You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN PERGURUAN KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

(IPGKPT)

EDUP2072
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENSYARAH: PUAN JALIMAH BINTI YUNUS

TUTORIAL 1 :
Perkembangan Pendidikan di Malaysia

NAMA PELAJAR: FARHANA BINTI MOHAMAD RADZI


NO. KAD PENGENALAN: 881208-02-5614
PENGKHUSUSAN: MATEMATIK (MENENGAH)
SOALAN 1
Laporan Razak (1956) mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.
Secara individu, kenal pasti kesemua cadangan itu.

JAWAPAN
Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956. Ia bertujuan mewujudkan sistem
pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tun Abdul
Razak, dan boleh dianggap sebagai batu asas dalam perkembangan system Pendidikan
kebangsaan.Antara yang disebut dalam laporan ini ialah untuk menyatupadukan sistem
pelajaran demi membina satu bangsa yang bersatu padu dan melahirkan sekolah yang berjiwa
tanah melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tindakan
pertama beliau sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah
yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu
serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan.

Laporan Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya


membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Antara cadangan yang diusulkan adalah
seperti berikut:

(a) Pendidikan untuk membentuk perpaduan.


(b) Persekolahan wajib 6 tahun.
(c) Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
(d) Jawatan guru diaturkan semula secara keseluruhan.
(e) Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
(f) Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
(g) Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
(h) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah.
(i) Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
(j) Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
(k) Semua sekolah mengadakan peperiksaan yang sama.
(l) Mengaturkan semula dan memajukan pelajaran teknikal.
(m) Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional.
(n) Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama.
(o) Menyelesaikan masalah dengan dengan berhemah keatas pelajar yang lebih umur
dalam sekolah.
(p) Langkah-langkah bagi memelihara perkembangan Bahasa Kebangsaan dan
memajukan pengetahuan yang lebih baik dalam Persekutuan Tanah Melayu.
(q) Memansuhkan Undang-undang Pelajaran 1952 dan mengadakan undang-undang baru.

Secara keseluruhannya, daripada kesemua 17 cadangan Laporan Razak ini, ia dapat


memperlihatkan semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama, Bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa pengantar bagi
sekolah jenis kebangsaan ialah Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil, sekolah-sekolah rendah
ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama,
penubuhan satu jenis sekolah sahaja terbuka kepada semua kaum, guru-guru sekolah rendah
dan menengah adalah berkelayakan untuk mengajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) dan
Pra Universiti, semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional dan Jemaah
Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak


ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah
menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid,
guru dan sekolah. Ini merupakan sejarah Tanah Melayu, di mana perancangan pendidikan
dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat di tanah Melayu serta meliputi
semua aspek struktur dan perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu.

SUMBER RUJUKAN

1) Zaini Abdullah. (2011). Falsafah dan perkembangan Pendidikan di Malaysia.

2) https://www.slideshare.net/nor1205/kertas-kerja-26091457

3) https://www.slideshare.net/AmizaIbrahim/penyata-razak-1956

You might also like