You are on page 1of 21

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Latar belakang PdPR semasa pandemik Covid-19 4

3.0 Isu dan cabaran yang dihadapi 7

4.0 Cadangan penyelesaian 12

5.0 Kesimpulan 18

RUJUKAN 20

0
TAJUK: PELAKSANAAN PDPR SEMASA PANDEMIK COVID-19: ISU DAN CABARAN
YANG DIHADAPI GURU DAN MURID.

1.0 PENGENALAN

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus
ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca
daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada
mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei,
China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
pada 11 Mac 2020. (Wikipedia) Penyebaran wabak ini bukan sahaja ancaman terbesar
kepada kesihatan manusia tetapi juga telah menganggu sosioekonomi global termasuklah
bidang pendidikan dalam hamper ke semua negara di dunia ( Lekhraj Rampal, 2020:
Rohayati Junaidi et al.2020). Tidak terkecuali Malaysia turut terkena tempiasnya.

Akibat daripada peningkatan kes, pada 16 Mac 2020, jam 10 malam waktu Malaysia,
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan rasmi secara
langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di
bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah Kawalan Pergerakan ini bermula pada 18 Mac 2020 dan melibatkan larangan
menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti
keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah
ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit
dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. (New Straits Times, 2020).
Sektor pedidikan juga turut terlibat apabila turut diumumkan penutupan semua taska,
sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah
antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-
universiti bagi sama-sama dalam usaha mengekang wabak ini dari terus merebak.

1
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah tepat apabila mengarahkan
guru dan murid melaksanakan PdPR iaitu Pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi
menggantikan pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang telah lama
menjadi lanskap pendidikan di Malaysia. Pengajaran guru telah diubah dari pendekatan
konvensional kepada penerimaan teknologi PdPc dalam talian (Aboagye et al. 2020). Malah
sehingga tahun 2021 PdPR terus dilaksanakan jika angka bilangan kes yang dijangkiti Covid
meningkat.

Selanjutnya, wabak ini telah mengubah cara hidup di seluruh dunia yang mengawal
pergerakan manusia. Oleh itu, penutupan isntitusi pendidikan telah memberi kesan kepada
lebih daripada 60% pelajar terutamanya negara yang mengalami kes positif tertinggi sebagai
langkah kecemasan untuk membasmi penularan virus ini (Alqahtani et al. 2020).

Shazarina et al. (2020), berpendapat bahawa perubahan ini telah membawa


kebimbangan dalam kalangan murid mahupun guru juga turut berhadapan dengan
keresahan yang tersendiri. Hal ini kerana, walaupun guru bersemangat dalam menyediakan
bahan-bahan PdP, namun jika tidak mempunyai penyertaan dan kesediaan daripada pelajar
maka objektif sesi PdP tidak dapat dicapai dengan sempurna (Muniroh et al. 2020).
Pernyataan ini sokong oleh Siti Balqis dan Muniroh (2020) yang menyatakan bahawa
terdapat segilintir murid tidak memberi kerjasama dan masih belum bersedia dengan PdP
dalam talian

Turut terlibat dengan arahan melaksanakan PdPR ini ialah guru-guru serta murid-
murid Pendidikan Khas. Tentunya terdapat pelbagai isu dan cabaran yang perlu dihadapi
bagi warga pendidik dan murid-murid khas ini. Maklum mengetahui cabaran dalam mendidik
anak-anak khas ini, ditambah lagi dengan pengajaran yang dilakukan atas talian tanpa
bersemuka dengan mereka. Penyampaian ilmu perlu diteruskan walau dengan apa cara
sekali pun bagi membolehkan proses aliran ilmu kepada murid tidak terputus atau
tergendala. Di sini perlunya kepantasan dan perancangan yang teliti oleh golongan pendidik
untuk memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai bagi melaksanakan tanggungjawab
menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Kerjasama yang padu dari semua pihak
termasuk dari kementerian, ibu bapa, murid dan masyarakat bagi memastikan apa yang
dirancang dapat direalisasikan dan penyampaian ilmu mencapai objektifnya.

2
2.0 LATAR BELAKANG PDPR SEMASA PANDEMIK COVID-19

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat


akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa
hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka
tidak dapat hadir ke sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia). PdPR adalah satu
singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Langkah Kementerian Pendidikan
Malaysia memperkenalkan PdPR sebagai kegunaan pembelajaran semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di tahun 2020 dan berlanjutan sehingga kini adalah satu
tindakan yang pantas dan bijak bagi meyokong kerajaan untuk mengekangi wabak Covid-19
daripada terus berleluasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia turut mengeluarkan Manual pelaksanaan PdPR


bagi memudahkan para pendidik melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran
norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Bahagian di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Manual PdPR 1.0 dikelaurkan pada 2 Oktober
2020 dan ditambah baik dengan Manual PdPR 2.0 yang dikeluarkan pada 2 Februari 2021.

