You are on page 1of 12

TEKS FORUM: ISU ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

PENGERUSI : CHOO PUYI

AHLI PANEL PERTAMA : NG SIN JU

AHLI PANEL KEDUA : SOO MAN LOK

PEMBICARA SKRIP

PENGERUSI Percubaan Pertama: Pentaksiran Sekolah Rendah, Program Transformasi


Pendidikan

AHLI PANEL 1 Percubaan kedua: Pentaksiran Sekolah Rendah, Bangunkan modal insan

AHLI PANEL 2 Percubaan ketiga : Pentaksiran Sekolah Rendah, Penekanan penguasaan ilmu
pengetahuan, Pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai

SEMUA PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH, PENTAKSIRAN HOLISTIK YANG MENILAI


KOGNITIF, AFEKTIF, PSIKOMOTOR DAN SOSIAL.

Pengerusi Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi teraju kebenaran,

Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melolontarkan idea.

Sidang hadirin yang dihormati

Salam sejahtera, Ahli panel dan sidang hadirin yang dikasihi

Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama berada dalam forum pada petang
yang indah lagi ceria ini. Saya CHOO PUYI akan bersama-sama warga dewan
sekalian untuk mempengerusikan forum remaja kita pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang cantik, segak lagi
tampan bergaya, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu mauduk bual
bicara forum remaja kita pada hari ini.

Mauduk forum kita berkisar tema Isu Isu Yang Berkaitan Dengan
Pentaksiran Sekolah Rendah Di Malaysia.

Dunia marcapada menyaksikan kesan globalisasi di seluruh dunia menyebabkan


pentaksiran juga tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dan isu
sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Salah satu isu yang sering kali timbul dalam pentaksiran ialah ketepatan
pentaksiran dalam mencerminkan kebolehan murid. Antara isu lain yang
diperkatakan ialah pentaksiran yang terlalu mementingkan aspek kognitif
sehingga aspek psikomotor dan afektif diabaikan. Selain itu, satu lagi isu yang
sering diperkatakan ialah prosedur pentaksiran yang mengambil masa yang
lama dan terlalu membebankan sehingga guru tidak dapat melaksanakan
pentaksiran dengan berkesan.
Pentaksiran merupakan salah cara menilai tahap penguasaan murid dalam
sesuatu kemahiran yang telah dipelajari

Tak tumbuh tak melata

Jika tak sungguh, kami tak kata

Pentaksiran Sekolah Rendah merupakan salah satu dasar KPM untuk


menambahbaikan sistem peperiksaan yang sedia ada supaya ibu bapa terlalu
berpaksikan keputusan peperiksaan semata-mata tetapi pentaksiran secara
menyeluruh. Namun demikian, wujud pelbagai isu berkaitan dengan
pentaksiran ini dimana ia mendapat rungutan dan tentangan daripada pelbagai
pihak seperti ibu bapa, guru dan masyarakat.

Baiklah sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri lebih
mendalam topik perbincangan, molek kiranya kita berkenalan dengan kedua-
dua ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan/kiri saya, saudara NG SIN JU yang merupakan ahli panel yang
pertama, cantik dan murah dengan senyuman selamat datang saudari NG SIN
JU apa khabar saudari?

Ahli panel 1 Terima kasih saudari pengerusi, saudari CHOO PUYI, khabar baik. SaudarI
bagaimana?

Pengerusi Saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup bersemangat untuk
berbicara tentang isu pentaksiran sekolah rendah di Malaysia.

Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, Nampak yakin dan tampan
berada di sebelah kanan/kiri saya iaitu saudara SOO MAN LOK

Selamat datang saudara SOO MAN LOK. Apa khabar saudara?

Ahli panel 2 Saya sihat sejahtera, saudari pengerusi. Datang ke sini dengan semangat yang
membara seperti saudari juga.

Pengerusi Ya, sudah pasti saudara SOO, topik bual bicara kita pada hari memang menarik
menjadikan kita sunggul terpanggil untuk membincangkannya.

Pengerusi Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada
topik forum kita iaitu ISU ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENTAKSIRAN
SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA.

Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati

Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan soalan
pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama.

Saudari NG SIN JU, mohon saudari memberikan isu-isu yang berkaitan dengan
Pentaksiran Sekolah Rendah di Malaysia.
Ahli Terima kasih saudara pengerusi, saudari CHOO PUYI.
Panel Pertama
Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati.

