You are on page 1of 6

KATA GANDA

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis proses pembentukan kata ganda: Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak.
Cantik- cantik Jalan-jalan penderma-penderma Bangunan- bangunan

Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Sesiku Jejari Lelangit kekuda

Jika penggandaan separa digunakan pada kata terbitan, hanya kata dasar utama sahaja yang digandakan tanpa melibatkan imbuhannya..
Tinjau-meninjau Melawat-lawat Bergaduh-gaduhan benci-membenci

Pengandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah seperti contoh yang beriku : Penggandaan berentak pengulangan vokal. Penggandaan jenis ini memperlihatkan penggunaan vokal dalam perkataan pertama juga terdapat dalam perkataan kedua, yakni kedua-duanya mempunyai bentuk vokal yang sama. Contoh :
Lauk-pauk Kuih-muih Selok-belok Karut-marut

Penggandaan berentak pengulangan konsonan. Penggandaan jenis ini memperlihatkan penggunaan kosonan dalam perkataan pertama juga terdapat dalam perkataan kedua, yakni kedua-duanya mempunyai bentuk konsonan yang sama contoh :
Gopoh-gapah Huru-hara Mundar-mandir Mandi-manda

Penggandaan berentak bebas Penggandaan jenis ini memperlihatkan persamaan penggunaan bentuk vokal atau konsonan . Perkataan pertama dan kedua yang bergabung itu adalah berbentuk umum dan bebas. Bagaimanapun, makna perkataan kedua itu tidak sempurna tanpa perkataan pertama bagi kata ganda tersebut. Contoh :
Ipar-duai Lintang-pukang Tungkus-lumus Kusut-masai

You might also like