You are on page 1of 39

KERTAS PROJEK

(PSIKOLOGI PENDIDIKAN)

CABARAN DAN KESAN TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN GURU DALAM SISTEM PENGGILIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KLANG

KALAI SELVAN A/L PERIASAMY

DR NORLIZA BINTI ABDUL MAJID


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang kajian, pernyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi kajian dan
rumusan kajian.

1.2 Latar Belakang Kajian

Tanggal 18 Mac 2020 merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia dan
seluruh warga pendidik amnya. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk
mengumumkan penutupan sepenuhnya institusi-institusi pendidikan di peringkat rendah
dan menengah yang melibatkan semua sekolah kerajaan dan swasta serta lain-lain
institusi pendidikan rendah dan menengah lain di seluruh negara bermula PKP Fasa 1
dalam 18 Mac 2020 dan berterusan sehingga PKP Fasa 5 yang berakhir pada 9 Jun 2020.
Arahan ini adalah satu tindakan drastik yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk
membendung penularan wabak itu Covid-19 di samping menjaga keselamatan dan
kesihatan pelajar daripada dijangkiti Wabak Covid19. Hal ini demikian kerana kumpulan
kanak-kanak tersebut terutama yang berumur 12 tahun dan ke bawah adalah antara yang
paling berisiko tinggi dan mudah dijangkiti virus Covid-19 (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2020). Sementara itu, Perdana Menteri pada 10 April 2020 telah meminta KPM
melaksanakan inisiatif pembelajaran di rumah sepanjang tempoh PKP supaya sekolah
dibenarkan dibuka semula (kedudukan utama Menteri, 2020).

Justeru itu, Stefan Hrastinski (2019) mendefinisikan pengajaran dan


pembelajaran dalam talian sebagai pembelajaran bersemuka yang menggunakan
perantaraan peralatan komputer di mana pelajar boleh melihat dan mendengar pelajar lain
dari jauh. Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPR) merupakan satu bentuk
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital dan
internet (Radzi, 2020). Bahan yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai
teks, grafik visual, ucapan, animasi, video dan audio. Pengajaran dan pembelajaran dalam
talian (PdPR) adalah berasaskan sumber dan alatan teknologi komputer.

PdPR di Malaysia bermula apabila virus yang membawa kepada bencana


kesihatan yang dipanggil COVID-19 juga dikenali sebagai Virus Corona (Gunther et al.,
2020). Virus ini telah menyebabkan situasi wabak global seperti yang diumumkan oleh
UNESCO dan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Farit, Maslawati,
Aishath, Rosnani, Zarina & Saadiah, 2021) di seluruh dunia (UNESCO, 2020). Dalam
pada itu, dunia dikejutkan dengan bencana pandemik ini, seluruh sistem negara termasuk
Malaysia turut terkesan terutama dalam sektor pendidikan dan guru kerana mereka perlu
melalui dan membiasakan diri dengan situasi "new-norm" iaitu norma baharu dalam
aspek strategi pengajaran dan pembelajaran khususnya pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) secara atas talian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, guru juga perlu menangani pelbagai
cabaran dalam melaksanakan PdPR secara atas talian (Losius Goliong et. al., 2016).

Kekangan berlaku apabila melibatkan pelajar sekolah kebangsaan yang masih


memerlukan bimbingan semasa sesi pembelajaran di rumah (PdPR). Menurut Mohamed,
Khidhir, Nazeer dan Vijayan (2020), PdPR dalam talian adalah pendekatan paling sesuai
sekiranya pelajar terpaksa tinggal di rumah untuk belajar akibat wabak ini. Keadaan ini
sememangnya telah mengubah amalan pendidikan di negara ini dan pada mulanya sudah
pasti sukar menyesuaikan diri dan memberi gambaran kepada semua pihak terutamanya
tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di rumah. Dalam keadaan pergerakan terhad, guru
perlu membuat bekalan dan membangunkan kaedah PdPR yang sesuai, manakala murid
juga perlu sanggup menghadapi sesi pembelajaran dalam talian sepenuhnya termasuk
calon pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam pada tahun 2020. Selain itu,
arahan Pembukaan semula sekolah secara berperingkat selepas tempoh PKP Fasa 5 juga
sudah pasti mengundang keraguan ibu bapa tentang persediaan yang perlu dijalankan oleh
kanak-kanak dalam persediaan untuk kembali ke sekolah dengan menerapkan norma baru
ditentukan apabila ia berada di tempat awam. Begitu juga dengan pihak pentadbir sekolah
dan guru perlu memainkan peranan masing-masing dalam membuat persediaan
memulakan takwim sekolah yang dijadualkan dan menyediakan kemudahan yang
mencukupi untuk memulakan sesi persekolahan mengikut SOP yang ditetapkan oleh
KPM.
Berikutan itu, pada 3 Oktober 2021 Menteri Pendidikan Dr Radzi telah
mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat dengan melaksanakan sistem
penggiliran. Sistem ini membuka ruang kepada murid supaya hadir ke sekolah untuk
belajar secara bersemuka. Penggiliran minggu dilaksanakan dimana murid dalam satu
kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang sama banyak dan diberikan nama
sebagai kumpulan A dan kumpulan B. Murid hadir ke sekolah ikut penggiliran minggu
yang ditetapkan. Contohnya, murid kumpulan A menjalankan sesi pembelajaran secara
bersemuka, manakala murid kumpulan B akan melaksanakan pembelajaran secara atas
talian atau PdPR.

Dalam pada itu, guru perlu melaksanakan PdPc bagi murid sesi bersemuka
disamping itu guru juga perlu mengendalikan PdPR bagi kumpulan murid yang duduk di
rumah. Oleh itu, guru berulang PdPc yang sama untuk dua minggu supaya semua murid
dapat mempelajari topik yang sama dengan lebih berkesan. Sistem penggiliran ini agar
mencabar guru untuk melaksanakan tugasan utama yang diamanahkan dengan lebih
efisien.

1.3 Pernyataan Masalah


Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka menyebabkan kumpulan pelajar
tertentu di negara fasa dua dan ke atas di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN)
bermula 3 Oktober ini, dengan harapan dapat menyelesaikan beberapa isu pendidikan
yang telah guru, pelajar dan ibu bapa dibelenggu sejak wabak COVID-19 menular di
negara ini pada awal tahun lalu. Selain menangani isu Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) yang sarat dengan pelbagai ragam dan cerita, pembukaan sesi
persekolahan secara bersemuka dilihat mampu membantu mengurangkan rasa lesu dan
hilang motivasi pelajar yang kini berada pada tahap kebimbangan.

Walaupun terdapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan penularan


wabak yang tinggi, selain tidak diberikan vaksin sepenuhnya terhadap pelajar, langkah
awal perlu diambil ke arah pemulihan bagi memastikan sistem pendidikan terus berjalan
lancar dengan pelaksanaan sistem penggiliran. Beberapa guru yang dihubungi melahirkan
rasa lega dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) dan pelbagai masalah yang
mereka hadapi sepanjang melaksanakan PdPR. Kementerian Pendidikan menyediakan
manual operasi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) secara penggiliran sebagai panduan
kepada profesor, guru, pelajar, ibu bapa dan penjaga. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk
Radzi Jidin menyeru bahawa manual terbaharu itu bagi memastikan PdPc secara
penggiliran dapat dilaksanakan dengan sempurna sebaik sahaja sekolah dibuka mulai 3
Oktober 2021. Dimana sebelum sekolah dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka, guru menentukan kumpulan pelajar dan giliran mereka ke sekolah.
Disamping itu, guru memaklumkan kepada setiap kumpulan pelajar tentang persediaan
yang perlu dijalankan ketika menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
secara bersendirian atau sebelum hadir ke sekolah untuk PdPc bersemuka.

Dalam sistem penggiliran ini, guru sekolah kebangsaan menghadapi cabaran


semasa melaksanakan PdPc secara bersemuka dan PdPR. Cabaran profesion guru di
sekolah kebangsaan merupakan tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya
di bilik darjah. Buat masa ini, guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah
terkini dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Kaedah 'chalk and talk' bukan lagi
kaedah yang sesuai. Guru hendaklah menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan
pengetahuan sedia ada murid yang homogenius, menggunakan bahan bantu mengajar
yang sistematik. Apabila bahan bantu mengajar digunakan, guru terpaksa menggunakan
teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan pelajar
hendaklah dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru mesti berfungsi sebagai
pengantara yang berkesan. Pencapaian objektif mestilah dalam bentuk eksplisit yang
mampu merangsang pelajar memahami isi pembelajaran. Penilaian formatif perlu
dijalankan. Oleh itu, keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan
pengajaran bukan lagi stereotaip tetapi bentuk proaktif.

Dalam usaha melaksanakan pembelajaran atas talian, tidak semua pelajar


mempunyai capaian internet yang baik di kediaman mereka khususnya di kampung dan
pedalaman. Jadi, pembelajaran dalam talian secara terus seperti aplikasi Google Meet
bukan menjadi pilihan utama pada ketika itu. Pilihan yang baik dalam talian yang bukan
‘real time’ adalah menggunakan Google classroom, telegram dan whatsApp. Kekurangan
prasarana internet di luar bandar menjadi halangan penggunaan kaedah pembelajaran atas
talian sepenuhnya di negara kita. Tidak semua pelajar masuk ke dalam kelas maya tepat
pada waktunya akibat halangan internet. Ada antara mereka gagal memuat turun bahan
pengajaran yang dibekalkan dalam Google Classroom akibat capaian internet yang rendah
atau kehabisan data. Masalah ini juga menjadi satu cabaran kepada guru untuk
melaksanakan PdPR atau pembelajara atas talian. Oleh demikian itu, guru terpaksa
mencari atau menggunakan cara lain untuk mengatasi masalah tersebut.