Apakah Isu Isu Yang Berkaitan Dengan Pentaksiran Sekolah Rendah Di Malaysia?
Sebenarnya terdapat 7 isu berkaitan dengan Pentaksiran Sekolah Rendah.
Antara isu yang dibincangkan ialah trend semasa, sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran autentik, pentaksiran secara atas
talian dan instrumen pentaksiran antarabangsa.

Pernahkah anda fikirkan mengapakah banyak isu telah dinyatakan berkaitan


dengan pentaksiran ini?

Saudari Pengerusi , ahli panel dan Sidang hadirin

Bagi isu yang pertama, trend semasa yang dijelaskan ialah penekanan terhadap
pentaksiran formatif, iteme item kemahiran berfikir pada aras tinggi,
pentaksiran secara atas talian, pentaksiran yang melibatkan kehidupan murid
serta pentaksiran antarabangsa.

Di Malaysia, kita banyak mempelajari kesilapan dan kelebihan system


pendidikan negara lain yang lebih maju dan mantap. Dalam tempoh sedekad
yang lepas, usaha juga telah diambil berdasarkan prestasi murid dalam
pentaksiran Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS)
dan Programme for International Student Assessment (PISA).

Berdasarkan maklum balas daripada pentaksiran TIMSS, PISA dan daripada


pihak berkepentingan, beberapa tindakan telah diambil oleh Kementerian
Pendidikan Malayisa (KPM) untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem
pentaksiran di Malaysia. Ekoran tindakan tersebut, beberapa trend semasa
dapat diperhatikan dalam system pentaksiran di Malaysia. Antara trend
tersebut ialah usaha untuk mengurangkan penekanan terhadap pentaksiran
sumatif sebaliknya melebihkan pentaksiran formatif.

Sidang hadirin yang dihormati

Usaha-usaha juga dijalankan untuk memberikan penekanan kepada elemen


kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan
pentaksiran autentik. Trend lain yang dapat diperhatikan ialah pengenalan dan
perluasan pentaksiran secara atas talian (online) serta usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan dalam keupayaan murid di Malaysia dengan
murid di negara lain yang memperoleh pencapaian yang tinggi dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA.

Terima kasih

Kembali semula kepada saudari pengerusi forum, saudari CHOO PUYI.


Pengerusi Sidang hadirin,
Forum
Terima kasih saudara ahli panel pertama, saudari NG SIN JU

Benar kata saudara tadi, peningkatan pengetahuan dan kemahiran murid


adalah penting supaya dapat bersaing di persada dunia. Sungguh terkesan di
hati saya apabila mendengar butir bicara tentang isu trend semasa dalam
pentaksiran di Malaysia.

Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudara SOO
MAN LOK tentang isu yang seterusnya.

Ahli panel Terima kasih saudara pengerusi majlis


kedua
Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin

Salam sejahtera,

Isu yang seterusnya ialah sistem peperiksaan yang berorientasikan peperiksaan.


Sistem pendidikan di Malaysia, terlalu berorientasikan peperiksaan. Hal ini
demikian kerana, kebolehan dan pencapaian murid dipercayai dapat diukur
melalui ujian sumatif pada hujung penggal atau akhir tahun dan melalui
peperiksaan awam (kebangsaan) seperti UPSR, PMR dan SPM. Oleh itu,
berlakulah persaingan antara murid untuk memperoleh gred A sebanyak yang
mungkin dalam peperiksaan. Tumpuan yang menjadi keutamaan ialah saingan
dalam peperiksaan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

Masalah ini menjadi kian runcing kerana peperiksaan awam di Malaysia


memberikan teralu banyak penekanan terhadap aspek kognitif dan
meminggirkan aspek-aspek lain. Salah satu sebab hal ini terjadi adalah kerana
aspek fizikal dan afektif yang sukar untuk ditaksir melalui peperiksaan bertulis.
Selain itu, penekanan yang diberikan kepada bidang kognitif menyebabkan
kebolehan kognitif ini dianggap sebagai kritera piawai untuk menentukan
kecerdasan seseorang.

Akan tetapi beberapa perkembangan dalam landskap pendidikan telah


mengubah persepsi ini. Antaranya, pengenalan tentang gaya pembelajaran,
kecerdasan pelbagai serta penyerapan konsep tersebut dalam sistem pendidikan
sedunia telah menuntut supaya sistem pentaksiran di Malaysia atau di luar
negara diubah. Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) turut menjadi
faktor yang mendesak supaya sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan ditukar kepada sistem pentaksiran yang lebih munasabah.

