You are on page 1of 23

1.

0 Pengenalan

Kursus Pedagogi Bahasa Melayu, membicarakan tentang bahasa yang dihuraikan


menggunakan teori-teori tertentu seperti Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada
empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap
bentuk-bentuk tulisan. Selain itu, Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian
tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi
Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa dan Teori
Fungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika
seseorang berkomunikasi.

Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh


bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori
Pemerolehan Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu
Teori Pemerolehan Bahasa aliran Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa
aliran Mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson, teori pemerolehan
bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang
dipelopori oleh Halliday.

Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) di dalam kelas, terdapat
empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk
seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di
aplikasikan dalam proses PnP dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran
bahasa seperti aliran behaviorisme, aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran
konstruktivisme.

2.0 Teori Huraian Bahasa Dan Teori Pemerolehan Bahasa

Aliran kajian tatabahasa yang terkenal terbahagi kepada tiga iaitu TeoriTradisional, Teori
Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Perbezaan pendapat setiap
aliran ini bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut dan persamaan
pula daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu
kesinambungan. Oleh yang demikian teori huraian bahasa dapat dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu seperti dalam rajah 2.0(a): Pecahan Teori Huraian Bahasa

1
Rajah 2.0(a): Pecahan Teori Huraian Bahasa

2.1 Nahu Tradisional

Teori Nahu Tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini,
bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan
alat untuk membunyikan suara. Hal ini juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur
juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan
dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran dan pembelajaran pula banyak tertumpu kepada
nahu terjemahan sahaja jika dibandingkan dengan yang lain. Antara ciri-ciri nahu tradisional
adalah seperti dalam rajah 2.1(a): ciri-ciri nahu tradisional

2
Rajah 2.1(a): Ciri-Ciri Nahu Tradisional

2.2 Struktural

Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield dan Leonard de
Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa
tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu
sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk
perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini menumpukan kajian terhadap
fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai
dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna
serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

2.3 Transformasi Generatif

Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam choamsky. Menurut
teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.
Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru
dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk
rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah
berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur
dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif.
Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk
menganalisis setiap nahu. Terdapat beberapa ciri-ciri teori ini. Ciri-ciri teori transformasi-
generatif adalah seperti yang terdapat pada rajah 2.3(a): ciri-ciri teori transformasi generatif.

Rajah 2.3(a): ciri-ciri teori transformasi generatif

3
2.4 Teori Fungsional

Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang
perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi.
Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara
masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan
bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga dapat
menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut memberi perhatian
kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan
yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Rajah2.4 (a) Pecahan Teori Fungsional

4
3.0 Teori Pemerolehan Bahasa

Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan.
Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), beliau memperlihatkan prinsip-prinsip pengajaran
bahasa yang menyakuti teori-teori pemerolehan bahasa. Antara teori yang dikemukakan
melibatkan teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan teori fungsional. Teori
kognitif juga antara teori yang penting dalam pemerolehan bahasa.Teori ini telah
diperkenalkan oleh Jean Piaget. Sebenarnya terdapat pelbagai teori bahasa yang
dikemukakan antara yang paling berkesan ialah teori behaviorisme, teori mentalis, teori
interaksionalis, teori konstruktivisme dan teori kognitif

3.1 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan


Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan
pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori
ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa
dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran
Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa Pertama, bahasa yang diutamakan ialah
bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli
Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa
lisan.

Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk
membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah
kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid
dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat.
Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini
latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun
pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada
yang lebih susah. Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran
disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang
dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian,
keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini
sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan
pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

5
Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan
latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi
hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan
pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui
penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah
dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :

Latihan Yang Dikukuhkan ---> Pembelajaran ---> Perubahan


Tingkah Laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks


pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh
pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip
sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Selepas
itu, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa
adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih
berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu
pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak
dan meningkatkan minat serta motivasi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh
guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara
mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan
saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan
keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat
bantu mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan
induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih
dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Sebagai kesimpulannya, teori behaviorisme
ini boleh disimpulkan pada rajah 3.1(a) teori behaviorisme.

6
Rajah 3.1(a) Teori Behaviorisme

7
3.2 Teori Mentalis

Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental.


Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-
rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek
penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.
Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau
prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian
beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan
mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip mentalis yang pertama adalah pembelajaran
bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap
sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Seterusnya, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah


dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk
berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan
yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam
masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. Pada
masa ynag sama, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada
peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai
bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri
pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan
terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa penyampaian makna lebih diutamakan daripada


struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk
menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi
membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus
menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan
kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya
dengan baik. Tambahan pula, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses
pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya
dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan
terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Manakala
prinsip seterusnya adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa
disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kajian-kajian

8
bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu
dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa
dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada
pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Berikut adalah penerangan lanjut
mengenai teori mentalis

Rajah 3.2(a): Teori Mentalis

3.3 Teori konstruktivisme

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi
strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu.
Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut
diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-
ahli Fungsionalis. Yang pertama adalah dimana sistem tatabahasa dan fungsi bahasa
adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi
pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur

9
bahasa yang dipelajari itu. Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan
dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi
sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.

Seterusnya, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran


berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi
dalam penggunaannya. Akhir sekali, bahasa adalah alat untuk berhubung. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi
komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.terdapat beberapa ciri-ciri
pembelajaran secara konstruktivisme antaranya adalah seperti dalam rajah 3.3(a) ciri-ciri
pembelajaran secara konstruktivisme.

Rajah 3.3(a) Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

10
3.4 Teori Interaksionalisme

Terdapat tiga prinsip dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa


interaksionalisme iaitu dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih
diutamakan. Menurut prinsip ini sama ada pembelajaran bahasa pertama atau kedua,
penyampaian makna adalah amat penting. Prinsip kedua ialah pembelajaran bahasa
merupakan proses mental dan linguistik.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna
yang dimaksudkan adalah berhubung rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa
yang memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas dan aktiviti bermakna. Sekiranya dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna, murid-murid bukan
sahaja dapat memperbaiki penggunaan sistem bahasa mereka tetapi juga berkemampuan
untuk mengunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

3.5 Teori Kognitif

Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.
Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak- kanak boleh dibahagiakan kepada
empat peringkat (Abd. Aziz Abd.Talib, 2000). Peringkat pertama melibatkan tahap motor-
sensori iaitu bermula umur kosong hinggalah dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif
sudah bermula sedikit namun kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan
logik. Perlakuan kanak-kanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor (fizikal).

Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua
hinggalah tujuh tahun, perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun. Semasa
berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi
lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin meluas kanak-kanak
tersebut. Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun
pula kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya mampu berfikir secara
konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal.Peringkat terakhir
melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15 tahun. Pada tahap ini
kanak-kanak mula matang dan mampu berfikir secara logik untuk menyelesaikan masalah
termasuklah masalah secara abstrak iaitu merupakan masalah yang lebih kompleks.

4.0 Membanding Beza Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan Teknik Dalam Pdp Bahasa
Melayu
11
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai dan kaedah yang boleh digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Pendekatan ataupun strategi yan digunakan
memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti murid yang mampu dilahirkan.
Oleh yang demikian guru haruslah bijak dalam mengambil langkah yang proaktif bagi
memastikan mereka menggunakan kaedah yang betul dalam mengajar murid mereka.

4.1 Strategi

Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran


berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan
mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan
sebagainya. Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya
perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini
mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses
PnP. Pelajar hanya bersifat pasif di dalam kelas

Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini
lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-
ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang
dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.
Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana
guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita. Ciri-ciri utama Pelajar lebih digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator atau pemudahcara.

Antara strategi yang boleh digunakan adalah strategi berpusatkan murid. Dalam
startegi ini masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan
masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya
dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif
pembelajaran. Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama
dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan
mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya,
pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

Selepas itu, Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang
digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu
bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang

12
digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh
kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar
menjadi lebih mudah. Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan
lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta
dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran
memerlukan bahan.

Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan


masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru
hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat
teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti
pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan
proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang
diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu
menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu
pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan
sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Pada masa yang sama juga, strategi berpusatkan penyelsaian masalah juga boleh
digunakan. Hal ini dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan
atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat.
Memerlukan proses penakulan yang agat tinggi. Antara langkah yangperlu dipatuhi ialah
kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis,
menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh
bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan
pelajar adalah dituntut sepenuhnya

4.2 Pendekatan

Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang mendokong
sesuatu teori. Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang ditentukan.
Pendekatan adalah beraksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan.
Contohnya dalam sesi pengajaran, guru menggunakan pendekatan daripada mudah
sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami oleh murid. Pendekatan yang pertama
iaitu pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses
penaakulan yang tinggi. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh
dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan
mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia

13
bekerja dan berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan
yang sesuai.

Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal


iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang
dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian digunakan
iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis tentang aspek bahasa pada awal
pembelajaran. kemudian kesimpulan umum dikaitsimpul daripada data yang dipelajari. Guru
sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan-peraturan,
menerangkan isi atau kandungan keseluruhan pelajaran. Sebelum memulakan pengajaran
ini, guru perlulah memahami idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara
induktif. Model yang menekankan perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru
perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan
kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini,
pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat generalisasi
mengenai perkara yang dipelajari.

Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan
pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam pengajaran.
Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru akan
menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada peringkat terakhir pula
contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar
dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal. Model yang ketiga ialah penilaian
aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah
disampaikan. Guru akan dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran.
Guru juga akan mengubahsuai mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan pengajaran


induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru perlulah
menentukan struktur isi yang hendak disampaikan. Kemudian setelah aspek bahasa telah
dikenal pasti, guru hendaklah merancang dengan memecahkan isi tersebut kepada
bebarapa bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait rapat agar komponen isi
dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka.
Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual yang
melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pwngajaran dan kemudian kesimpulan.

Pelaksanaan pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk konsep melalui
contoh, membuat generalisasi dan pengaplikasian pengetahuan dalam situasi lain. Langkah
yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan struktur, isi dan peringkat-

14
peringkat kebolehan kognitif. Seterusnya ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan
langkah-langkah pengajaran yang dirancang. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-
peringkat kebolehan kognitif dan dapat dilihat dalam peringkat pendedahan, peringkat
pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, dan peringkat mencubakan
generalisasi serta yang terakhir ialah peringkat penutup.

Jika kita lihat pada aspek pendekatan deduktif pula, iainya merupakan satu
pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada
hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam pengajaran
kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu Teori, hukum, atau masalah tertentu
perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh yang sesuai.
Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dipentingkan. Prosedur pengajaran
dimulakan dengan pengenalan rumus yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan
rumus yang diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan contoh yang berkaitan dan
pengukuhan pemahaman konsep sesuatu rumus. Guru hanya perlu membimbing pelajar
menjalankan aktiviti melalui soalan-soalan terarah yang terancang.

Pendekata elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan


awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada
kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-
mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut
keperluan pelajar. Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh
dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan
contoh-contoh lain sebagai pengukuhan. Guru boleh juga memulakan pengajarannya
dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh
khusus. Selepas pelajar membuat perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah
guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang
berkaitan. Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada
kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif.Melalui pendekatan ini, guru
akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan
pelajar.

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu


berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor
dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan
ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang

15
terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan
berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar
pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid
perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu
aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara
berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar iaitu
seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

4.3 Kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan
merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah
berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong
pendekatan dipilih. Kaedha natural merupakan salah satu kaedah yang digunakan
olehKaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang
berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan kepada
analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Kaedah ini
melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna,
penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran.
Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur
secara berperingkat-peringkat.

Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara
untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan
pembelajaran (learning). Pertama ialah Penguasaan dimana cara yang semula jadi, yang
terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu
merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui
pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.

Kedua ialah Pembelajaran. Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar


tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang

16
bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran
yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan
kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari

Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan


adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus
kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang
dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak diperlukan
untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat
demikian. Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku
dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input
untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal),
sambil memberi klue non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut.
Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan,
peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya
adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu
sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah
ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang
dapat digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan
menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan
mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat
deduktif yang mementingkan bahasa tulisan daripada lisan. Teknik mengajar kaedah nahu
tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar kepada undang-undang nahu dahulu.
Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan
kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi
senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua,
senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-
pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai
perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

Kaedah terus pula selalu digunakan untuk menerangkan konsepm kepada murid-
murid. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun
1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan
untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus
mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah

17
ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali
menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini bertujuan
membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara
berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam
masyarakat berkenaan. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan
secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia
ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-
kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

Kaedah ajuk hafaz pula selalu digunakan bagi mematikan murid menghafal sesuatu
perkara ynag diingini oleh guru. Kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa
dalam bahasa ibunda. Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan.
Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi
bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran
dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-
ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar.
Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan
bahagian-bahagiannya. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan
dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan,
menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula
menggunakannya dalam bentuk-bentuk .

