You are on page 1of 7

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA NAMA : MOHD FANDI BIN OSMAN NO.

MATRIK : BT08110152 PROGRAM : PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL ( HT 17 ) SIDANG PENGAJIAN : SEMESTER 1 SESI 2009/2010 SOALAN : HURAIKAN SEJARAH DAN REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1.0 Pendahuluan Pada dekad 80-an senario pendidikan di rantau Asia-Pasifik telah

menunujukkan atau menampakkan gelombang perubahan yang menarik kerana kebanyakkan negara dirantau ini telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula sistem pendidikan masing-masing tidak terkecuali negara Malaysia. Bagi negara yang telah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek yang harus dititik beratkan adalah sistem pendidikan dalam usaha untuk ke arah negara yang maju dan membangun daripada pelbagai aspek. Secara umumnya, pendidikan ialah interaksi antara individu lain atau interaksi antara individu dengan kumpulankumpulan sosial tertentu. Tujuan interaksi adalah untuk melakukan perkembangan individu dan seterusnya perkembangan masyarakat atau negara. Selain itu, pendidikan diertikan sebagai satu proses sosilisasi atau pemasyarakatan dalam jargon atau istilah sosiologi. Melalui proses ini, pendidikan yang diberikan secara terancang ataupun tidak terancang, formal atau tidak formal dapat membentuk perkembangan Disamping keseluruhan itu, individu dan kumpulan-kumpulan satu proses individu. diri pendidikan merupakan pembentukan

manusia. Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh elak daripada mencapai matlamat dan obejektif pendidikan. Segala tindakan mendidik itu haruslah dijalankan secara atau berlandaska kepada objektif dan matlamat yang telah diterapkan oleh pemerintah negara, pembuat dasar pendidikan negara dengan mengambil kira nilai-nilai dan warisan budaya yang relevan dan memberi implikasi yang positif terhadap negara. Seperti mana dinegera kita iaitu Malaysia dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah menekankan bahawa pendidikan (disekolah) adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang harmoni dan seimbang, iaitu daripada segi intelek, emosi, jasmani, dan rohani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan .

2.0

Huraikan Sejarah dan Reformasi Pendidikan Di Malaysia. 2.1. Sejarah Pendidikan Di Malaysia.

2.1.1 Tempoh Pertama ( 1786-1956 ) Pada tahun 1511, Portugis telah menamatkan kegemilangan

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan diikuti pula oleh Belanda yang masuk dan menggantikan Portugis pada tahun 1641. Setelah itu, Pulau Pinang telah ditawan oleh Inggeris pada tahun 1786 dan pada masa yang sama Inggeris telah menjadikan Sabah dan Sarawak dibawah naungan Inggeris juga. Pada abad ke-19 Semenanjung Tanah Melayu serta Sabah dan Sawarawak telah mengalami tekanan politik dan ekonomi yang bermula dari negara-negara Eropah. Hal ini telah menyebabkan kedatanagn pelaburan asing dan buruh-burh asing ke Tanah Melayu seperti Cina dan India. Oleh demikian, hal ini telah mewujudkan suatu masyrakat majmuk dengan tiga kumpulan etnik utama di Tanah Melayu. Setelah itu, Tanah Melayu ditakluki Jepun diantara tahun 1941 hingga 1945 dan kembali dibawah pentadbiran Inggeris setealh perang Dunia kedua berakhir dan Jepun menyerah kalah. Pada tahun 1955 satu perlembangaan baru telah ditubuhkan iaitu tanggungjawab kerajaan telah dipindahkan kepada wakil-wakil rakyat. Wakil-wakil raktay yang dimaksudkan adalah parti yang memang dalam pilhan Raya kecil pada tahun 1955 iaitu Parti Perikatan yang dianggotai oleh United Malays National Organization (UMNO), Malay Chinese Assaciation (MCA), dan Malay Indian Congres (MIC). Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957 dan diikuti Sabah dan Sarawak dan Sinagpura pada tahun 1963 yang terbentuknya penubuhan malaysia. Namun begitu, Sinapura telah menarik diri daripada penubuhan Malaysia pada tahun 1965.. sistem pendidikan yang wujud hari ini adalah hasil pelbagai perubahan yang berlaku dari masa ke semasa selari dengan perubahan yang berlaku dalam bidang-bidang politik, ekonomi, dan sosial didalam dan diluar negara.