Sidang hadirin yang dihormati.

Antara gejala negatif hasil daripada sistem pendidikan yang berorientasikan


peperiksaan ialah isu guru yang mengajar untuk tujuan peperiksaan. Mengikut
KPM (2013), isu ini sering kali menjadi polemik sehingga timbul persoalan sama
ada peperiksaan UIPSR, PMR dan SPM patut dimansuhkan atau tidak. KPM
menambah bahawa peperiksaan awam sumatif tidak sepatutnya memberikan
apa-apa impak negatif terhadap murid. Walau bagaimanapun, cabarannya ialah
peperiksaan awam yang dilaksanakan sekarang tidak menguji kesemua
kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan negara.

Bagi aspek kognitif pula, kelemahan ini sangat ketara kerana kekurangan soalan
kemahiran berfikir pada aras tinggi. Sebagai contoh, mengikut KPM (2013),
analisis kertas peperiksaan bahasa Inggeris UPSR 2010 dan 2011 menunjukkan
bahawa hampir 70% daripada soalan menguji kemahiran asas pengetahuan dan
pemahaman sahaja.

Sekian, saya kembalikan kepada saudara pengerusi forum

Terima kasih.

Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada saudara ahli panel
Forum kedua, saudara SOO MAN LOK berhubung sistem peperiksaan yang
berorientasikan peperiksaan. Saya bersetuju dengan pendapat ahli panel
kedua tadi.

Maka, selain membicarakan cabaran, saya juga ingin meninjau lebih lanjut
pandangan ahli-ahli panel kita tentang isu Elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam Pentaksiran

Ahli panel Baiklah saudara pengerusi,


pertama
Saya teruskan kupasan berhubung Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam Pentaksiran.

Ahli panel dan Sidang hadirin yang dihormati,

Satu kritikan tentang pentaksiran tradisional seperti peperiksaan awam ialah


pentaksiran yang memberikan penekanan hanya kepada kemahiran kognitif yang
sangat terhad dan tiada kaitan dengan kehidupan murid pada masa depan
(Resnick, 1987 seperti dinyatakan dalam Tanner, 2013). Keadaan sedemikian juga
berlaku di Malaysia. Kebanyakan soalan dapat dijawab melalui ingat kembali
semata-mata. Hal yang demikian, menunjukkan bahawa pencapaian cemerlang
murid diperoleh melalui hafalan semata-mata.

Masalah ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia kurang


menitikberatkan aspek matlamat dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang
menyeluruh, iaitu rakyat yang berkeupayaan dalam segala bentuk kemahiran
termasuk kemahiran berfikir aras tinggi. Lantaran itu, KPM telah mengambil
beberapa langkah yang bertujuan mentransformasi sistem pendidikan negara.
Penubuhan sekolah bestari pada tahun 1590-an merupakan salah satu daripada
hasil usaha ini seterusnva, usaha ini telah dilipatgandakan menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Antara usaha menerusi pelan tersebut ialah perombakan peperiksaan


kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah untuk meningkatkan peratusan
soalan mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi secara berperingkat. Mengikut
KPM (2013), menjelang tahun 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi
merangkumi sekurang-kurangnya 40% daripada soalan dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50% daripada soalan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan akan
mengubah cara guru mengajar di sekolah.

Usaha untuk merombak peperiksaan kebangsaan dapat dilihat melalui soalan


aneka pilihan yang disediakan. Soalan aneka pilihan tidak dapat membuktikan
bahawa murid sememangnya menggunakan kemahiran tersebut untuk
memberikan jawapan. Kadangkala, murid mendapat jawapan yang betul bukan
disebabkan mereka menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi tetapi
disebabkan tekaan jawapan yang betul. Selain itu, kebergantungan peperiksaan
kebangsaan kepada soalan aneka pilihan menyebabkan murid tidak berupaya
menerangkan atau menghuraikan jawapan atau pemikiran mereka.

Sekian sahaja, kembali kepada Saudara Pengerusi Forum

Pengerusi Terima kasih saudara NG SIN JU.