Shazarina et al. (2020) berpendapat bahawa perubahan ini telah membawa


kebimbangan dalam kalangan murid mahupun guru juga turut berhadapan dengan
keresahan yang tersendiri. berhadapan dengan keresahan yang tersendiri. Hal ini kerana,
walaupun guru bersemangat dalam menyediakan bahan-bahan PdP, namun jika tidak
mempunyai penyertaan dan kesediaan daripada pelajar maka objektif sesi PdP tidak dapat
dicapai dengan sempurna (Muniroh et al. 2020). Pernyataan ini sokong oleh Siti

3
Balqis dan Muniroh (2020) yang menyatakan bahawa terdapat segilintir murid tidak
memberi kerjasama dan masih belum bersedia dengan PdP dalam talian.

Muniroh et al. (2020) menyatakan kesediaan pelajar telah melibatkan suasana PdP
yang jelas berlainan semasa pandemik Covid-19 berbanding sebelum ini kerana hampir
keseluruhan kaedah PdP perlu dilakukan secara atas talian. Beliau berpendapat bahawa
murid-murid memerlukan motivasi yang tinggi daripada keluarga dan persekitarannya
kerana mereka berada dalam lingkungan pemerhatian ibu bapa secara
keseluruhannya. Mohd Fairuz et al. (2020), murid boleh dipengaruhi dengan aspek psikologi
dari segi emosi, tekanan dan sikap. Hal ini disebabkan kerana halangan yang dilalui oleh
murid semasa mereka bersedia dengan keinginan yang tinggi, tetapi situasi menjadi
penghalangnya.

Definisi operasi seperti yang diterangkan di dalam Manual Pelaksanaan PdPR yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat
komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam
talian dan/atau luar talian dan/atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PDPR
mestilah memenuhi prinsip asas yang diperlukan bagi memberi ruang dan peluang kepada
pihak sekolah mengatur strategi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara optimum. Hal ini demikian kerana setiap sekolah unik dan mempunyai
keperluan serta cabaran tersendiri.

Seperti yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dan Akta OKU 2008,
murid OKU perlu memperoleh pendidikan sama rata dengan pelajar arus perdana. Tidak
ketinggalan juga di dalam pelaksanaan PdPR ini. Tentunya terdapat cabaran yang perlu
dihadapi bagi merealisasikan matlamat ini.Bagaimanapun, kurikulum, kaedah dan teknik
pengajaran serta pembelajaran memerlukan pengubahsuaian. Ini bermaksud perlunya guru
Pendidikan Khas memikirkan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengoptimumkan
isi pengajaran dapat diterima sepenuhnya oleh murid disamping memikirkan apa jua ruang,
peluang dan kekangan yang murid mereka hadapi. Penyampaian kurikulum akan lebih
berkesan sekiranya guru pendidikan khas berjaya menggunakan bahan pengajaran interaktif
mengikut keupayaan dan keperluan yang berbeza.

Kaedah Home Based Learning (HBL) adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan
guru, murid dan ibu bapa (Radzi Jidin, 2020). Menurut Li Ming yong et al. (2020), home

4
based learning merupakan kaedah pembelajaran dari rumah dan bukannya di sekolah
ataupun di kampus. Ini memberi fleksibiliti kepada pelajar dan guru untuk menyesuaikan diri
dengan komitmen lain termasuk keluarga, pekerjaan dan aktiviti rekreasi. Menurut
Tamilmullail dan Salini (2020), pengalaman norma baharu memerlukan semua guru
meningkatkan serta membuat kesiapsiagaan dalam ilmu, kompetensi, keupayaan,serta
kemahiran dalam meneruskan kaedah PnP secara atas talian. Melalui aspek penyampaian
ilmu, pentaksiran serta pengajaran, kesiapsiagaan dapat dilihat. Demi melahirkan generasi
yang celik dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK), guru perlu ada anjakan
paradigma untuk menerima senario baharu.

Menurut Irma Mahad, Ugartini dan Intan (2021) Musibah yang melanda negara sedikit
sebanyak telah memberi impak terhadap penggunaan pembelajaran atas talian. Penularan
Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memperlihatkan kepentingan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dalam norma baharu. Selain itu,
pelaksanaan PdPr secara dalam talian merupakan pengalaman baharu dalam proses
pembelajaran murid.

5
3.0 ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI

Pelajar, guru dan ibu bapa berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Isu yang pertama ialah isu kesediaan guru dan
murid menguasai kemahiran teknologi terkini yang merupakan perkara wajib bagi
melaksanakan proses PdPR itu. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti
cabaran yang dihadapi oleh guru-guru semasa melaksanakan pembelajaran dalam talian
melalui pendekatan Home Based Learning dalam tempoh pandemik Covid-19 (Arifah Prima
dan Lis Prasetyo (2020); Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020);
Rasmitadila et al. (2020); Lapada et al. (2020); Ramakanta dan Sonali (2020); Deepika
Nambiar (2020) dan Mohammed Amin et al. (2020). Hal ini demikian kerana pertukaran
kaedah pembelajaran daripada pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran
secara dalam talian berlaku secara tiba-tiba. Guru dan murid perlu memahirkan diri dalam
masa yang singkat bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan daripada mengikuti proses
PdPR ini. Bagi murid berkeperluan khas pula, jika mereka berada dalam kategori
berkefungsian rendah, amatlah sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran teknologi ini
dan bantuan ibu bapa diperlukan sepenuhnya untuk membimbing ketika proses PdPR itu
berlangsung.

