You are on page 1of 53

TEORI SASTERA

TEMPATAN
INTERAKSI 13
JENIS-JENIS TEORI TEMPATAN

◦TEORI PENGKAEDAHAN
MELAYU
◦TEORI TAKMILAH
TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU
◦ Teori ini mula diperkenalkan oleh Hashim Awang melalui kertas kerja seminar
yang dibentangkan  dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu.
◦ Hashim Awang telah mengemukakan teori ini dengan merujuk kepada kitab
Tahul Muluk yang mengandungi pelbagai ilmu dan panduan hidup yang cukup
popular dalam kalangan generasi tua.
◦ Menurut beliau, kitab itu membincangkan enam perkara pokok iaitu mengenai
manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat dan geraklaku manusia, mimpi
dan firasat, cakerawala dan perumahan.
◦ Hashim Awang telah mengenengahkan dua pengkaedahan

     i- Pengkaedahan Alamiah
Pengkaedahan Alamiah merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi
latar kehidupan. Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat.
                                                                                                           
     ii- Pengkaedahan Keagamaan.
Merupakan satu pendekatan yang berdasarkan kepada keimanan yang bersendikan
akidah agama Islam. Dalam pendekatan ini terdapat tiga pendekatan yang saling
berhubungkait iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Masyarakat dan Pendekatan
Seni. 
PENGKAEDAHAN ALAMIAH
PENDEKATAN GUNAAN
◦ Pendekatan Gunaan memberikan penekanan besar dan luas terhadap kegunaan dan kebajikan sastera,
baik dari aspek isi atau bentuknya yang berteraskan kebajikan dan ketatasusilaan.
◦ Hashim Awang(1999) melihat atau mengandaikan sastera dengan Pendekataan Gunaan dalam ciri-ciri
berikut:
◦ i. Sastera satu antara objek-objek daripada ciptaan alam; ciptaan berlaku dengan keizinan atau restu
Allah.
◦ ii. Ciptaan sastera adalah bersebab, berhikmah dan berfungsi tertentu. Ia dilihat melalui unsur intrinsik
dan ekstrinsik yang merangkumi latar belakang penciptaan, masyarakat, pembaca, pengarang dan
ideologi.
◦ iii. Ciptaan sastera harus dilihat sebagai alat yang boleh memberi manfaat atau kegunaan besar kepada
manusia dan kehidupan luaran dan dalamannya.
PENDEKATAN MORAL
◦ Pendekatan Moral pula didasari daripada Pendekatan Gunaan iaitu sastera berupa
kejadian dan objek, namun kejadiannya berdasarkan Pendekatan Moral, bukan lagi
berbentuk sesuatu kewujudan yang menyamai alat atau benda yang memberi kegunaan,
tetapi kejadian yang bersifat pengalaman hidup manusia. Iaitu pengalaman yang dilalui
manusia tertentu dan maklumat yang berkaitan dengan manusia serta dunianya
termasuklah kejiwaan, kepercayaan(agama), kebudayaan, kemasyarakatan, kebangsaan
dan persekitaran.
◦Ciri-ciri Pendekatan Moral seperti berikut:

◦i. Ia dapat memberi kemanfaatnya yang lebih jauh dan besar daripada
fungsinya sebagai suatu alat, iaitu kemanfaat yang berkaitan dengan
kebatinan dan keperibadian manusia.
◦ii. Sastera dalam konteks ini bukan lagi berfungsi untuk menumbangkan
sesuatu faedah, tetapi menyingkapkan dan menyatakan pengalaman.
◦iii. Sastera sebagai penyingkapan dan pernyataan pengalaman boleh
mengambil bentuk-bentuk peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu
dan juga segala maklumat yang berkaitan dengan mereka serta suasana
persekitaran.
PENDEKATAN FIRASAT
◦ Pendekatan Firasat berlandaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu kejadian
alam semesta yang memberikan dan memperkayakan pengalaman hidup.
◦  Mengikut Hashim Awang(1989:63) kejadian itu dikaitkan dengan mimpi, iaitu suatu
pengalaman hidup masyarakat Melayu sering dianggap bermakna kepada kehidupan
untuk ditemukan pengertian atau pencarian makna mimpi, dikenali sebagai takbir, iaitu
proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu.
◦ Hashim Awang mencirikan Pendekatan Firasat seperti berikut:

