You are on page 1of 3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah Pembinaan Falsafah Selepas Merdeka

Pembentukan Malayan Union pada 1946 telah meningkatkan lagi semangat para pejuang kemerdekaan
seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan lain-lain untuk mendapatkan
kemerdekaan.

Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran
1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air
mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Razak Hussein dan telah mengeluarkan
laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan
Pelajaran 1957. Walaupun ordinan Pelajaran telah diwartakan pada 1957, namun ordinan ini tidak dapat
dilaksana atau dikuatkuasakan kerana Tanah Melayu sudah hampir untuk mencapai kemerdekaan.

Penyata Razak 1956 Jawatankuasa ini meletakkan asas sistem pendidikan Malaysia. Perhatian khusus
sekali lagi ditumpukan kepada isu bahasa. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini ialah untuk menyatukan
budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan
tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956). Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris,
Melayu, Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah. Perlembagaan Malaya juga menjadikan
bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk
sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris dalam semua ranah sebagai bahasa
rasmi tunggal.

Kedua, jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan untuk
mewujudkan pandangan yang serupa. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan
India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan.

Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan untuk "menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan, dan terus memperkembangkan bahasa dan
budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956).

Pelaksanaan perakuan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. Walau bagaimanapun
perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. Walaupun jelas banyak masalah dan
kekurangannya, seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah; guru-guru Melayu terus
mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai
memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits
Budget, Okt. 18, 1956).
Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembengan pendidikan
kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat
pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya
sendiri. Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya. Sekolah
Kebangsaan tidak begitu popular dalam kalangan murid-murid bukan Melayu. Hakikat bahawa kana-
kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan
kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib
(1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.

Penyata Razak 1956 Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu
jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa
pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran
Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu
dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu
Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK.

Tugas jawatankuasa ini ialah untuk: membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian
dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain mengkaji Ordinan
Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama.

6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah
Atas (SMA) dan Pra Universiti.

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan
ditubuhkan.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Objektif Falsafah Pendidikan

Kebaikan dan Kelemahan daripada pembinaan falsafah

You might also like