Sebelum kedatangan British sebelum 1824, sistem pendidikan pada masa ini secara tidak formal. Penekanan adalah kepada pengajaran kitab suci al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan kerohanian. Pada ketika ini terdapat juga sebilangan murid mempelajari ilmu agama disekolah pondok yang ditubuhkan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal ketika itu. Selain itu, sekolah vernakular Cina telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka dan diikuti di Singpura. Pada tahun 1900 dua menteri dan pendidik dari negera China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau, telah mendirikan sekolah vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains barat. Kurikulum yang diperkenalkan berorientasikan pada negara China. Kadangkala sekolah-sekolah dijadikan sebagai tempat menyebarkan sentimen anti-British. Kemudiannya pentadbiran British telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Disamping itu, tidak dilupakan juga tentang sekolah vernakular India yang telah bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa, kopi, dan gula di tanah melayu. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan masyarakat India berkerja disektor ini dikawasan estet-estet. Ordinan Buruh NegeriNegeri Melayu Bersekutu tahun 1923 mempuanyai peruntukan yang memerlukan majikan-majikan, terutamanya dalam perusahaan getah untuk membina sekolahsekolah bagi anak-anak perkerja estet. Sekolah Inggeris telah wujud daripada usaha oleh mubaligh Kristian. Pada tahun 1816 Penang Free School telah ditubuhkan dan diiukuti oleh Melaka Free School pada tahun 1826 dan diikuti lain-lain. Pada tahun 1905 Kolej Melayu (Malay College) di Kuala Kangsar telah ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. Kolej ini telah diusahakan oleh R.J. Wilkinson, yang merupakan seorang nazir sekolah Negeri-Negeri Bersekutu pada zaman itu. 2.1.2 Tempoh Kedua Pada tahap ini telah keluar Laporan Barnes 1950, beliau telah hasrat mendirikan Sekolah Menengah Vokasional Moden dan mengutamakan pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Disamping itu juga laporan ini menyatakan juga tentang penambahan Nazir Persekutuan dan Penguasa Pelajaran Tempatan. Selepas itu dua tokoh negara China iaitu W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh You, telah memperkatakan bahawa murid-murid Cina akan belajar tiga bahasa iaitu termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan bertujuan membentuk Identiti Kebangsaan. Selepas itu, pada tahun 1952 Ahi Jawatankuasa

Pendidikan telah membentuk satu Ordinan yang merupakan satu laporan daripada kajian terhadap Laporan Fenn-wu dan Laporan Barnes. Hal ini kerana kedua-dua laporan ini mempunyai perbezaan pandangan-pandangan masing yang begitu ketara. Seterusnya mengusul pelbagai cadangan untuk memajukan dan meningkatkan bidang pendidikan mengikut kesesuaian masa dan keadaan pada waktu tersebut. Kerajaan British telah menyatukan kedua-dua penyata ke dalam satu bentuk yang dipanggil Reports of Barnes on Malay Education and Fenn-Wu on Chinese Education. Laporan ini telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1952(4) dan ianya merupakan langkah pertama untuk dimaktubkan sebagai Polisi Pelajaran Kebangsaan di negara ini. Menteri Pelajaran yang pertama, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji sistem pendidikan iaitu Laporan Razak yang digubal untuk mewujudkan dan memelihara kestabilan sosial dan politik bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini. Selain itu, Laporan Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Penyata Razak, 1956, dan telah mengemukakan 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya iaitu membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. 2.1.3 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Sistem pendidikan pada masa kini masih mengikuti sistem yang tercatat dalam Laporan Razak. Namun begitu, Encik Rahman Talib, merupakan tokoh pendidikan di tanah air, mengadakan laporan yang dinamakan Laporan Rahman Talib dan telah dijadikan Akta Pelajaran pada tahun 1961. Hal ini bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangakan dalam Laporan Razak dan kesan pelaksanaannya. Pada Januari 1976 sistem pendidikan diseluruh negara telah diselaraskan termasuklah Sabah dan Sarawak yang telah diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah sejak tahun 1970 lagi. Murid-murid di Sabah dan Sarawak mengikuti kurikulum yang sama seperti yang terdapat di semenanjung Malaysia. Disamping itu, mengikut Laporan Kabinet, 1979 bagi peringkat Sekolah Rendah iaitu kurikulum-kemahiran adalah bertumpu pada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan pada aspek 3M (membaca,mengira dan menulis) dan perkembangan bakat. Bagi peringkat sekolah menengah pula sistem

