You are on page 1of 8

Soalan:

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga proses tranformasi atau perubahan dalam
penerbitan ayat, iaitu pengguguran, penyusunan semula dan perluasan. Jelaskan
keseluruhan proses tersbut dengan memberi contoh-contoh ayat yang jelas. Jawapan
anda mestilah merangkumi, empat jenis pengguguran, tiga jenis proses penyusunan
semula dan empat jenis proses peluasan.

1.PENGGUGURAN

Proses pengguguran ialah proses tranformasi yang berlaku pada struktur ayat yang
mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Dengan hal
yang demikian, pada perigkat struktur pembukaan , unsur yang diguguran itu lagi wujud.

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu

I. Pengguguran frasa nama sebagai subjek


II. Pengguguran frasa predikat
III. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

I. PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

Pengguguran frasa nama sebgai subjek terdiri daripada dua jenis:

a) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah

Cth: 1) Kamu keluar Keluar!

2) Awak semua pergi dari sini Pergi dari sini!

Subjek (kata ganti nama diri kedua) + Predikat Predikat

b) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Cth: 1) Dia pelajar baharu + Dia rajin belajar

= Dia pejalar baharu dan dia rajin belajar

Dia digugurkan kerana merujuk pekara yang


= Dia pelajar baharu dan rajin belajar
sama dalam kedua-dua ayat.

2) Adik saya cantik. Adik saya pemalu

= Adik saya cantik tetapi adik saya pemalu

=Adik saya cantik tetapi pemal


FK, FN, FA & FSN

II) PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

a) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat

A(i) Frasa kerja yang serupa

Cth: 1) Adik Mia belajar di London. Sepupunya belajar di London.

= Adik Mia belajar di London dan Sepupunya belajar di London

= Adik Mia dan sepupunya belajar di London.

2) Ketabahan mendatangkan kejayaan. Kegigihan mendatangkan


kejayaan.

= Ketabahan mendatangkan kejayaan dan kegigihan mendatangkan


kejayaan.

=Ketabahan dan kegigihan mendatangkan kejayaan.

A(ii). Frasa nama yang serupa

Cth: 1) Bendera Malaysia lambang negara. Lagu Kebangsaan lambang


negara.

=Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang


negara

=Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara

A(iii). Frasa Adjektif yang Serupa

Cth: Penyanyi itu riang gembira. Penari itu riang gembira.

=Penyanyi itu riang gembira dan penari itu riang gembira.

=Penyanyi dan penari itu riang gembira.

A(iii). Frasa Sendi Nama yang serupa

Cth: Buku ini untuk adik. Pensel ini untuk adik.

=Buku ini untuk adik dan pensel ini untuk adik.

=Buku dan pensel ini untuk untuk adik.


B). Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat

I. Oleh + FN dalam ayat pasif

Cth: Istana itu telah dibina oleh rakyat dalam masa setahun.

=Istana itu telah dibina dalam masa setahun

II. Kata bantu yang serupa

Cth: Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari.

=Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.

=Dia boleh menyanyi dan menari.

III. FN sebagai objek yang serupa

Cth: Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu.

=Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu.

=Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.

IV. FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

Cth: Kejadian itu sungguh ,menakjubkan kami.

=kejadian itu sungguh menakjubkan

III) PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF

Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu
lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relative itu boleh
digugurkan.

Cth: 1) Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban.

=Orang tua yang memakai serban itu bapa saya

=Yang memakai serban itu bapa saya.

2) Adiknya memilih beg itu. Beg itu biru.

=Adiknya memilih beg yang biru itu.


=Adiknya memilih yang biru itu.

IV) PENGGUGURAN KATA NAMA YANG BERFUNGSI SEBAGAI INTI DALAM FRASA
NAMA

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN (inti)+ Penerang boleh
digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya,
yang mungkin bukan daripada kelas kata nama.

Contohnya,

Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kata kegiatan
sebagai inti dalam frasa nama tersebut,dan kata

bersenam sebagai penerang. Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh
digugurkan.

Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.

=Bersenam boleh menyihatkan badan.

2. PELUASAN

Proses peluasan bermaksud menambah unsur-unsur tertentu dalam ayat baru.

Terdapat empat (4) jenis peluasan, iaitu:

(a) Perluasan FN sebagai subjek.

(b) Perluasan Frasa Predikat.

(c) Perluasan dengan kata hubung.

(d) Perluasan melalui proses komplementasi.

a) Peluasan FN sebagai subjek (relatif)

Satu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada
subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif wujud melalui penggunaan
kata relatif yang.

Contoh:
1. Budak itu / adik saya.

2. Budak itu / membaca buku.

= Budak yang membaca buku itu adik saya

SYARAT RELATIVISASI

(i) Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak terjadi.

Contoh:

1. (a) Bangunan itu besar.

(b) Orang itu mengait buah.

=Bangunan yang mengait buah itu besar.

(ii) Identiti FN sama dan berfungsi sebagai subjek. Jika tidak relativisasi tidak
terjadi.

Contoh:

2. (a) Mahasiswi membaling meja.

(b) Mahasiswa membaling mahasisw

=Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja.

Ayat (2) boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif.

Contoh:

(a) Mahasiswi membaling meja.

(b) Mahasiswa membaling mahasiswi.

(c) Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif).

=Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja


(relativisasi).

B) Peluasan predikat (relatif)


Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat yang
dipancangkan.

Contoh:

1. (a) Ali / mengusik budak itu.

(b) Budak itu / cantik.

= Ali / mengusik budak yang cantik itu.

2. (a) Anaknya memanjat pokok itu.

(b) Pokok itu tinggi.

= Anaknya memanjat pokok yang tinggi itu.

C) Peluasan dengan kata hubung

Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung
seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun

Contoh:

1. (a) Ali / berbasikal ke sekolah.

(b) Osman / berbasikal ke sekolah.

= Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.

2. (a) Abang tidak bermain bola.

(b) Abang sakit perut.

=Abang tidak bermain bola kerana sakit perut.


D) Peluasan melalui komplementasi

Proses yang mengubah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat
yang lain.

Contoh:

1. (a) Dia / melaporkan sesuatu.

(b) Ali / sakit tenat.

=Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

2. (a) Wanita itu melaporkan sesuatu.

(b) Suaminya kahwin lagi.

=Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi.

3.PROSES PENYUSUNAN SEMULA

Proses penyusunan semula ialah bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu. Lazimnya, berlaku proses perubahan atau pengguguran pada kata-
kata tertentu dalam ayat yang disusun semula.
Berlaku juga penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat-ayat
baharu yang diterbitkan daripada ayat asal. Sungguhpun demikian,
penyusunan semula ayat-ayat tidak melibatkan perubahan pada makna ayat.

Secara umum, terdapat tiga proses penyusunan semula ayat dalam bahasa
Melayu, iaitu:

(a) Penyusunan semula FN sebagai subjek (proses pasif)

(b) Penyusunan semula FN sebagai Objek (Ayat 2 objek)

(c) Penyusunan semula melalui ayat songsang


(a) Penyusunan semula FN sebagai subjek (proses pasif)

CTH:

1. Ali /menendang bola itu.


= Bola itu / ditendang oleh Ali.

2. Anjing menggigit orang tua itu.

=Orang tua itu / digigit oleh anjing.

2. Pekerja itu mengecat kereta


=Kereta dicat (oleh) pekerja itu.

(b) Penyusunan semula FN sebagai Objek (Ayat 2 objek)

Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan
objek sipi.

1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.


=Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
2. Guru mengajar murid-muridnya matematik.
=Guru mengajar matematik kepada murid- muridnya.

c) Penyusunan semula melalui ayat songsang

Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya
boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan.

Cth:

1. Orang tua itu / pergi ke sungai.


=Ke sungai orang tua itu pergi.
2. Mereka tiba di sini semalam.
=Semalam mereka tiba di sini.
3. Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.
= Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke sekolah.

You might also like