You are on page 1of 2

Soalan 2 : Jelaskan bagaimana laporan Razak mempengaruhi perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah?

Laporan Razak merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.[1] Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.[1] Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia. Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India). Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah. Laporan ini juga disediakan untuk sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah, selain daripada sekolah Melayu dan Inggeris pada peringkat sekolah menengah. Medium pengantaraan di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dirujuk sebagai sekolah "kebangsaan" dan sekolah yang lain disebut sebagai sekolah "jenis kebangsaan". Semua sekolah yang dibiayai oleh kerajaan telah menggunakan kurikulum kebangsaan yang biasa tanpa mengira jenis sekolah. Antara peruntukan lain adalah: Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Permulaan kurikulum yang berorientasikan Malaya Konsep sistem satu penilaian untuk semua Pengiktirafan secara objektif pada akhirnya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.

Seterusnya, perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah berlaku selepas pembentukan kerajaan Perikatan memerintah pada 30 September 1955 di mana satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji kurikulum dan pengajaran sekolah serta mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh persekutuan.Jawatankuasa itu mengandungi 15 orang ahli dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak,Menteri Pelajaran ketika tu. Laporan Razak telah diterbitkan dalam bulan Mei 1956 yang kemudiannya dikenali sebagai Penyata Razak. Penyata tersebut telah menjadi panduan dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah serta menjadi asas dalam membentuk dasar pendidikan negara sehingga kini. Laporan tersebut telah

menekankan kepada kurikulum dan pengajaran kanak-kanak di peringkat pendidikan rendah mereka di sekolah vernakular yang berasingan.Di samping itu Jawatankuasa itu berusaha meningkatkan bahasa Melayu ke tahap yang paling atas dengan mewajibkan kurikulum dan pengajaran bahasa Melayu di semua jenis sekolah. Kesan daripada cadangan ini, murid-murid Melayu akan mahir dalam dua bahasa dan murid bukan Melayu akan mahir dalam tiga bahasa. Selain daripada itu, sebagai langkah untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum dan pengajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan disemua peringkat sekolah maka bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah menengah dan mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di dalam peperiksaan, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) dan di peringkat Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysian Certificate of Education (MCE). Perkembangan kurikulum dan pengajaran selepas di awal kemerdekaan adalah berorentasikan Laporan Razak (1956). Menjelang tahun 1959 perkembangan kurikulum bukan hanya terhad diperingkat rendah dan menengah sahaja ianya telah sampai ke peringkat universiti dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur yang menawarkan menawarkan kursus kejuteraan, sastera dan sains. Ini merupakan era penting dalam sejarah perkembangan kurikulum Negara. Perkembangan seterunnya berlaku pada tahun 1960 apabila satu jawatankuasa ditubuhkan yang dikenali sebagai laporan Rahman Talib bertujuan utk mengkaji dasar pendidikan yang telah diterima pada 1956. Jawatankuasa tersebut telah mengkaji pelaksanaannya pada masa itu dan masa akan datang serta mengkaji implikasi kewangan tentang pelaksanaan kurikulum yang dikemukakan oleh dasar penyata Razak. Perkembangan kurikulumdan pengajaran sekolah berlaku setelah pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 dan penubuhan system pendidikan aneka jurusan (1965). Di samping itu kerajaan telah memberi fokus ke arah perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial. Kurikulum dan pengajaran sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah digubal dan dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama. Di samping itu, penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelerasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan dan penubuhan Lembaga peperiksaan Malaysia telah mewujudkan senario baru dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah yang bukan hanya terhad kepada sekolah-sekolah harian biasa sahaja.

You might also like