You are on page 1of 16

3.

1 Tulisan Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam


di Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-
abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan
kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan
merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa
Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan
meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

3.2 Sejarah

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini
di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh
702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada
akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih
awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini
digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat
istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting
antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda
dan Inggeris.

Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu
bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

18
Rajah 1 :Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang
ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

3.3 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti
yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga
sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip
itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam
bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi
yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu
dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak
ada kaitan dengan tulisan tersebut.

Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa
penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan
ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat
fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat
disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

19
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan
kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini
dan ia berasal daripada tulisan Arab.

Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung


bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi
hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber :
Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi
yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam
manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah
bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan
tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis
seperti:

 batu bersurat,
 manuskrip lama,
 kertas lama,
 majalah,
 batu nisan,
 bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
 senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
 seumpamanya
 ukiran-ukiran pada masjid, istana
 azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera
bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah
menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah
diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab
bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang
kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta
sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

20
4. SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI DI MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Tulisan ialah sejenis tanda atau isyarat, sama seperti bahasa itu sendiri. Tanda
merupakan sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, iaitu maknanya. Kajian ke atas
sistem tanda ini dinamakan semiotik atau semiologi. Kajian ke atas sistem tulisan ini
dinamakan epigrafi atau palaeografi. Epigrafi mengkhusus kepada tulisan yang
dicatat dengan dakwat, manakala palaeografi mengkhusus kepada tulisan yang
dipahat, diukir atau ditoreh di atas permukaan yang keras. Tulisan merupakan
lambang yang berbentuk coretan/loretan bagi bahasa. Pada asasnya bahasa ialah
ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari
melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk
perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui
bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda
tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh
orang lain juga.

Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang
dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak
orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai
Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara
terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan
rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di
Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah


mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna.
Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno
(tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan
di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu,
manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya
dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.

21
Rajah 2: Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba

Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga
bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama
terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-
pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India.
Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana
berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu
zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit
dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan
Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya
bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan
Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam
pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal
pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan

22
abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka
cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.

4.2 PENEMUAN BATU BERSURAT

Rajah 3: Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan


pengaruh Islam di Tanah Melayu.

Batu bersurat (Rajah1) memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar


masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan
satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat
tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi.
Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan
bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap.
Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat
tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain.
Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala
Berang itu hanya huruf ‘q,v,x, dan z’ sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal
ini tidaklah mengatakan bahawa huruf ‘q’ dan ‘z’ tidak ada pada zaman tersebut

23
kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu ‘Qaf’ dan ‘Zai’.
Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan
berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh
kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam.
Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan
tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat Melayu.

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu.


Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah
Bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam
di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar
menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud
‘orang Jawa’ atau ‘berasal dari tanah Jawa’. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik
termasuk Ibn Batutah dalam bukunya “al-Rehlah” menggelarkan pulau Sumatera
sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai
Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi.
Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf
dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri.
Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ‫) ﭺ‬, Nga ( ‫) ڠ‬, Pa
(‫) ق‬, Ga (‫) گ‬, dan Nya ( ‫) ڽ‬. Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-
bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada
huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian
disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.
Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat
Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling
awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah
sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan
tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan
British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat
Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat.
Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran,

24
adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian
penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis,
Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara
Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

4.3 Abjad

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi. ٢‫بريکوت اداله جدوال باڬي حروف‬
‫ دالم توليسن جاوي‬. (Wikipedia, 2008)

Jadual 1 : Jadual Huruf dalam Tulisan Jawi

25
26
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang
penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian
dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan
antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca
sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan,
Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi
diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di
Nusantara.

Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti
sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah
dan bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama,
kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit,
alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana,
termasuk sumber penemuan pada azimat dan tangkal.

Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri
di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah,
diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419
Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di
Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin
Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah
bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab
yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang
disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan
kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala
Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu,
persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini
ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun
aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab.

27
4.4 SISTEM EJAAN JAWI

Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat
dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim
digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :

a) Ejaan Tradisi

Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada
ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh
perkataan seperti tiada ( ‫) تئاد‬, pada ( ‫) قد‬, dan kepada ( ‫) كقد‬.

b) Ejaan Lazim

Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau
sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan.
Antara contoh perkataannya seperti lada( ‫) الدا‬, pasu(‫) قاسو‬, suka( ‫) سوك‬, barang( ‫) بارغ‬,
bulan( ‫) بولن‬,nangka( ‫) نغك‬, dan bantal( ‫) بنتل‬.