Justeru, cabaran seperti ini memberi kesan terhadap pengajaran dan


pembelajaran secara bersemuka mahupun PdPR. Apabila seorang guru menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap PdPc bersemuka maka terabai juga pembelajaran pelajar
yang mengikuti PdPR. Ini disebabkan guru menggunakan lebih masa untuk menyediakan
bahan bantu mengajar untuk pelajar bersemuka. Disamping itu, guru perlu melaksanakan
tugasan sampingan seperti mengambil kehadiran murid disekolah dan harus
mengemaskini kehadiran tersebut dalam pelbagai group contohnya, group kelas,
pentadbir, APDM. Selain itu, tugasan untuk menguruskan makanan bagi murid untuk
mengawal pergerakkan murid ke kantin serta semak suhu murid dan memastikan segala
SOP dipatuhi oleh semua pelajar. Bagi melaksanakan tanggungjwab yang diamanahkan
ini menimbulkan masalah kekangan masa guru untuk melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran PdPc dan PdPR dengan lebih efektif. Masalah yang dinyatakan ini
dijadikan sebagai hasrat penyelidik untuk mengkaji cabaran dan kesannya terhadap
pengajaran dan pembelajaran guru dalam sistem penggiliran sekolah kebangsaan.

1.4 Objektif Kajian


Kajian ini telah dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut.

1. Mengkaji cabaran dan kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran guru sekolah
kebangsaan dalam sistem penggiliran.

2. Mengkaji tahap kesediaan guru sekolah kebangsaan bagi pengajaran dan


pembelajaran (PdPR) secara atas talian.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut.

1. Sejauhmanakah cabaran dan kesanya terhadap pengajaran dan pembelajaran guru


sekolah kebangsaan dalam sistem penggiliran?

2. Sejauhmanakah tahap kesediaan guru sekolah kebangsaan bagi pengajaran dan


pembelajaran (PdPR) secara atas talian?

1.6 Kepentingan Kajian


Adalah amat penting untuk mengetahui cabaran-cabaran dan kesannya dihadapi oleh guru
terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sistem penggiliran sekolah kebangsaan.
Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak sekolah dan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru
sekolah kebangsaan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sistem penggiliran dan
mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan tugasan sampingan guru supaya
mereka lebih berfokus tugasan hakiki mereka.

Hasil kajian boleh membantu menyediakan maklumat dan bukti kajian kepada
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang cabaran dan kesan terhadap pengajaran
dan pembelajaran dalam sistem penggiliran sekolah kebangsaan. Kajian ini juga
membantu pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran negeri merangka dan
mengambil langkah yang wajar dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh guru
sekolah kebangsaan.

Dapatan kajian ini juga akan membantu para guru dapat mengenal pasti
cabaran dan kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sistem penggiliran
sekolah kebangsaan Kajian ini juga diharap menyediakan sumber rujukan dan maklumat
kepada pengkaji lain dan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji secara lebih terperinci
dan mendalam berkaitan dengan cabaran dan kesannya dihadapi oleh guru terhadap
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem penggiliran sekolah kebangsaan
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan disebuah sekolah kebangsaan di daerah Klang. Responden yang
terpilih adalah 20 orang guru. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Kajian
ini juga dapat merumuskan cabaran dan kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran
guru sekolah kebangsaan dalam sistem penggiliran di Daerah Klang.

Dapatan kajian merupakan sampel sebenar responden kajian sahaja. Oleh itu.
Ia tidak begitu sesuai untuk membuat generalisasi kepada sekolah-sekolah lain. Namun,
bentuk dan kaedah penyelidikan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi sekolah
lain untuk megenal pasti cabaran dan kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran
guru sekolah kebangsaan dalam sistem penggiliran.

1.8 Definisi Istilah Kajian


Definisi istilah yang akan diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-istilah yang
bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja. Ianya bertujuan bagi mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan pembaca.

1.8.1 Cabaran dan Kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran PdPR guru
sekolah kebangsaan dalam sistem penggiliran

Guru yang juga dikenali sebagai guru, pendidik, mudarris dan pengasuh
adalah tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen
(kelas bimbingan). Lazimnya, guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran
dan juga dimantapkan dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains
prinsip pengajaran. Peranan guru sangat luas, guru adalah pendidik,
pembimbing dan motivator. Beliau juga adalah penyampai ilmu, penggerak
dan penasihat. Ini bermakna guru atau pendidik mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru tidak dapat
dinafikan kerana boleh dikatakan setiap pakar dalam masyarakat kini adalah
melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Namun, kehidupan norma
baharu berikutan isu pandemik yang sedang dihadapi pada fasa sekarang
menjadikan tugas seorang guru lebih mencabar. Suka atau tidak, setiap guru
mesti bersedia untuk belajar secara atas talian. Proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi semakin sukar dengan kurangnya kesediaan para guru
itu sendiri. Ia jelas disokong oleh kajian Shahfiezul & Fariza (2017) mendapati
medium pembelajaran maya ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan
guru kerana kurang pengetahuan dan kemahiran mengendalikan pdpr
berasaskan teknologi.

Menurut Shahiza & Fariza (2019) pula, tanggungjawab seseorang


guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan
era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alat yang semakin canggih
dalam sesi pengajaran. Hal ini menyebabkan guru memerlukan teknik yang
sesuai dalam mencipta bahan pengajaran yang mudah untuk difahami dan
diikuti oleh murid. Lebih-lebih lagi, guru harus mengfokuskan kepada murid
tahap satu yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga 3. Tahap pemikiran
murid pada tahap ini masih memerlukan bahan pengajaran yang senang dan
mudah diikuti kerana tiada bimbingan guru di sisi.

Menurut Habib & Syed (2016) pula, kepelbagaian dimensi tugas


seorang guru perlu difahami dan dihayati. Guru juga manusia biasa
mempunyai sebuah kehidupan tersendiri yang tidak lari daripada pelbagai
dugaan hidup. Seharusnya, guru didokong dan di motivasi untuk melakukan
tugas sebagai seorang guru dengan sewajarnya. Bagi Prof Madya Muhammad
Faizal A. Ghani dari Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (2020) beban tugas yang tinggi boleh
menyebabkan golongan guru kurang bermotivasi untuk mencapai prestasi
cemerlang. Hal ini juga, sedikit sebanyak menjadi cabaran buat mereka.
Apalagi sekiranya perlu bekerja dari rumah, kekangan masa dengan anak-anak
sendiri turut terganggu sehingga boleh menyebabkan tekanan.

Motivasi seorang guru juga perlu dipandang berat dalam mendepani


cabaran PdPR dalam talian bersama murid. Teori regulasi perhubungan yang
dibangunkan oleh Lakey dan Orehek (2011) menyatakan bahawa sokongan
sosial yang diperoleh mahupun diberikan secara berterusan dapat
meningkatkan tahap kesejahteraan mental. Apabila seseorang dapat
meregulasikan emosi dengan baik, pemikiran dan tingkah laku melalui
komunikasi yang efektif akan dapat menjadikan kesejahteraan mental individu
tersebut berada dalam keadaan baik (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Di
samping itu, teori ini menjelaskan bagaimana hubungan dan sokongan melalui
individu sekeliling dapat mengurangkan tekanan seseorang (Lakey & Orehek,
2011). Oleh itu, teori ini dilihat dapat menjelaskan bagaimana sokongan sosial
yang diperolehi daripada rakan, ibu bapa, keluarga, individu signifikan dan
murid itu sendiri dan dapat menjadikan guru lebih bersemangat dalam
mengendalikan pengajaran secara dalam talian.

Selain itu, dengan mengambil kira pelaksanaan PdPR secara dalam


talian ini masih baharu dalam sistem pendidikan di negara, pastinya terdapat
banyak kekangan dalam pelaksanaannya serta keluhan yang didengari
daripada guru, ibu bapa dan murid. Hal ini kerana tidak semua guru bersedia
serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam
melaksanakan proses PdP secara dalam talian. Begitu juga kepada ibu bapa
dan murid, tidak semua mempunyai peranti digital dan akses internet di rumah
atau yang mencukupi bagi membolehkan proses pembelajaran secara dalam
talian berlaku secara berterusan khususnya bagi murid-murid yang tinggal di
kawasan pedalaman dan tidak berkemampuan. Permasalahan ini turut diakui
oleh Menteri Kanan Pendidikan yang menyatakan bahawa terdapat kelemahan
dalam pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian kerana kaedah home-
based learning adalah suatu perkara baharu dalam kalangan guru, murid dan
ibu bapa.