Sebelum berlakunya pandemik Covid-19 ini atau sebelum berlakunya pelaksanaan


PdpR, telah lama wujudnya PdPc dalam talian yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan contohnya Google Classroom. Namun mengikut Sidharta (2020), PdPc dalam
talian Google Classroom masih kurang digunakan oleh guru dalam memupuk minat pelajar
untuk belajar. Selain itu, ramai guru yang kurang mahir mengahadapi cabaran untuk

6
menggabungkan teknologi dalam pengajaran kelas mereka dengan berkesan (Amala et al.
2020). Walaupon Google Classroom mempunyai ciri-ciri yang cukup lengkap, malangnya
sehingga kini masih ramai guru di sekolah yang tidak mengetahui sepenuhnya tentang
penggunaan Google Classroom (Fauzan et al. 2019).

Mengikut kajian Yogeswary dan Helmi (2021), guru yang berpengalaman dari 1 hingga
20 tahun mempunyai kemahiran teknologi berada pada tahap tinggi berbanding 21 tahun ke
atas. Kumpulan pengalaman mengajar 21 tahun ke atas adalah kumpulan yang suka
menggunakan pendekatan pengajaran secara tradisional dan tidak mudah mengadaptasikan
perubahan dalam PdPc dalam talian. Guru juga berasa takut dan sukar untuk belajar
teknologi baharu (Shampa, 2016). Kesediaan kemahiran untuk menghadapi perubahan ke
arah penggunaan teknologi yang tinggi oleh guru haruslah diatasi bagi menghasilkan proses
PdPR yang efektif.

Isu yang seterusnya ialah isu kesediaan daripada segi peranti dan capaian internet.
Alat memudah cara pendidikan seperti capaian internet dan peranti sudah menjadi keperluan
asas dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini. Bagaimanapun
capaian internet yang kurang memuaskan dan harga gajet komunikasi seperti telefon pintar
dan tab yang agak mahal, terutama kepada golongan kurang berkemampuan merupakan
cabaran terbesar kepada ibu bapa, khususnya di kawasan pedalaman bagi memastikan
PdPR berjalan lancar. Kekurangan prasarana terutamanya internet di kawasan luar bandar
menjelaskan yang Malaysia masih belum bersedia dengan menggunakan kaedah
pembelajaran secara atas talian. (Tamilmullai dan Salini, 2020).

Menurut Wei Boon Quah (2020) pelajar memerlukan data internet yang tinggi bagi
menampung data penggunaan untuk semua subjek yang dijalankan secara dalam talian.
Selain itu, pelajar yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet yang
bagus juga akan menyusahkan dan menyukarkan mereka untuk mengikuti kelas PdPR ini.

Kelajuan capaian internet juga memainkan peranan penting untuk menjalankan


proses PdPR ini. Di mana jika jumlah kapasiti pengguna internet bertambah maka, capaian
kelajuan internet akan menjadi semakin lambat. Ini akan menimbulkan masalah untuk
melaksanakan proses PdPR dengan lancar dan tanpa gangguan.

7
Kos hidup dan latar belakang keluarga adalah antara faktor penting bagi
melengkapkan diri untuk menjalankan proses PdPR itu berlangsung. Bagi keluarga yang
mempunyai pendapatan tinggi, tiada kesukaran bagi mereka untuk menyediakan peranti dan
membeli pakej internet yang berkelajuan tinggi. Tetapi bagi keluarga yang berpendapatan
rendah, masalah ini adalah masalah paling utama yang mereka harus hadapi. Tambahan
pula bagi ibu bapa yang mempunyai anak lebih dari seorang sudah pasti akan memerlukan
penggunaan peranti yang lebih banyak bagi memastikan proses PdPR anak-anaknya dapat
diikuti dengan jayanya. Begitu juga bagi keluarga yang berada di luar bandar mereka kurang
diberi pendedahan mengenai peranti-peranti berteknologi kini yang menyebabkan murid
yang tinggal di luar bandar akan ketinggalan jauh berbanding murid yang tinggal di bandar.

Bagi guru pula, peranti-peranti tambahan seperti visualizer, komputer, mikrofon dan
sebagainya adalah satu keperluan untuk menghasilkan satu sesi PdPR yang menarik dan
efektif. Terdapat guru menghabiskan ribuan ringgit bagi melengkapkan diri dengan peranti
tambahan malah ada yang membina studio mini sendiri untuk merekod video rakaman
pengajaran untuk anak didiknya. Ini adalah satu bebanan baharu bagi guru untuk
melengkapkan diri bagi menghasilkan satu sesi pengajaran yang menarik minat murid.