◦ i. Sastera perlu dilihat sebagai memiliki sifat-sifat zahir dan batin atau yang sering
disebut sebagai yang tersurat dan yang tersirat. Sifat zahir menjadi PENANDA, atau
dalam masyarakat Melayu diistilah sebagai ALAMAT, untuk mendapatkan makna
yang tersirat atau PENANDA.
◦ ii. Satera dianggap sebagai wacana berlapis atau berkias yang memerlukan kerja-kerja
penafsiran untuk menentukan makna atau isi dan tujuan sebenar yang mahu
disampaikan oleh pengarang.
◦ iii. Dalam sastera terkandung makna atau isi yang tersembunyi; makna atau sisinya
perlu dianalisis serta ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat luarannya atau melalui
sistem tanda dan lambang yang ternukil.
◦ iv. Sastera dalam koneks ini juga harus dilihat dan dikaji sebagai pembentukan wacana
yang berperlambangan.
PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN
PENDEKATAN SENI
◦ Pendekatan seni digunakan untuk meneliti nilai-nilai estetika yang ada padanya. Pendekatan ini menilai
aspek unsur keindahan dalam karya sastera. Ia menjadikan karya sastera sebagai persoalan pokok.
◦ Menurut Hashim Awang(1994:13) hakikat seni Islam, juga seni persuratannya bukanlah peniruan(mimesis)
sepi dalam seni Barat, tetapi berasaskan bentuk (constructional atau structural: al –nazam). Dengan itu seni
Islam memberi keutamaan kepada pemikiran dan makna itu diberi bentuk sehabis indah dan unik
melalui stylization.

◦ Ciri-ciri Pendekatan Seni:


i. Keindahan dalam sastera adalah keindahan yang melandaskan dirinya kepada nilai-nilai estetika Islam
dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam.
ii. Keindahan itu dapat dikenalpasti menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaannya: yang berbentuk
harafiah dan dalaman, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan
dan gaya bahasanya.
PENDEKATAN KEMASYARAKATAN
◦Pendekatan ini dianggap sebagai alat pendedahan segala macam persoalan yang bertujuan untuk mencari kebaikan dan
keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh agama Islam. Dalam konteks ini, sastera Islam diangap sebagai pencipta
yang berfungsi khusus dengan membawa perutusan besar untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia.

◦Ciri-ciri Pendekatan Kemasyarakatan:


i. Sastera dianggap lumrah untuk mendedahkan dengan jelas, benar dan berani permasalahan mengenai kemungkaran,
ketidakadilan, penipuan, kepuraan, rasuah dan segala permasalahan yang dianggap punca kepada kepincangan masyarakat dan
keimanan insan.

ii. Persoalan kemasyarakatan dilihat daripada kaca mata Islam dan tidak digunakan sebagai bahan propaganda yang
membohongi kenyataan realiti melainkan adalah untuk mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat dan pengukuhan keimanan
serta ketakwaaan insan.

iv. Pendekatan ini juga memungkinkan kajian ke arah soal-soal syariah, ibadat, moral, ekonomi, sosial dan politik dari sudut
keIslaman.
PENDEKATAN DAKWAH
◦ Pendekatan Dakwah menekankan aspek-aspek yang menyentuh segala persoalan yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran dan
sifat-sifat keagungan Allah dalam hasil kesusasteraan Islam.Sastera juga dilihat sebagai satu wadah untuk mempertingkatkan nilai
ketakwaan sesorang insan terhadap Allah.

◦ Ciri-ciri Pendekatan Dakwah:


i. Pendekatan ini juga dilihat sebagai mengandungi persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah,
serta sastera dapat dijadikan sebagai ‘kitab’ yang darinya insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk
terhadapNya. Seterusnya, menimbulkan rasa kecintaan dan kehormatan yang lebih besar dan suci kepada Allah.
ii. Pendekatan ini banyak bertumpu kepada aspek-aspek tema dan amanat yang mengarah kepada penyerahan permasalahan tersebut.
iii. Aspek watak dan perlakuan serta peribadi watak juga menjadi daya penarik untuk dikaji dengan kaitannya dengan sifat-sifat mulia
seorang insan muslim.
Diperkenalkan oleh Shafie Abu Bakar

Beliau mengutarakan konsep Teori


Asal-usul Pengindahan dan Penyempurnaan
dalam Rangka Tauhid
teori
Takmilah di
Malaysia
Berdasarkan kepada tujuh prinsip
dengan bertunjangkan sifat kamal
(kesempurnaan) Allah s.w.t. dan al-
kamil Rasulullah s.a.w. dalam membina
karya berunsur Islam.
KONSEP TEORI TAKMILAH
Perkembangan sastera Digunakan ke atas semua
Islam yang berdasarkan karya sastera untuk
sifat ketuhanan yang mengesan nilai
uluhiyyah dan rububiyyah keislamannya

