You are on page 1of 43

Interaksi Antara Tamadun

Pengenalan
Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan
kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara
tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya
mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara
satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula
dengan proses pembudayaan yang menggabungkan
masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi
tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian
nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.
Jepun
Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Timur
dan terdiri daripada 4 buah pulau yang utama iaitu
Hokkaido, Honshu, Kyushu, Shikoku dan lebih 3 ribu
kepulauan kecil.
Sejarah ketamadunan jepun dapat dibahagikan kepada tiga:
1. Zaman Awal Jomon & Yayoi
2. Zaman feudal Sistem Feudal
3. Zaman Moden Pemerintahan Meiji

Zaman Awal
Dipanggil sebagai Jomon (800-300 S.M)
Jomon merujuk kepada tanah liat yang digunakan untuk
membuat peralatan.
Manusia pada zaman itu hidup secara nomad dan primitif.
Zaman kedua ialah zaman Yayoi. Perkembangan tamadun
tahap kedua berlaku.

Zaman Feudal
Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338
s.m.)
Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan tanah dan
ladang-ladang oleh individu.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem
feudal ialah Yoritomo
Kuasa Maharaja disingkirkan

Zaman Moden
Permodenan Meiji pada tahun 1868
Mengembalikan kedudukan Maharaja
Penghapusan sistem feudal dan sistem hierarki sosial.

Sistem Nilai dan Budaya Jepun
Nilai-nilai utama yang diamalkan oleh masyarakat jepun.

1) On atau giri-ninjo hutang budi dan membalas budi.
2) Budaya malu
3) Perikemanusiaan (nasake)
4) Wa (kerukunan)
5) Menepati janji dan berdisiplin
6) Cintakan ilmu budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah
mereka menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada
pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam
terhadap maklumat-maklumat.
7) Mura Ishiki kesedaran sekampung

Budaya Ilmu Dalam Masyrakat Jepun
1. Telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an -1880an).
2. Pada akhir tahun 1888, terdapat hampir 30,000 pelajar yang
menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo.
3. Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan
pelajarnya disajikan dengan kisah kejayaan dari Timur dan
Barat.
4. Contohnya buku Yukichi Fukuzuwa, Galakan Pelajaran
dijual sebanyak 600 000 naskah pada tahun 1882. Buku
tersebut menyatakan:

Agama Dalam Tamadun Jepun
Buddhisme
Shintoisme
Konfusianisme

Politik
1. Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja
Jepun dan pusat pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo
(Tokyo).
2. Menghapuskan sistem feudal yang selama ini dipraktikkan
oleh Kesyogunan Tokugawa.
3. Reformasi politik sistem demokrasi. Pengenalan Dokumen
Gokajo no Goseimon (Carta Pengakuan Lima Artikel).
Maharaja adalah pemerintah tertinggi dan penubuhan
Parlimen yang dipanggil Diet yang terdiri dari Dewan
Bangsawan dan Dewan Rakyat.


Pendidikan
1. Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Pelajar-pelajar
dihantar ke Barat untuk mempelajari ilmu sains dan
teknologi, mengimport tenaga professional daripada Barat,
mendirikan pusat-pusat pengajian berasaskan sains dan
teknologi di samping bidang-bidang lain.


Ekonomi
1. Modenisasi di bidang ekonomi berasaskan Kapitalisme
khususnya industri
2. Menggalakkan pertanian dan penghapusan cukai serta
pembinaan saliran

Pengurusan Jepun
Terdapat 4 prinsip asas
a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap
bijak dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti
tugasannya.
b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti
kerja mereka.
c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar
d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja

Pengurusan Jepun
Konsep Kaizen
1. Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang berterusan
untuk memperbaiki hasil kerja di kalangan pihak pekerja.
2. Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi
mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke
semasa.

Konsep Mottainai
1. Konsep paling penting dalam Masyarakat Jepun.
2. Maksudnya segala harta di dunia adalah pembaziran atau
anugerah daripada Tuhan.
3. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta
yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran.
Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar.

Kesan Kesan Interaksi
Bidang Pertanian
Budaya penanaman padi yang menjadi pekerjaan tradisi
masyarakat China dan Jepun.
Teknik-teknik dan peralatan baru telah memajukan pertanian
kedua-dua tamadun.
Barangan Logam
Penemuan barangan logam seperti gangsa dan logam wujud
sejak zaman pra-sejarah.
Logam besi - membuat alatan pertanian
Senjata - pedang dan tombak dan loceng.



Budaya makam atau tomb culture
Sesuatu kubur itu mempunyai ruang yang sangat besar yang
menempatkan pelbagai barangan yang ditanam bersama-sama
mayat.