Kaedah linguistik merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan
membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu
kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat,
makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-
bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi
pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa
yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-
bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah
linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah
diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga

18
didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa
yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kaedah kod konigtif pula berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa
sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan
pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut Chomsky pula, bahasa
merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik.
Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat.
Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa
ibundanya dalam jangka masa singkat.

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari
sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan
norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P
bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan.
Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui
pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

Kaedah bahasa komuniti ataupun Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community


Language Learning’ merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles.
Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan
model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna
yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi
asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural. Namun, pelopor CLL yang
terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa yang agak berlainan yang disebut
sebagai ‘ Bahasa Sebagai Proses Sosial’ Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya
melibatkan kognitif dan afektif.

Inilah yang disebut sebagai pembelajaran ‘Whole Person’. Pembelajaran berlaku


dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi. Justeru
perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan. Kejayaan dalam mempelajari sesuatu
bahasa berhubung kait dengan perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama
pelajar. Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain. Curran
menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang
lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas CLL.
Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan
bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran CLL
berbanding dengan teori-teori lain.

19
Kaedah Oral–Aural diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur,
Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas
untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah pengajaran kaedah Oral-
Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan
dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul,
sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan
penutur jati bahasa yang diajar. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan
kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah
dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

4.4 Teknik

Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud dalam
pemikiran dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada satu
masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan haruslah selaras
dengan kaedah yang digunakan. Teknik drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam
situasi yang lengkap penerangannya. Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan
murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih
terdahulu dan seolah-olah hidup utk obejktif P & P. Teknik ini melibatkan gambaran atau
membayangkan sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang
skrip.

Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang
dikaji dalam bentuk abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau
tujuan orang lain dengan melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran
murid mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga dapat
menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan berbagai-bagai
bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid. Teknik latih tubi adalah merupakan
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk
mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya
menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata
pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan
menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis
peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting

20
Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya
ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan
mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid.
Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak
digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan
pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal. Teknik permainan bahasa merupakan satu
aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa.
Teknik ini diajar adalah bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk
menghilangkan kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus
untuk kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran. Terdapat
beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya ialah Permainan menyampaikan pesan,
Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya, Permainan
menikam angka, slip undian. Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak
formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran
berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada
pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.

Teknik bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang
berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Teknik bercerita ini adalah
merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya
melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara penyampai yang sesuai dengan sifat semula
jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya pelajaran
disampaikan menyentuh dan membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka. Sewaktu
merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat
dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada segi menghafal
cerita dan menyediakan alat bantu. Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia
mendengar cerita yang ingin disampaikan. Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa
kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami.
Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu sesuai
dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah mengadakan sesi
penilaian terhadap murid. Kesimpulannya jenis-jenis teknik boleh dibahagikan kepada 14
teknik seperti dalam rajah 4.4(a) jenis teknik.

21
Rajah 4.4(a) jenis teknik.

5.0 Penutup

Generalisasinya semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
memastikan guru dilengkapi dengan kamahiran yang penting seperti kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi memastikan guru tersebut mampu untuk mendidik
murid pada masa kini yang sentiasa berkembang mengikuti arus pemodenan. Oleh itu
pendidikan sepanjang hayat haruslah ditekankan kepada guru supaya mereka dapat terus
fokus dalam mempelbagaikan kaedah PnP semasa dalam kelas bagi memastikan murid
dapat faham dan fokus semasa proses PnP berjalan. Tamsilnya, semua pihal tidak boleh
memandang enteng tehadap pendidikan di negara kita dan pihak berwajib seperti
kementerian pendidikan haruslah mengambil seberapa langkah yang boleh demi memajukan
tahap pendidikan di negara kita agar negara kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain.

22
6.0 Rujukan

Buku

Abd. Aziz Abd. Talib, (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II.

Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.

Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hajah Noresah bt Bajarom et.al, (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga .

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

Diyara. (2014) . Teori – teori Pemerolehan Bahasa. Diperolehi pada 27 /7/2018 daripada

http://diyara27.blogspot.com/2014/07/teori-teori-pemerolehan-bahasa.html

Fauzyah . (2014) . Teori Pemerolehan Bahasa. Diperolehi pada 27 /7/2018 daripada

http://upithfauziyah.blogspot.com/2014/06/teori-pemerolehan-bahasa.html

23

You might also like