You are on page 1of 7

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan

dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)


Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat
aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap
sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara
satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan
satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji
sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
1. Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
Melayu;
2. Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;
3. Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak
sistem persekolahan kebangsaan; dan
4. Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,
sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan
masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar
ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan
universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti
Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan
peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun
1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan
bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata
pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.
Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi
menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan
matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.
Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui
penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya
Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis
Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada
tahun 1999;
3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI); dan
5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf
ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam
perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)
diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan
diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,
2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah
penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan
pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/

Sistem Persekolahan Sebelum Merdeka

Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disebut sebagai sekolah-sekolah yang
wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Sistem ini telah dikawal
sepenuhnya oleh pihak penjajah Inggeris. Tujuan utama di wujudkan sekolah dan sistem
pendidikan pada waktu ini lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri
bukan bagi kebaikan rakyat tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan
tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu
Ia merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi
mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka. 4 jenis sekolah telah
diwujudkan, antaranya Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah Inggeris.
Ciri-ciri utama sistem persekolahan ini adalah:1.
Sekolah-sekolah yang di dirikan adalah mengikut kaum : Sekolah Melayu
untuk kaum Melayu, Sekolah Cina untuk kaum Cina dan Sekolah Tamil untuk kaum India.
Manakala Sekolah Inggeris adalah untuk sekolah anak-anak pegawai British.
2.
Bahasa pengantar yang berbeza : tiada keseragaman bahasa antara sekolahsekalah ketika itu iaitu Sekolah Melayu menggunakan Bahasa Melayu, Sekolah Cina
menggunakan bahasa ibunda mereka begitu juga Sekolah Tamil menggunakan Bahasa
Tamil.
3.
Sekolah terdapat dikawasan-kawasan tertentu sahaja : Di kampungkampung adalah bagi kaum Melayu, pinggir bandar bagi kaum Cina dan di ladang-ladang
bagi kaum India.
Pada waktu ini sekolah sudah dibahagikan kepada 2 peringkat persekolahan iaitu
Pelajaran Rendah dan Pelajaran Menengah. Namun begitu terdapat lebih banyak sekolah
rendah berbanding menengah kerana Sekolah Menengah diwujudkan untuk kepentingan
penjajah sahaja.
Sekolah rendah yang wujud mempunyai pelbagai-bagai sistem pentadbiran yang tidak
selaras. 4 jenis sekolah dan ciri ciri mengikut kaum tersebut boleh dilihat seperti contoh
dibawah :Namun begitu terdapat sedikit perubahan didalam sistem persekolahan ketika itu
apabila Penyata Barneskeluar pada 1950 menyatakan pendidikan sekolah rendah
adalah sebagai alat perpaduan masyarakat. Pernyataan ini menyebabkan sistem
pendidikan telah dikaji semula secara terperinci. Hasilnya satu sistem pendidikan
kebangsaan wujud dan terbuka kepada semua kaum. Bahasa pengantar bagi sekolah
kebangsaan ada dua iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Rentetan dari ini, Sekolah
Cina dan Tamil dihapuskan.
Sistem Persekolahan Semasa

Sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat pada akhir abad ke 20. Ini
adalah seiring dengan matlamat wawasan negara untuk menjadi negara yang
membangun seterusnya mencapai status negara maju pada 2020. Perlaksanaan dasar
pendidikan bermula dengan mengukuhkan asas perundangan bagi melaksanakan dasar
dan akta pendidikan. Antaranya adalah :1. Akta Pendidikan (1996) menggantikan Akta Pelajaran 1961, memberi
peruntukan kuasa kepada Menteri Pelajaran dan pengiktirafan institusi prasekolah.
2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Negara 1996 mempunyai matlamat
menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 sebuah majlis telah ditubuhkan
bagi menentukan dasar penyelarasan pembangunan pendidikan tinggi.
4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (1996) peruntukan
pinjaman dan tabungan bagi meningkatkan tahap akses kepada pengajian tertiary.
5. Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 kerajaan
memperluaskan autonominya dalam pengurusan bagi menentukan program yang
akan ditawarkan dalam institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.
6. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 akta di wujudkan bagi memastikan
tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti dan kawalan mutu pendidikan di
pelihara. Disamping ia juga sebagai persediaan bagi pendidikan tinggi swasta.
7. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 menaikkan taraf Institut
Teknologi Mara kepada universiti.
8. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000
membenarkan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS membuat pinjaman pendidikan
melalui PTPTN.
Seperti yang telah sedia maklum, selepas kemerdekaan negara pada 1957, asas
pendidikan menumpukan kepada matlamat perpaduan antara kaum di Malaysia. Namun
begitu, perubahan yang ketara daripada penggubalan akta-akta seperti diatas telah
menjadikan sistem pendidikan negara menghala ke arah satu tujuan yang baru iaitu :1. Pengaksesan kepada pengajian peringkat tertiary khususnya menjadi lebih
mudah. Ia telah menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia berjaya melanjutkan
pelajaran ke universiti awam mahupun swasta.
2. Selaras dengan pembangunan dan perkembangan ICTdalam pendidikan yang
pesat, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari.
3. Kelayakan menjadi seorang guru juga telah dinaikkan taraf daripada hanya sijil
kepada diploma bagi mencapai teras kualiti pendidikan di sekolah.
4. Ekuti pendidikan diambil perhatian dengan menaikkan taraf Institusi Pendidikan
Sultan Idris kepada universiti.
5. Kemudian semua sekolah sekolah Vokasional di negara ini naik taraf kepada
Sekolah Menengah Teknik.
Selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku akibat penggubalan banyak akta,
sistem persekolah masa kini juga telah mengalami peralihan. Jika sebelum ini pendidikan
hanya diperoleh melalui Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Dan Sekolah
Teknik Dan Vokasional, berikut adalah senarai sekolah yang bertambah akibat
pembangunan dan perkembangan pesat dalam pendidikan.

http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/sistem-sebelum-dan-selepasmerdeka.html

Di antara contoh perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan


Malaysia adalah seperti berikut :

a. Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi


barat

b. Kejayaan dalam pembangunan ekonomi

c. Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan

Berikut adalah bahan rujukan yang boleh dirujuk dalam menulis perkaitan pembentukan
persekutuan dengan kedaulatan Malaysia
Konsep Persekutuan
Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna
pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri
yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu
kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai
oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.
Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing
dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di
keempat-empat negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British
itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak
masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.
Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan
prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang
ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara
mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu
menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali
sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.
Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan
Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali
dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September
1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961
telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam
Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan

dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1)
Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah
dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara
1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri
dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.
Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan
wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan
perundangan dan badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan
setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.
Ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance
antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi
praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,
manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa
yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan
industri.
Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan
perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri.
Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan
negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang.
Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar,
parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan atau
pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional yang perlu
diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk
kesejahteraan seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap
menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.
Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara
adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai
kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat
sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila institusi
YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi setiap lima tahun
untuk memegang jawatan tersebut.
Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan mengikut
Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara dan
pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang
setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda
adalah seorang Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat
mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.
Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi bicara
baginda sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan keistimewaan seperti
yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya, baginda tidak boleh didakwa di
dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun.
Baginda yang merupakan sebahagian daripada Parlimen juga adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga bertindak sebagai Ketua Agama Islam di
Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah
dan Sarawak.
Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak
dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat jika baginda sendiri
berpendapat keadaan memang memerlukan baginda berbuat demikian. Kedua-dua
perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga
boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh
membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.
Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang, ia

perlu mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undang-undang
itu dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undang-undang itu
tetap akan diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui
oleh baginda.
Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana YDPA
adalah sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu rang undangundang itu telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undangundang itu telah sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat
Perdana Menteri.
Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan
kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu
terlebih dahulu jika hendak diluluskan.
Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri
adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi. Namun, seperti juga YDPA,
baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masing-masing.
Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua Menteri.
Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri
masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah YDPA.
Kesimpulannya, sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka
masih lagi berjalan dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga
badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi
berjalan dengan baik. Kedudukan YDPA masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan
baik.
Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan Negeri di
negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan pusat. Ini
termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan Undangan Negeri
Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang halangan.
Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira
kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan manamana negeri di negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang sama.
Kerajaan terus berusaha keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan di
setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.
http://www.panduanmalaysia.com/2015/06/perkaitan-pembentukan-persekutuan-dengankedaulatan-malaysia.html#axzz3f7haOwl7

You might also like