Seterusnya, isu yang dikaitkan dengan PdPR ialah isu tumpuan atau fokus murid
ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Apabila belajar dari rumah,
murid tidak berhadapan dengan guru secara semuka dan pertemuan dilakukan secara virtual
sahaja. Maka terdapat halangan dari segi penumpuan mendengar arahan dan maklumat
yang diberikan oleh guru. Cabaran ini adalah yang paling besar dihadapi oleh guru-guru
pendidikan khas bagi mengajar anak-anak murid berkeperluan khas ini.

Murid bermasalah pembelajaran merupakan antara murid yang berisiko dalam aspek
pemahaman dan penyimpanan maklumat berikutan keupayaan mereka dalam memberi
tumpuan adalah lemah. Menurut Zalizan (2009), murid bermasalah pembelajaran merujuk
kepada murid yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran khususnya dari segi
membaca, menulis dan mengira. Agung (2003) menyatakan kelemahan daya tumpuan murid
bermasalah pembelajaran adalah disebabkan perhatian yang mudah teralih daripada satu
stimulus ke stimulus lain. Hal ini adalah disebabkan berikutan kesukaran untuk mengamati
dan menapis maklumat penting yang wujud daripada pelbagai rangsangan di persekitaran
mereka. Seterusnya ini akan menjejaskan beberapa kemahiran belajar termasuklah
mendengar dan menerima arahan, melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

8
pembelajaran serta kerap melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan kerja rumah
(Dogru, 2014). Dengan keadaan jarak jauh di antara murid dan guru, masalah tumpuan ini
amat sukar diatasi ditambah pula dengan gangguan-gangguan persekitaran yang mungkin
wujud ketika berada di rumah contohnya seperti bunyi televisyen, adik-beradik yang sedang
bergaduh atau apa sahaja gangguan yang boleh berada di sekeliling mereka yang
mengganggu tumpuan mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian ke atas maklumat
yang diberikan oleh guru semasa sesi pengajaran mereka.

Menurut Abdullah Yusof dan Safani Bari (2006) menyatakan bahawa murid
berkeperluan khas ini memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk membolehkan
mereka belajar dengan kekurangan atau kecacatan atau kelemahan yang dimiliki.

Dengan kata lain, pendidikan khas ialah satu perkhidmatan pendidikan yang
dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut. Kategori keperluan khas
atau keadaan dialami pelajar berkeperluan khas tidak sama, malah penerimaan mereka
terhadap topik diajar juga berbeza mengikut tiga aras keupayaan kognitif, afektif dan
psikomotor iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Guru akan menghadapi murid yang berbagai
tahap ini di dalam satu sesi pengajaran dan ini amatlah sukar kerana murid akan sukar
dikawal dari jarak jauh. Penyampaian ilmu serta maklumat semasa sesi pembelajaran juga
dikhuatiri akan tercicir akibat daripada masalah interaksi murid dan guru ini dan seterusnya
akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak akan dicapai.

Selain daripada masalah interaksi antara murid dan guru, kesukaran mendapat
kerjasama daripada ibu bapa juga menjadi satu cabaran utama bagi melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di rumah ini. (Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra
Khusuma, (2020) dan Ramakanta dan Sonali (2020). Bagi murid khas, kerjasama ibu bapa
amatlah diharapkan semasa pelaksanaan PdPR bersama guru. Kerana kekangan dan
masalah yang dihadapi oleh murid khas itu sendiri, ibu bapa perlu membimbing anak mereka
untuk menjalankan tugasan atau arahan yang diberikan oleh guru. Termasuklah
membimbing dalam penggunaan peranti dan akses internet. Jika kerjasama seperti ini tidak
diperolehi, akan menyebabkan murid-murid khas tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran
sepanjang tempoh pandemik ini.

Amalan kolaborasi sangat penting dilaksanakan dalam pendidikan terutamanya


dalam pendidikan khas. Kolaborasi mendatangkan banyak faedah kepada guru, ibu bapa

9
dan kanak-kanak (Sher & Bauer 1991; Dettmer 2012; Friend & Cook 2012). Kolaborasi yang
terbentuk antara guru dan ibu bapa dapat memberi kesan yang positif terhadap pencapaian
dan tingkah laku kanak-kanak (Hamilton-Jones & Vail, 2014). Pencapaian kanak-kanak
dilihat lebih baik sekiranya ibu bapa sering mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah dan
bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menyokong pembelajaran anak di rumah. Lebih-
lebih lagi ketika murid berada di rumah. Ibu bapa adalah sistem sokongan yang paling rapat
dengan murid. Kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah amatlah
bergantung kepada kolaborasi yang baik antara guru dan ibu bapa murid.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah bukan saja menuntut disiplin tinggi
pelajar malahan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting demi memastikan anak-
anak mereka tidak tercicir. Bagaimanapun itu bukan perkara yang mudah untuk dilakukan
dan ternyata memberi cabaran kepada ibu bapa khususnya mereka yang bekerja dan
menyebabkan mereka tidak dapat memantau sesi pembelajaran anak-anak di rumah. Lebih-
lebih lagi jika ibu bapa tersebut mempunyai bilangan anak yang ramai dan kesemuanya
menuntut untuk diberikan bimbingan sewaktu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak-anak, malah lebih
mengutamakan pekerjaan mereka sepanjang tempoh PKP akan mengurangkan motivasi
dalam kalangan anak-anak. (Zamri dan Anita 2020). Ibu bapa perlu bertanggungjawab atas
pendidikan anak-anak dengan menyediakan keperluan untuk pembelajaran dalam talian
serta sentiasa memotivasikan anak-anaknya untuk belajar kerana kini anak-anak berada
linkungan pemantauan ibu bapa. Kejutan secara tiba-tiba telah menyebabkan masyarakat
lebih mengutamakan ekonomi keluarga berbanding pendidikan anak-anak dan seterusnya
menyebabkan anak-anak tertinggal dalam pelajaran.

