You are on page 1of 14

KERTAS KONSEP

PENYAMPAIAN SYAIR
KARNIVAL TAUTAN BAHASA JALINAN
KASIH
SK SAUJANA UTAMA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1.0 PENDAHULUAN

Puisi warisan atau puisi Melayu tradisional adalah merupakan cerminan


dan tinggalan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Ia
mengandungi pemikiran, falsafah dan nilai-nilai kehidupan masyarakat
zaman itu yang kaya dengan seni dan budi selain mencitrakan keindahan
dan kehalusan budi selain mencitrakan keindahan dan kehalusan budi
orang-orang Melayu. Antara bentuk puisi tradisional yang terkenal ialah
pantun, gurindam, nazam, seloka dan sebagainya, digunakan untuk
menyampaikan nasihat atau maksud tertentu yang disampaikan secara
lisan. Justeru, untuk menyemarak dan memartabatkan puisi Melayu
tradisional dan demi kelestarian khazanah yang tidak ternilai ini, DBP
tidak melepaskan tanggungjawabnya untuk terus memperkukuh minat,
kecenderungan dan kecintaan terhadap puisi lama ini yang perlu dipupuk
dalam kalangan generasi muda.

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan


orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal
daripada istilah Arab shir yang bererti puisi dan shar yang bererti
penyair, pengarang, penyajak. Istilah ini berkembang dalam berbagai-
bagai bahasa Nusantara seperti sae, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam
puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan
dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu)
sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Bersempena Karnival Tautan Bahasa Jalinan Kasih Anjuran SK Saujana


Utama Sekolah Kluster Kecemerlangan yang akan berlangsung dari 5
Ogos hingga 6 Ogos 2016 di UITM Puncak Alam pihak sekolah akan
menganjurkan Pertandingan Puisi Kanak-kanak Kategori
Penyampaian Syair.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menyuntik minat dan kecintaan kanak-kanak terhadap


puisi
Melayu tradisional sebagai warisan khazanah bangsa yang amat
bernilai.

1
2.1 Untuk mengukuhkan kefahaman dan apresiasi puisi Melayu
tradisional dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk yang lebih
menarik dan menghiburkan.

2.2 Untuk melahirkan penyampai puisi tradisional kanak-kanak


yang berbakat untuk diketengahkan dalam pelbagai acara
sastera dan kesenian.

2.3 Melahirkan generasi muda yang teguh jati dirinya yang


menghargai bahasa dan warisan budaya bangsanya yang
diwarisi sehingga ke hari ini.
3.0 PENGELOLAAN

3.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kebitaraan Bahasa Melayu


SK Saujana Utama.

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh : 5 dan 6 Ogos 2016


Tempat : UITM Puncak Alam
Perasmi : BPSBPSK KPM (cadangan)

5.0 TENTATIF

TARIKH MASA AGENDA


5 OGOS 2016 3.00 petang Pendaftaran Peserta
(Jumaat) Check in bilik
5.00 petang Taklimat dan undian peserta
6.00 petang Makan malam/solat
8.00 malam Kembara Kelip-kelip
11.00 malam Pulang ke UITM

TARIKH MASA AGENDA


6 OGOS 2016 7.30 pagi Pendaftaran Peserta
(Sabtu) 8.00 pagi Pertandingan Bermula

12.00 tengah hari Pertandingan Tamat


12.00 tengah hari Makan tengah hari/solat
2.00 petang Majlis Penutupan

- Ketibaan Perasmi/tetamu
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Guru Besar SK Saujana
Utama.
- Ucapan wakil UITM/DBP
- Ucapan Perasmi
2
- Penyampaian Hadiah
- Sesi Fotograf
- Bersurai

6.0 PERBELANJAAN

Peruntukan Khas Sekolah Kluster Kecemerlangan

7.0 PENYERTAAN
7.1 Terbuka kepada peserta Tahap 2

7.2 Terdiri daripada 2 orang peserta ( seorang pemain muzik)

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.1 Peserta mestilah berusia antara 10 hingga 12 tahun.

