You are on page 1of 2

2.1.

Nahu Melayu Moden (1998)


Penulis Nahu Melayu Moden (1998) menggunakan istilah kata sifat merujuk
kepada kata adjektif. Darjah perbandingan kata sifat dapat dibahagikan kepada tiga
tahap perbandingan iaitu tingkat biasa, tingkat perbandingan (komparatif) dan tingkat
paling atas (superlatif). Menurut nahu Melayu Moden (1998), kata sifat ialah perkataan
yang bertingkat dan berdarjah. Maka, tingkat perbandingan kata adjektif boleh
diterangkan oleh kata keterangan seperti sangat, amat atau sungguh dan tergolong
dalam tingkat superlatif.
a. Tingkat biasa
Tingkat biasa ialah kata adjektif yang menunjukkan darjah perbandingan
terhadap dua kata nama yang mempunyai tahap atau darjat yang setaraf atau sama.
Ini bermaksud, tiada unsur perbezaan antara dua kata nama. Misalnya,
1.
2.
3.
4.

Birung itu jinak.


Budak itu pandai.
Kereta saya baru.
Orang itu boros.
Perbandingan pada tingkat biasa boleh menggunakan imbuhan awalan se-.
Misalnya,
Baju Siti dan Aminah sewarna.
Imbuhan awalan se- mempunyai makna ungkapan sama dengan, seperti,
bagai, laksana dan lain-lain. Misalnya,

1.
2.
3.
4.

Baju Siti sama merah dengan baju Aminah.


Rambut perempuan itu perang seperti rambut kakak.
Lariannya cepat bagai kilat.
Hatinya kusut laksana benang.

b. Tingkat perbandingan (komparatif)


Tingkat perbandingan atau komparatif ialah tingkat perbandingan terhadap
darjat lebih atau kurang. Ungkapan lebih, kurang, lebih lagi, lagi, makin dan
bertambah digunakan untuk membezakan tingkat perbandingan dua kata nama.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Struktuk pembinaan nya adalah seperti:lebih + kata sifat = Huda lebih cantik daripada Hawa.
Kurang + kata sifat = Azilah kurang pandai berbanding Jannah.
lebih (kata sifat) lagi = Chong lebih tinggi lagi daripada ayahnya.
Kata sifat +lagi = Bilik tidur Shimah teratur lagi berbanding bilik tidur kakaknya.
Makin + Kata sifat = Mukanya makin lama makin cengkung.
Bertambah + kata sifat = Zana bertambah cantik apabila memakaikan pemerah
bibir.

c. Tingkat paling atas (Superlatif)


Tingkat paling atas ialah tingkat perbandingan terhadap darjat yang paling
tinggi antara dua kata nama. Darjah perbandingan pada tingkat paling atas atau
superlatif dinyatakan oleh frasa yang paling, yang ter-, atau yang se-, se-
-nya. Misalnya,
1. Antara beberapa buah restoran makanan laut yang pernah saya kunjungi,
restoran Ah Seng yang paling baik.
2. Yang terpenting bagi ibu ialah anak-anak selamat pulang ke rumah.
3. Jalan yang seelok-eloknya ialah mendengar nasihat kedua orang tua kita.
4. Sesudah makan, Maimun pun mengenakan pakaian seindah-indahnya.
Selain itu, kata sifat yang disertakan dengan kata keterangan darjat
seperti sangat, amat dan sungguh boleh digunakan dan hadiri di hadaopan kata
sifat untuk menilai darjah perbandingan sesuatu kata sifat. Kata keterangan ini
menunjukkan darjah perbandingan tingkat yang paling atas atau superlatif.
Misalnya,
1. Tindakan John menyelamatkan mangsa lemas itu sangat berani.
2. Banglo Patrick amat besar,
3. Suara Dato Siti apabila menyanyi sungguh merdu.
Di samping itu, penanda kata sifat seperti sekali, betul dan benar juga
boleh digunakan untuk menilai tingkat perbandingan kata sifat. Ketiga-tiga kata
keterangan ini akan hadir selepas kata sifat dan menunjukkan darjah
perbandingan kata sifat yang paling atas. Misalnya,
1. Bangunan KLCC tinggi sekali.
2. Budak lelaki itu rajin betul.
3. Suanana di pasar malam riuh benar.

You might also like