10
4.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Pelaksanaan PdPR mengundang pelbagai cabaran yang tidak pernah diduga selama ini
bukan sahaja dalam kalangan guru tetapi juga murid-murid dan ibu bapa. Perubahan secara
mendadak kaedah pembelajaran dari kaedah konvensional kepada konsep PdPR ekoran
penutupan sekolah bagi menyekat penyebaran virus COVID-19 sedikit sebanyak
mengundang rasa terkejut seketika dalam kalangan guru-guru dan mengambil masa
menyesuaikan diri dengan normal baharu dalam melaksanakan PdPR ini. Cabaran-cabaran
dan segala isu yang dihadapi untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah ini memerlukan solusi yang sewajarnya agar proses PdPR dapat berjalan dengan
lancar.

Bagi isu yang pertama iaitu isu kesediaan guru dan murid menguasai kemahiran
teknologi terkini, guru dan murid perlu belajar menerima perubahan yang menuntut kita
untuk beradapatasi dengan norma baharu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
membantu dengan menggariskan beberapa ketetapan sebagai panduan kepada guru-guru.
KPM telah menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Team untuk
memudahkan guru melaksanakan pengajaran secara dalam talian. Melalui pautan tersebut,
guru-guru dengan mudah dapat mengakses buku teks digital, pelbagai video PdP (Eduweb,
Cikgoo Tube) dan pautan pembelajaran interaktif seperti Edpuzzle, Quizizz, Kahoot.

Guru juga harus mempunyai kesedaran untuk mempertingkatkan ilmu bagi


mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran di era pandemik Covid-19 ini. Pelbagai ilmu
dikongsi oleh guru-guru pakar di dalam sesi webinar, youtube dan sebagainya bagi

11
membantu guru yang lemah dari segi teknologi maklumat. Motivasi guru-guru ini juga perlu
dipertingakatkan agar kegusaran atau ketakutan mereka untuk menggunakan segala
teknologi dapat dielakkan. Menurut Prof Madya Dr Abdul Rahim Razalli, Dekan Fakuliti
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi memastikan kaedah secara
dalam talian lebih berkesan, KPM diharap dapat memberikan kursus dalam tempoh terdekat
kepada guru pendidikan khas berhubung penyediaan bahan bantu mengajar berbentuk
pelbagai media selari dengan IR 4.0 dalam masa yang sama memperkasakan pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif ini dicapai sebaik mungkin supaya dirasai oleh warga pendidik
di Malaysia. (Berita Harian, 2021)

Pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan teknologi PdPR ini bukan hanya penting
kepada guru dan murid, malah ibu bapa dan ahli keluarga lain kerana PdPR melibatkan
berbagai kaedah. PdPR dalam talian dan luar talian memerlukan penyediaan peranti yang
sesuai seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dengan capaian Internet.
Suka atau tidak, mahir atau tidak, ibu bapa perlu mengambil tahu akan aspek teknikal ini.
Misalnya pendaftaran akaun Google, mencari mata pelajaran dalam Google
Classroom, melayari Cikgootube, mencari bahan di platform DELIMa atau ‘Digital
Educational Learning Initiative Malaysia’, sehinggalah kepada penyertaan anak-anak melalui
kelas dalam talian dengan cara mengaktifkan mikrofon dan mod video. Lebih-lebih lagi untuk
murid berkeperluan khas yang perlu dibimbing sepenuhnya oleh ibu bapa mereka.

Untuk isu berkaitan kesediaan daripada segi peranti dan capaian internet,
Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyedari bahawa tidak semua murid dapat
mengikuti pembelajaran secara maya disebabkan keterbatasan liputan internet khususnya
murid-murid yang tinggal di luar bandar dan pedalaman. Oleh itu, garis panduan yang
disediakan turut menggariskan alternatif kaedah pembelajaran kedua iaitu guru-guru boleh
mengarahkan murid-murid melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks,
buku kerja, buku ulangkaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2020).

Mod-mod pembelajaran PdPR yang ditetapkan oleh KPM ialah pembelajaran secara
dalam talian (online), luar talian, dan gabungan pembelajaran dalam talian dan luar talian.
Ketiga-tiga mod pembelajaran yang diberikan tersebut adalah bersesuaian dengan konsep
PJJ (Mohd Noor Salleh, 2000) di mana murid belajar bersendirian, tidak bertatap muka dan
terpisah daripada guru serta proses pembelajaran di kawal oleh murid sendiri. Bagaimana

12
pun, pemilihan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru adalah lebih banyak
bergantung kepada faktor murid. Misalnya, mod pembelajaran secara maya dilaksanakan
jika murid-murid mempunyai peranti yang sesuai dan kemudahan talian internet. Pemilihan
mod ini memberi ruang kepada guru untuk membuat pilihan yang sesuai bagi memastikan
perjalanan proses PdPR bersama murid berjalan dengan lancar.

