You are on page 1of 7

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SINGAI

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi
persaudaraan dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak.

Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambutnya pada bulan Oktober
setiap tahun. Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan
kesejahteraan kanak-kanak, aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara menyeluruh
dilaksanakan di peringkat sekolah. Oleh hal yang demikian, Panitia Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral berkerjasama menganjurkan sambutan Hari Kanak-kanak 2019
peringkat SMK Singai.

2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Kanak-kanak memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-
kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan agar hak-hak
mereka sentiasa dipelihara. Melalui program ini, sekolah akan dapat melahirkan insan
yang mempunyai nilai–nilai murni serta berkebolehan. Di samping itu, kanak–kanak
dapat menonjolkan bakat masing–masing melalui aktiviti–aktiviti yang disertai oleh
mereka.
.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kebolehan serta motivasi diri kanak–kanak melalui aktiviti–
aktiviti yang disertai.
3.2 Mendidik kanak–kanak erti kerjasama dan saling memahami antara satu sama
lain.
3.3 Menghargai dan meraikan kanak–kanak yang berasal dari pelbagai lapisan
masyarakat.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SMK Singai.
5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh / Hari : 01 November 2019 ( Jumaat )


Masa : 7.00 pagi – 11.45
Tempat : SMK Singai

Aturcara Majlis:

Masa Aktiviti

7.00am – 8.00am * Murid berkumpul di dataran sekolah


* Guru kelas mengambil kehadiran murid-murid
* Senamrobik

8.00am – 10.00am * Sukaneka (Rujuk Lampiran)


* Melukis mural

10.00am – 10.20am * Rehat

10.20am - 11.50am * Persembahan murid


* Penutupan majlis

11.50am * Sesi persekolahan tamat – bersurai


6.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Dr. Chee Kin Siong - Pengetua
Timbalan Pengerusi : En. Jong Tian Se - Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi : Cik Evelin Anak Medong – Penolong Kanan Pentadbiran
: En. Lawrence Anak Lingkan – Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Cik Siti Nuraini Binti Samsir

JAWATAN KUASA PELAKSANA


Juruacara En. Maulana Bin Mohamed Jadit
Puan Rimem Anak Mambon
P.A.Sistem En. Alfred Andy Anak Gopal
En. Hoskin Anak Jiob
Jurugambar/ Dokumentasi En. Amping Anak Bara
Cik Tengku Nurul Ain Binti Tengku Anuar
Persiapan dan Hadiah Tokoh Kanak-kanak Pn. Cecelia Anak Goep
dan Sijil Cik Magdalene Lou Anak Elin
Pn. Teresa Anak Mion
Hiasan Pentas Pn. Angnes Runita Anak Dekal
Pn. Roslind Ho
Cik Zhofirah
Dewan / Susunan Murid / Disiplin En. Anand A/L Visvambaan Pillai
Pn. Dolly Anak Botik
En. Millen Anak Patrick Iga
Pn. Rosie Anak Paul
Penanda Buku / Cenderamata Cik Bong Poh Kim
Cik Kastel Anak Deris
Cik Siti Nuraini Binti Samsir
Kebersihan Pn. Chai Chiew Fah
Cik Dewing Anak Piyud
Pn. Jean Anak Jihel
Buku Program Cik Mallisa Anak Besen
Persembahan Murid Cik Beti Anak Nonjey
Pn. Catherine Anak Basin
Pn. Jenos Anak Sogan
Sukan dan Permainan En. Alis Anak Ijon (Penyelaras Permainan)
En. Kenester Anak Mida
En. Risiden Anak Mambon
En. Sitam Anak Asai
Pn. Alice Anak Rokeno
Pn. Christina Anak Behave
Pn. Clarice Anak Miton
Pn. Jesty Anak Jindiau
En. Yong Siew Hiong
(dibantu murid-murid tingkatan 4)

7.0 CADANGAN PERBELANJAAN


Cadangan perbelanjaan bagi sambutan Hari Kanak-kanak ini adalah seperti berikut:

Peruntukan BBTP - Kegiatan Pendidikan Islam

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Plak 20 x RM6.80 RM 136.00

2. Penanda Buku 669 x RM 2 RM 1338.00

3. Set Alat Tulis 4 x RM 50 RM 200.00

JUMLAH RM 1674.00

Peruntukan Pendidikan Islam - Menengah Atas

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Set Alat Tulis 1 4 x RM 70 RM 280.00

2. Set Alat Tulis 2 4 x RM 30 RM 120.00

JUMLAH RM 400.00
8.0 PENUTUP
Diharap sambutan Hari Kanak-kanak ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Sambutan ini merupakan salah satu platform murid-murid mengembangkan bakat dan
mencari pengalaman.

Disediakan oleh :
….………………………..
(Siti Nuraini Binti Samsir)
Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Kebangsaan Singai
Tarikh : ……………..
Disahkan oleh :
….………………………..
(Cik Evelin Anak Medong)
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Singai
Tarikh : ……………..
Diluluskan oleh :
….………………………..
( Dr. Chee Kin Siong )
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Singai
Tarikh : ……………..
Lampiran
ACARA SUKANEKA PENERANGAN ACARA AJK PELAKSANA
1. Penuhkan Botol dengan air Bahan diperlukan:
Botol, Straw dan Baldi (berisi air).

Cara permaianan:
i. Perserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.
ii. Perserta perlu berada dalam barisan kumpulan masing-masing.
iii. Perserta pertama berlari ke arah baldi tang berisi air untuk
menyedut air dengan menggunakan straw, kemudian
memasukkannya ke dalam botol yang disediakan.
iv. Perserta perlu berlari kembali ke arah kumpulan untuk giliran
perserta kedua dan seterusnya.

Kiraan markah:
Kumpulan yang dapat mengumpul air paling banyak adalah pemenang.
2. Pancing Tin Minuman Bahan diperlukan:
Kayu (batang pancing), Tali / Benang, Pencungkil Gigi, Tin Minuman.

Cara permaianan:
i. Perserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.
ii. Perserta perlu berada dalam barisan kumpulan masing-masing.
iii. Perserta pertama berlari ke longgokan tin minuman dan
memancingnya, kemudian di bawa ke arah kumpulan diikuti
perserta kedua dan seterusnya.

Kiraan markah:
Kumpulan yang dapat mengumpul tin paling bannyak adalah pemenang.
3. Chopstik Kacang Tanah Bahan diperlukan:
Chopstik, Kacang Tanah, Pinggan.

Cara permaianan:
i. Perserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.
ii. Perserta perlu berada dalam barisan kumpulan masing-masing.
iii. Perserta pertama berlari ke arah pinggan yang berisi kacang tanah,
kemudian mengambil kacang tanah dengan menggun akan copstik
dan memasukkannya ke dalam bekas yang disediakan.

Kiraan markah:
Kumpulan yang dapat menumpul kacang tanah terbanyak adalah
pemenang.
4. Makin Jauh Makin Sayang Bahan diperlukan:
Botol dan Baldi / Besen yang berisi berisi air.

Cara permaianan:
i. Perserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.
ii. Perserta perlu berada dalam barisan kumpulan masing-masing.
iii. Perserta pertama mengambil belon di dalam baldi, kemudian
menyerahkan kepada ahli kumpulan yang berada di belakangnya

You might also like