You are on page 1of 3

Soalan 1

Bincangkan saranan-saranan utama yang termaktub dalam Penyata Razak (1956)


Laporan Rahman Talib (1960) dan Jawatankuasa Kabinet (1979)

1.0 Penyata Razak 1956


Peralihan daripada pemerintahan penjajah kepada pemerintahan sendiri banyak
mempengaruhi perkembangan pendidikan negara sekitar tahun 1950-an dan awal
tahun 1960-an. Sistem pendidikan penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan
perintah iaitu penginstitusikan sistem pendidikan diasingkan mengikut kaum telah
dirombak semula kepada pengakomodasian keperluan pendidikan untuk semua
kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan Razak yang diperkenalkan pada April
1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran bagi
mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Nama laporan ini telah diambil
sempena nama Dato Abdul Razak Hussien, pengerusi Jawatankuasa Pelajaran
merangkap Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu. Laporan
Razak ini disanjung banyak pihak kerana ianya merupakan dokumen paling kuat
mempengaruhi perkembangan pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu (Roff 1967).
Laporan Razak dianggap sebagai batu asas dalam perkembangan pendidiikan di
Malaysia yang mana ia menyatakan:
pendidikan di
bahawa objektif akhir

beransur.” kanak-kanak
dan mestilah menyatukan

kebangsaan

kebangsaan
Perenggan bawah satu
(Penyata dari semua

utamanya,
pengantar
kita fahami “..bahawa

tidak boleh negara ini

bangsa di

walaupun
pelajaran
mestilah

di mana
bahasa

bahasa
adalah
sistem
dalam
kemajuan ke dasar

matlamat ini

12, 1956).
dipercepat

Razak
arah

Penyataan di atas jelas menunjukkan bahawa Laporan Razak ini mencerminkan


prinsip kompromi dan akodomasi dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan keturunan (Roff, 1967). Bukan sahaja itu, Laporan Razak 1956 ini
juga menjadi penggerak utama dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India berkomunikasi antara satu sama lain
dalam satu bahasa dan usaha untuk melahirkan satu identiti Malaysia. Matlamat
utama Penyata Razak 1956 ialah untuk membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan berlandaskan ciri-ciri seperti berikut:
i. Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar utama.
ii. Mengurangkan jurang perbezaan kaum dengan mengembangkan sistem
pendidikan yang bercirikan kesemarataan pendidikan untuk semua kaum Tanah
Melayu.
iii. Menyediakan kemudahan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih,
liberal dan progresif d
iv. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
untuk melahirkan masyrakat yang berkeupayaan memenuhi keperluan negara
yang merdeka disamping mengembangkan sistem pendidikan.
Bagi mencapai matlamat pembentukkan satu sistem pendidikan kebangsaan,
Penyata Razak telah mengemukakan 17 cadangan untuk membuat perubahan
kepada sistem pelajaran dari segi struktur dan kurikulum. Antara intipati saranan
yang terdapat dalam Laporan Razak 1956 adalah seperti yang berikut:
i. Jenis Sekolah dan penggunaan bahasa
a) Terdapat dua kategori utama sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SKR) yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu
dan Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) menggunakan bahasa
inggeris, cina dan tamil sebagai bahasa pengantar.
b) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai matapelajaran wajib
di peringkat sekolah rendah.
c) Murid keturunan Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah aliran Inggeris
layak mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid
ingin belajar.
d) Guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat
latihan sepenuh masa setahun atau separuh masa 2 tahun untuk mengajar
di sekolah peringkat rendah.
e) Sekolah menengah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sekolah
menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U
(2 tahun).
f) Terdapat satu jenis sekolah menengah sahaja yang menjadikan
matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran
wajib.
g) Sekolah menengah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan terbuka
kepada semua kaum.
h) Bagi memasuki sekolah menengah, pelajar diwajibkan lulus peperiksaan
memasuki sekolah menengah yang telah ditetapkan.

ii. Penubuhan Jawatankuasa


a) Pendidikan rakyat merupakan tanggungjawab kerajaan
b) Keseluruhan organisasi pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran pusat.
c) Penyeragaman kandungan kurikulum sekolah, latihan perguruan dan sistem
peperiksaan.
d) Pelantikan guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang berkelayakan.
e) Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan diikuti dengan Lembaga Pengelola
Sekolah untuk semua peringkat sekolah.

iii. Sistem peperiksaan.


a) Terbahagi kepada dua peringkat iaitu peperiksaan sekolah menengah
rendah dan peperiksaan sekolah menengah atas.
b) Pelajar dalam peringkat sekolah menengah rendah (Tingkatan 3) perlu lulus
Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.
c) Peperiksaan Sijil Persekutuan Tanah Melayu mempunyai taraf yang sama
dengan Cambridge Overseas Certificate dikhususkan untuk pelajar sekolah
menengah atas.
d) Peperiksaan Sijil tinggi Pelajaran (STP/HSC) dijalankan dalam kalangan
pelajar pra-U tahun kedua untuk memasuki universiti.
Rujukan:
Roff, M. (1967). The Politics of Language in Malaya. Asian Survey 7, 316-328.

You might also like