tengah. Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh PKP ini memang
mencabar semua guru. Apatah lagi penggunakan teknologi dalam proses PdPc. Penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu aspek yang sangat
penting dalam menjayakan proses PdPc serta memastikan murid menguasai kemahiran yang
diajar kepada murid-murid dalam tempoh PKP ini. Kebanyakkan guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah berpusatkan guru dan hanya tertumpu pada
buku teks yang diedarkan oleh KPM. Kaedah ini amat membosankan bagi murid- murid. Pada
masa yang sama, Ia tidak memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan mencari
pengalaman sendiri daripada dunia Sains ini. Kenyataan ini turut disokong oleh Alizah Lambri
(2015) dalam kajiannya yang berpendapat bahawa amalan pengajaran tradisional menyebabkan
proses P&P Bahasa Melayu dilihat kurang menarik dan membosankan, justeru menyebabkan
pelajar kurang berminat untuk mengikuti sesi P&P.

Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan menggunakan kaedah ICT supaya
dapat menarik minat dan tahap kefahaman murid – murid dalam era teknologi ini. Murid – murid
zaman sekarang tidak menyukai kaedah “Chalk and Talk”. Kenyataan ini disokong oleh Bhavani
Somasundram (2017) yang berpendapat bahawa corak PdPc juga perlu berubah seiring dengan
peredaran masa dan zaman. Oleh itu, kreativiti guru amat diperlukan agar dapat menggunakan
pendekatan pengajaran yang fleksibel dan berkesan. Malah, mereka lebih mengemari
pembelajaran berasaskan teknologi.

Berita Harian Online,( 2021) menyatakan bahawa krisis global akibat penularan wabak
COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran secara konvensional tertangguh, bahkan
menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dalam
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanankan secara talian.

Dalam zaman era globalisasi ini Teknologi merupakan suatu aplikasi pengetahuan sains
yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan
seharian. Komputer bukan sahaja digunakan sebagai alat penyebaran maklumat tetapi juga
berfungsi sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Wahaida (2008) Corak pengajaran
dan pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan guru kini berubah kepada corak
berpusatkan pelajar.

Untuk memenuhi kehendak pendidikan abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran di


Malaysia sepanjang tempoh PKP ini, menerima kesan secara langsung akibat perkembangan ICT
di sekolah yang berlaku secara pesat di seluruh dunia. Wahaida (2008) proses pembelajaran dan
pengajaran masa kini telah mengalami perubahan yang pesat. Ia tidak lagi berlaku secara fizikal
sahaja (dalam bilik darjah), malah telah berkembang kepada pengajaran secara atas talian atau
secara virtual.
Kajian-kajian penggunaan ICT menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia
boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan
berkesan. Sharifah Nor Puteh,(2011) menyatakan bahawa pendedahan awal kanak-kanak kepada
ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka
pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping
meningkatkan minat dan perhatian.

Beberapa inisiatif telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini,
seperti melaksanakan pelantaran VLE dan pengedaran Peranti Bestari sebagai meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Sekarang usaha tersebut telah memasuki fasa
kedua dengan pengenalan baharu dimana perkhidmatan Frog VLE ditamatkan dan digantikan
dengan Google Classroom untuk memastikan proses PnP berjalan seperti biasa dalam tempoh
PKP ini. Namun begitu, peralihan ini masih gagal menghilangkan kerisauan dalam kalangan
guru memandangkan statistik lampau menunjukkan kadar penggunaan pelantar Frog VLE yang
sangat rendah, berpunca daripada beberapa kelemahan dan cabaran yang gagal ditangani dengan
baik semasa pelaksanaannya.

