You are on page 1of 10

Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir

abad ke-18 Masihi. Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam
periodisasi bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno.
(Awang Sariyan, 1998 ). Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh
pengkaji bahasa tentang bahasa Melayu klasik. Antaranya ialah Asmah Hj.Omar
(1985:33), yang menyatakan bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas
itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.

Bahasa Melayu klasik juga dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam
yang semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu. Sejak itu bahasa Melayu pada
zaman ini turut mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat,
dan bentuk tulisan. Selain itu, bukti-bukti sahih yang menunjukkan kewujudan
bahasa Melayu klasik ini ialah penemuan beberapa batu bersurat atau prasasti yang
di beberapa daerah di Asia Tenggara dan Tanah Melayu menguatkan lagi fakta ini.
Antaranya ialah batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi), batu
bersurat di Minye Tujuh, Aceh (1380 Masihi) dan batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu ( 1303-1387 Masihi) yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Klasik telah mengalami perubahan sejak kedatangan Islam di


nusantara. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam
semakin kuat sehingga bahasa Melayu turut mengalami perubahan. Antara ciri-ciri
bahasa Melayu klasik selaras dengan perubahan yang dialaminya ialah:

a) Ayatnya panjang dan berbelit-belit.

b) Banyak menggunakan ayat pasif dengan pendepanan predikat.

c) Banyak menggunakan gaya bahasa istana.

d) Menggunakan kosakata klasik seperti ratna, mutu manikam, kesmaran


(mabuk

asmara) dan masyghul ( bersedih ).

e) Kebanyakan kata pangkal ayat yang sering digunakan ialah seperti


syahadan,

alkisah, hatta, adapun.

f) Penggunaan ayat yang banyak menggunakan partikel pun dan lah.


h) Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam
pelbagai

bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,

perubatan, falsafah, tasawuf dan pemerintahan.

(Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu klasik
agak panjang. Dalam melalui zaman panjang itu, ianya telah banyak digunakan
dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau
undang-undang Islam dan tasawuf. Keadaan ini telah dibuktikan dengan
kemunculan tokoh-tokoh ilmu di nusantara seperti Hamzah Fansuri yang terkenal
dengan karya prosanya Asrarul-Arifin fi bayan Ilmal-Suluk wal-Tauhid, al-Muntahi
dan Sharabul-Ashiqin. Beberapa naskah karya sastera terkenal turut dihasilkan pada
zaman ini. Antaranya ialah hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Hang Tuah Bustannus Salatin, Sejarah Melayu dan sebagainya.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikannya


tersendiri. Ianya menjadi titik bermulanya Bahasa Melayu Moden dan sebagai asas
pembentukan bahasa baku di negara kita.

2. CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik dapat dikesan kerana ianya mempunyai ciri-ciri


tersendiri yang dapat kita kenali. Ciri-ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik
itu adalah seperti berikut;

2.1 Ayat Panjang, Berulang-ulang dan Berbelit-belit

Antara ciri bahasa Melayu klasik yang membezakannya daripada bahasa lain
ialah dari segi struktur ayatnya. Bahasa Melayu klasik menggunakan ayat yang
panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Contoh ayat tersebut dapat dilihat
dalam teks Sulalatus Salatin tulisan A.Samad Ahmad iaitu;
Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya; jemu orang
yang mendengar dia; maka kami simpankan juga, kerana perkataan yang amat
lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya.

(Sulalatus Salatin, halaman 18)

Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu mungkin menyebabkan pembaca sukar
atau keliru dalam memahami makna yang ingin disampaikan. Pengulangan
perkataan yang sama maksudnya juga terdapat dalam ayat tersebut iaitu perkataan
'terlalut' dan 'amat'.

Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan dalam teks Hikayat Abdullah karya
Abdul Kadir Munsyi iaitu;

Maka ada-lah yang ku lihat barang suatu pekerjaan-nya perkataan-nya dan


kepandaian-nya dan bangun-bangun orang-nya dan budi-bahasa-nya, jikalau tiada
salah faham-ku bahawa dapat-tiada ia-ini orang-orang besar atau pandai, dan lagi
dengan besar himmahnya.

( Hikayat Abdullah, halaman 75)

Penggunaan ayat yang panjang serta meleret-leret ini juga memaksa pembaca
untuk mengulangi bacaan mereka dalam memahaminya maksud yang ingin
disampaikan. Perkataan 'nya' juga jelas diulang-ulang pada hujung kata 'perkataan,
pekerjaan'dan 'kepandaian'. 4

2.2. Banyak Ayat Pasif

Penulisan dalam karya-karya Bahasa Melayu Klasik juga memperlihatkan


penggunaan ayat pasif atau ayat songsang dengan pendepanan predikat dan diikuti
dengan subjek dibelakangnya. Contoh yang dapat membuktikan kenyataan ini
seperti dalam ayat di bawah;
Syahadan maka setelah dilihat oleh Patih Aria Gajah Mada kelakuan Betara
Majapahit itu...