Menekankan kepada tiga


komponen penting iaitu
pengkarya, karya dan khalayak

** Tauhid ar-Rububiyyah bermakna berniat bahawa Allah SWT  bersifat


Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuhan sekalian alam. Tauhid al-Uluhiyyah
pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang
sentiasa dipatuhi.
Meliputi aspek bentuk, isi, tema, struktur,
teknik, watak dan perwatakan, sudut
pandangan, nilai, mesej, latar, budaya,
pengaruh, idea, ideologi, biografi, khalayak,
bahasa, diksi, terminologi, nada dan stilistik

Dasar teori takmilah ialah kesempurnaan


keindahan, yang juga merupakan sifat Allah dan
menjadi lambang kesempurnaanNya
Keindahan pada karya tercermin pada
kesempurnaan aspek maknawi dan lahiriah

Melihat segala kejadian sebagai indah


kerana setiap peristiwa mempunyai hikmah

Sastera dalam teori Takmilah bermula dan


berakhir dalam rangka tauhid.
PRINSIP TEORI TAKMILAH
ketuhanan (kamal dan jamal)
kerasulan (kamil)
keislaman (akmal)
prinsip ilmu (takamul)
kesusasteraan (takmilah)
pengkarya (istikmal)
Insan (kamil)
Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal
◦ Menekankan keesaan dan kesempurnaan Allah
S.A.W.
◦ Cth :
Tuhanku
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku
Hidupku dan matiku untuk-Mu
Maka hidupkan daku dalam panji-panji iman
Dan matikan daku dalam kalimat syahadah
Islam, Imam dan Ihsan
Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil
Menekankan sifat-sifat terpuji dan segala sifat istimewa
seorang Rasul yang mempunyai tahap kerohanian yang
tinggi hampir dengan Allah.
Cth:
Gersang gurun dan cekal unta dalam Jernihnya belas dan kasih dari Allah,
renungan Rasulullah SAW tapaknya teratur terarah
Muhammad SAW pemerhati amat arif, Di Jazirah Arab, dalam kemelut,
penghurai paling tabah Muhammad SAW menjadi cahaya
Gurun dan untam kalifah dan manusia,
dalam pelbagai warna
Prinsip Keislaman yang bersifat Akmal

Akmal
• Kesempurnaan dan kesyumulan
Islam hanya terbukti apabila manusia
mempraktikkan segala syariat yang
telah ditetapkan oleh Allah yang
Syariat Akidah digariskan dalam al-Quran serta al-
Hadis dan menjauhi segala larangan-
Nya.

Ihsan
Tiang diri
Tunjang hati
Membina jasad dan roh
Akal dan perasaan
Tiada lagi kata bicara
Riya’ menangis ketika rukuk
Takbur rebah ketika sujud
Angan ghaib ketika khusyuk
Ajib ghaib dalam tawaduk
Tafakur terapung di awan asyik
Sembahyang, Abham TR
Prinsip sastera sendiri yang berciri estetik
dan bersifat takmilah
◦ Estetik –aspek keindahan lahiriah dan
kelahiran maknawi.
◦ Keindahan lahiriah - menyentuh gaya bahasa
(soal teknik, bentuk , struktur dan stilistik)
◦ Keindahan Maknawi – mesej, pemikiran, sudut
pandangan dan penggunaan unsur-unsur
seperti alegori, metafora, simile dsb
◦ Proses penciptaan karya sastera yang kreatif,
indah dan sempurna.
◦ Cth:
Kau kembali rindu, kecil gelapnya Rahim ibu
Kau kembali rindu, zaman kanak-kanak menyusur
sisi kampong,
Kau kembali rindu, bulan mengambang di atas
pucuk bambu
Menggugurkan purnama ke halaman
Kau kembali rindu, fajar subuh bersisik
Jernih di langi timur.
Ada Garis Akhir di Depanmu, Rahimidin Zahari
Prinsip pengkarya yang
seharusnya mengistikmalkan diri
◦ Penghasilan karya sastera Islam yang sempurna hanya
akan terhasil jika pengkarya melengkapkan diri dengan
menguasai ilmu keislaman dan ilmu-ilmu berhubung
sastera.
◦ Prinsip ini merujuk kepada latar belakang penyair sama
ada dari segi pendidikan, keluarga dan proses
sosialisasinya.
◦ Shafie Abu Bakar – beliau berasal dari keluarga yang
alim, mampu menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu
sastera.
◦ Arifin Arif – mendapatkan pendidikan agama, khususnya
bahasa Arab di Fakulti Islam, Universiti al-Azhar, Mesir
Prinsip khalayak bertujuan memupuk
mereka ke arah insan Kamil