Dalam usaha meralisasikan Wawasan 2020 Malaysia, negara
jepun boleh dijadikan model Malaysia dan Asia dalam aspek
pembangunan dan kecemerlangan walaupun bukan
keseluruhan. Jepun juga dianggap pemimpin asia.

Wawasan 2020
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat dikongsi bersama.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika.

Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik
yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman
matang, demokrasi. Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat
pelbagai kaum, bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan kepada satu negara.

Mewujudkan masyarakat yang bersaintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke
depan, yang bukan sahaja penggunaan teknologi tinggi tetapi
juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Eropah

Pada tahun 1542, kapal Cina yang membawa tiga orang
Portugis hanyut berdekatan Pulau Kyushu.
Perkara ini menjadikan Portugis sebagai kuasa Eropah
pertama yang tiba di Jepun.
Pada tahun 1557, Portugis bertapak di Macao dan mula
menjalankan perdagangan di Kagoshima.

Orang Portugis mendesak Daimyo-daimyo tempatan
memberi kebebasan agama Kristian kepada mubaligh Kristian
Portugis untuk bertapak di situ sebagai syarat Portugis terus
berdagang di sana.
Tujuh tahun kemudian, Sir Francis Xavier, seorang mubaligh
Kristian telah tiba di Kagoshima.

Ketibaan orang Portugis ke Jepun seiring dengan peristiwa
kemuncak perang saudara yang diakibatkan oleh kelemahan
keshogunan yang mengawal keadaan negara Jepun.
Orang Portugis memainkan peranan membekalkan senjata
dan senapang semasa peperangan ini dan mengambil
kesempatan untuk membawa masuk agama Kristian.

Maharaja jepun memutuskan bahawa agama Kristian
bercanggah dengan masyarakat jepun.
Pada tahun 1857, semua mubaligh kristian diarahkan pulang
ke negara asal.
Munculnya gerakan anti Kristian.
Faktor kemunculan anti kristian ialah :
Paderi kristian memusnahkan Chandi shinto dan Kuil budha.
Kedudukan pope setaraf dengan Maharaja Jepun.

Dokratin kristian bukan sahaja melemahkan kepercayaan
terhadap tuhan tetapi mencabar idealogi jepun.
Pada tahun 1600 M seramai 300 000 memeluk kristian.
Daimyo-daimyo yang beragama kristian memaksa
pengikutnya memeluk kristian sebagai tanda membantah
kesyogunan tokugawa.


Pada tahun 1615, Ieyasu Tokugawa memulakan kempen anti
kristian dan bertindak membunuh mubaligh-mubaligh Portugis.
Bertujuan memaksa rakyat meninggalkan Kristian.
Agama kristian diharamkan dan rakyat yang beragama kristian akan
dibunuh.
Dasar pemencilan Jepun (isolasi) dilaksnakan dan Jepun dibuka
kepada Korea, Belanda dan Cina.
Ianya berlangsung semenjak tahun 1638- 1853.
Namun begitu pada kurun ke-19 golongan intelek mula
mempersoalkan dan mempertikaikan kepimpinan Kesyogunan
Tokugawa.

POLITIK
Kemerosotan dan kejatuhan sistem kesyogunan.
Pembukaan pintu Jepun kepada hubungan dan kemasukan
asing mendapat tentangan daripada daimyo-daimyo dan
pembesar fuedal.
Masyarakat Barat hilang kepercayaan kepada Syogun
Tokugawa dan dan memberikan sokongan kepada anti
Syogun Tokugawa.
Pada tahun 1868 bermula pemerintahan Maharaja Mutsuhito
dan menggelarkan kerajaannya sebagai Kerajaan Meiji dan
melaksanakan dasar pemulihan Meiji.

PENTADBIRAN
Menghapuskan sistem feudal dan memperkenalkan undang-
undang Barat.
Antaranya ialah:
Pelajaran wajib
Penyusunan jabatan kerajaan pusat
Mengetepikan halangan-halangan dan kelas sosial
Membenarkan perjalanan ke luar negara
Membenarkan penerbitan majalah dan akhbar
Memulakan perniagaan
Matlamat jangka panjang pemerintahan Meiji ialah dasar
penaklukan.

SOSIOBUDAYA
Jepun merupakan masyarakat yamg lemah lembut, bersopan-
santun dan penyabar manakala masyarakat Barat begitu
lantang dan terbuka.
Selain itu, masyarakat Jepun begitu merendah diri manakala
masyarakat Barat sangat berbangga diri.
Budaya tani Jepun sedikit sebanyak telah dipengaruhi Barat
yang berasaskan ternakan.