Selain itu, ramai murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran


secara dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad. Ini
menyebabkan keberkesanan PdP yang berasaskan home-based learning agak
terhad jika dibandingkan dengan kaedah secara bersemuka. Menteri Kanan
Pendidikan juga menyatakan kebimbangan mengenai situasi ini sekiranya
berterusan akan mengakibatkan murid menghadapi kesukaran untuk mencapai
tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti.
Seterusnya, ia akan memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk
terus mengikuti PdP (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Di samping
itu, isu dan cabaran dalam PdP secara dalam talian ini juga ditekan oleh
Perdana Menteri Malaysia yang menyarankan agar KPM terus
memperkasakan proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam
talian atau pembelajaran maya demi masa depan pendidikan negara ini. Guru-
guru juga diseru supaya mendalami kemahiran pengajaran secara dalam talian
dan menjadikan home-based learning sebagai kebiasaan baharu dalam bidang
perguruan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

Selain itu, peranan dan komitmen guru adalah yang terbesar dalam
pelaksanaan PdPR ini kerana perlu menyusun semula Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) supaya kandungan
kurikulum dapat disampaikan dengan optimum, menentukan kaedah
penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira
sumber yang ada pada murid, menyediakan bahan pembelajaran yang mudah
didapati, diakses dan boleh disesuaikan dengan kaedah PdPR yang digunakan,
memastikan murid mendapat tugasan atau latihan yang dirancang oleh guru,
menggunakan kaedah pentaksiran yang bersesuaian untuk menentukan
pencapaian murid dan merekod penglibatan murid dalam PdPR.

Justeru, berikutan dengan masalah-masalah ini menyebabkan


pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas secara atas talian
dengan baik sekaligus menyebabkan pelajar mengalami keciciran dalam
pembelajaran. Kenyataan Prof Madya Dr Mahizer Hamzah dan Anuar
Ahmad dalam Ahmad Naim Tahir dan Ihsan Noorzali (2020) bahawa
kemudahan infrastruktur dan infostruktur ini saling memerlukan dimana
kegagalan diantara salah satu medium tersebut akan menyebabkan proses
pembelajaran dalam talian tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Berikutan
dengan isu yang timbul akibatdaripada capaian internet yang rendah bagi
sebahagian pelajar, terdapat juga faktor-faktor lain yang dihadapi
pelajar untuk mendapatkan capaian internet yang baik antaranya ialah
faktor kemiskinan, konflik keluarga dan lain-lain. Penjelasan ini turut
dijelaskan oleh Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor (2020) yang
merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia bahawa gangguan pembelajaran boleh terjadi atas faktor
kemiskinan, konflik keluarga, media massa, sosial, agama, dan politik.
1.8.2 Cabaran dan Kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran PdPc guru
sekolah kebangsaan dalam sistem penggiliran

Isu yang sering diperkatakan pada masa kini ialah bebanan tugas guru yang
semakin rencam. Menurut Sufean (2004), terdapat banyak isu pendidikan yang
melibatkan bidang pentadbiran, teknologi pendidikan, organisasi dan
keguruan. Dalam bidang keguruan isu yang ketara ialah bebanan tugas guru.
Kesan daripada isu ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) telah bertindak dengan cara membentangkan isu tersebut kepada
Y.A.B. Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
pada 30 Mac 2010. Berdasarkan pembentangan isu ini satu Jawatankuasa
Khas Bagi Menangani Isu Bebanan Tugas Guru (JKMIBTG) telah ditubuhkan
untuk tujuan menyemak tugas dan tanggungjawab guru, mengenal pasti
bebanan tugas dan mencadangkan tindakan penyelesaiannya. Jawatankuasa
Khas ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri
Alimuddin Mohd Don.

Akibat daripada bebanan tugas ini menjadikan tugas utama guru


dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadi kurang berkesan. Guru
perlu melaksanakan bidang pengurusan, pentadbiran, kerja perkeranian, hal
ehwal murid, dan pelbagai aktiviti anjuran agensi lain yang tidak berkaitan
langsung dengan fungsi utama guru. Guru juga perlu terlibat dalam pelbagai
program yang dijalankan oleh pihak sekolah, jabatan pendidikan daerah dan
negeri serta kementerian. Terdapat juga pihak swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan yang menggunakan tenaga guru sebagai penceramah atau fasilitator
dalam program yang menyebabkan guru terpaksa meninggalkan kelas dalam
jangka masa yang lama.

Antara tugas guru yang menjadi rutin pada masa kini ialah mengurus
kebajikan dan kesihatan murid seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) dan Skim Makanan Tambahan (RMT), biasiswa dan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang mesti diuruskan dengan teliti. Tambahan
pada masa pendemik ini, guru perlu menguruskan pelbagai tugasan seperti
menjaga lalu lintas murid masuk dan keluar sekolah, mengambil suhu,
mengemaskini kehadiran murid pada pelbagai media seperti whatsapp dan
telegram group kelas, pengisian dalam APDM dan mengurus tempahan
makanan untuk murid yang tidak menerima RMT dalam kelas serta
meluangkan masa rehatnya bersama murid.

Seterusnya, guru juga dibebani dengan pengurusan aset dan inventori


yang merupakan bidang tugas kakitangan pejabat. Tugas untuk memasukkan
data murid dan guru juga diserahkan kepada guru. Selain itu guru juga terlibat
secara langsung dalam aktiviti kokurikulum secara atas talian untuk melatih
pelajar dalam bidang sukan, permainan dan unit beruniform. Guru juga
dipertanggungjawab untuk menjadi guru pengiring atau pengadil dalam
aktiviti yang dijalankan sehingga tidak dapat menjalankan pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, dalam sistem penggiliran, murid akan hadir ke sekolah dua
minggu dalam sebulan secara bergilir-gilir. Dimana mereka akan menjalani
PdPR selama dua minggu di rumah secara bergilir-gilir. Oleh itu, antara
kebanyakan murid sukar mengingati pelajaran lepas. Ini membebankan guru
untuk mengajar topik yang sama berulang kali sehingga tidak dapat mengikuti
RPT yang ditetapkan. Hal ini juga menyebabkan murid tidak mengambil berat
terhadap pembelajaran dalam bilik darjah mahupun semasa PdPR. Ini kerana
ramai antara ibu bapa bekerja disebabkan mereka tidak dapat meluangkan
masa terhadap perkembangan pendidikan anak mereka. Tambahan pula,
keputusan pemansuhan peperiksaan menjadikan murid tidak serius dalam
pembelajaran dan murid berasa lega sangat sehingga kehilangan minat
terhadap pelajaran.

1.9 Rumusan
Secara keseluruhan bab 1 ini telah menerangkan latar belakang kajian, permasalahan
kajian, objektif kajin, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi
istilah kajian. Cabaran dan kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam
sistem penggiliran sekolah kebangsaan juga dihuraikan dalam bab ini. Ringkasnya, bab
ini secara keseluruhan telah menerangkan perkara yang ingin dikaji oleh penyelidik.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Bab ini menfokuskan kajian literatur atau kajian-kajian lepas dalam menganalisis
cabaran pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru dalam sistem penggiliran
dengan lebih jitu dan terperinci. Bab ini juga meliputi tinjauan kajian yang berbentuk
bahan-bahan penulisan serta kajian-kajian lepas dalam negara dan luar negara. Kajian
literatur ini juga membincangkan pelbagai faktor yang dapat dikesan dan dikenalpasti
sebagai penyumbang kepada masalah disiplin yang semakin merunsingkan semua
lapisan masyarakat.

2.2 Sorotan Kajian


Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online learning) terus berkembang dan
memainkan peranan penting dalam pendidikan di Malaysia (P. Ayu & Gunawan 2020).
Dunia pendidikan dalam era pandemik ini telah mula menuju ke arah pengajaran dan
pembelajaran dalam talian yang menggunakan pelbagai aplikasi yang sedia ada.
Pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian merupakan sebarang bentuk
aktiviti akademik yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital dan internet
dan yang kini dijenamakan semula sebagai pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) di Malaysia. Bahan yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai teks,
grafik visual, perkataan, animasi, video serta audio. PdPR dalam talian adalah
berlandaskan sumber dan peralatan teknologi komputer. Stefan Hrastinski (2019) yang
mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai pembelajaran secara
tatap muka yang menggunakan perantaraan peralatan komputer dimana pelajar-pelajar
dapat melihat dan mendengar murid lain dari jarak jauh. Selain itu, guru-guru juga perlu
berhadapan cabaran-cabaran dalam menjalankan PdPR secara dalam talian (Losius
Goliong et. al, 2020).
Penyelidik Matt Bower et al. (2016) menyatakan bahawa PdPR dalam talian
adalah penggunaan pelbagai alat teknologi yang berasaskan web untuk pendidikan. Oleh
itu, PdPR dalam talian telah berkembang dengan pesat kerana terdapat banyak kelebihan
seperti fleksibiliti, kebolehcapaian internet dan keberkesanan kos pembiayaannya
(Muhammad Naveed et al. 2018). Kelebihan ini dapat mengubah pendidikan ke arah
proses pembelajaran sepanjang hayat yang mendorong pelajar supaya lebih kreatif dalam
mengakses pelbagai sumber pengetahuan. Di samping itu, institusi pendidikan
melaksanakan teknologi PdPR dalam talian untuk meningkatkan komunikasi antara
pelajar dan tenaga pengajar agar perkongsian ilmu pengetahuan serta memperkukuh
komuniti pembelajaran untuk mencapai objektif (Fauzan et al. 2019). PdPR dalam talian
menjadi asas kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dalam pada itu, penyelidikan untuk mengkaji keberkesanan PdPR dalam talian
telah meningkat dalam dua tahun kebelakangan ini. Suharyanto et al. (2018) berpendapat
menggunakan kaedah PdPR dalam talian, pendidik dapat meningkatkan minat
berkomunikasi dengan pelajar di luar jadual kuliah. Penggabungan teknologi
memberikan masa yang lebih bermanfaat kepada pelajar melalui kaedah pengajaran ini
(Kuppusamy & Norman, 2021). Fenomena ini menunjukkan bahawa transformasi pantas
dalam dunia pendidikan dapat meneruskan PdPc dalam talian (Rusdiana et al. 2020).
Menurut Cassidy (2016), persekitaran PdPR dalam talian adalah sistem berasaskan web
yang menyediakan alat dan aplikasi perisian dalam proses pembelajaran. Manakala
Bdiwi et al. (2019) memberitahu bahawa pembelajaran dalam talian berdasarkan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mana kaedah segerak (synchronous)
dan tidak segerak (asynchronous) boleh digunakan.