8.2 Peserta perlu menyampaikan syair yang disenaraikan oleh


pihak
penganjur. Pemilihan syair yang tidak terdapat dalam senarai
akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal automatik.

8.3 Peserta digalakkan menggunakan alat-alat muzik untuk


mengiringi syair.

8.4 Peserta diwajibkan menyampaikan syair berdasarkan irama


syair
yang dibenarkan:
a) Irama Siti Zubaidah
b) Irama Narasi
c) Irama Mayang
d) Irama Batu Belah
e) Irama Hiasan
f) Irama Perindu
g) Irama Dodoi
h) rama Dandan Setia
i) Irama Selendang Delima

8.5 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah


dilarang.

8.6 Peserta dibenarkan memakai busana yang bersesuaian


dengan
tema serta bentuk penyampaian syair.

3
9.0 HADIAH

9.1 Johan
9.2 Naib Johan
9.3 Ketiga
9.4 Keempat
9.5 Kelima

10.0 ASPEK PEMARKAHAN


10.1 Irama (Patah Lagu / Nada / Tempo) - 30%
10.2 Suara (Vokal / Intonasi) - 30%
10.3 Kelancaran dan kejelasan sebutan - 20%
10.4 Gaya dan Kreativiti persembahan - 20%
(Catatan: Sila rujuk Borang Pemarkahan yang disediakan.)

11.0 PENGHAKIMAN
11.1Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan pertandingan
peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.

11.2 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri


daripada
pakar/aktivis sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau
individu
yang difkirkan layak.

11.3 Panel hakim perlu membuat keputusan secara kolektif.

11.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh


dirayu.

12.0 PANDUAN KEPADA PESERTA


12.1 Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di
atas adalah muktamad jika tiada kelemahan dalam
penyampaian syair.

12.2 Markah akan dipotong jika terdapat kelemahan kelemahan


seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan
dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

12.3 Membaca teks - Peserta yang membaca teks secara berterusan


tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua
peringkat pertandingan walaupun mampu menyampaikan syair
dengan baik.

12.4 Mengubah teks syair lain daripada teks asalnya.

12.5 Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.

12.6 Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.

4
12.7 Mengulang bait-bait yang sama dalam rangkapan syair.

12.8 Mengulang rangkap syair yang sama.

12.9 Membuat perlakuan negatif di atas pentas.


Antara perlakuan negatif ialah:
a. Ketawa dan tidak serius semasa menyampaikan syair.
b. Berkata-kata (selain teks syair) semasa menyampaikan
syair
c. Pergerakan yang keterlaluan.
d. Membelakangi hakim dan khalayak semasa menyampaikan
syair.

13.0 AM
13.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep
pertandingan ini tertakluk kepada pertimbangan penganjur.

13.2Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah


dirujuk kepada pihak penganjur.

13.3 Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:


a) Puan Rosnawati Binti Saad, Penyelaras Sekolah Kluster
(No. Tel.: 03-60384388 /012-6853053) ATAU
b) Puan Hajah Zaimah Binti Bidin, Penyelaras Kebitaraan
Bahasa
Melayu
(No. Tel.: 03-60384388/018-3295794)

14.0 SENARAI SYAIR UNTUK PETRTANDINGAN PUISI KANAK-KANAK


KATEGORI PENYAMPAIAN
Berikut ialah Judul Syair beserta padanan iramanya untuk
pertandingan Puisi Kanak-kanak Kategori Penyampaian Syair:

1. Syair Bidasari (Irama Selendang Delima)


2. Syair Berbuatlah Jasa (Irama Dodoi)
3. Syair Nasihat (Irama Batu Belah)
4. Syair Burung Pungguk (Irama Narasi)
5. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah (Irama Hiasan)
6. Syair Siti Zubaidah (Irama Siti Zubaidah)
7. Syair Deifinisi Orang Berakal (Irama Perindu)
8. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman (Irama
Mayang)
9. Syair Makna Riak (Irama Dandan Setia)

5
SYAIR BIDASARI
(Irama Selendang Delima)

Anakanda sambut raja bangsawan,


Diangkat diriba atas pangkuan,
Ditidurkan anakanda serta merawan,
Buah hari tidurlah tuan.