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kekangan yang dihadapi guru
untuk menggunakan teknologi untuk mencapai wawasan 2020 serta pendidikan pelajar tidak
terganggu walaupun pembelajaran bersemuka tidak berlaku.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Corak PdP yang berfokuskan keadah bersemuka yang berlaku selama ini telah berubah ke acuan
baharu disebabkan oleh Pandemik COVID-19. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan talian
mengantikan pembelajaran bilik darjah bagi memenuhi aspirasi Negara dan pendidikan. Pelbagai
medium telah diperkenalkan seperti zoom, google classroom, google meet dan sebagainya untuk
menjayakan proses pdp. Namun begitu, platform pembelajaran atas talian ini memberikan
kesulitan dan kekangan kepada guru- guru dalam menjayakan proses PdPr. Hal ini dipersetujui
oleh Yasmin Saw,(2020) perubahan kaedah pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas
kepada platform pembelajaran secara talian memberi kesulitan dan tekanan kepada guru dan
pensyarah untuk melaksanakannya dalam masa yang singkat semasa tempoh PKP.

2.0 KONSEP DAN DIFINISI

Kerangka teori kajian ini adalah berdasarkan model penyampai dan penerima. Merujuk
kepada Model Slavin (1994), guru merupakan faktor penyumbang kepada keberkesanan
pengajaran dalam bilik darjah yang diperngaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran,
kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa yang menjadi pembolehubah tidak bersandar
sebagai input, manakala output pula dilihat dari aspek peningkatan dalm pencapaian pelajar yang
berupa pembolehubah bersandar.

Berdasarkan model ini, kerangka konsep kajian diubahsuai dan diadaptasi daripada model
pengajaran Slavin (1994) diperlihatkan latarbelakang responden, sumber ICT yang digunakan
oleh guru sepanjang tempoh PKP dan kekangan yang dihadapi oleh guru untuk menjalankan
proses PdPR dengan menggunakan teknologi sepanjang tempoh PKP.
Penyampai Proses Penerima

PENGGUNAAN
TEKNOLOGI MELALUI
Latarbelakang
Pelantar pembelajaran
Digital Educational
Learning Initiative
PDPR
Malaysia (DELIMa),
Menggunakan
Cikgootube, Eduweb TV
Teknologi
Sumber ICT Yang
Aplikasi Digunakan
Sepanjang
Google Meet dan Tempoh PKP
Microsoft Teams.
ePermainan
Kekangan yang dihadapi
video, klip audio, ebuku, oleh guru dalam
atau tugasan dalam talian. menjalankan PdPR

Rajah 1 Kerangka konsep kajian diubahsuai dan diadaptasi daripada model pengajaran Slavin
(1994)

3.0 LITERATUR BERKAITAN

Parker (2008 dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan
perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran
intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam
kalangan murid. Aliza Binti Ahmad, (2012) membuat kajian Keberkesanan Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah. Kajian ini bertujuan untuk
melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan perisian multimedia ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran kanak- kanak prasekolah dapat menarik minat, memberikan dorongan dan
menggalakkan pembelajaran di dalam kelas. Pada akhir kajian ini, beliau berpendapat bahawa
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapam proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Ani Omar, (2016) berpendapat “pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 bertunjangkan
kepada teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Sebagai guru yang profesional, kemahiran
dalam menggunakan teknologi sangat penting supaya dapat merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mencapai pelajar yang berpotensi dan celik IT dalam akademik
dengan melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran, selaras dengan hasrat peningkatan dalam
kualiti pendidikan” dalam kajiannya yang bertajuk Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan Dan Keberhasilan Guru
Semasa Latihan Mengajar. Ting Kung Shiung,(2005) membuat kajian yang bertajuk
Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah
Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru. Dapatan kajian beliau ialah guru harus
meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya
memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran
positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem
pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya
pembelajaran.

Joseph Anjuman (2013) membuat kajiannya yang bertajuk Ict Dan Kelestarian Penggunaannya
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah. Kajian kajiannya beliau
berpendapat bahawa, kelebihan penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik
melalui pengajaran guru yang boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda
pelajar.