Forum
Ternyata isu ini memainkan peranan yang penting dalam sisitem pendidikan di
Malaysia. Murid perlu dilatih untuk berfikir secara kritis dan berfikir pada aras
tinggi agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi yang
berbeza. Selain itu, Pentaksiran berasaskan sekolah juga merupakan salah satu
isu yang berkaitan dengan pentaksiran sekolah rendah di Malaysia.

Ahli panel Ya, benar saudari pengerusi.


kedua
Seperti yang diterangkan sebelum ini, ujan sekolah dan peperiksan awam tidak
dapat menguji pencapaian dan potensi murid dengan tepat. Tambahan pula,
pentaksiran sedemikian tidak dapat meningkatkan keberhasilan pendidikan,
selain terdapat dakwaan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan
peperiksaan. PBS difikirkan wajar dilaksanakan kerana pentaksiran sedemikian
adalah selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan lebih berupaya
untuk mengukur potensi dan pencapaian murid. Selain itu, pentaksiran
sedemikian juga dapat memperbaik prestasi akademik murid kerana ia
merupakan pentaksiran untuk pembelajaran.

Antara isu lain yang timbul dalam pentaksiran berasaskan sekolah ialah guru
kurang pengetahuan dan kemahiran dalam pentaksiran murid. Hal ini kerana,
pentaksiran untuk pembelajaran atau penilaian formatif kurang diamalkan oleh
guru. Guru lebih biasa dengan pentaksiran tentang pembelajaran dan penilaian
sumatif. Oleh itu, tidak hairanlah guru kurang kemahiran untuk mentaksir murid
secara formatif dan cara untuk mengintegrasikan pentaksiran dalam pengajaran
dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, guru diberikan pelbagai kursus dan
bengkel untuk meningkatkan kemahiran ke arah pentaksiran jenis ini.

Pelaksanaan PBS juga telah membawa kepada isu yang lain, iaitu ibu bapa berasa
tidak senang hati dengan PBS kerana mereka tidak memahaminya. Oleh itu,
mereka tidak mengetahui kemajuan sebenar anak mereka. Jika dahulu, ibu bapa
boleh memahami tahap pencapaian anak mereka berdasarkan gred seperti gred
A, B, dan C. Akan tetapi, PBS melibatkan lebih daripada gred sumatif. Tambahan
lag, Ibu bapa agak curiga akan kebolehpercayaan gred yang diberikan oleh guru
serta pengalaman dan kemahiran guru untuk mentaksir murid secara formatif
Atas keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap kesukaran
guru melaksanakan system PBS ini, penambahbaikan telah dilakukan pada tahun
2014 melalui surat pekeliling Lembaga Peperiksaan. Berdasarkan
penambahbaikan tersebut, guru boleh mentaksir perkembangan pembelajaran
murid dan merekod tahap penguasaan mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri, guru tidak lagi dibebankan dengan tugasan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid serta guru tidak perlu mengisi data penguasaan
murid menerusi SPPBS secara online (Kementerian Pendidikan Malaysia,
Oktoboer 2015).

Pengerusi Terima kasih saudara ahli panel pertama dan keuda atas penjelasan sebentar
tadi. Kami telah banyak memperoleh informasi tentang elemen KBAT dalam
forum
pentaksiran dan Pentaksiran berasaskan sekolah. Baiklah, bolehkan ahli panel
pertama, saudari NG SIN JU memberikan pandangan saudari tentang isu yang
seterusnya ?

Ahli panel Terima kasih saudari pengerusi Forum, Saudari CHOO PUYI.
pertama
saudari Pengerusi dan Ahli panel

Saya teruskan kupasan berhubung Pentaksiran Autentik.

Satu hujah utama yang diutarakan bagi menggunakan pentaksiran autentik ialah
kelebihan pentaksiran autentik dalam menguji kebolehan dan keupayaan murid
berbanding dengan pentaksiran tradisional seperti ujian dalam kelas, ujian
penggal dan peperiksaan awam. Hal ini menjadikan pentaksiran tradisional
kurang bermakna dan kurang sah. Berikut ialah hujah-hujah yang menyokong
pentaksiran autentik yang dipetik daripada Aitken dan Pungur (2005),
Mcalister(2000), Rubenstein (2008) dan Wiggins (1993).

Yang pertama, pentaksiran autentik mengizinkan penglibatan tugasan yang


bermakna seperti projek, uji kaji, persembahan lisan, laporan dan sebagainya.
Oleh sebab tugasan yang dijalankan adalah berkaitan dengan kehidupan murid,
maka mereka akan lebih giat melibatkan diri dalam tugasan tersebut. Dengan itu,
pentaksiran autentik adalah lebih sah berbanding dengan pentaksiran tradisional
yang kurang fleksibel yang hanya mentaksir kemahiran yang diajar kepada murid.

