You are on page 1of 5

Penyata Razak (1956)

Jawatankkuasa pendidikan ini ditubuhkan pada bulan September 1956 dan


dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.

Inti pati:
Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Melahirkan perpaduan kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu
Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.
Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar utama.

Penyata Rahman Talib (1960)

Satu penyata yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki
sistem pendidikan yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu, Datuk
Abdul Rahman Talib.

Inti pati:
Selepas pilihanraya tahun 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai Abdul Rahman
Talib ditubuhkan untuk mengkaji semula syor-syor dalam Penyata Razak.
Syor-syor Penyata Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Syor-syor tersebiut adalah:
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan universiti.
Pelajaran percuma untuk sekolah rendah kebangsaan.
Jemaah Nazir Persekutuan diwujudkan.
Pelajaran vokasional diperkenalkan.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan sehingga umur 15 tahun.
Murid-murid akan naik darjah secara automatik.

Menyediakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan
Zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan
penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai
bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan
bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia
mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur
bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan
Negeri dan segala dasar kerajaan.
Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata
putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh
Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).
Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke
dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan
dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara
160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang
turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya
tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.
Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus
digunakan secara zalim dan menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang
dapat dikatakan apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal
(1)(a) dan (b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-
bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.
Berdasarkan perlembagaan ini dalam sisitem pendidikan guru boleh menggunakan
Bahasa Melayu tanpa sebarang keraguan untuk menyampaikan ilmu kepada kanak
kanak samada di sekolah menengah maupun rendah.

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam
beberapa tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-undang dan dasar tertentu
yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini
menimbulkan persoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan
kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan kekeliruan.
Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan Perkara 152 tidak harus dibenarkan
untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut
didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul kerana para hakim
telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan
Perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1
Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.





Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit
untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah
apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu
tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya
terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu
juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam
pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.
Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat
percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar
berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia
Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi
bahasa perantaraan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu
bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu
telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa
Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya
selepas Perang Dunai Kedua.
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta
menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang
dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa
Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan
menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan
peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga
yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya
usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan
,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yang berkaitan dengan bahasa
Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar
tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang
keempat

You might also like