Hasnuddin Bin Ab Rahman, (2015) dalam kajian yang bertajuk “Keberkesanan Penggunaan Ict
Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa
Pandan Kuala Lumpur” berpendapat bahawa Penggunaan ICT dilihat dapat mempelbagaikan
aktiviti semasa pembelajaran,merupakan pendekatan baru yang positif di dalam pengajaran
bahkan ianya dilihata dapat meningkatkan kemahiran pemahaman murid di dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dikaji untuk mengetahui kekangan yang dihadapi oleh guru menggunakan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh PKP dalam kalangan guru-guru di daerah
Melaka Tengah. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

3.1 Mengenalpasti maklumat demografi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan ICT sepanjang tempoh PKP.

3.2 Mengenalpasti sumber ICT yang digunakan oleh guru sepanjang tempoh PKP.

3.3 Melihat kekangan yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan ICT sepanjang tempoh PKP.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

Metadologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif untuk menjawab permasalah kajian.

5.1 REKA BENTUK KAJIAN

Nurul Afrina Binti Borhan,(2019) reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data
yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Reka
bentuk kajian ini menggunakan instrument berbentuk soal selidik berbentuk Google Form
sebagai alat kajian bertujuan untuk memperoleh data dalam bentuk ukuran kuantitatif.

5.2 SAMPEL KAJIAN

Populasi responden yang dipilih dalam kajian ini melibatkan guru- guru sekolah rendah di
Daerah Melaka Tengah. Iaitu melibatkan seramai 26 orang guru dipilih secara rawak.
5.0 INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji menggunakan instrument soal selidik berbentuk Google Form dalam kajian ini. Oleh
kerana, kita sedang mengahadapi Perintah Kawalan Pergerakkan, maka Google Form ini
membolehkan kita mererima maklum balas responden dalam talian dengan tepat dan cepat. Set
soalan diadaptasikan oleh pengkaji berdasarkan soal selidik Nor Halina Binti Noordin, (2021)
berkaitan Cabaran Pensyarah Kolej Komuniti Dalam Melaksanakan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Talian. Instrumen soal selidik ini merangkumi tiga bahagian utama dan
Soal Selidik Dr. Losius Goliong, (2020) yang bertajuk Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Bahagian A
mengandungi 5 item tentang maklumat demografi responden. Bahagian B mengandungi 6 item
yang berkaitan dengan sumber ICT yang digunakan oleh guru sepanjang tempoh PKP ini.
Bahagian C mengandungi 7 item yang berkaitan dengan kekangan yang dihadapi oleh guru
dalam melaksanakan PDPR berasaskan teknologi.

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Data dan maklumat untukkajian ini dikumpul menggunakan soal selidik berbentuk Google Form.
Pautan soal selidik diberikan kepada 26 orang responden iaitu dalam kalangan guru-guru Daerah
Melaka Tengah yang sudi bekerjasama. Responden akan diberikan pautan soal selidik secara
peribadi dalam bentuk Google Form dan diminta untuk menjawab semua soalan dalam soal
selidik yang ditanya. Jawapan kepada tinjauan dilakukan akan dikumpulkan dengan kemas dan
secara automatik akan dinyatakan dalam bentuk carta. Selain itu, data yang dikumpulkan boleh
dilihat dan dianalisi dengan lebih terperinci dalam pautan yang diberikan.
Mengedarkan Pautan Soal Selidik

Menganalisis Soal Selidik

Menganalisis Dapatan Bagi Setiap Item

Analisis Dibuat Dalam Bentuk Peratus

Menulis Dapatan , Perbincangan Dapatan

Diambil dan diadaptasikan daripada Carta alir proses mendapatkan maklumat kajian Nurul Amla
BT Abdullah

7.0 ANALISIS DATA

Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskritif untuk menganalsis
data daripada pautan soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang diperoleh
dikumpul melalui pautan Google Form. Soalan di rangka berdasarkan kekangan yang dihadapi
oleh guru dalam menjalankan pdpr menggunakan teknologi sepanjang tempoh PKP ini. Analisis
data item soal selidik tempoh PKP ini melibatkan peratus. Hasil daripada data ini, perbincangan
akan dijalankan terhadap keputusan kajian berdasarkan persoalan yang dikemukan.