Kajian ini memberi tumpuan kepada cabaran dalam sepanjang proses PdPR
dalam talian berlangsung yang diterapkan di peringkat sekolah rendah dan menengah
yang memerlukan guru dan murid terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara jarak jauh. KPM telah membangunkan satu platform pembelajaran digital yang
digunakan di sekolah iaitu Portal DELIMa (Digital Educational Learning Initiative
Malaysia) pada Julai 2019 untuk memudahkan pengurusan PdPR dalam talian antara
murid dan guru secara lebih sistematik. Semasa era pandemik, statistik daripada laman
Google Trends (2020) menunjukkan carian kata kunci Google Classroom (GC) adalah
kedua tertinggi di dunia dalam kalangan guru di Malaysia. Secara tidak langsung, guru
dan pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap perisian ini. Oleh itu, Google
Classroom sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan kualiti PdPR dalam talian
(Sewang, 2017) dan juga media utama untuk meningkatkan pencapaian kualiti murid
(Madhavi et al. 2018).

Google Classroom diperkenalkan oleh Google secara percuma untuk murid


membuat tugasan, menghantar tugasan dalam talian dan menilai hasil kerja mereka tanpa
menggunakan kertas (Wikipedia, 2020). Banyak aktiviti dapat dijalankan oleh guru dan
murid semasa PdPR dalam talian melalui Google Classroom (Sujana et al. 2019).
Disokong oleh Shampa (2016), guru boleh memuat naik tugasan untuk murid dan diberi
masa yang sesuai untuk serahan tugasan mereka. Namun begitu, melaksanakan PdPR
dengan menggunakan Google Classroom mungkin masih asing bagi sesetengah guru
dalam era pandemik ini kerana tempoh pelaksanaannya sangat pendek dan lebih
berminat kepada pengajaran secara gabungan. Pengajaran secara gabungan untuk pelajar
lebih cenderung kepada penguasaan konsep pembelajaran dengan baik (Rusdiana et al.
2020 & Kholiqul et al. 2017).

2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (Pdpr) Dalam Talian


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013), berdasarkan lonjakan kesembilan iaitu dengan memanfaatkan teknologi
maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dengan menekankan kepada
pembelajaran secara dalam talian (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Ini merupakan salah
satu persediaan yang telah dirangka oleh kerajaan dalam memastikan pendidikan yang
berkualiti. Bahkan, pelan ini menekankan kepada kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti dengan memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi
membina dan menaiktaraf kualiti pembelajaran di Malaysia seiring dengan kualiti
pendidikan antarabangsa. Pembelajaran dalam talian dengan berpusatkan murid iaitu
dengan mengambil kira kandungan pelajaran, kaedah penilaian dan pendekatan
pembelajaran yang berbeza daripada kaedah konvensional dibina dan disesuaikan dengan
kurikulum yang ada. Berdasarkan pelan pembangunan yang telah dirangka oleh kerajaan
ini, menunjukkan bahawa kerajaan telah bersedia dengan arus perubahan teknologi.

Namun begitu, penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia telah


menyebabkan sistem pendidikan negara menerima kesan daripada PKP yang
dilaksanakan. Penutupan sekolah yang berlaku secara drastik telah menyebabkan murid
sekolah menerima kesan yang ketara. Penutupan institusi pendidikan di seluruh negara
khususnya sekolah rendah menyebabkan pembelajaran dijalankan secara dalam talian
secara menyeluruh menyebabkan motivasi pelajar dan keterlibatan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian terjejas. Kajian yang
dijalankan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF,
2020) selepas tamatnya tempoh PKP menunjukkan peratusan murid menengah atas yang
tidak hadir ke sekolah selepas sekolah dibuka semula adalah sangat membimbangkan.
Kajian ini menunjukkan seorang daripada 5 kanak-kanak hilang minat untuk ke sekolah
(Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2020).

Laporan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 23.5 peratus aliran trafik internet di
seluruh negara pada pelaksanaan minggu pertama PKP dan berlaku peningkatan
sebanyak 8.6 peratus pada minggu kedua (SKMM, 2020). Peningkatan aliran trafik
internet berlaku disebabkan oleh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian.

2.4 Sistem Penggiliran Sekolah


KPM pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa pengumuman pembukaan semula
sekolah akan dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu awal sebelum sekolah.
Keputusan pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat apabila KPM berasa benar-
benar yakin keadaan telah pulih daripada ancaman pandemik Covid-19 setelah mendapat
nasihat daripada pihak KKM. Keadaan ini perlu mengelakkan kebimbangan yang timbul
dalam kalangan ibu bapa dan penjaga murid tentang persediaan yang perlu anak-anak
mereka lakukan apabila kembali ke sekolah. Menurut KPM, semua aspek keselamatan,
kebersihan dan pengawalan penularan termasuklah amalan penjarakan fizikal akan diberi
keutamaan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat berjalan lancar dan sesi PdPc
dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

Rentetan daripada pengumuman Kerajaan untuk membenarkan pembukaan


semula sekolah semasa pelaksanaan PKPP (PKP Fasa 6) mulai 10 Jun 2020, KPM pada
10 Jun 2020 dan 1 Julai 2020 telah memaklumkan bahawa pembukaan semula sekolah
akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan saranan KKM dan MKN. Usaha ini
didahului dengan kemasukan murid-murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM,
STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bermula pada 24 Jun 2020
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Sementara bagi murid-murid bukan kelas
peperiksaan awam pula, kemasukan semula ke sekolah bermula 15 Julai 2020 melibatkan
murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, murid Kelas Peralihan dan murid Tahun 5 hingga
Tahun 6, manakala murid Tahun 1 hingga Tahun 4 bermula pada 22 Julai 2020
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

Dalam menghadapi pembukaan semula sekolah ini, KPM menyeru agar semua
ibu bapa atau penjaga dapat memberi kerjasama dengan memastikan hanya anak-anak
yang sihat sahaja dihantar ke sekolah, menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga
kebersihan dan memotivasikan anak-anak untuk terus belajar. Guru dan murid juga perlu
mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah
dikeluarkan agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan selamat. Sebagai norma
baharu, suhu badan murid akan diperiksa terlebih dahulu apabila mereka memasuki pintu
masuk sekolah, prosedur ini turut terpakai kepada guru, warga sekolah dan individu yang
mempunyai urusan dengan pihak sekolah. Sepanjang berada di sekolah, murid perlu
sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap.
Selain itu, meja-meja di dalam kelas juga perlu disusun pada jarak sejauh satu (1) meter.
Pergerakan murid-murid ketika waktu rehat turut disusun secara berperingkat bagi
membolehkan murid beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan dan
minuman di kantin. Perkumpulan beramai-ramai duduk di kantin tidak dibenarkan,
justeru itu murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas masing-masing dengan
pengawasan guru. Bagi pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan ko-
kurikulum secara bersemuka termasuk perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali.

Namun begitu, bagi melaksanakan pembukaan semula sekolah secara


sepenuhnya melibatkan kehadiran semua murid seperti keadaan biasa, ia telah menjadi
suatu pertanyaan dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga tentang
bagaimana pengoperasian sekolah dapat dilaksanakan untuk menampung kehadiran
murid yang ramai dengan mengambil kira keperluan penjarakan fizikal memandangkan
ruang dan kapasiti sekolah yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, KPM telah
melaksanakan analisis dan mengenal pasti tiga (3) model pengoperasian pembukaan
penuh sekolah sebagai panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi
sekolah masing-masing. Model yang diperkenalkan ialah Model Satu Sesi, Model Dua
Sesi dan Model Penggiliran. Pelaksanaan Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang
mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid
dalam satu sesi setelah mengambil kira penjarakan fizikal. Model Dua Sesi pula ialah
untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi
yang perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi
bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan fizikal. Sementara
Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang yang mencukupi
bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Dalam
pelaksanaan Model Penggiliran di sekolah menengah, keutamaan perlu diberikan kepada
murid Tingkatan 5 dan 6 supaya mereka dapat hadir ke sekolah setiap hari, manakala
murid-murid lain perlu hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu yang
ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Begitu juga pelaksanaannya di sekolah rendah,
pihak pentadbir sekolah yang perlu menetapkan jadual penggiliran untuk kehadiran
murid dari Tahun 1 hingga 6 mengikut kesesuaian kelas atau tahap. Berikutan tidak
semua murid dapat hadir ke sekolah mengikut Model Penggiliran ini, maka KPM
menetapkan agar kaedah pembelajaran murid dilaksanakan secara hibrid iaitu secara
bersemuka apabila perlu hadir ke sekolah dan secara pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) apabila perlu berada di rumah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

Oleh yang demikian, guru-guru sekolah rendah menghadapi cabaran dalam


pelaksanaan PdPc secara bersemuka dengan mematuhi dan melaksanakan pelbagai
prosedur serta menjalankan PdPR secara atas talian dan bukan atas talian. Disamping itu,
guru-guru perlu membuat perulangan topik yang sama untuk dua minggu supaya
mengajar kepada murid kumpulan A dan kumpulan B. Apabila murid hadir secara
bergilir ke sekolah maka guru perlu mengulang pdpc yang sama. Malah adakala
kebanyakan murid tidak dapat menguasai objektif PdPc dan PdPR sepenuhnya.