Pihak Kerajaan Malaysia juga dilihat begitu komited untuk menyelesaikan isu
keperluan murid untuk PdPR apabila pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan subsidi pembelian telefon RM300 untuk isi rumah
penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan
menyokong agenda pendigitalan negara. Khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak
bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Bantuan daripada pihak
kerajaan ini amatlah dialu-alukan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh setiap ibu
bapa penjaga murid-murid khas yang tidak berkemampuan.

Dari segi capaian internet pula, Kerajaan Malaysia turut digesa oleh Presiden Ikatan
Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru), Mohd Azizee Hasan, dengan berkata kerajaan perlu
meningkatkan lagi capaian internet terutama di kawasan pinggir bandar dan pedalaman
untuk memastikan pelaksanaan PdPR lebih berkesan (Berita Harian, 2021).

Selain daripada itu, kewujudan saluran Didik TV adalah alternatif terbaik kepada
pelajar dan murid yang menghadapi masalah mendapatkan peranti dan capaian Internet
terutama bagi luar bandar dan kurang berkemampuan. Profesor Datuk Dr Abdul Rashid
Mohamed dari Akademi Profesor Malaysia berkata, menerusi saluran pendidikan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat menghasilkan bahan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) sesuai dengan keperluan dan kehendak masyarakat, malah
ibu bapa juga dapat bersama memantau PdPR anak masing-masing (Harian Metro, 2020).

Guru juga boleh menyediakan modul pengajaran yang mengandungi nota serta
tugasan lengkap dan diserahkan kepada murid sebagai alternatif mengatasi murid yang
mempunyai masalah menggunakan peranti serta masalah capaian internet yang rendah.

Cadangan penyelesaian bagi isu tumpuan atau fokus murid ialah, pertama sekali
guru perlu memastikan pengajaran yang diberikan adalah menarik dan sesuai dengan murid
mereka. Seperti yang dicadangkan oleh Prof Madya Dr Abdul Rahim Razalli, Dekan Fakuliti

13
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dalam memastikan penyampaian
PdPR yang berkesan kepada pelajar pendidikan khas, guru mestilah menggunakan teknik
dan gaya belajar berkonsepkan Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) yang membabitkan
gaya belajar menggunakan deria penglihatan (visual), mendengar (auditori) dan gerakan
(kinestetik). (Berita Harian, 2021).

Kaedah Gaya Belajar VAK:

1. Kaedah gaya belajar secara visual dapat diaplikasi menggunakan media interaktif yang
menarik melalui huruf, saiz teks, font warna, imej dan grafik.

2. Gaya pembelajaran secara auditori pula memerlukan bahan bantu mengajar yang
menggabungkan imej dan suara jelas supaya maklumat yang diterima oleh murid khas dapat
difahami serta diingati dalam jangka panjang.

3. Gaya belajar kinestatik memerlukan murid khas melaksanakan secara langsung (hands-
on), kebiasaannya guru khas melaksanakan pengajaran dalam mata pra vokasional iaitu
masakan, jahitan dan pertanian.

Gabungan gaya belajar menggunakan VAK berjaya dilaksanakan semasa PdPR


kepada murid kategori austime, sindrom down, lembam dan ADHD melalui penggunaan
rakaman video dan pautan di Youtube. Pada masa yang sama penilaian hasil pembelajaran
turut menggunakan 'google form' dan aplikasi pembelajaran, wordwall.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) buat murid berkeperluan khas perlu
berkonsepkan ‘fun-learning’ walaupun dijalankan secara dalam talian agar mereka tidak
tercicir. Guru harus bijak merancang dan mengaplikasikan segala ilmu berkaitan pedagogi
murid pendidikan khas bagi menyediakan bahan pengajaran yang menarik minat dan
tumpuan murid.

Guru-guru juga harus giat menjalankan inovasi berkaitan kaedah pengajaran yang
menarik minat anak murid mereka. Aplikasi-aplikasi yang mesra pengguna haruslah
diperbanyakkan bagi memudahkan murid mendapat ilmu pengetahuann dengan mudah.
Kajian-kajian kes juga perlu diperbanyakkan bagi mengkaji permasalahan-permasalahan di
setiap genap peringkat.

14
Menurut kajian Siti Nurbaizura dan Nurfaradila (2020) serta Aida Shuhaida dan
Rohizani (2020) yang mendapati bahawa pengajaran guru secara dalam talian sepanjang
tempoh PKP telah menarik minat dan motivasi murid untuk mengikuti sesi PdP. Guru
mendapati murid berasa seronok dan tidak berasa bosan apabila belajar menggunakan
pelbagai aplikasi digital dalam talian seperti whatsapp, telegram, google classroom, google
meets dan lain-lain. Murid -murid juga didapati terlibat aktif dalam setiap sesi PdPR dalam
talian.