8.0 KESIMPULAN

Statistik persampelan data digunakan untuk menjawab persoalan dalam kajian ini. Walaupun
kaedah ini berbentuk tinjauan di sekolah, namun hasil dapatan ini diharap dapat membantu
dalam menambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa hadapan. Kaedah soal selidik
yang digunakan ini lebih mudah untuk mendapatkan maklumat daripada guru- guru kerana
aspek- aspek berkaitan direkodkan dengan menggunakan Google Form.
9.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

9.1 Maklumat Demografi Responden

DEMOGRAFI RESPONDEN
LELAKI 4 (15.4 %)
JANTINA
PEREMPUAN 22 (84.6 %)
SJK(T) PAYA RUMPUT 9 Responden
DAERAH MELAKA
SJK (T) KUBU 11 Responden
TENGAH
SJK (T) REMBIA 6 Responden
INDIA 26 (100 %)
KAUM MELAYU -
CINA -
1-5 TAHUN 13 (50 %)
6-10 TAHUN 10 (38.5 %)
PENGALAMAN BEKERJA
11-15 TAHUN 1 (3.8 %)
LEBIH DARIPADA 16 2 (7.7 %)
IJAZAH SARJANA MUDA 17 (65.4 %)
KELULUSAN AKADEMIK
IJAZAH SARJANA 9 (34.6 %)
Jadual 9.1.1 Maklumat Latarbelakang Responden

Berdasarkan jadual 9.1.1, kajian ini melibatkan 26 orang responden yang terdiri daripada 15.4 %
(4 orang) responden lelaki dan 84.6 % (22 orang ) responden perempuan. Dari perangkaan ini,
kita dapat membuat gambaran umum bahawa bilangan responden perempuan lebih ramai
daripada responden lelaki. Hal ini kerana jumlah guru memang tidak seimbang antara jantina.
Dari segi kaum pula, kesemua responden kajian ini terdiri daripada kaum India. Hal ini kerana,
soal selidik ini hanya diedarkan kepada guru- guru di SJK(T) sahaja. Selain itu, 50 % (13
orang)responden kajian ini terdiri daripada golongan guru yang mempunyai perngalaman bekerja
selama 1hingga 5 tahun. Manakala, 38.5 % (10 orang) guru telah bekerja selama 6 hingga 10
tahun. Disamping itu, 3.8 % (1 orang) guru mempunyai pengalaman berkerja selama 11-15 tahun
dan 7.7% (2 orang) guru telah berkhidmat melebihi 16 tahun. 65.4 % (17 orang) guru
mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan 34.6 % ( 9 orang) guru telah melanjutkan pelajaran mereka
ke Ijazah Sarjana.
9.2 Sumber ICT Yang Digunakan Oleh Guru Sepanjang Tempoh PKP

Bil Soalan Ya Tidak Mungkin

1. Saya selalu mengaplikasikan pembelajaran berasaskan 88.5 % 7.7 % 3.8 %


komputer dan teknologi sepanjang tempoh PKP ini.
23 guru 2 guru 1 guru

2. Saya sering menggunakan komputer untuk aktiviti 88.5 % 7.7 % 3.8 %


pembelajaran sepanjang tempoh PKP.
23 guru 2 guru 1 guru

3. Saya selalu melayari internet bagi tujuan mendapatkan 100 %


bahan pengajaran saya. - -
26 guru

4. Saya kerap menggunakan perisian multimedia bagi tujuan 92.3 % 7.7. %


pengajaran untuk menarik minat murid . -
24 guru 2 guru

5. Saya suka menggunakan power point dalam membuat 84.6 % 7.7. % 7.7. %
persembahan semasa proses P&P dalam talian.
22 guru 2 guru 2 guru

Jadual 9.2.1 Sumber ICT Yang Digunakan Oleh Guru Sepanjang Tempoh PKP

Berdasarkan jadual di atas kajian menunjukkan 88.5 % 23 (orang) guru mengaplikasikan


pembelajaran berasaskan komputer dan teknologi sepanjang tempoh PKP ini. Manakala, 7.7 %
(2 orang guru ) tidak menggunakan komputer dan teknologi dalam PDPR mereka sepanjang
tempoh ini. Manakala, seorang guru masih dalam keadaan keliru dalam penggunaan komputer
dan teknologi. Maka, hampir 23 orang guru setuju dan mengaplikasikan ICT dalam sesi PDPR
mereka.