baru bagi pelajaran vokasional. Pendidikan Prasekolah diperkenalkan bertujuan untuk perkembangan intelek perbendaharaan kata serta penaakulan sebelum kanak-kanak memulakan persekolahan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dilaksanakan pada tahunn 1982 sementara Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan pada tahun 1988. 2.2 Reformasi Reformasi adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu

reformation yang membawa pengertian yang mudah reformasi bererti sesuatu jenis perubahan dimana pembentukan semula dilakukan kepada sesuatu bentuk yang mengubahkannya menjadi suatu bentuk atau corak yang lain. Berbeza dengan perubahan ( change ) menurut pengertian yang biasa, reformasi ialah sesuatu rupa perubahan yang dicetuskan oleh sesuatu keperluan yang berpunca daripada kehendak atau matlamat tertentu. Perkataan reformasi sudah menjadi perkataan yang tidak asing kepada kita dan dilafazkan pada lazimnya dalam konteks pendidikan walaupun perkataan reformasi ini bukan khusus mengenai reformasi pendidikan. Di dalam reformasi, kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan adalah untuk mencapai matlamat jangka panjang, sementara matlamat tersebut pula adalah menyeluruh sifatnya. Sebagai pendidik mahupun pemimpin adalah amat penting bagi kita semua memahami dengan mendalam tentang mengapakah reformasi ini berlaku. Sekiranya kita melihat kepada sejarah pendidikan negara, kita akan mendapati bahawa zaman penjajahan adalah zaman paling gelap kepada pendidikan negara kita. Hal ini disebabkan oleh tiada wujudnya sistem pendidikan kebangsaan, tetapi apa yang ketara adalah usaha yang paling sistematik telah dilaksanakan oleh penjajah bagi memundurkan pendidikan bumiputera. Disamping itu, dasar pecahperintah yang telah dilaksanakan dengan begitu berkesan sekali sehingga akibat daripada dasar itu masih dirasai sehingga ke hari ini. Justeru itu, hasil daripada harapan dan keinginan tersebut maka wujudlah Penyata Razak (1956), dan Penyata Rahman Talib (1960). Kedua-dua penyata ini adalah menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar pelajaran Kebangsaan seperti yang telah termaktub didalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Usaha-usaha ini juga perlu dilaksanakan untuk

memajukan negara daripada aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepatkan serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin

mendesak apabila berlakunya 13 mei 1969. Berikutan daripada peristiwa ini, kerajaan telah menggubal Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara dengan tujuan untuk membina asas-asas perpaduan negara yang lebih kukuh. Justeru itu satu Jawantankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Di dalam Laporan Jawantankuasa (1979) tersebut dikemukakan beberapa dapatan tentang kurikulum. Diantara lain ialah kandungan kurikulum adalah terlalu padat. Kurikulum yang ada sekarang digubal secara terpisah mengikut mata pelajaran dan terdapat sanagat sedikit integrasi di antara mata-mata pelajaran yang lain. Selain itu, kurikulum adalah terlalu akdemik. Bidang cakupan mata pelajaran lebih menekankan aspek teori daripada aspek amali. Kurikulum yang terlalul berorentasikan peperiksaan. Rancangan pendidikan tertumpu semata-mata kepada kelulusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh yang demikian konsep pendidikan sepanjang hayat menjadi matlamat sampingan sahaja. Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum dijalankan secara terpisah dan tidak banyak berkaitan dengan kurikulum formal yang dijalankan di dalam bilik darjah. Laporan ini turut memoerakukan berbagai cadangan lain bagi