Tidurlah nyawa tidurlah anakanda,


Tidurlah cahaya mara ayahanda,
Jangan sangat bercintakan bonda,
Hendak dibawa bukannya mudah.

Tidurlah anakku cahaya mahkota,


Anak ayahanda biji mata,
Tinggalmu jangan sangat bercinta,
Kuserahkan pada tuhan semata.

Tidurlah anakku bulang hulu,


Biarlah ayahanda berjalan dahulu,
Anakku pandai hatiku pilu,
Bagai dihiris dengan sembilu.

SYAIR BERBUATLAH JASA


(Irama Dodoi)

Buatlah jasa wahai teruna,


Hidupmu biar memberi guna,
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan buahnya elok sempurna.

Banyakkan khidmat besar dan seni,


Serah kepada Tuhan Rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.

Hidup manusia jangan percuma,


Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Simati hidup selama-lama

Buatlah baik sedaya upaya,


Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya.

Jangan menilik balas dan puji,


Atau pahalanya dikaji-kaji,
6
Rasa demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.

Pahala dan balas jangan dihitung,


Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulia tergantung.

Buatlah baik ayuhai rakan,


Ke dalam laut kamu campakkan,
Jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan.

SYAIR NASIHAT
(Irama Batu Belah dan Narasi)

Dengarlah tuan ayah berperi,


Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan nyeri.

Ayuhai anakanda muda remaja,


Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pada bekerja.

Keja kebajikan janganlah malas,


Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,


Ilmu yang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,


Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.

Segala perbuatan dengan berilmu,


Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-sebarang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

7
Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar dan salahnya,
Supaya dihukumkan dengan adilnya.

Jika ilmu tidak diendah,


Sebab anakanda capak permudah,
Rakyat dating membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.

SYAIR BURUNG PUNGGUK


(Irama Narasi)

Pertama mula pungguk merindu,


Berbunyilah guruh mendayu-dayu,
Hatinya rawan bercampur pilu,
Seperti dihiris dengan sembilu.

Pungguk bermadah seraya merawan,


Wahai bulan terbitlah tuan,
Gundahku tidak berketahuan,
Keluarlah bulan tercelah awan.

Ketika bulan sedang berkurung,


Pungguk terbang segenap lorong,
Ramai bertanya sekalian burung,
Pungguk wahai mengapa nan murung.

Bulan purnama cahayanya terang,


Bintang seperti intan dikarang,
Rawanya pungguk bukan sebarang,
Berahikan bulan di tanah seberang.

Tengah malam pungguk terjaga,


Melihat bintang puyuh berlaga,
Bintang belantik beratur tiga,
Cahayanya terang tidak terhingga.

Rawannya pungguk tidak berperi,


Melihat bintang putih berseri,
Bulan purnama cahayanya berseri,
Haram tak boleh pungguk hampiri.

SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH


(Irama Hiasan)
8
Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki dan isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya,


Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalu memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dan tangisnya.

Katanya wahai cahaya mataku,


Tingallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.

Serta hartaku aku tinggalkan,


Tuan seorang yang menyukakan.
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan deberikan.

Jikalau tidak anakku berakal,


Harta pusaka di manakan kekal.
Habislah harta badan yang tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.

Kerana harta tiada berguna,


Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Budi bahasa janganlah lupa,


Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.

Kerana adat orang berbeza,


Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itu penambah di dalamnya dada.

SYAIR SITI ZUBAIDAH


(Irama Siti Zubaidah)

Mulutnya bijak laksana,


Barang lakunya semuanya kena,
Putih kuning usul sederhana,
Memberi hati gundah gulana.