Kedua, pentaksiran autentik memerlukan murid menggunakan kemahiran


berfikir aras tinggi. Hal ini demikian kerana, tugasan yang diberikan adalah
berkaitan dengan kehidupan seharian dan memerlukan murid untuk mengkaji isu
atau menyelesaikan masalah.

Ketiga, pentaksiran autentik dapat disediakan untuk murid secara individu. Hal
ini demikian kerana, tugasan yang diberikan boleh diubah suai mengikut tujuan
pentaksiran dan kebolehan murid. Pentaksiran autentik adalah berbentuk
rujukan kriteria.

Keempat, pentaksiran autentik memberikan peluang kepada murid dalam


metakognisi dan pentaksiran kendari Hal ini penting kerana apabila murid
diberikan peluang untuk mentaksir dan menentukan matlamat sendiri,
pencapaian mereka akan lebih menyerlah.

Kelima, pentaksiran autentik menggalakkan amalan terbaik pendidikan. Menurut


Cumming dan Maxwell (1999), pentaksiran autentik menggalakkan penghasilan
pengetahuan baharu berbanding dengan menyatakan semula pengetahuan.

Keenam, pentaksiran tradisional tidak mengambil kira faktor-faktor lain yang


boleh menjejaskan kesahan pentaksiran, contohnya perasaan murid semasa
menduduki ujian. Selain itu, kesilapan dalam item ujian juga boleh menjadikan
keputusan pentaksiran tradisional tidak tepat dan kurang bermakna.

Walaupun pentaksiran autentik mempunyai banyak kelebihan dan merupakan


trend dalam pendidikan masa kini di Malaysia dan serata dunia, namun terdapat
beberapa kekurangan dalam pentaksiran tersebut. Antara kritikan utama
terhadap pentaksiran autentik ialah kelemahan pentaksiran tersebut dari segi
pemarkahan hasil tugasan. Hal ini demikian kerana, pemarkahan tugasan adalah
berdasarkan rubriks Oleh itu, pemberian markah dikatakan terlalu subjektif
menyebabkan kebolehpercayaan antara pemeriksa dan secara keseluruhan serta
kesahan pentaksiran diragui. Selain kebolehpercayaan dan keshan, pentaksiran
autentik juga dikatakan lemah dari segi ciri psikometri yang lain seperti
keobjektifan dan kebolehan untuk membuat generalisasi.

Kritikan kedua terhadap pentaksiran autentik ialah definisi perkataan ‘autentik'


yang dikatakan agak samar. Apakah yang dimaksudkan dengan autentik?
Bagaimanakah sesuatu tugasan itu boleh dikatakan sebagai autentik? Juga,
Pandangan murid terhadap dunia mungkin berbeza dengan pandangan orang
dewasa. Satu lagi kelemahan pentaksiran autentik lalah jenis pentaksiran yang
telah dikategorikan sebagai autentik kadangkala tidak semesinya autentik.
Contohnya, portfolio telah dicadangkan seagal salah satu cara untuk menjadikan
pentaksiran sebagai autentik. Walaupun rubriks digunakan untuk mentaksir
sesuatu portfolio, namun kadangkala pentaksiran yang dijalankan bukan
berkaitan dengan aplikasi pengetahuan murid tetapi lebih kepada kefahaman
dan pengetahuan murid yang sedia ada, iaitu pentaksiran yang lebih berbentuk
tradisional.

Selain kelemahan di atas, pentaksiran autentik juga dikatakan bermasalah


disebabkan guru menghadapi masalah dalam menjajarkan antara kriteria
prestasi, skala pemarkahan dan rekod pentaksiran Tambahan lagi, pentaksiran
itu memerlukan masa dan kerja yang banyak. Beban tugas guru serta masa yang
diperlukan oleh guru untuk merancang, melaksanakan, memudah cara,
memantau kemudian menggredkan hasil tugasan murid dikatakan terlalu berat
bagi guru.

Bukan begitu saudari pengerusi dan ahli panel?