Selain itu, gangguan terhadap tumpuan murid khas semasa berlakunya proses
pembelajaran juga haruslah diminimakan. Sewaktu kelas berlangsung, pastikan suasana di
sekeliling senyap, menggunakan bilik khas untuk sesi PdPR, dan menetapkan masa yang
sesuai untuk melaksanakan PdPR bagi membiasakan murid khas ini dengan rutin harian
mereka. Keadaan fizikal dan emosi murid juga harus dalam keadaan yang baik dan selesa.
Misalnya pastikan murid kenyang dahulu, mandi dan segar bagi mengelakkan murid tantrum
sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Faktor-faktor ini haruslah dititiberatkan oleh ibu
bapa bagi menjayakan proses PdPR anak mereka.

Untuk isu berkaitan kerjasama daripada ibu bapa, perlunya ibu bapa diberikan
kesedaran sepenuhnya mengenai kepentingan peranan mereka dalam menjayakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Kejayaan anak mereka dalam menjayakan sesi
pembelajaran tersebut bergantung kepada usaha ibu bapa juga. Semasa system
konvensional Pdp dilaksanakan, penglibatan ibu bapa boleh dikatakan di tahap agak
minimum. Sebaik sahaja anak dihantar ke sekolah, ibu bapa menyerahkan sepenuhnya
tanggungjawab kepada guru. Hanya sekali-sekala memantau perkembangan anak dan
bertemu guru apabila perlu.

Namun, penglibatan ibu bapa dalam proses PdPR agak berbeza kerana harus seiring
dengan penglibatan guru. Menjadi guru di rumah dalam menjayakan proses PdPR adalah
cabaran besar bagi ibu bapa. Bermula daripada menyediakan kemudahan dan peralatan
berkaitan seperti komputer atau telefon berserta talian internet yang aktif sehinggalah buku
teks, aktiviti dan latihan berkaitan serta peralatan alat tulis namun semua ini harus dihadapi
bersama-sama bagi mengelakkan anak-anak sendiri tercicir dari pelajaran.

15
Jika sebelum ini, Ibu bapa mahir menggunakan WhatsApp dan Facebook sebagai
saluran komunikasi, namun mereka tidak pernah mengenali Google Classroom, Google
Meet, Zoom, Microsoft Teams dan sebagainya. Di sini Ibu bapa perlu meningkatkan
kemahiran diri untuk memahirkan diri menggunakan teknologi terkini seiring dengan
peredaran zaman.

Jika menggunakan DidikTV, ibu bapa perlu memastikan dan memantau waktu siaran
yang bersesuaian dengan anak-anak mereka. Semasa proses PdPR berlangsung, ibu bapa
perlu membantu untuk klik pautan berkaitan, juga kemahiran-kemahiran asas lain berkaitan
komputer. Di samping itu, adakala ibu bapa perlu membantu untuk menjawab soalan dan
aktiviti berkaitan. Penglibatan ibu bapa amat perlu kerana agak sukar bagi anak-anak yang
baharu mencuba untuk beradaptasi dengan kaedah ini untuk melakukannya tanpa bantuan
orang lebih dewasa di sisi mereka lebih-lebih lagi untuk murid berkeperluan khas.

Menurut Prof Madya Dr. Che Hasniza Che Noh, Pensyarah di Universiti Malaysia
Terengganu menyatakan, pelaksanaan PdPR boleh juga dilakukan secara luar talian, namun
dalam situasi pandemik ini, pentingnya hubungan antara guru dan murid serta ibu bapa
untuk berbincang solusi terbaik bagi menjalankan proses PdPR ini. Di pihak ibu bapa pula,
sekiranya ada masalah yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak mereka atau tidak
dapat mengikuti kelas dengan baik, perlulah dimaklumkan kepada guru. Dalam situasi getir
ini, ibu bapa dan guru perlu saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain demi
kelangsungan pembelajaran anak-anak (Utusan Malaysia, 2021).

Sememangnya cabaran ibu bapa di dalam keadaan ini sangatlah mencabar, ibu bapa
yang bekerjaya pasti akan merasa terbeban untuk memantau pembelajaran anak-anak
mereka juga, tetapi kesedaran perlulah ditingkatkan agar penglibatan ibu bapa ini sekurang-
kurangnya dapat membantu kejayaan pelaksanaan PdPR. Ibu bapa berkerjaya perlu bijak
mengurus masa dengan sebaiknya bagi mengelakkan mereka berasa penat dan terbeban
dengan tanggungjawab yang dipikul ini. Selain daripada memastikan anak-anak mengikuti
PdPR, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memantau anak-anak mereka supaya
tidak tercicir dan memastikan anak-anak berdisiplin ketika mengikuti sesi PdPR tersebut.

