You are on page 1of 1

TEORI TRANSFORMASI GENERATIF

•      Merupakan satu aliran baharu yang timbul selepas aliran struktural.


•      Teori ini muncul dalam tahun 50-an yang dipelopori oleh Noam
Chomsky.
•      Teori ini wujud akibat daripada beberapa kekurangan dan kelemahan
teori tradisional dan struktural.
•      Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur
yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk
menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut
rumus-rumus tertentu.
•      Manakala transformasi pula bermaksud mengubah atau menukar, iaitu
menuliskan semula.
•      Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula abentuk struktur ayat
asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa
mengubah atau menghilangkan makna asalnya.
•      Kajian transformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa
seseorang penutur ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk
membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah mereka
dengar kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa.
•      Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk
membentuk rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan
pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut.

You might also like