PENDIDIKAN
Jepun menghantar pelajar-pelajarnya ke Barat untuk
mendalami bidang-bidang:
Sains
Teknologi
Perubatan
ketenteraan

SISTEM PERHUBUNGAN DAN
KOMUNIKASI
Impikasi penting pertembungan Barat dan Jepun adalah
sistem perhubungan.
Infrastruktur kereta api sebagai suatu alat yang penting.
Sistem kereta api bermula pada tahun 1982 sejauh kira-kira
18 km.


Pada masa kini, sistem jalan kereta api merupakan antara
termoden di dunia malah merupakan alat pengangkutan awan
yang terpenting.
Selain itu, kapal-kapal laut dan tentera telah diperkenalkan
oleh Barat.
- peranan penting bagi Jepun semasa melaksanakan
dasar penaklukan atau perluasan kusa di negara China,
Senanjung Korea dan dalam Perang Dunia Kedua.

Bidang komunikasi :
Alat telegraf yang dihadiahkan kepada Maharaja Jepun telah
membuka jalan ke arah sistem pemodenan komunikasi Jepun.
Akhirnya, satu sistem pos moden diperkenalkan bagi tujuan
komunikasi.

SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA
Titik permulaan- agama Kristian.
Diperingkat awal, ramai yang menerima agama ini tetapi
lama-kelamaan agama Kristian ini mendapat tentangan
terutama pembesar-pembesar Jepun.
Penentangan ini timbul kerna ianya dianggap bercanggah
dengan fahaman Buddha dan adat istiadat Shintoisme Jepun.

SISTEM EKONOMI
Memulihkan nilai mata wang.
1872- perintah dikeluarkan untuk menubuhkan sistem bank
yang moden mencontohi bank-bank Amerika Syarikat.
Bank kebangsaan pertama ditubuhkan (1873) dengan gabugan
dua agensi kewangan kerajaan yang utama.

Perdagangan dengan dunia luar juga membawa banyak
keuntungan dan pertukaran wang asing ke negara Jepun.
Bidang pemilikan tanah : hak milik individu cara Barat telah
membuka mata Jepun dsalam proses pemodenan.
Sebelum ini, tanah merupakan milik kepada pembesar-
pembesar sahaja tetapi kini hak milik diberikan kepada semua
golongan masyarakat termasuk kaum petani.
Kesan : sistem pembayaran cukai tanah yang mengantikan
bayaran cukai kepada golongan feudal.


industri perkilangan dibuka. Contoh :
- kilang-kilang besi waja
- besi keluli
Kilang-kilang ini membekalkan tenaga dan alat-alat
kelengkapan peperabgan dalam usaha penaklukan kuasa.
Modal pinjaman daripada golongan kaya feudal sedia ada.
Hal ini membolehkan negara Jepun memajukan sektor
perindustriannya.

Kesan negatif interaksi tamadun

Tidak semua interaksi di antara tamadun menghasilkan kesan
yang positif. Terdapat juga yang menyebabkan kesan negatif
berlaku sama ada pada peringkat awal interaksi atau
sebahagian daripada kesan interaksi yang telah berlaku.

Hubungan orang Islam dan Kristian ketika Zaman
Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di
Eropah telah melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam.
Ramai orang Islam dan Yahudi yang terkorban akibat perang
ini disebabkan faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Kebebasan dalam sosial juga merupakan kesan buruk daripada
interaksi tamadun eropah. Di dalam budaya eropah,
hubungan sesama manusia lebih bebas berbanding budaya
masyarakat asia yang lebih sopan dan beradat.
Jurang ekonomi yang luas juga merupakan salah satu interaksi
yang negatif yang dibawa oleh barat. Masyarakat barat
terbahagi kepada beberapa golongan iaitu golongan atasan
dan golongan buruh. Sistem cukai yang membebankan telah
membawa jurang ekonomi yang luas kerana golongan buruh
terus ditindas manakala golongan atasan mendapat kebaikan
daripada cukai yang dikenakan.
RUMUSAN
Pertembungan Barat dan Jepun memberi kesan positif dan
negatif.
Melalui pertembungan ini negara Jepun telah mendapat
manfaat dalam proses pemodenan negara.
Menariknya, pencapaian ketamadunan ini menunjukkan
negara Jepun tidak pernah dijajah atau dipengaruhi kuat
terutama dari segi politik oleh kuasa-kuasa barat.
Mereka telah banyak mempergunakan teknologi Barat, ilmu
pengetahuan sains dan sebagainya untuk memodenkan negara
jepun.

You might also like