Selain itu, data menunjukkan jumlah guru yang menggunakan komputer untuk aktiviti
pembelajaran sepanjang tempoh PKP. Daripada data tersebut didapati 88.5 % 23 (orang) guru
menggunakan komputer untuk aktiviti pembelajaran sepanjang PDPR. Manakala, 7.7 % (2 orang
guru ) tidak menggunakan komputer dalam sesi PDPR mereka sepanjang tempoh ini. Disamping
itu, seorang guru masih dalam keadaan keliru dalam penggunaan komputernya. Maka, hampir 23
orang guru setuju dan menggunakan komputer dalam sesi PDPR mereka untuk meneruskan
proses PdPR walaupun tidak bersemuka.

Berdasarkan jadual diatas, data membuktikan hampir kesemua 26 orang responden


melayari internet bagi tujuan mendapatkan bahan pengajaran mereka. Hal ini kerana, teknologi
merupakan satu- satunya cara bagi guru untuk menjalankan sesi PdP secara bermaya dari rumah
masing- masing walaupun tidak boleh bersemuka. Tiada cara lain selain daripada internet untuk
mendekati murid- murid terutamanya pada waktu pendemik ini.

Disamping itu, jadual diatas juga menunjukkan kekerapan guru menggunakan mulitimedia bagi
tujuan pengajaran untuk menarik minat murid. Seramai 92.2 % (24 orang) guru kerap
menggunakan multimedia semasa menjalankan proses PDPR mereka. Manakala, selebihnya,
masih tidak berpengetahuan tentang perisian multimedia.

Menurut data hampir 84.6 % (22 orang) guru suka untuk menggunakan power point dalam
membuat persembahan semasa proses P&P dalam talian. Disebaliknya, 7.7 % (2 orang) guru
tidak menyukai menggunakan power point dalam membuat persembahan semasa proses PDPR.
Manakala, 7.7 % (2 orang) guru pula masih keliru dalam peranti yang sesuai untuk menjalankan
proses PDPR.

responden
73.1
%%

19.2
%%

3.8 0% 3.8
% %

status

Rajah 9.1.1 kemahiran penggunaan peralatan ICT

Rajah 9.1.1 menunjukkan guru yang mahir menggunakan peralatan ICT. Seramai 5 orang guru
sangat setuju dengan kemahiran mereka dalam penggunaan peralatan ICT. Manakala. 19 orang
guru setuju dengan kemahiran mereka. Disamping itu, seorang guru kurang setuju dengan
penyataan beliau, mahir dalam penggunaan peralatan ICT. Disamping itu, seorang lagi guru
menyatakan bahawa beliau tidak mahir dalam peralatan ICT.

9.3 KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU SEMASA PELAKSANAAN PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN ICT SEPANJANG
TEMPOH PKP.

BILANGAN PERATUS
BIL KEKANGAN
Ya Tidak Ya Tidak
Adakah anda menghadapi masalah
1. komunikasi semasa menjalankan Proses 21 5 88.8% 19.2%
PdPr?
Adakah murid di sekolah anda berkongsi
2. telefon pintar ibu bapa bersama adik 26 0 100% -
beradik mereka?
Adakah murid anda lambat menghantar
3. 25 1 96.2% 3.8%
tugasan mereka?
Adakah murid di sekolah anda tidak
4. 13 13 50% 50%
mempunyai telefon pintar?
Adakah ibu bapa atau murid di sekolah
5. anda tidak mahir merujuk bahan 18 8 69.2% 30.8%
menggunakan WhatsApp atau talian lain?
Adakah murid di sekolah anda tidak
6. mengambil bahagian dalam pembelajaran 21 5 80.8% 19.2%
online?
Adakah guru tertekan membuat kerja
7. 23 3 88.5% 11.5%
sepanjang tempoh PdPr?
Jadual 9.3.1 Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru
Berdasarkan jadual 9.3.1, kajian menunjukkan 21orang guru (88.8%) menyatakan bahawa
mereka menghadapi masalah komunikasi semasa menjalankan proses PdPr. Hal ini mungkin
kerana, murid – murid berasa malu dan tidak biasa dengan kegunaan komputer dan internet
sebagai sumber pembelajaran. Selain itu, antara kekangan kedua yang dihadapi oleh guru ialah,
seramai 26 orang guru (100%) bersetuju bahawa murid di sekolah mereka berkongsi telefon
pintar ibu bapa bersama adik beradik mereka. Disebabkan oleh bilangan anak yang belajar ramai
di sebuah rumah, mereka terpaksa berkongsi peranti untuk mengikuti kelas. Adakalanya, waktu
kelas bagi anak – anak ditetapkan pada masa yang sama oleh guru- guru mereka. Maka, mereka
tidak dapat mengikuti sesi PdPr.