Pengerusi Ya, saya sependapat dengan ahli panel pertama. Walaupun terdapat kelemahan
Forum dalam pentaksiran autentik, kelebihan pentaksiran tersebut jauh melebihi
kekurangannya. Oleh sebab itu, pentaksiran autentik merupakan trend dunia
dalam bidang pendidikan pada masa kini.

Seterusnya saya ingin meninjau pandangan saudara SOO MAN LOK tentang
Pentaksiran Secara Atas Talian

Ahli Panel Dalam pendidikan abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
kedua sama ada sepenuhnya atau separa akan menjadi amalan biasa. Begitu juga bagi
pentaksiran. Terdapat pelbagai kelebihan jika pentaksiran dijalankan secara atas
talian.

Antara kelebihan lain ialah murid juga mendapat fleksibiliti dari segi tempat dan
masa untuk mengambil ujian. Penggunaan pelbagai media juga dapat
mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang pelbagai gaya pembelajaran.

Pentaksiran secara atas talian juga mesra persekitaran kerana mod pentaksian
ini tidak menggunakan sumber wang banyak. Guru tidak perlu menyediakan
kertas dan tiada kos percetakan. Selain itu, guru juga tidak perlu menyusun
kerusi, meia dan menyediakan bilik peperiksaan untuk murid-murid. Murid pula
dapat menjimatkan kos dan penggunaan pen dan kertas.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam pentaksiran atas talian, namun


terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh guru dan murid. Satu
masalah yang ketara ialah pentaksiran ini memerlukan kemudahan akses kepada
komputer dan rangkaian (networking) yang cekap. Guru perlu memastikan
bahawa semua murid boleh mencapai sebuah komputer yang berfungsi dengan
baik. Selain it, sambung atau connectivity kepada Internet perlu berjalan dengan
lancar. Oleh itu, pentaksiran jenis ini mungkin kurang sesuai di kawasan
pedalaman yang bekalan elektirk tidak menentu.

Antara masalah lain yang wujud bagi pentaksiran atas talian ini ialah penipuan.
Hal ini tidak dapat dielakkan melainkan guru dapat mengawasi setiap munid
semasa mereka menduduki ujian. Tapi keadaan ini pula akan menidakkan
kelebihan pentaksiran atas talian yang memberikan ruang kepada murid untuk
menduduki ujian mengikut masa dan lokasi sendiri.

Selain kekurangan ini, pentaksiran atas talian juga memerlukan kedua-dua pihak,
iaitu guru dan murid cekap dengan penggunaan komputer dan perisian. Guru
harus mempunyai kemahiran untuk menyediakan bank item secara atas talian.

Pengerusi Terima kasih kepada saudara SOO MAN LOK. Tidak dinafikan bahawa teknologi
maklumat semakin menjadi pendoman untuk memainkan peranan dalam
sistem pendidikan. Guru boleh menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah,
kreatif dan inovatif. Baiklah, sekarang bolehkah ahli panel kedua, NG SIN JU
memberikan pandangannya tentang isu Instrumen Pentaksiran Antarabangsa.

Ahli Panel Tentu boleh, saya ingin mengongsikan isu Instrumen Pentaksiran Antarabangsa.
pertama
Terdapat pelbagai instrumen pentaksiran antarabangsa. Seperti dinyatakan, kita
akan membincangkan dua instrument pentaksiran antarabangsa yang utama,
iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan
Programme for Intemational Student Assessment (PISA). Gambaran tentang
prestasi murid di Malaysia tidak boleh bergantung pada Peperiksaan awam di
dalam negara sahaja. Pentaksiran juga perlu berdasarkan instrumen pentaksiran
antarabangsa. Hal ini demikian kerana, adalah penting untuk Malaysia
membandingkan sistem pendidikannya dengan tanda aras antarabangsa bag
memastikan sistem pendidikan negara bergerak seiring dengan pembangunan
pendidikan antarabangsa. Menurut KPM , antara sebab lain ialah terdapat
beberapa bukti yang menunjukkan tiada kesejajaran antara peperiksaan awam
dengan pentaksiran antarabangsa dari segi cara penentuan standard.

Pentaksiran TIMSS dilaksanakan oleh Intemational Association for the Evaluation


of Educational Achievement (IEA). IEA mengendalikan pentaksiran ini secara
berkala untuk membandingkan pencapaian murid serata dunia dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains. Pentaksiran ini bertujuan menghasilkan
maklumat tentang input, proses dan keberhasilan pendidikan Matematik dan
Sains bagi menambah baik dasar dan proses pengajaran dan pembelajaran
kedua-dua mata pelajaran tersebut. Pentaksiran ini adalah berbentuk kemahiran
aras tinggi (KBAT).

Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia yang berbentuk anek
pilihan dan terbuka. Bagi pentadbiran di Malaysia, soalan disediakan dalam
dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Selain ujian, pentaksiran
TIMSS juga melibatkan soal selidik. Soal selidik bagi murid dan ibu bapa
menyentuh tentang sumber pembelajaran di pendidikan kepada ibu bapa,
literasi dan numerasi awalan dan aktiviti Sains murid. Soal selidik bagi guru pula
melibatkan latar belakang dan darjah, masa pengajaran dan pentaksiran bilik
darjah. Soal sedik bagi sekolah pula melibatkan lokasi sekolah, komposisi murid
dari segi status sosioekonomi, staf, enrolmen, peralatan serta kepimpinan guru
besar atau pengetua.

Selain itu, Pentaksiran Programme International Student Assesment(PISA)


dijalankan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development
(OECD). Pentaksiran ini berlainan daripada TIMSS kerana ujian yang disediakan
tidak berkait secara langsung dengan kurikulum. Pentaksiran ini dijalankan untuk
menentukan pencapaian murid berumur 15 tahun di seluruh dunia dalam literasi
Matematik, Sains dan Bacaan. Keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah
secara kolaboratif juga dinilai. Tujuan pentaksiran PISA berlainan daripada tujuan
pentaksiran TIMSS. Tujuan pentaksiran PISA adalah untuk menentukan
pencapaian murid berumur 15 tahun yang berada di penghujung persekolahan
telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu untuk menjadi warganegara
dan ahli masyarakat yang berkesan (OECD, t.t.).

Pentaksiran ini bermula pada tahun 2000 dan dikendalikan pada setiap tiga
tahun. Dalam setiap kitaran, salah satu daripada domain utama iaitu Sains,
Matematik atau Bacaan akan diberikan keutamaan. Keutamaan tersebut hampir
dua pertiga daripada masa pentaksiran akan digunakan untuk domain tersebut.

Terdapat tiga keberhasilan yang diperoleh daripada pentaksiran PISA iatu: (1)
profil asas bagi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh murid, (2) petunjuk-
petunjuk yang menunjukkan cara pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
itu dapat dikaitkan kepada pemboleh ubah demografik sosial, ekonomi dan
pendidikan. (3) Petunjuk-petunjuk bagi trend yang menunjukkan perubahan
dalam tahap keberhasilan dan taburan serta dalam hubungan pemboleh ubah
dan keberhasilan pada tahap murid, sekolah dan sistem.

Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia dan berbentuk aneka
pilihan dan terbuka yang disusun mengikut kumpulan. Setiap kumpulan soalan
adalah berdasarkan satu rangsangan atau petikan yang berkaitan dengan
kehidupan seharian.

Pengerusi Terima kasih kepada saudara NG SIN JU tentang penerangannya yang jelas
tentang isu instrument pentaksiran antarabangsa.

Sebagai penghujung bicara, saya mohon ahli panel membuat rumusan


perbincangan kita pada hari ini.

Ahli Panel 1 saudara pengerusi, sahabat panel dan sidang hadirin

Sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, ayuh kita lestarikan kepekaan


terhadap isu isu yang berkaitan dengan pentaksiran sekolah rendah supaya
memajukan sistem pendidikan di Malaysia.

Ahli Panel 2 Akhir kalam daripada saya, saya berhasrat isu-isu pentaksiran terutamanya isu
yang berkaitan dengan pentaksiran sekolah rendah dapat diselesaikan dan
mencipta pembaharuan demi menghadapi cabaran pendidikan yang bertaraf
anatarbangasa.

Pengerusi Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan
beriltizam

Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita tentang isu
berkaitan dengan pentaksiran sekolah rendah di Malaysia.

Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, kata
sepakat yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu, kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, maka hasrat akan menjadi realiti.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan isu
pentaksiran sekolah rendah ini.

Sidang hadirin yang dihormati..

kalau berkayuh dan sampai ke pulau

Kalau mendaki dah sampai ke puncak

Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah kata salah tutur

Entah maksud salah sampai

Terimalah salam, salam bersantun,


Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum
remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya


mohon mengundur diri.

Sekian, terima kasih.

You might also like