You are on page 1of 1

Arahan: Salin dalam buku latihan masing-masing dan jawab soalan dibawah.

Bahagian A: Soalan Struktur


1. Maklumat yang berikut berkaitan dengan teknologi Maklumat dan
Komunikasi

TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi maklumat dan komunikasi ialah satu istilah umum yang
menerangkan sebarang teknologi yang membantu menghasilkan,
memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi atau menyebarkan
maklumat yang melibatkan teknologi komputer serta perpindahan
dan perkongsian maklumat dalam kehidupan.

(a) Nyatakan dua etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.


(i) Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pengguna lain [1m]
(ii) Tidak menyebarkan maklumat palsu yang mengugat keselamatan.[1m]
[2 markah]

(b) Huraikan dua kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi secara beretika.
(i) Perkongsian maklumat. [1m] Perkongsian pelbagai maklumat berguna
dapat diperoleh dengan mudah dan cepat [1m]
(ii) Memudahkan perhubungan sosial [1m]. Pengguna dapat berhubung
dengan sesiapa di seluruh dunia dengan mudah dan membantu
mengeratkan hubungan [1m].
[4 markah]

(c) Berikan dua kesan negatif jika teknologi maklumat dan komunikasi
tidak digunakan secara beretika.
(i) Serangan pelbagai virus[1m]
(ii) Terdedah kepada bahan berunsur negatif dan lucah[1m]
[2 markah]

(d) Sebagai pengguna akaun e-mel, bagaimanakah cara anda


menunjukkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
secara beretika?
(i) Tidak memberikan maklumat diri yang palsu semasa mendaftar emel.
[1m]
(ii) Merahsiakan nama pengguna dan kata laluan. [1m]
[2 markah]
 Mana-mana jawapan yang munasabah dapat diterima.

You might also like