Tambahan pula, seramai 25 orang guru (96.2%) menyatakan bahawa murid mereka lambat
menghantar tudasan mereka. Ini dipersetujui oleh Langford, (2020) dalam kajiannya, antara
cabaran yang dihadapi ialah maklum balas pelajar terhadap penghantaran tugasan yang
mengecewakan, pembelajaran atas talian yang memerlukan masa yang banyak dan kekurangan
fasiliti yang menyukarkan aktiviti praktikal.

Seterusnya, seramai 13 orang guru (50%) menyatakan bahawa murid di sekolah mereka tidak
mempunyai telefon pintar. Hal ini kerana, ada segelintir murid tinggal di kawasan pedalaman
dan tidak mempunyai peranti untuk mengikuti kelas PdPr. Kenyataan ini diakui oleh, Zarina,
Sanisah, Zuriawahida, Mohamad Hisyam, (2016) dimana akses ke peralatan komputer dan
teknologi dan juga internet menjadi masalah kepada pelajar terutamanya mereka yang tinggal di
luar Bandar.

Selain itu, ibu bapa atau murid di sekolah tidak mahir merujuk bahan menggunakan
WhatsApp atau talian lain juga antara kekangan yang dihadapi oleh guru- guru sepanjang proses
PdPr. Seramai 18 orang guru (69.2 %) bersetuju dengan kenyataan ini. Hal ini mungkin kerana,
ia merupakan benda baru kepada ibu bapa yang tidak berpendidikan dan bagi yang mereka
kurang tahu kegunaannya.

Justeru seramai 21 orang guru (80.8%) bersetuju bahawa murid di sekolah mereka tidak
mengambil bahagian dalam pembelajaran online sepanjang proses PdPr. Hal ini mungkin kerana
masalah pencapaian internet. Zhang, Y.Wang, Yang & C.Wang (2020) mendapati beberapa
masalah timbul seperti liputan rangkaian di kawasan terperinci yang masih belum berkelajuan
tinggi, kemahiran penggunaan dan gangguan di rumah semasa sesi Pdp berlangsung.

Akibatnya seramai 23 orang guru (88.5%) menyatakan bahawa mereka tertekan membuat kerja
sepanjang tempoh PdPr ini. Menurut kajian Keliman ,(2000) yang didapati masih terdapat guru
yang kurang kompeten dalam menggunakan teknologi terutamanya komputer khususnya guru-
guru yang tinggal di luar Bandar.

Menurut Zoraini Wati Abas, (2008) dalam era abad ke-21 pembelajaran secara jarak jauh dan
cross border education didapati lebih releven, fleksibel dan memberi kebebasan kepada murid
untuk melaksanakan pembelajaran di rumah. Dalam situasi ini, guru- guru harus bersedia secara
mental dan fizikal untuk menjayakan murid ke era globalisasi.

10.0 REFLEKSI

Secara amnya, pelaksanaan PdPr amat mencabar guru- guru dalam menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai seorang ahli professional sepanjang tempoh PKP ini. Menurut
Dr. Losius Goliong, (2020) penutupan sekolah bagi menyekat penyebaran virus COVID-19
sedikit sebanyak mengundang rasa “tergemam” seketika dalam kalangan guru-guru dan
mengambil masa menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam melaksanankan PdPc. Dengan
kenyataan ini, kita boleh bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru yang kurang mahir
atau terdedah kepada penggunaan ICT dalam proses PdPr. Tetapi, ada juga kelebihan disebalik
kelemahan PdPr ini.