Sistem penggiliran ini agak menambahkan kerja guru dimana mereka perlu
buat perulangan tugasan yang sama seperti memaklumkan tugasan murid, prosedur yang
perlu dipatuhi semasa berada di sekolah, memaklumkan kehadiran murid dalam group
kelas, memaklumkan giliran kumpulan murid dan sebagainya. Tugasan-tugasan seperti
ini membuatkan guru terpaksa meluangkan masa hujung minggu mereka. Sistem
penggiliran ini menjadi satu cabaran bagi warga guru sekolah rendah untuk
melaksanakan proses pdpc dan pdpr.

2.5 Ciri-ciri Guru Abad Ke-21


Memang tidak boleh dinafikan bahawa, pembangunan modal insan yang tinggi dan
bermutu merupakan aspek yang sangat penting untuk sesebuah negara yang sedang
membangun. Maka, untuk mencapai pembangunan model insan yang bermutu dan
berkualiti aspek pendidikan digunakan sebagai senjata yang mempertahankan nyawa
dalam peperangan. Maka setiap pendidik memikul tanggungjawab yang sangat besar
untuk melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan matlamat falsafah
pendidikan kebangsaan. Tidak terlanjur jika mengatakan peranan para pendidik penting
dalam pembelajaran Abad ke-21 yang diwujudkan oleh KPM untuk merealisasikan
matlamat FPK yang melahirkan model insan yang seimbang dan berdaya saing dengan
perkembangan globalisasi yang pesat ini. Maka, pendidik yang berkualiti dimana
mempunyai kecenderungan untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan globalisasi
dan sedia menghadapi cabaran merupakan sandaran KPM untuk menjayakan segala
dasar, sistem dan langkah pendidikan yang digubal mengikut peredaran masa. PPPM
2013-2025 menjadi langkah kerajaan untuk membangunkan negara kita.

Adalah benar bahawa pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 berbeza dari
segi ciri-ciri yang diberi penekanan sekiranya dibandingkan dengan pendidikan yang
lama. Pembelajaran Abad ke-21 mempunyai tujuan melahirkan murid yang mahir,
kebolehan tinggi, berproduktif, mempunyai unsur-unsur kemahiran berfifir aras tinggi,
berfikiran kritis, kreatif, inovatif dan mahir dalam ICT. Para pendidik perlu menguasai
segala ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 sebelum melaksanakan PdP. Maka, objektif
PdPc yang telah ditetapkan oleh pendidik akan dicapai dengan mudah. Sebaliknya, para
pendidik zaman sekarang berhadapan dengan para murid yang berbeza sekiranya
dibandingkan dengan murid-murid pada zaman dahulu. Para murid zaman sekarang lebih
informative. Mereka terdedah dengan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.
Tidak terlanjur jika mengatakan murid sekarang mengakses informasi yang banyak
kerana mereka terdedah dengan perkembangan teknologi. Maka, keinginan untuk
memperolehi ilmu dan pengetahuan murid zaman sekarang sangat tinggi. Mereka juga
suka bertanya untuk mendapatkan maklumat.
Seterusnya, untuk mengharungi cabaran abad ke-21 guru-guru perlu memiliki
kemahiran-kemahiran dan pengetahuan-pengetahuan yang selaras dengan perkembangan
teknologi. Ini bukan sahaja menjadikan seseorang guru sebagai guru yang berwibawa,
maka akan membantu menjalankan PdPc dan PdPR secara berkesan. Segala usaha untuk
memantapkan diri sebagai guru yang berwibawa memerlukan komitmen yang tinggi dan
juga pengorbanan. Pada masa yang sama, segala dugaan guru untuk mengadaptasikan
dirinya dengan perubahan dunia semasa akan terbayar apabila berjaya membentuk murid
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mengikut pendidikan abad ke-21,
pendidik perlu menggunakan teknologi yang terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi terkini membantu meningkatkan minat murid. Secara tidak
langsung meningkatlah pencapaian dan penglibatan murid dalam pembelajaran.
Penggunaan teknologi dengan betul dan sesuai dengan PdPc serta PdPR memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti PdPc di bilik darjah dan PdPR.

Sistem pendidikan kita menghadapi banyak transformasi mengikut peredaran


masa. Keadaan ini berlaku kerana meningkatkan sistem pendidikan Malaysia apabila
dibandingan dengan negara-negara yang lain. Tidak terlanjur jika mengatakan,
perubahan dalam persekitaran pendidikan membantu dalam penghasilan model insan
yang bertaraf tinggi. Chong (2014) berpendapat bahawa, peubahan dalam sistem
pendidikan Malaysia bertujuan untuk memantapkan PdPc sesuai dengan PdPc abad ke-
21. Menurut Bartlett-Bragg (2010), terdapat beberapa ciri yang mesti dimiliki oleh
pendidik selaras dengan abad ke-21. Pertama sekali, kandungan kurikulum perlu dikuasai
oleh para pendidik. Guru mesti memahiri kandungan kurikulum matapelajaran yang
diajar. Selain itu kemahiran dan keterampilan diri guru juga diambil berat dalam
pedagogi. Misalnya, dalam PdPc para pendidik perlu menggunakan kemahiran dan
keterampilan secara berkesan.

Sebaliknya, guru juga menjalinkan hubungan yang baik dan berempati dengan
murid. Guru perlu berusaha untuk memahami perkembangan murid dan menyayangi
mereka. Ini akan membantu dalam keberkesanan PdPc dan PdPR. Guru juga perlu
mengetahui dan mengaplikasikan psikologi pembelajaran. Misalnya, kesesuaian gaya
pembelajaran diambil kira semasa mengajar golongan murid yang sesuai. Seorang
pendidik juga perlu memiliki kemahiran kaunseling dan mengaplikasikan secara bijak.
Ini akan menjalinkan hubungan yang mesra antara guru dan murid. Pada masa yang sama
murid akan berasa selesa dan tiada kesekatan komunikasi antara guru dan murid. Murid
berbuka hati untuk menyuarakan masalah mereka. Selain menggunakan teknologi
semasa dalam sesi PdPc dan PdPR guru juga membiasakan diri dengan menggunakannya
di luar sesi PdP
.
Akhirnya, adalah penting kesemua warga sekolah terutamanya guru sedia
mengadaptasikan dirinya dengan perubahan. Misalnya mereka perlu mengikuti
perkembangan transformasi yang berlaku dalam dunia pendidikan. Menurut Sparks
(2012), guru perlu bersikap prihatin dan meningkatkan profesionalisme selaras dengan
kemajuan penddikan semasa. Hassel (2013), berpendapat bahawa, peningkatan
profesionalisme merupakan proses yang membantu guru untuk menambahkan kemahiran
diri. Penambahbaikan tersebut berlaku berdasarkan transformasi dalam persekitaran
pendidikan yang bertujuan untuk membentuk murid yang berkualiti. Menurut Guskey
(2015), perkembangan profesionalisme guru membantu guru untuk mengadaptasikan
perubahan dalam pendidikan.

2.6 Teori Pengajaran


Berliner (1988), mengemukakan Teori Perkembangan Guru. Beliau menerangkan
bahawa terdapat 5 tahap bagi seseorang guru untuk dilalui iaitu sejak mula berkhidmat
(guru baru) sehingga menjadi guru mahir. Guru pelatih dan guru yang mengajar tahun
pertama di kategori sebagai guru baru (novice). Setelah memperoleh pengalaman, akan
menjadi guru lanjutan (advanced beginner). Guru-guru ini mempunyai pengalaman
mengajar dua hingga tiga tahun. Guru-guru pada tahap seterusnya dikenali guru cekap
(competent). Guru-guru yang sudah berkhidmat lebih kurang lima tahun dan lebih
berpengalaman maka mereka dikenali guru mahir (proficient). Akhirnya adalah guru
pakar (expert) (Pollard dan Bourne, 1994).

a. Tahap 1: Guru Baru (Novice)


Guru dalam tahap ini seharusnya mengetahu perkara-perkara yang biasa, tugasan
yang dipersembahkan mesti mempunyai unsur-unsur dalam tugasan seperti label dan
perlu mendapat satu set peraturan seperti memuji murid bagi jawapan yang betul,
memberi masa secukupnya, sekurang-kurangnya 3 saat selepas menyoal murid soalan
aras tinggi. guru baru perlu mengikut apa sahaja peraturan dan prosedur yang
diberitahu. Peringkat ini mementingkan pengalaman berbanding maklumat secara
lisan.

b. Tahap 2: Guru Lanjutan (Advanced Beginner)


Pengetahuan lisan juga boleh memberi pengalaman. Persamaan merentasi konteks
dikenal pasti. Guru mula menyedari konteks masalah dan mengikut peraturan yang
digabungkan. Contohnya guru mula menyedari bahawa selepas mengkritik prestasi
murid yang tidak baik, perlu memotivasikan pelajar supaya membuat dengan lebih
baik. Peringkat ini pengalaman mempengaruhi tingkah laku guru tetapi guru masih
tidak dapat mengesan apa yang penting.