Dapatlah nama Puteri Zubaidah,


9
Awal dan akhir tidak sudah,
Sebarang lakunya memberi faedah,
Menundukkan orang terlalu mudah.

Semuanya sudah di bawah perintahnya,


Tunduk dan kasih akan dianya,
Terkena di dalam lemah lembutnya,
Lemahlah hati segala seterunya.

Itulah akal orang sempurna,


Bijak bestari arif laksana,
Ditanggung dahulu hina dan hina,
Kemudian kebesaran juga terkena.

Di mana kita dapat mencari,


Seperti akal Zubaidah Puteri,
Takhluk dan tunduk segala puteri,
Patutlah jadi mahkota negeri.

Zubaidah itu orang berakal,


Menghadap seteru sangat tawakal,
Jalan bermadu hatinya tawakal,
Mengaji, sembahyang tidak tertinggal.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL


(Irama Perindu)

Orang berakal sangatlah mulia,


Pakaian ambia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,


Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,


Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,


Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibunya tahu dunia tak kekal.

Demikian lagi dengar olehmu,


Tanda berakal kasihakan ilmu,
10
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersenmu.

SYAIR MAKNA RIAK


(Irama Dandan Setia)

Kemudian dinyatakan makna riak,


Amal ibadat kerana manusia,
Itulah kebencian tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan dia.

Supaya disangka ianya wali,


Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangat ali,
Tapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,


Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,


Bicara al-Hayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Supaya orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,


Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,


Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

SYAIR KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN


(Irama Mayang)

Deli Tua negerinya itu,


Kotanya kukuh berpagar batu,
Pasarnya ramai bukan suatu,
Tiada berbanding di zaman itu.

Baginda berputera tiga orang jua,


Laki-laki konon putera yang tua,
Puteri cantik putera kedua,
Parasnya elok jarang tersua.
11
Putera yang bongsu laki-laki jua,
Parasnya elok tiadalah dua,
Menarik hati orang semua,
Dikasihi rakyat muda dan tua.

Adapun akan dulu baginda,


Isterinya lama sudah tiada,
Banyak dicari gadis dan janda,
Hati baginda penuju tiada.

Beberapa lama demikian itu,


Di atas takhta konon sang ratu,
Dengan kehendak Tuhan yang satu,
Baginda pun gering suatu waktu.

Baginda nan gering bukan kepalang,


Badannya kurus tinggallah tulang,
Tabib pun selalu datang berulang,
Mengubati baginda raja terbilang.

Tabib berusaha bersungguh hati,


Menolong baginda raja berbakti,
Sudah takdir Rabbulizzati,
Penyakit tak dapat lagi diubati.

Pertolongan tabib tiada berfaedah,


Semakin payah sultan yang syahdah,
Ajal baginda hampirlah sudah,
Ke negeri yang baqa akan berpindah.

Dengan hal yang demikian itu,


Penyakit menggoda setiap waktu,
Ubat pun tiada dapat membantu,
Baginda pun mangkat ketika itu.

Baginda berpulang ke rahmatullah,


Takhta kebesaran semua tinggallah,
Harta dunia sudah terjumlah,
Kepada yang lain diberikan Allah.

12
SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERSIARAN SAUJANA 3
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH


RENDAH
KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR 2016

No. Giliran : .............

Nama Peserta :
...........................................................

Sekolah : ..............................................................................................

Judul Syair 1 : ..............................................................................................


13
Irama Syair 1 : ..............................................................................................

BIL ASPEK MARKAH PENUH MARKAH


1. Suara (Vokal dan Intonasi) 30
2. Irama (Patah Lagu/Nada/Tempo) 30
3. Kelancaran dan Kejelasan sebutan 20
4. Gaya dan Kreativiti Persembahan 20
5. Jumlah Markah 100

MARKAH PENUH : ______ / 100

Ulasan keseluruhan :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim : .... ............................

Nama : ..............................................................

Tarikh :.....................................................................................

14

You might also like