Isu yang menyebabkan guru- guru tertekan dalam menjayakan proses PdPr ini ialah
pencapaian internet. Namun, pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia
KPM bersedia membantu guru- guru dalam menangani masalah yang dihadapi oleh mereka
seperti pengagihan peranti kepada pelajar yang mengalami masalah peranti serta bantuan
pencapaian interner kepada guru- guru bagi memudahkan mereka menjalankan proses PdPr.
Menurut Losius Goliong, (2020), peranan guru pada masa hadapan akan mengalami
transformasi yang besar di mana berubah dari tugas rutin sekarang kepada peranan sebagai
seorang jurutera pendidikan (education engineer) di mana fungsi guru beralih kepada meneroka
inovasi- inovasi baharu dan menghasilkan aplikasi (software) pembelajaran yang boleh diakses
oleh murid-murid secara maya.

Secara rumusnya, proses PdPr ini memberi ruang dan kesedaran kepada guru- guru
tentang pentingnya penguasaan ICT dan penggunaan teknologi dalam era globalisasi ini. Maka
sebagai seorang yang professional , guru- guru harus bersedia berjuang sekali dengan apa jua
halangan yang timbul demi mengajar dan mendidik anak murid mereka.
Rujukan

Abdul Rahman Daud. 2000. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat teknologi
pendidikan (ATP) dalam pengajaran Matematik di kalangan guru sekolah rendah.
Procedings of the International Conference on Teaching and Learning :Strategising
Teaching and Learning in the 21st Centurty. Vol. 2, hlm. 772-784.

Aliza.2012. Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kana-Kanak


Prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alizah Lambri, (2015)Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di


Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan Penerimaan Pelajar. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Ani Omar.2016.Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu


Mempertingkatkan Keyakinan Dan Keberhasilan Guru Semasa Latihan
Mengajar.Universiti Pendidikan Sultan Idris

Arifah Prima & Lis Prasetyo.2020. Persepsi Guru Dampak Pandemic Covid-19 Terhadap
Pelaksanaan Pembelajaran Daring Di PAUD. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia
Dini,5(!), 633-640

Choo,K.H.2005. Tahap Kemahiran ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih Maktab Perguruan Di
Sabah Dan Hubungannya Dengan Gaya Pembelajaran. Tesis Sarjana Muda, Fakulti
Pendidikan UTM: Tidak Diterbitkan.

Dr. Losius Goliong, (2020) yang bertajuk Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Jarak Jauh (PDPCJJ) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pejabat Pendidikan
Dearah, Ranau.

Faris Danial Razi.2020.PKP : Teknologi Jadik Kekangan Kerja Dan Pembelajaran Di Rumah,
Tetapi Ada ‘Jalan’ Lain. Muat Turun Dari Berita Online Astro Awani, 13 April 2020:
http://astroawani.com/berita-malaysia/pkp-teknologi-jadi-kekangan-kerja-dan-
pembelajaran-di-rumah-tetapi-ada-jalan-lain-238178 pada 30 Mac 2020
Hasnuddin,2015. “Keberkesanan Penggunaan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur”. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Joseph Anjuman.2013.Ict Dan Kelestarian Penggunaannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Geografi Di Sekolah. Universiti Sains. Malaysia.

Kleiman,G.M.2000. Myths And Realities About Technology In K-12 Schools, Leadership And
The New Technologies. Dimuat turun pada 27 April 2020 dari
http://www.ede.org/LNT/news/Issue14/feature.htm.

Kementerian Pendidikan Malaysia.2013:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-


2025.
Langford, M.2020. Atas talian Teaching in the Time of COVID-19 : Academic teachers’
experience in Norway. Center of Experiental Legal Learning (CELL), 2 (April), 1-35.

Norazlin. 2019. Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Universiti
Pendidikan Sulta Idris, Malaysia.

Sharifah Nor Puteh.2011. Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya
Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Wahaida.2008. Tahap kesediaan guru menggunakan teknologi dalam pengajaran dan


pembelajaran (p&p) di sekolah menengah kebangsaan. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan.
Universiti Utara Malaysia.

You might also like