c. Tahap 3: Guru Cekap (Competent)


Guru cekap mempunyai ciri-ciri ketara seperti membuat pilihan dan sedar tentang
apa yang mereka laksanakan. Mereka memutuskan rancangan yang hendak
dilaksanakan mengikut keutamaan. Guru ini mempunyai matlamat yang rasional
serta memilih tindakan yang sewajarnya untuk mencapai matlamat. Oleh itu mereka
lebih bertanggungjawab kerana kejayaan dan kegagalan murid adalah tumpuan utama
mereka. Demi itu mereka belajar tidak membuat kesilapan dalam masa dan sasaran di
samping mengawal perkara-perkara di sekeliling mereka.

d. Tahap 4: Guru Mahir ( Proficient)


Institusi guru adalah penting di tahap ini. Pengalaman yang diperoleh membolehkan
guru mengenal kesamaan secara keseluruhan. Guru menunjukkan teladan
profesionalisme yang baik.

e. Tahap 5: Guru Pakar (Expert)


Guru mempunyai instuisi terhadap sesuatu situasi dan bertindak balas dengan
sewajarnya tanpa menyedari telah melakukan analitik dan pertimbangan. Guru ini
mampu melaksanakan sesuatu mengikut situasi dan keadaan pada masa yang betul.
Pemilihan dan pelaksanaan lancar guru menyelesaikan masalah dan keputusan dibuat
tanpa kesedaran. Guru pakar akan menggunakan proses analitik bagi membuat
pertimbangan untuk menyelesaikan masalah apabila keadaan abnormal wujud.
2.7 Teori Pembelajaran
Teori pembelajaran boleh diterangkan mengikut 3 perspektif yang berlainan iaitu teori
behaviourism, teori kognitif dan teori kognitif sosial. Menurut Rahil Hj Mahyuddin dan
Hibbah Elias (2003), ketiga-tga perspektif tersebut diasaskan selepas bertahun-tahun
diselidik dan memberi pelbagai implikasi dalam amalan bilik darjah.

a. Teori Behaviourism: Fokus Kepada Rangsangan dan Gerak Balas


Teori Behaviourism membuat satu andaian bahawa penglaman manusia dengan
persekitarannya mempengaruhi tingkah laku mereka. Pembelajaran boleh berlaku
hasil daripada kejadian-kejadian yang berlaku di persekitaran yang mempunyai
hubung kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Apabila rangsangan dan gerak
belas berlaku pada sesuatu masa secara serentak maka ia menghasilkan perubahan
tingkah laku dan secara tidak langsung proses pembelajaran berlaku. Ivon Pavlov
yang merupakan tokoh teori pelaziman klasik menghuraikan bahawa kita belajar
gerak balas baru apabila wujudnya dua rangsangan pada masa yang sama. Teori
Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F. Skinner menyatakan bahawa suatu
gerak balas yang diikuti dengan konsekuen yang diingini, akan meningkat
kekerapannya.

Sebaliknya apabila gerak balas tidak menghasilkan sesuatu maka ia akan


berkurangan atau mungkin tidak berlaku lagi. Oleh itu, guru harus peka tentang kesan
signifikan hasil daripada persekitaran masa lalu dan masa kini murid ke atas tingkah
laku mereka. Ia penting untuk guru supaya boleh membuat perubahan ke atas
kejadian persekitaran demi mengubah tingkah laku murid ke arah pencapaian objektif
pembelajaran.

b. Teori Psikologi Kognitif: Fokus Kepada Proses-Proses Mental


Ahli psikologi Piaget, Vygotsky dan Gestalt membahaskan bahawa pembelajaran
sepenuhnya tidak dapat difahami tanpa mengambil kira proses mental atau
pemikiran. Ahli psikologi teori ini membina teori-teori pembelajaran dan
perkembangan kognitif dengan memfokuskan peranan proses pemikiran ketika
pembelajaran. Menurut ahli psikologi kognitif pemerhatian terhadap gerak balas
manusia terhadap sesuatu stimuli membolehkan kita membuat inferens bermakna
berkaitan proses mental.
Teori ini sebenarnya memberi tumpuan kepada cara bagaimana manusia
menerima informasi dan memproses maklumat secara mental. Oleh itu ia dikenali
teori pemprosesan maklumat (lahey, 2009). Manusia daripada pengalamannya boleh
pelajari sesuatu yang baru dengan mudahnya kerana mereka mampu
menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan maklumat baru mereka.

Teori Pembelajaran Kognitif mempunyai ciri yang penting iaitu ia adalah


kaedah pembelajaran yang melibatkan proses pembinaan pengetahuan dan bukan
sekadar memperoleh pengetahuan dari luar sahaja. Suppiah (2013), menyatakan
bahawa pembelajaran kognitif menjadi sesuatu yang bermakna sewaktu pemprosesan
maklumat otak berlaku secara aktif iaitu menerima dan menukarkan maklumat
kepada bentuk yang baru. Piaget pula mengemukakan pendapat beliau iaitu, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka berlandaskan pengalaman yang diperolehinya.
Kanak-kanak boleh dibantu oleh orang dewasa untuk menyiapkan tugasanyang sukar
baginya.

Guru tidak boleh mengongkong atau memaksa murid-murid untuk


mempelajari sesuatu ilmu mengikut cara yang diajar sahaja malah memberi
kebebasan kepadanya untuk belajar ilmu yang disampaikan mengikut kefahamannya.
Dari sini mereka juga berpeluang untuk mempelajari maklumat yang salah, dengan
kata lain belajar dari kesilapan. Dengan ini kita boleh meninjau kefahaman mereka
terhadap topic yang dipelajari di samping mengadakan sesi dialog untuk mengetahui
idea-idea mereka.

c. Teori Kogntif Sosial: Fokus Kepada Ciri-Ciri Sosial Dalam Pembelajaran


Pada awalnya teori ini dikenali teori pembelajaran social sehingga perspektif ini
mengaitkan proses-proses kognitif dalam huraian pembelajaran dan mula dikenali
teori social. Teori ini dipelopori oleh ahli teori kognitif social iaitu Albert Bandura
yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku ketika pemerhatian dilakukan.
Pembelajaran ini mungkin menghasilkan perubahan atau tidak. Seorang guru perlu
sedar bahawa model pembelajaran boleh mempengaruhi pembelajaran murid.
Contohnya murid boleh belajar menyelesaikan masalah matematik daripada cara
guru munujukkan di papan putih kelas langkah demi langkah. Walaubagaimanapun,
murid prososial boleh meniru rakan sebelahnya untuk menyelesaikan masalah
matematik dengan alasan mereka bekerjasama atau membantu rakan. Terdapat juga
keburukan dalam jenis pembelajaran ini. Murid-murid terlalu menyandari rakan
sebaya atau orang lain, tidak berani mencuba menyeesaikan masalah, kekurangan
keyakinan diri dan suka meniru. Oleh itu guru-guru harus berhati-hati dalam
menggunakan model atau contoh yang kurang sesuai.

2.8 Teori Hermeneutik


Teori Hermeneutik dipelapori oleh ahli falsafah negera Jerman, Martin Heidegger (1889-
1976) murid kepada Edmund Husserl (1859-1938) melalui karya terkenal Being And
Time (1963). Heidegger merupakan pengasas kontemporari hermeneutik kerana
Schleiermacher dan Dilthey lebih terkenal dengan pendekatan Hermeneutik lama.
Menurut Weinsheimer (1991), Hermenuetik bermaksud suatu teori dan praktis bagi
aspek interpretasi. Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin mendalami
untuk memahami aspek maknanya. Kesemua pengkaji Hermeneutik membincangkan
aspek interpretasi sebagai fokus kajian mereka.

Menurut Suppiah (2016), kita tidak dapat membuat keputusan terhadap


kehidupan peribadi seseorang individu secara terus tanpa mendapat kebenaran melalui
manifestasi empirikal. Kaedah pemahaman merupakan proses meminta kebenaran untuk
memperoleh manifestasi pemahaman terhadap kehidupan seseorang, aspek kontemporari
dan sejarah kehidupan. Seperti yang kita sedia maklum bahasa merupakan ekspresi
menyeluruh terhadap kehidupan seseorang, maka proses pemahaman Hermeneutik untuk
sains kemanusiaan ditakrifkan sebagai memahami tafsiran untuk sesuatu model ekspresi
linguistik.

Menurut Loganathan (1992 dan 1996), hermenuetik mengutamakan teks


sebagai bahan kajian tertentu dan cuba menginterpretasi dan memahami ciri-ciri
rasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya. Menurut beliau
analisis lebih berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan
interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi
makna.

Teori Hermenuetik digunakan oleh penyelidik untuk menginterpretasi teks,


pembacaan dan penelitian keseluruhan dilakukan terhadap sesebuah teks. Teori ini
mengutamakan interpretif kualitatif dan menghuraikan makna (lumensa-lumensa) atau
kebenaran-kebenaran yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah teks. Interprestasi makna
melalui teks dilakukan melalui proses ontoprestasi, iaitu pergerakan daripada struktur
luaran (bacaan dan penakulan) ke struktur dalaman untuk membongkar makna tersirat
dalam sesebuah teks (Suppiah, 2016).