C) Ejaan Mengikut Hukum

Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja
seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-
aha dan lampau hukum.

4.5 PENILAIAN SEMULA SISTEM EJAAN JAWI

Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya.
Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak
menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi
paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan Inggeris
sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan
mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di dalam
media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar tidak akan terus
pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti
daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah

28
lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka ‘buta’
dalam pembacaan tulisan Jawi.

Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem
tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja
menjadi tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk
memelihara tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan
secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.

Rajah 4: Utusan Melayu menggunakan tulisan Jawi

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan


menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal
kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula
menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama
Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian
Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan,
Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa
bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.

29
Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam
mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-
sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi
termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran
dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah meminta
semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan
bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan bacaan
tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang
memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid
sekolah termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi,
kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran
Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan
tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya, peruntukan lebihan masa kepada
Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana
pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa
seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk pembelajaran
Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan tulisan
Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang
mengajar mata pelajaran tersebut.

Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk


kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika
terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama.

4.6 KESIMPULAN

Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan
merupakan aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu.
Kemunculan tulisan Jawi juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan
budaya al Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga
wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini
kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa
seperti bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di
Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti

30
mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu
lagi.

Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan


sukukata Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada
dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan sukukata Jawi tertutup.

Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala
sukukata tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan.
Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf
vokal dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif (‫) ا‬mewakili huruf vokal a, u, dan
e(pepet); diikuti huruf ya ( ‫ ) ي‬mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf
wau( ‫ ) و‬mewakili huruf vokal o. Huruf-huruf konsonan pula adalah selain daripada
huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan
gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai
oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi
sistem ejaan lama seperti (sudah - ‫ ;) سد ه‬ejaan tua (itu - ‫ ;) ائت‬ejaan baharu ( billik -
‫ ;)بئلئق‬ejaan Arab (wajib - ‫ ;)واجب‬ejaan kemelayuan ( peduli - ‫ ;)قد ولئ‬dan ejaan kata
asing/Inggeris seperti ( vokal – ‫)ؤ وكل‬.

Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara
tulisan Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah
penggunaan sistem ejaan Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir
terbuka masih digunakan dan bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal
digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan perkataan asal
(Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam penggunaan
tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu seperti
yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.

Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat
sambutan kerana ketika itu sistem ejaan Za’aba telah sebati digunakan; ini
menyukarkan lagi perubahan sistem lama kepada sistem baru.

31
Penghasilan buku,’Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan’, dan ‘Daftar Ejaan
Rumi-Jawi’, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah
gabungan dan pemantapan yang diusahakan daripada buku,’Daftar Ejaan Melayu
Za’aba’(1939).

Kedua-dua buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan,


pengubahsuaian, dan pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan
Jawi yang dihadapi oleh para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku
tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan tulisan Jawi
pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.

Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai
tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata
pena di zaman pra-kemerdekaan .Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam . Ini kerana bahan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam
Jawi . Pelajar diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat
mempelajari al - Quran dengan lancar . Sistem ejaan Jawi terpengaruh dengan
sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengajaran suku
kata . Oleh sebab itu , sistem ejaan Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu
mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran
menyebut ayat-ayat al-Quran .

Secara tegasnya semua pihak hendaklah memainkan peranan dan mengambil


langkah yang drastik untuk menghidupkan semula tulisan Jawi . Sepatutnya pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan persepsi yang positif terhadap
tulisan Jawi sebagai seni yang luhur dalam masyarakat Melayu dan mempunyai rasa
tanggungjawab agar terus dipertahankan dan terakam dalam sistem pendidikan
Negara tanpa perlu mengabaikan kepentingan tulisan Jawi .

Sebagai masyarakat pendidik , guru-guru Pendidikan Islam semestinya memainkan


peranan bagi mendidik pelajar supaya dapat menguasai tulisan jawi dan bacaanya .
Guru - guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
menarik minat pelajar untuk mempelajari Pendidikan Islam . Untuk kembali kepada
kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil pada peringkat

32
menengah akan tetapi kemahiran tersebut perlu diperkemaskan semasa berada di
peringkat rendah lagi .

33

You might also like