16
5.0 KESIMPULAN

Setiap kaedah pembelajaran pastinya mempunyai cabaran masing-masing dalam


menyampaikan maklumat dan tidak terkecuali bagi PdPR apatah lagi ia adalah norma
baharu yang perlu dikendalikan oleh guru serta murid. Pastinya sangat sukar namun apakan
daya ianya perlu diteruskan jua bagi mengelakkan murid-murid tertinggal dalam proses
mendapatkan ilmu pengetahuan. Peranan semua pihak amatlah diharapkan bagi mengatasi
setiap isu dan cabaran yang perlu diselesaikan ini. Anjakan kehidupan ke arah norma
baharu perlu diadaptasi dengan segera dalam mengahdapi cabaran Pandemik Covid-19 ini.

Pihak Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri haruslah


mencari jalan yang sesuai untuk membantu guru-guru menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai pendidik dalam keadaan meruncing ini. Sokongan padu daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia sendiri akan meningkatkan semangat guru-guru untuk meneruskan
proses pembelajaran dan pengajaran di rumah. Kerajaan Malaysia harus menggerakkan
kementerian-kementerian terlibat untuk meningkatkan infrastruktur capaian internet di
kawasan-kawasan pedalaman khususnya bagi mengelakkan terdapatnya murid-murid yang
tercicir. Kajian-kajian oleh penyelidik untuk inovasi bagi penggunaan teknik atau aplikasi
yang baharu yang bersesuaian dan memudahkan semua pihak amatlah diharapkan.
Bantuan kewangan haruslah disalurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk
membeli peranti atau kemudahan yang berkaitan.

Guru pula haruslah berubah mengikut peredaran masa. Kemahiran diri mengenai
teknologi-teknologi terkini haruslah dimantapkan dari masa ke semasa. Bergiat aktif

17
merancang dan memikirkan teknik yang bersesuaian untuk meningkatkan minat murid
menghadiri kelas PdPR yang perlu dilaksanakan. Murid pula seharusnya berubah dengan
membiasakan diri dengan norma baharu sistem pembelajaran yang telah berubah secara
drastik akibat ancaman Pandemik Covid-19 ini.

Peranan dan komitmen serta kolaborasi ibu bapa dan guru dalam memastikan
pembelajaran dalam talian berjalan dengan lancar adalah amat penting. Motivasi ibu bapa
serta murid perlu dipertingkatkan agar kesedaran berkaitan pentingnya ilmu di dalam masa
yang sama menghadapi pandemik Covid-19 ini. Hak anak-anak untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan bagi panduan mereka di masa hadapan tidak harus diketepikan.

Kesimpulannya, penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PdPR ini haruslah


dipandang dari sudut positif oleh semua pihak. Semua pihak perlu berkerjasama bagi
menjayakan PdPR ini. Elakkan menunding jari tetapi seharusnya bersama-sama mencari
jalan penyelesaian bagi memperbaiki dan menambah baik segala kekurangan yang ada.
Perkara paling penting sekali dalam kalangan masyarakat adalah sentiasa tidak hilang
semangat dalam menimba ilmu, demikian juga dengan golongan pendidik agar tidak luntur
semangatnya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Berlapang dada dan bersedia dari
segi segala aspek dalam menerima senario perubahan baharu dalam dunia pendidikan yang
semakin mencabar ini.

18
RUJUKAN:

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di


Rumah. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-
pengajaran-dan-pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file
2. Tamilmullai T & Salini B. (2021). Cabaran PDPR Bahasa Tamil Di sekolah Luar Bandar.
Muallim Journal Of Social Science ang Humanities. 5 (2) 183-190.
3. Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan Guru
Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui Pendekatan Home Based Learning (HBL)
semasa tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language,
Education and Literature, 11, 46-57.
4. Nor Sahara Mesman & Zulkarnain Abd. Majid. (2021). Kajian Kesediaan Pelajar
Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Membendung Covid-19 Fasa 2. International Journal Of Education and Pedagogy. 3(1)
195-202.
5. Arifah Prima & Iis Prasetyo. (2020). Persepsi Guru Dampak Pandemi Covid-19 terhadap
Pelaksanaan Pembelajaran Daring di PAUD. Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5(1),
633-640.
6. Yogeswary Kuppusamy & Helmi Norman. (2021). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan
Melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik
Dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(1) 428-441.
7. Aida Shuhaida Mustafa & Rohizani Yaakub. (2020). An experimental approach by using
whatsapp for teaching and learning of Bahasa Melayu to International students at

19
engineering campus, due to pandemic Covid-19. PENDETA: Journal of Malay Language,
Education and Literature, 12, Edisi Khas: 1-9.
8. Irma Mahad, Ugartini Mageswaran & Intan Nur Syuhada hamzah. (2021). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu,11(1), 16-28.
9. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2020). COVID-19: Impak dalam pengajaran
dan pembelajaran. Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad ke-21,
449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
10. Berita Harian (2021). Teknik PdPR Murid OKU. Diperoleh daripada:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/05/820506/teknik-pdpr-murid-oku
11. Harian Metro (2021). Didik TV Tangani Isu Capaian Internet. (2021). Diperoleh daripada:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/676078/didiktv-tangani-isu-capaian-
internet.

20

You might also like