Ciri hermeneutik yang bersifat fenomenologikal membolehkan pengkaji


mendalami hasrat yang ingin disampaikan oleh responden yang ditemu bual. Ciri
hermeneutik juga menggambarkan sikap serta persepsi responden terhadap dunia dan
masyarakat. Setiap individu berbeza secara bandingan dengan yang lain. Jika digunakan
teori-teori tertentu untuk melihat tahap pemikiran responden adalah dirasakan tidak
sesuai dari segi tahap umur, persekitaran, budaya dan sikap responden itu sendiri. Dari
itu ciri fenomenologikal mempunyai kelebihan dalam mengupas dan menilai tahap
pemikiran para responden dalam kajian ini (Loganathan, 1996).

Analisis hermeneutik yang bersifat fenomenologikal merupakan satu altematif


untuk diaplikasikan di dalam bidang penulisan bahasa terutamanya penulisan bersifat
ekspresif dan reflektif. Hasil yang bersifat begini adalah sesuai dilihat melalui kacamata
hermeneutik. Biasanya apa yang kita sebutkan bukannya apa yang kita maksudkan, dan
semua ini perlu diinterpretasikan .Interpretasi dalam mengambil kira ciri-ciri
fenomenologikal iaitu situasi semula jadi atau maksud asal dalam mengesan niat pelatih
(Suppiah, 2016).

Teori Hermeneutik mampu membantu pengkaji untuk menilai dan mengkaji


keadaan psikologi responden yang terjebak dalam salah laku seksual. Teori ini dapat
membantu pengkaji memahami dan mengetahui keadaan mental responden dengan lebih
mendalam. Pengalaman adalah bersifat fenomenologikal. Pengalaman yang dialami oleh
responden adalah berbeza-beza mengikut persekitaran. Maka melalui aplikasi analisis
Hermeneutik pengalaman responden dapat dibongkarkan dan pengetahuan ini membantu
pengkaji memahami masalah responden dan mencari penyelesaian yang efektif bagi
masalah yang dihadapi (Suppiah, 2016).
2.9 Rumusan
Dalam bab ini pangkaji menghuraikan tentang serotan kajian tentang PdPc, PdPR dan
sistem penggiliran. Untuk memperkukuhkan kajian pengkaji mengemukakan ciri-ciri
guru abad-21, teori pengajaran dan teori pembelajaran. Maka, pengkaji menjalankan
kajian ini untuk menganalisis cabaran guru sekolah kebangsaan terhadap pengajaran dan
pembelajaran dalam sistem penggiliran.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan
Bab ini akan mengupas berkaitan metodologi kajian. Metodologi kajian merupakan
kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Oleh itu, metodologi kajian
adalah sangat penting dalam sesebuah kajian supaya kajian tersebut dijalankan dengan
berpandukan kaedah yang berkesan serta bersesuaian dan menjawab permasalahan
kajian. Dengan ini, metodologi kajian yang dirangka melibatkan reka bentuk kajian,
kaedah kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengumpulan data
serta prosedur penganalisisan data.

3.1 Reka bentuk kajian


Reka bentuk kajian merupakan satu pelan tindakan yang diperhatikan oleh Creswell
(2009) sebagai satu rancangan atau cadangan bagi menjalankan kajian yang melibatkan
interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan metod kajian. Menurut
Kelinger (1973) pula, reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang
dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian.
Reka bentuk kajian mengandungi pendekatan, kaedah yang digunakan, reka bentuk yang
dilaksanakan, prosedur yang terlibat serta teknik-teknik yang berkait rapat sepanjang
kajian dijalankan.
Kajian mengenai cabaran dan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
dalam sistem penggiliran sekolah rendah ini menggunakan pendekatan kuantitatif.
Penganalisisan data sepanjang kajian dijalankan menggunakan reka bentuk deskriptif dan
inferensi. Reka bentuk deskriptif digunakan dengan tujuan untuk mengkaji dan
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku, manakala reka bentuk inferensi
pula digunakan untuk menghuraikan hubungan di antara variabel-variabel kajian serta
mengaitkannya dengan ciri-ciri sampel kepada populasi kajian. Prosedur yang digunakan
adalah rentas silang.

Tambahan pula, analisis statistik deskriptif yang digunakan mengandungi


demografi responden seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kelulusan
akademik tertinggi, cabaran dan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam
sistem penggiliran sekolah rendah serta tahap kesediaan guru bagi pengajaran dan
pembelajaran (PdPR) secara atas talian akan diterangkan berdasarkan taburan kekerapan
dan peratusan. Manakala analisis inferensi melibatkan borang soal selidik yang ditadbir
bagi mendapatkan dapatan kajian yang relevan. Fink (1995) memberi definisi tinjau
selidik sebagai satu cara penghasilan maklumat untuk menghurai, membanding dan
meramal sikap, pendapat, nilai dan perilaku dengan berdasarkan apa yang terkandung
dalam rekod responden dan kegiatan mereka.

3.2 Populasi Kajian


Mengikut Fraenkel & Wallen (1990), populasi ditakrif sebagai satu kumpulan sasaran
penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan. Populasi dalam kajian ini
terdiri daripada guru-guru sekolah rendah yang berkhidmat di sekolah kebangsaan daerah
Klang, Selangor.

3.3 Populasi dan sampel


Apabila membuat penyelidikan, masalah yang hendak dikaji itu datangnya daripada
populasi.  Populasi ditakrifkan sebagai keseluruhan fenomena yang ingin dikaji (Syed
Arabi, 1992).  Menurut Syed Arabi, (1993) tujuan utama pensampelan dilakukan adalah
untuk mentaksirkan parameter populasi.  Bagi menentukan sampel untuk kajian ini
pengkaji tidak memilih untuk menggunakan sampel yang besar kerana mengikut
pendapat Chua Yan Piaw (2006), ia boleh meningkatkan ralat.  Tambah beliau semakin
besar responden digunakan, semakin besar kemungkinan ralat akan berlaku.  Ini
bertentangan dengan pendapat Gay dan Diehl (1992).

Maklumat atau data yang diperoleh daripada populasi dikenali sebagai


parameter. Menurut Chua Yan Piaw (2006), mengatakan parameter merupakan ukuran
ciri populasi. Untuk kajian ini populasi sasaran terdiri daripada guru-guru sekolah
kebangsaan seramai 20 orang.

3.4 Sampel Kajian


Persampelan adalah satu proses mencari populasi yang mewakili populasi sesebuah
kajian dengan memilih elemen-elemen dalam populasi kajian. Teknik persampelan
bertujuan telah digunakan dalam kajian ini. Menurut Chua (2014), persampelan
bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang
mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Prosedur persempelan
jenis bukan kebarangkalian telah digunakan dalam memilih responden kerana
persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada sesuatu
populasi yang telah dikenalpasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru sekolah kebangsaan di


daerah Klang, Selangor bagi sesi persekolahan 2022. Bilangan sampel dalam kajian ini
adalah seramai dua puluh (20) orang guru sekolah kebangsaan sahaja. Oleh sebab itu,
sampel kajian yang diambil adalah secara rawak. Masa yang diambil untuk
mengendalikan kajian ini ialah pada bulan Disember 2021. Tujuan persampelan
bertujuan digunakan dalam kajian ini adalah untuk meminumumkan kos penyelidikan di
samping dapat menjimatkan masa dan tenaga penyelidikan serta mendapatkan ketepatan
yang maksimum dan jangkaan yang akan berlaku dalam penyelidikan.

3.5 Instrumen Kajian


Dalam kajian, penyelidik membangunkan instrumen berbentuk soal selidik berdasarkan
teori Gardner dan Holland. Melalui instrumen soal selidik ini, responden perlu menjawab
atau memberi jawapan berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan oleh penyelidik.
Menurut Khalid (2003), kebanyakan kajian menggunakan soal selidik sebagai instrumen
untuk mendapatkan data. Rasional menggunakan soal selidik ialah memudahkan
penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Antara kelebihan
menggunakan soal selidik adalah ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan
responden untuk memberi maklum balas kepada setiap item yang diberikan (Sulaiman,
1996).
Menurut Azizi, et al. (2007) kaedah soal selidik memudahkan penyelidik
mendapatkan data mentah daripada responden untuk dianalisis. Kandungan soal selidik
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A mengenai latar belakang responden yang terdiri daripada aspek jantina,
umur, tempoh perkhidmatan dan kelulusan akademik tertinggi.

Dalam Bahagian B mengandungi item-item berkait dengan cabaran dan kesan


terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam sistem penggiliran sekolah rendah.
Manakala Bahagian C mengandungi item-item berkaitan tentang tahap kesediaan guru
bagi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) secara atas talian. Menurut Othman Mohamad
(2006), soalan yang sama banyak bagi 6 konstruk akan mengukuhkan kajian serta
memudahkan analisis data kajian. Kenyataan ini disokong oleh Chua (2006).

Berikut adalah jadual berkait dengan taburan item bagi setiap konstruk seperti
jadual 3.1 dibawah.