◦ Penghasilan sesebuah karya sastera itu perlu


sampai kepada khalayak dan seiras dengan
kehendak dan kepentingan sastera Islam.
◦ Karya-karya yang memupuk pembaca untuk
membentuk insan yang Kamil, iaitu mencontohi
peribadi Rasulullah SAW.
Komponen Teori Takmilah

Komponen Falsafah
Komponen Seni
-meliputi nilai-nilai seperti
-mewarnai karya melalui
kebaikan, kebenaran,
teknik-teknik berkarya
kemuliaan, dan
itu sendiri
ketinggian

Kedua-dua komponen ini merangkumi nilai baik dan buruk yang ditegaskan
dalam teori ini sebagai pendorong Dr. Shafie Abu Bakar . Beliau juga
mengenengahkan nilai-nilai yang tidak ditemui dalam teori-teori kesusasteraan
yang terdahulu agar dapat digunakan dalam menganalisis karya-karya
kesusasteraan Melayu-Islam.
KATEGORI CITRA MANUSIA DALAM
MODEL CITRA TAKMILAH
CITRA MANUSIA CITRA MANUSIA
CITRA MANUSIA
DENGAN DENGAN
DENGAN ALAM
TUHAN MANUSIA

CITRA MANUSIA CITRA MANUSIA


DENGAN DENGAN KARYA
DIRINYA SENI
DEFINISI CITRA

Kamus besar Bahasa Melayu


(Utusan) : citra dalam bentuk
Kamus Dewan: Citra sebagai
kata-kata teras sebagai
gambar, lukisan, arca.
gambaran , wujud, rupa,
bentuk, dan lukisan.
Citra Manusia dengan Tuhan

Hubungan manusia dengan Tuhan


tidak dapat dipisahkan

Manusia mesti menjunjung perintah


Allah (SWT)
Menggambarkan
hubungan manusia
dengan Tuhan
Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku. (Surah al-Zariyat: 56)

Sesungguhnya solatku, ibadatku,


hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah, Tuhan semester alam. (Surah al-
An’am: 162)
Kumulakan sajak ini
dengan nama-Mu Maha Pengasih
memberi aku cinta
Kau Maha Alim
memberi aku ilmu
Kau Maha perkasa
memberi aku kekuatan
Kau Maha Seni
mengajar aku menulis puisi
Citra Manusia dengan Alam
Hidup manusia banyak bergantung kepada sumber
alam di sekitar mereka.
• Manusia memperoleh banyak manfaat
daripada sumber alam

Kejadian alam sebagai sumber hikmah manusia


menyempurnakan ketauhidan diri.
Alam sekitar sangat diperlukan oleh
manusia untuk digunakan sebagai
simbol yang akan menjelaskan lagi
sifat-sifat, nama-nama Allah, syurga,
neraka dan simbol-simbol kudus
yang lain. (Zaini Ujang, 1993b: 21)
Puisi: Hujan Batu
Telah turun hujan batu
Menimpa kaum yang engkar
Telah turun hujan batu
Membinasa kaum Lut
Telah turun hujan batu
Membunuh para homoseks.
(“Hujan Batu”, Takafur. 35)
Citra Manusia dengan Manusia
Manusia akan menjalin Allah menciptakan
hubungan dan umat_Nya untuk
membina kehidupan saling mengenali
secara bersama

Allah, mengalakkan
umat-Nya untuk
saling mengenali.
Surah al-Hujarat: 13

“ wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan


kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-
mengenali.”
Citra Manusia dengan Dirinya

Keinginan yang tidak terhad dibatasi oleh Sikap, pemikiran dan


kemampuan diri yang terhad akan lahir
pelbagai citra yang menggambarkan perlakuan merupakan ciri-ciri
sikap, pemikiran, tanggapan da perlakuan yang diinginkan dalam Teori
manusia. Takmilah.