(Sulalatus Salatin, halaman 116)

Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun.

(Sulalatus Salatin, halaman 139)

Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles akan segala hal-ehwal itu.

( Hikayat Abdullah, halaman 106)

Sa-telah itu maka segera di-keluarkan oleh Tuan Farquhar perkataan lain, katanya..

( Hikayat Abdullah, halaman 162)

Penggunaan ayat pasif dalam hasil-hasil karya pada zaman itu disebabkan
pengaruh bahasa Arab yang meluas ketika itu. Penggunaan ayat songsang dengan
pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa Arab dan ragam ayat pasif. (Goay
Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007).

Seperti yang kita ketahui bahawa pedagang-pedagang dari negara Arab


telah menjalankan perdagangan disamping menyebarkan agama Islam di seluruh
nusantara termasuklah di negara kita. Mereka telah menggunakan bahasa Arab
dalam pertuturan mereka dan keadaan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan
Bahasa Melayu juga mengalami perubahan khususnya dalam penggunaan ayat
pasif ini.

2.3. Penggunaan Bahasa Istana


Penggunaan Bahasa Istana juga menjadi salah satu ciri Bahasa Melayu
Klasik. Hubungan masyarakat pada zaman itu amat rapat dengan istana. Sultan
atau raja mempunyai kuasa mutlak dalam meletakkan satu-satu keputusan dalam
pentadbiran kerajaan dan sangat disanjung oleh rakyat. Kemukarkaan terhadap
golongan istana dilihat suatu perkara yang boleh melanggar adat dan tatasulila
peradaban Melayu. Benarlah kata-kata 'biar mati anak jangan mati adat'.

Keadaan ini menyebabkan pertuturan masyarakat pada ketika itu


dipengaruhi oleh bahasa istana sehingga dalam penulisan karya puisi mahupun
prosa . Contoh perkataan-perkataan ganti nama seperti 'hamba', 'patik', 'tuanku'
dan sebagainya telah digunakan. Perkataan kata kerja seperti 'titah' dan 'sembah'
turut diselitkan dalam penerbitan karya sastera. Tidak ketinggalan juga
penggunaan nama-nama jawatan seperti 'bendahara', 'laksamana' dan 'hulubalang'
yang turut dimasukkan.

Ciri-ciri ini dapat ditemui dalam kedua-dua teks tersebut iaitu seperti dalam
ayat ayat di bawah ini.

Maka Sultan Mansur Syah pun semayam di balai kecil menghadap orang
mengepung Hang Jebat itu.

(Sulalatus Salatin, halaman 139)

Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Apa kehendak hati tuanku, katakanlah kepada
patik."

(Sulalatus Salatin, halaman 251)

Maka Enche' Su-long pun pulang-lah, serta menyampaikan segala titah raja itu
kepada Pawang Gajah

( Hikayat Abdullah, halaman 57)


Sa-bermula ada pun asal-nya yang empunya tempat itu shahbandar dahulu di
Melaka, yang bernama Mr.Alam

( Hikayat Abdullah, halaman 125)

2.4. Penggunaan Kosa Kata Klasik

Penulisan karya dalam era penggunaan Bahasa Melayu Klasik turut


memperlihatkan penggunaan kosa kata klasik. Perkataan seperti 'ratna mutu
manikam', 'edan kesmaran', 'sahaya', 'masyghul, dan sebgainya yang dimuatkan
dalam karya tersebut yang menjadi salah satu ciri yang terdapat dalam Bahasa
Melayu Klasik.

Ciri-ciri ini masih lagi terdapat dalam karya Bahasa Melayu Klasik kerana
penulis-penulis karya pada zaman itu masih lagi terikut-ikut dengan gaya penulisan
Bahasa Melayu Lama.

Contohnya dapat kita temui seperti dalam ayat berikut;

Arakian maka dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah


kembali pada ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri
Syahrul-Bariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi daripada emas dan perak,
dan ratna mutu manikam, dan daripada permata dan harta

(Sulalatus Salatin, halaman 7)

daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang
gharib-gharib.

(Sulalatus Salatin, halaman 131)


Adapun hikayat perang Raja Haji itu terlalu-lah lanjut-nya, maka jikalau ku
cheterakan, neschaya berlambatan-lah pekerjaan-ku, melainkan mengambil
simpan-nya sahaja.

