You are on page 1of 4

1) Bincangkan secara ringkas perkara-perkara berikut:

a) pengurusan persatuan

Persatuan

- Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan

berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat,


kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama.

- Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah
ditetapkan bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan pelajar.

Bagaimana persatuan ditubuhkan:

1. Pelajar membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan tujuan maklumat, aktiviti


kegiatan utama, peraturan persatuan dan ahli jawatankuasa Penaja.

2. Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua/Guru Besar dengan


menyertakan dokumen-dokumen diatas (1).

3. Mendapat kelulusan penubuhan dan pendaftaran persatuan daripad Pengetua/Guru


Besar.

4. Mendaftarkan ahli-ahli persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar

5. Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan memilih ahli jawatankuasa persatuan,


merancang aktiviti tahunan dan pengesahan dokumen-dokumen peraturan persatuan.

6. Mengoperasikan persatuan

b) prosedur tetap perkhemahan

Perkhemahan: Sesuatu aktiviti penghidupan diluar sama ada dihutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Individu yang terlibat dalam perkhemahan perlu menerima &
memikul tanggungjawab terhadap pegurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri
dalam aktiviti berkaitan persekitaran mereka.

Prosedur Tetap Perkhemahan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu;


Sebelum perkhemahan

- Peraturan pelaksanaan perkhemahan iaitu kebenaran untuk mengadakan perkhemahan.

- Penubuhan organisasi perkhemahan iaitu jentera yang menggerakkan aktivti untuk


kumpulan contohnya penganjur, peserta, saiz kumpulan, syarat perkhemahan, kepimpinan
dan jawatankuasa.

Semasa Perkhemahan

- Memastikan kesihatan, kebajikan para perserta semasa perkhemahan terkawal.

- Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.

- Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan.

- Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap masa.

- Melakukan pemantauan terhadap aktivti yang dilakukan.

Selepas Perkhemahan

- Memastikan keperluan logistik dan peralatan dalam keadaan baik dan mencukupi.

- Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih.

- Memohon kebenaran dari pemilik/pengguna setempat untuk meninggalkan tapak


perkhemahan,

- Membentang dan membuat laporan mengenai kewangan/aktivti.

- Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat.

- Mendokumentasi program tersebut sebagai panduan dan rujukan di masa hadapan.

sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.

c) pengurusan hari kokurikulum

- Setiap sekolah disarankan mengadakan Hari Kokurikulum Sekolah iaitu kemuncak kepada
aktiviti kokurikulum sekolah.

- Pengurusan hari kokurikulum boleh dibahagikan kepada 3 bahagia iaitu:

1) Sebelum aktiviti

- Penyedian kertas kerja Hari Kokurikulum


- Mendapat kebenaran/maklumat bertulis dari Pengetua, PPD, JPN, ibu bapa dan pihak
berkaitan seperti polis, bomba.

- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk bagi menentukan perlantikan AJK kecil,


anggaran perbelanjaan, tempat aktiviti, tetamu undangan dan peraturan hari kokurikullum.

- Mengedarkan borang penyertaan peserta.

- Mensyuarat jawatankuasa kecil dan mesyuarat jawatankuasa induk kali ke-2 dan
seterusnya untuk membincangkan perkembangan majlis.

- Raptai dan persediaan jawatankuasa sebelum program dijalankan.

2) Semasa aktiviti

- Pentadbiran merangkumi urusetia pendaftaran, jadual aktiviti, kawalan dan pengurusan


alatan.

- Penyedian tempat perkhemahan

-Upacara hari kokurikulum

- Jika bermalam, kawalan dan penjagaan tempat perlu dilakukan.

- Perjalanan program perkhemahan dan pelaksanaan tugas-tugas AJK mengikut


perancangan.

-Majlis selesai dan bersurai.

3) Selepas aktiviti

- Membersihkan dan mengemaskan alatan/khemah.

- Memulangkan/menyimpan alatan/khemah.

- Membuat penyata kewangan.

- Laporan dan penilaian/postmortum.

- Surat penghargaan/terima kasih kepada yang berkenaan.


d) penilaian aktiviti kokurikulum

- Setiap sekolah mempunyai penilaian aktiviti kokurikulum yang berbeza-beza jadi wujudya
unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markhah pelajar.

- Pengiktirafan dalam kegiatan kokurikulum hanya dibuat dalam bentuk sijil dan surat akuan
yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan badan tertentu.

- Meransang pelajar untuk bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum.

- Aspek penilaian termasuk kehadiran, pencapaian, penglibatan dan jawatan disandang.

e) pelancongan sekolah

Peraturan-peraturan am yang patut dipatuhi:

i. Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “ The Schools (Tour) Regulation1957”.

ii. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L

iii. Bagi yang menggunakan perkhidmatan bas (bas sekolah, bas pelancong dan lain-lain),
perlu mendapatkan kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan.

You might also like