Manusia yang memperlihatkan ciri


kesempurnaan sebagai insan berakal
akan menjuruskan perlakuannya ke
arah amar makruf dan nahi mungkar.
Dan apa-apa jua yang menimpa kamu dari
sesuatu kesusahan maka ini adalah
disebabkan apa yang kamu lakukan.
(Surah as-Syura: 30)
Puisi: “Telah Kucuba”
Telah kucuba menjadi pentafsir yang peka
Kepada alam dan Tuhan
Lalu masaku kian tiada
Akalku kian dangkal
Betapa sempitnya ilmuku
Demi memahami hikmat segala kejadian
(‘Telah kucuba’, Takafur.4)
Citra Manusia dengan Karya Seni

Manusia boleh mencari


Seni dalam Islam tidak
hikmah di sebalik karya
bercanggah dengan ajaran
seni kreatif dalam
Islam
masyarakatnya.

Seni sastera, seni budaya, seni rupa dan


seni persembahan tidak seharusnya
dilihat dari aspek seni semata-mata
Istilah-istilah yang melibatkan terminologi
tertentu, misalnya yang berhubungan dengan
akidah, falsafah, syariat, tasawuf, dan akhlak
merupakan istilah yang ketat dan
memerlukan pemilihan yang berhati-hati
agar tidak berlaku penyelewangan dari segi
makna.
(Shafie Abu Bakar, 1995: 73)
Puisi: “Kumulakan”

Kumulakan sajak ini


Dengan nama-Mu Maha Pengasih

Kau Maha Seni


Mengajar aku menulis puisi
(Kumulakan, Takafur. 3)
CIRI-CIRI MODEL CITRA TAKMILAH

KESEDARAN TAUHID

ESTETIKA TAUHID

HIKMAH YANG MEMBIJAKSANAKAN


KESEDARAN TAUHID
Bermaksud kesedaran fitrah
semula jadi manusia terhadap
keagungan dan kebesaran Allah
S.W.T

Tauhid menjadi paksi sesebuah Tauhid merupakan kesedaran


karya untuk kembali ke jalan rohani.

Kesedaran tauhid dalam diri


Manusia merancang kehidupan
pengarang dan kemudian
yang seimbang antara dunia dan
kesedaran itu terpancar dalam
akhirat berdasarkan kesedaran
karya seni dan meresap ke dalam
tauhid.
jiwa pembaca
ESTETIKA TAUHID

Dalam Islam, tidak


Sesebuah karya seni
semua karya bernilai
dianggap bermutu kerana
estetika dianggap
nilai estetikanya
bermutu atau indah

Estetika dalam Islam Nilai dalam membina


bukan sahaja pada estetika dalam Islam
bentuk atau bahasa, iaitu haram, wajib,
malahan pada mesej harus, sunat dan neutral
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kupinang-pinang tak dapat,
Kupujuk-pujuk kubawa lari.

Maksud pantun ini ialah pihak lelaki akan menggunakan paksaan sekiranya
pihak ibu bapa si gadis menolak pinangannya.
Dari segi bentuk dan bahasa, karya ini memenuhi nilai estetika sebagai
karya bermutu namun mesejnya bertentangan dengan ajaran Islam.
HIKMAH YANG MEMBIJAKSANAKAN
Hikmah yang melahirkan karya seni seperti puisi
- Karya tercipta daripada sesuatu yang difikirkan
pengarang sebagai tidak wajar berlaku atau dapat
dijadikan bahan renungan untuk kesejahteraan
manusia.

Hikmah yang dibawa oleh karya seni (mesej)


- Mesej dalam karya agar pembaca tidak terpedaya
atau mengulangi kesilapan sebagaimana peristiwa
dalam karya
Terlalu malang riwayatmu
sesudah dua abad
menjadi wali
paling saleh
tiba-tiba tersungkur
di gelas khamar
di paha perempuan
tiba-tiba kufur
di kaki iblis

(‘Barsis’, Tali Iman: 37)


Untuk menghasilkan karya-karya
sastera Islam iaitu sebagai
kerangka pendekatan atau melihat
tujuh prinsip yang dikemukakan
oleh Shafie Abu Bakar

KEPENTINGAN
TEORI
TAKMILAH
Untuk tujuan penganalisisan
terhadap teks sastera
(puisi,novel,cerpen atau drama)
dengan melihat sejauh mana
sesebuah karya sastera itu dapat
dikategorikan sastera Islam melalui
nilaian teori takmilah.
Kesimpulan
◦ Merangkumi tiga aspek yang penting iaitu teori
(falsafah), praktik (hakikat) dan khalayak (sumber dan
dasar, matlamat serta kesan terakhirnya).
◦ Menghasilkan karya-karya yang indah dan bermakna
untuk melahirkan khalayak yang beriman dan
beramal soleh dalam agama Islam.

You might also like