You are on page 1of 1

Laporan Razak merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi

membentuk Persekutuan Tanah Melayu.[1] Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.[1] Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia. Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India). Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undangundang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, [perlu rujukan] ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah. Laporan ini juga disediakan untuk sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah, selain daripada sekolah Melayu dan Inggeris pada peringkat sekolah menengah. Medium pengantaraan di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dirujuk sebagai sekolah "kebangsaan" dan sekolah yang lain disebut sebagai sekolah "jenis kebangsaan". Semua sekolah yang dibiayai oleh kerajaan telah menggunakan kurikulum kebangsaan yang biasa tanpa mengira jenis sekolah. Antara peruntukan lain adalah: Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Permulaan kurikulum yang berorientasikan Malaya Konsep sistem satu penilaian untuk semua Pengiktirafan secara objektif pada akhirnya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama

You might also like