You are on page 1of 20

Sejarah Ejaan Jawi

Tulisan Jawi pada Zaman


Kesultanan Melayu Pasai
Kedudukan Kerajaan Samudera
Pasai
• Kesultanan Samudera Pasai adalah
kerajaan Islam yang terletak di pesisir
pantai utara Sumatera, di sekitar Kota
Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang.

• Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu,


yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar
tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai
oleh Portugis pada tahun 1521.
• Pada zaman kegemilangannya, kerajaan
Pasai merupakan pusat perdagangan
yang dikunjungi oleh pedagang daripada
pelbagai negeri seperti China, India, Arab,
Siam, Parsi dan lain-lain.

• Kedatangan pedagang ini turut membawa


ajaran agama Islam.
• Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada
abad-abad lampau sekaligus membawa
bersamanya abjad tulisan Arab iaitu yang
menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu
dan abjadnya.

• Tulisan Jawi ialah tulisan yang


menggunakan aksara Arab
BUKTI TULISAN JAWI DI PASAI
1. HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI

Hikayat ini merupakan hasil


kesusasteraan Melayu,
mengisahkan masyarakat Melayu
dan menggunakan Bahasa Melayu
(tulisan Jawi).
• Dalam hikayat tersebut terdapat keterangan
yang mengatakan bahawa Sharif dari Makkah
telah menghantar satu rombongan
pendakwah yang diketuai oleh Syeikh Ismail
untuk menyebarkan agama Islam di sumatera
Utara pada abad ke-7 H./ke-13 M.

• Kawasan Perlak, Samudera dan Pasai


(Sumatera Utara) telah diislamkan sekitar
tarikh 682 H./1282 M.
• Fatimi telah memetik kenyataan Marco Polo
yang melaporkan dalam pelayarannya bahawa
Ferlec ( Perlak ) telah menerima Islam ketika
ketibaannya di situ pada tahun 1292.

• Pada abad ke-7 H./ ke-13 M., kerajaan Pasai (


Samudera ) dikatakan kerajaan pertama di
Kepulauan Melayu yang menjadikan Islam
sebagai agama rasminya.
• Rajanya yang pertama memeluk agama Islam
iaitu Merah Silu telah menukarkan namanya
kepada Sultan Malik al-Saleh yang meninggal
pada tahun 696 H./1297 M. seperti yang
tercatat pada batu nisannya.
• S. M. N. al-attas telah menyatakan bahawa
Pasai pada zaman pemerintahan Malik al-
Zahir ( sekitar awal abad ke-8 H./ke-14 M. )
iaitu cucunda kepada Malik al-Saleh, telah
menjadi pusat pengajian Islam yang terawal di
Kepulauan Melayu.
• Pada tahun 819 H./1416 M., penduduk Aru,
Samudera, Pedir dan Lambri yang berada
dalam tanah Aceh telah memeluk agama
Islam, dan Aceh telah mengembangkan
pengaruhnya ke kawasan Selatan.
2. BATU NISAN

• Makam-makam Diraja Melayu-Islam ( Sultan Malik al-

Saleh yang bertarikh 696 H./1297 M. ) yang terdapat di

Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat

daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Arab

( tulisan jawi).
Tulisan jawi yang terdapat
pada Batu nisan Sultan
Malik al-Saleh
3. KITAB TAFSIR
• Banyak buku-buku agama yang telah ditulis
dengan tulisan jawi termasuklah sebuah
kitab tafsir al-Quran yang masyur iaitu
terjemahan tafsir “al-Baidawi“.
4. KARYA-KARYA
• Aceh telah melahirkan beberapa tokoh
ulama’ dan pujangga yang agung yang
menulis karya mereka dalam tulisan jawi,
antaranya ialah :-
• Hamzah Fansuri ( Syarab al Asyiqin dan
Asrar al-Aarifin )

• Syamsuddin al –Sumatrani dan Bukhari al-


Jawhari ( Taj al-Salatin)

• Syeikh Nuruddin al-Raniri ( Bustan al-


Salatin dan Asrar al-Insan)
5. SURAT RASMI
• Terdapat juga surat-surat rasmi sultan
yang diutus kepada wakil-wakil raja dari
luar dan peniaga-peniaga dari barat ke
timur ditulis dengan tulisan jawi.
• Contohnya:
Sultan Acheh pernah menulis surat izin
berniaga kepada Middleton seorang
kapten Inggeris pada tahun 1602 dengan
menggunakan bahasa Melayu yang
bertulisan jawi.
SEKIAN, TERIMA KASIH..

You might also like