(Hikayat Abdullah, halaman 48)

2.5. Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik juga adalah sering menggunakan perkataan-


perkataan seperti 'maka', 'hatta', 'alkisah' dan sebagainya di pangkal atau perdu
sesuatu ayat. Perkataan-perkataan ini juga boleh diibaratkan sebagai pembuka
bicara dalam ayat-ayat dalam Bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat memperlihatkan
nilai estetika atau keindahan dalam bahasa Melayu klasik yang pernah menjadi
bahasa lingua franca pada suatu masa dahulu. Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam ayat
berikut;

Syahadan datanglah ke Teluk Belang, maka kenaikan itu tiadalah tertimba lagi, lalu
akan tenggelam.

(Sulalatus Salatin, halaman 39)

Hatta Raja Rekan pun datang menghadap ke Melaka, maka sangat dipermulia oleh
Sultan Muhammad Syah, kerana Raja Perempuan itu saudara sepupu kepada Raja
Rekan.

(Sulalatus Salatin, halaman 82)

Arakian maka ada-lah kira-kira tiga bulan lama-nya dengan hal bersakit dan susah,
kebanyakan pula orangmati, dan jatoh patah kaki tangan, tiba-tiba maka
kedengaran-lah khabar mengatakan raja menyuroh

( Hikayat Abdullah, halaman 50)

Ada-pun sa-telah sedikit hari kemudian daripada itu, datang-lah pula sa-orang
paderi yang lain, naman-nya Tuan Slater

( Hikayat Abdullah, halaman 135)


Maka sa-telah bapa-ku pulang, dalam enam tujoh hari juga tentu-lah sudah bichara
kahwin itu

( Hikayat Abdullah, halaman 144)

2.6. PENGGUNAAN PARTIKEL PUN DAN LAH

Kita juga dapat mengenai Bahasa Melayu Klasik kapabila banyak


penggunaan partikal seperti lah digunakan di bahagian hujung kata kerja atau
pun di bahagian tengah ayat. Contohnya seperti perkataan 'beradulah' atau
,berangkatlah'.

Hasil karya yang ditulis dalam teks Sulalatus Salatin dan Hikayat Abdullah
juga tidak ketinggalan memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini dapat dilihat dalam contoh
ayat yang berikut;

Setelah didengar oleh si penyadap, maka ia pun hairanlah, seraya berkata

( Silalatus Salatin, halaman 113)

maka berkembang-lah segala bunga-bungaan yang dari dalam taman


pengasehan

( Hikayat Abdullah, halaman 64)

Shahadan maka apa-bila di-lihat oleh orang Melayu semua-nya akan hal yang
demikian, maka masing-masing pun ketakutan-lah

( Hikayat Abdullah, halaman 53)

2.7. PENGGUNAAN KOSA KATA DARIPADA PENGARUH ARAB PARSI


Bahasa Melayu Klasik menerima pengaruh kuat daripada Arab dan Parsi
sehingga hasil karya penulis-penulis pada zaman itu telah meminjam beberapa kosa
kata daripada bahasa Arab. Penggunaan kosa kata tersebut bukan sahaja daripada
bidang bahasa ilmu agama tetapi bidang-bidang yang lain seperti undang-undang,
kesusteraan, perubatan dan pentadbiran.

Ciri-ciri ini nampak jelas digunakan terutama bagi penulis-penulis yang


sezaman dengan A. Samad Ahmad dan penulis karya Hikayat Abdullah ini.

Contohnya dapat dilihat seperti dalam petikan ayat di bawah;

Maka beberapa lama-nya dalam hal yang sedemikian, maka datang-lah sa-orang
orang Arab Sayyid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka ada-lah
ia-itu aulia, maka sangat-lah di-permulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala
laki-laki dan perampuan pun pergi-lah berguru kepada-nya dari-hal perkara agama
Islam.

( Hikayat Abdullah, halaman 10)

Perkataan 'Sayyid' adalah perkataan daripada bahasa Arab yang bermaksud ketua
atau pemimpin telah diselitkan dalam contoh petikan ayat di atas. Begitu juga
dengan perkataan 'aulia' yang bermaksud seseorang yang mempunyai pekerti yang
baik.

Contoh lain yang kita dapat lihat adalah seperti petikan ayat di bawah ini;

...'Mari kita chuba jadikan kitab ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris itu...

( Hikayat Abdullah, halaman 10)

Perkataan 'kitab' juga adalah kata yang berasal daripada perkataan Arab yang
membawa maksud buku telah digunakan dalam teks Hikayat Abdullah itu. Begitu
juga seperti dalam teks Sulalatus Salatin, penggunaan kata yang berasal daripada
bahasa Arab juga turut digunakan. Contohnya seperti dalam petikan ayat di bawah;
Orang Kaya-kaya sekalian pertaruh kita, daripada memelihara dan mengajar,
menegur dia; kerana ia budak penuh dengan khilaf dan bebalnya...

Perkataan 'khilaf' yang digunakan dalam petikan ayat di atas merujuk maksud
selalu membuat kesilapan.

You might also like