Jadual 3.1:
Pecahan Item Soal Selidik

Bahagian Item
A – Maklumat Demografi 4
B – Cabaran dan kesan terhadap pengajaran dan 10
pembelajaran
guru dalam sistem penggiliran sekolah rendah
C – Tahap kesediaan guru bagi pengajaran dan 15
pembelajaran
(PdPR) secara atas talian
Dalam bahagian A, terdapat sebanyak 4 soalan yang berkaitan dengan maklumat
demografi responden seperti jantina, umur, tempoh berkhidmat dan kelulusan akademik
tertinggi. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengkaji mendapat maklumat berkaitan
dengan latar belakang responden. Item jenis pilihan tunggal telah digunakan dalam
bahagian ini. Responden diminta untuk membuat pilihan yang sesuai berdasarkan
pernyataan item dengan membulatkan nombor yang berkenaan. Sebagai contohnya, bagi
kategori umur, pengkaji telah membuat pilihan jawapan seperti berikut:

Jadual 3.2:
Butiran Umur
Bil Butiran
1. 21-30 tahun
2. 31-40 tahun
3. 41-50 tahun
4. 51-60 tahun

Bahagian B pula mempunyai 10 item soalan yang mengenai cabaran dan kesan
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam sistem penggiliran sekolah rendah.
Item jenis skala Likert 5 mata telah digunakan dalam bahagian B. Skala Likert 5 mata
dipilih oleh pengkaji kerana skala ini mudah dianalisis dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi (Tay, 2003). Setiap item soalan mempunyai lima pilihan
jawapan dari sangat tidak setuju untuk skala satu hingga ke sangat setuju untuk skala
lima. Jadual 3.3 menunjukkan pengukuran bagi item-item yang terdapat dalam soal
selidik. Responden diminta untuk memilih jawapan yang paling sesuai bagi dirinya
dengan membulatkan jawapan-jawapan yang telah disediakan. Jadual 3.4 pula
menunjukkan contoh-contoh item penilaian pengetahuan yang terdapat di bahagian B.
Jadual 3.3:
Skala Instrumen Soal Selidik Kajian berdasarkan 5 Mata untuk Tahap Pengetahuan

Aras Keamatan Skala


Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Jadual 3.4:
Item cabaran dan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam sistem
penggiliran sekolah rendah

Item Perkara Skala Likert

1. Menulis dua rancangan pengajaran harian 1 2 3 4


(RPH) bagi sesi bersemuka dan PdPR.

2. Mengambil kehadiran murid bagi sesi 1 2 3 4


bersemuka dan PdPR.
3. Meluangkan lebih masa lapang untuk 1 2 3 4
menyediakan bahan bantu mengajar bagi
sesi bersemuka dan PdPR.

Bahagian C mengandungi 15 soalan yang berkaitan dengan tahap kesediaan


guru bagi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) secara atas talian. Item dalam bahagian
ini juga berbentuk kenyataan dan responden diminta untuk memilih mengikut skala
Likert 5 mata mengikut kesesuaian masing-masing.
Jadual 3.5:
Skala Instrumen Soal Selidik Kajian berdasarkan 5 Mata untuk Tahap Penggunaan

Aras Keamatan Skala

Tidak pernah 1

Kadang-kadang 2

Sederhana Kerap 3

Kerap 4

Sangat kerap 5

Jadual 3.6:
Item tahap kesediaan guru bagi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) secara atas
talian

Item Perkara Skala Likert

1. Saya sentiasa menggunakan pelbagai 1 2 3 4 5

media untuk melaksanakan PdPR.

2. Saya sentiasa melaksanakan 1 2 3 4 5

pentaksiran pada setiap sesi PdPR.

3. Saya menggalakkan murid 1 2 3 4 5

bekerjasama sebagai satu pasukan.

3.6 Kajian Rintis


Sebelum menjalankan kajian sebenar, satu kajian rintis dijalankan untuk mencari
masalah dalam soal selidik termasuk soalan yang lemah, arahan yang tidak lengkap dan
item yang sukar untuk dijawab. Data kajian rintis ini juga bertujuan untuk menentukan
kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Baker (1994) berkata kajian rintis
boleh dijadikan sebagai ujian pra atau untuk mencuba sesuatu instrumen kajian. Dengan
itu, kajian rintis penting bagi memastikan pelaksanaan kajian sebenar berjalan dengan
lancar.

Kajian rintis telah dijalankan di sekolah yang pengkaji berkhidmat. Seramai 20


orang guru telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian kerana menurut Mohd Najib
(2003) bahawa jumlah responden yang diperlukan dalam kajian rintis adalah seramai 10
hingga 20 orang. Oleh itu bilangan sampel seramai 20 orang dianggap mencukupi untuk
pengkaji menganalisis kesahan luaran dan indeks kebolehpercayaan soal selidik.

Setelah mendapat kebenaran daripada guru besar, pengkaji mengeposkan link


borang soal selidik (google form) dalam group whatsapp yang sama dengan borang soal
selidik yang akan diberikan kepada sampel kajian yang sebenar kepada guru-guru yang
dipilih. Para guru diberi masa selama satu minggu untuk menjawab dan mengembalikan
borang soal selidik yang lengkap berserta dengan cadangan mereka kepada pengkaji.
Cadangan-cadangan guru akan dicatatkan bertujuan untuk memperbaiki borang soal
selidik yang akan digunakan dalam kajian sebenar. Dengan adanya kajian rintis, pengkaji
dapat menganalisis semula item-item yang tersedia dan menyingkirkan item-item yang
mengelirukan. Semua item soal selidik dimurnikan dan dimantapkan dengan mengikut
kesesuaian dan kefahaman sampel yang menjawab soal selidik itu.

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan


Menurut Fraenkel, Norman dan Wallen (2005), kesahan diberi definisi sebagai ketepatan
(appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan
kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan.
Creswell (2002) pula berkata bahawa kesahan adalah sejauh manakah sesuatu instrumen
mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dengan ini, Mohd Majid (1990) mengatakan
bahawa sesuatu instrumen yang dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah
kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi. Kebolehpercayaan
pula boleh ditakrif sebagai satu konsep yang merujuk kepada ketelakan dan kestabilan
sesuatu ukuran atau alat ukur atau kajian soal selidik yang merentasi masa terhadap
sesuatu gagasan. Menurut Sabitha Marican (2005), kebolehpercayaan bertujuan untuk
mengetahui sama ada ukuran ini memberi jawapan yang sama apabila ia digunakan
dalam mengukur konsep yang sama kepada responden yang sama.
Pengkaji menggunakankaedah Cronbach Alpha daripada SPSS untuk menilai
pekali kebolehpercayaan dan kesahan konstruk. Analisis realibiliti telah digunakan oleh
pengkaji untuk mengesahkan sama ada item-item tersebut menunjukkan cabaran dan
kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam sistem penggiliran sekolah
rendah. Menurut Mohd Najib (1999), berdasarkan Pekali Cronbach Alpha, nilai yang
boleh diterima dalam satu kajian merupakan 0.8 hingga 1.0. Jadual 3.7 menunjukkan
nilai Cronbach Alpha dan kebolehpercayaannya.

Jadual 3.7:
Julat Nilai Cronbach Alpha dan Tahap Kebolehpercayaan

Nilai Cronbach Tahap Rumusan


Alpha Kebolehpercayaan
0.80 – 1.00 Tinggi Item boleh diterima
0.60 – 0.79 Sederhana Ubah sebilangan
item
Kurang daripada Rendah Ubah semua item
0.60

Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi melalui kajian rintis ini ialah 0.812.
Nilai Alpha ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan di mana
semua item boleh diterima. Oleh itu, item-item soal selidik ini boleh digunakan dalam
kajian sebenar.

3.8 Prosedur Kajian


Proses kajian dimulakan dengan mengenalpasti permasalahan kajian, membina objektif
kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi tujuan pengutipan
data. Pengkaji telah menjalankan beberapa langkah untuk menjayakan kajian ini.

Pada awalnya, pengkaji mendapatkan kebenaran daripada guru besar sekolah


kebangsaan untuk menjalankan kajian di bawah panitia seliaan beliau. Setelah mendapat
kebenaran daripada guru besar, pengkaji pula memberi taklimat yang ringkas kepada
guru-guru yang terpilih sebagai responden supaya penjelasan berkaitan tujuan kajian
yang akan dijalankan amat jelas serta menerangkan dan menghuraikan cara menjawab
borang soal selidik tersebut. Akhirnya, pengkaji akan menganalisis data menggunakan
perisian SPSS setelah responden mengembalikan borang soal selidik secara atas talian
(google form) dan seterusnya menulis laporan kajian. Berikut merupakan carta alir
prosedur pengumpulan data oleh pengkaji.

Mengedarkan borang soal selidik

Menganalisis borang soal selidik

Menganalisis dapatan setiap item

Analisis dibuat dengan perisian SPSS

Membuat laporan tentang dapatan, perbincangan


dan membuat rumusan kajian

Rajah 3.1: Carta alir proses mengumpul data

3.9 Tatacara Penganalisisan Data


Data-data yang dijawab oleh guru melalui google link borang soal selidik telah diproses
dengan menggunakan SPSS (Statistical Packages For the Social Sciences) versi 23.
Analisis deskriptif dan analisis inferensi telah digunakan bagi menganalisis data dalam
kajian ini.
3.10 Rumusan
Metodologi kajian telah dibincangkan dalam bab ini. Metodologi kajian memainkan
peranan yang penting dalam sesebuah kajian kerana metodologi yang tepat akan
memudahkan proses pengumpulan data dan penganalisisan. Penggunaan kaedah atau
prosedur yang tidak tepat akan mempengaruhi keputusan kajian. Oleh itu, metodologi
dan kaedah kajian yang dijalankan perlu diberi perhatian semasa merancang sesuatu
kajian. Dalam kajian ini, kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik telah
dijalankan terhadap guru sekolah rendah daerah Klang, Selangor.

You might also like