mengemaskini dan mengukuhkan lagi sistem pendidikan negara. Disamping itu, Jawatankuasa tersebut telah membuat beberapa perakuan untuk mengukuhkan disiplin dan membina daya tahan dikalangan pelajar. Jawantankuasa Kabinet ini memperakukan bahawa semua pelajar disemaikan dengan nilai-nilai murni. Kepada pelajar-pelajar Islam nilai-nilai tersebut diperolehi daripada mata pelajaran Pendidikan Islam dan justeru itu ia perlu diperkukuhkan lagi. Bagi pelajar-pelajar lain pula mereka diajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Mulai dari awal tahun 1980-an perubahan telah dibuat pada kurikulum persekolahan. Diperingkat sekolah rendah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal untuk menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Sebagai kesinambungan kepada KBSR, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

telah digubal dan mulai dilaksanakan pada tahun 1988. Pelaksanaan KBSM adalah secara beperingkat-peringkat. 3.0 kesimpulan Kesimpulannya, kunci kepada penerusan semangat perjuangan ialah

semangat kepunyaan (sense of ownership). Cita-cita, hasrat, dan vision reformasi pendidikan tidak harus dianggap sebagai kepunyaan orang lain, bukan kepunyaan kita dan justeru itu peranan kita hanya sekadar menjalankan tugas. Sikap seperti begini adalah prasyarat kepada kegagalan, bukan kejayaan. Kita seharusnya menganggap bahawa reformasi pendidikan adalah kepunyaan kita, dimana kita sama-sama memahami dan menghayati semangat reformasi ini, sama-sama menjiwai cita-cita, hasrat dan visionnya. Kefahaman dan penghayatan adalah kunci mutlak kepada kebijaksanaan. Kebijaksanaan tidak mungkin timbul sekiranya kita alienated (terpisah) daripada perjuangan reformasi, dimana kita hanya bertugas sebagai operator of programs dan bukan sebagai the manager dalam ertikata yang sepenuhnya. Reformasi yang berlaku sekarang ini dicetuskan daripada visi yang unggul mengenai manusia dan pendidikan. Antara lainnya ia terpancar daripada visi mengenai insan bukan dikonsepsikan dalam bentuk warganegara biasa tetapi insan yang soleh, yang bertauhidkan kepada Allah yang Esa; ianya tercetus daripada visi untuk mengangkat dan mengimbangkan Bahasa Melayu ke martabat yang tinggi, bukan sekadar bahasa pasar yang kemuliaannya sentiasa dikompromikan, tetapi sebagai bahasa ilmu yang mampu melahirkan idea-idea tinggi lagi abstrak, yang digunakan bukan sahaja di institusi pengajian tinggi bahkan di kamar-kamar hakim dan di mahkamah-mahkamah; ia dilahirkan daripada visi untuk mendemokrasikan pendidikan bukan sebagai satu slogan tetapi sebagai kenyataan, di mana tumpuan diberikan kepada golongan yang miskin istimewa orang-orang Melayu di mana tahap kedaifannya begitu ketara sekali, tetapi berbakat. Ianya dibina daripada visi yang ingin memantapkan lagi sistem pendidikan agar menjadi lebih bermutu dan berkemampuan bagi menghasilkan manusia yang bijak, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketrampilan yang sanggup berkorban untuk keutuhan agama, bangsa dan negara.

You might also like