You are on page 1of 13

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
DEKLAMASI PUISI
SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
2018
(Kategori Deklamasi Sajak)

Anjuran
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
dengan kerjasama
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN 2018

KATEGORI DEKLAMASI SAJAK

1. LATAR BELAKANG
1.1 Deklamasi puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular dalam
kalangan penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada bahasa Latin
yang bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa makna membaca
sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh
sebagai aset dan alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi puisi ialah pembacaan
puisi yang membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak
badan dan sebagainya.

1.2 Kegiatan deklamasi puisi banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti sekolah,
institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan
organisasi tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu
ataupun dalam bentuk sayembara/pertandingan.

1.3 Sejak tahun 2012, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat
Kebangsaan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, serta DBP Cawangan dan
Wilayah, bagi membolehkan pelajar sekolah menengah di seluruh negara
menunjukkan bakat dalam bidang deklamasi puisi. Tahun ini merupakan tahun
ketujuh pertandingan ini diadakan.

2
2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.

3. SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang
belajar di tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah bantuan kerajaan,
sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama negeri, sekolah agama
bantuan kerajaan kecuali Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

3.2 Pencalonan setiap peserta pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
adalah melalui pencalonan daripada pihak sekolah.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:

4.1 Peringkat Daerah

4.1.1 Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan


Daerah SEKIRANYA PERLU.

4.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada


arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

4.1.2.1 Seorang peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat ini akan
mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

4.2 Peringkat Negeri

4.2.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.

4.2.2 Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

4.2.3 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat


kebangsaan.

4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh


dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan
pertandingan kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil
penyertaan oleh DBP.

3
4.2.6 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum,
sagu hati hakim dan hadiah akan ditanggung oleh pihak DBP Cawangan dan
Wilayah, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke
tempat pertandingan.

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-
kanak dan Remaja dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.3.2 Enam belas (16) orang peserta yang merupakan johan peringkat negeri akan
bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat
kebangsaan.

4.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing merangkap
sebagai guru pengiring.

4.3.4 Sekiranya peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri menarik
diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh
diberikan kepada naib johan, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan
syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang
sebulan daripada tarikh pertandingan peringkat kebangsaan.

4.3.5 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati
hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan ditanggung
oleh DBP ibu pejabat, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru
pengiring ke tempat pertandingan.

4
5. PEMILIHAN SAJAK

5.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks sajak yang akan dipilih oleh
peserta.

5.2 Senarai sajak pilihan adalah seperti yang berikut:

Bil. Judul Penulis


1. Suara Dari Pusara Usman Awang
2. Alam Telah Betul Rahman Shaari
3. Ingatan Adalah Musuhmu Yang Setia Latif Mohidin
4. Balada Langit Tua Manusia Sengketa Usman Awang
5. Harga Sejarah Rahman Shaari
6. Suara Dari Masyarakat Burung kepada Usman Awang
Datuk Bandar
7. Hari Terakhir Sebuah Hutan Muhammad Haji Salleh
8. Bacalah Dalam Bahasamu Baha Zain
9. Bahasa Kita Abizai
10. Ingatan Kepada Kawan “XXIV” Zaen Kasturi
11. Haruman Seribu Mawar Jasni Matlani
12. Mencintai Tanah Ini Lim Swee Tin
13. Gurindam Alamku Musnah A. Aziz Deraman
14. Negeri Ini, Anak Marsli N.O.
15. Puteri Kuala Lumpur Ahmad Sarju
16. Perempuan Itu Kehilangan Ahmad Sarju
17. Kembalilah Kepada Perpaduan Ahmad Sarju
18. Perjalanan Ahmad Sarju

5.3 Peserta bebas memilih sajak yang telah disenaraikan oleh penganjur
untuk pertandingan peringkat daerah/negeri.
5.4 Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan menyebabkan
penyertaan peserta terbatal.
5.5 Pihak penganjur akan menetapkan satu (1) sajak yang telah disenaraikan kepada
peserta yang menjadi johan peringkat negeri untuk pertandingan peringkat
kebangsaan. Setiap peserta akan mendeklamasikan sajak yang berlainan seperti
ditetapkan oleh pihak penganjur.
5.6 Teks sajak tersebut akan dimasukkan dalam laman web DBP (dbp.gov.my).

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Peserta pada peringkat daerah/negeri hendaklah memilih dan mendeklamasikan


sajak yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.

6.2 Peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat negeri layak mewakili
negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Peserta pertandingan peringkat
kebangsaan dikehendaki mendeklamasikan sajak yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur. Pihak penganjur akan memaklumkan judul sajak kepada peserta yang
layak ke pertandingan peringkat kebangsaan sebaik sahaja pertandingan peringkat
negeri selesai dijalankan.

5
6.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik
termasuk pita rakaman semasa mendeklamasikan sajak.

6.4 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

6.5 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan


penyertaannya serta-merta.

7. HADIAH

7.1 Peringkat Daerah


DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

7.2 Peringkat Negeri


7.2.1 Hadiah pada peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan
Wilayah.

7.2.2 Semua peserta peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan daripada
pihak penganjur.

7.3 Peringkat Kebangsaan

7.3.1 Hadiah pertandingan peringkat kebangsaan disediakan oleh pihak penganjur.


Butiran hadiah adalah seperti yang berikut:

Tempat pertama : Wang tunai RM600.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

Tempat kedua : Wang tunai RM500.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

Tempat ketiga : Wang tunai RM400.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

Sagu hati (13) : Wang tunai RM100.00, buku terbitan DBP dan sijil
penghargaan.

7.3.2 Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima sijil penyertaan.

8. HAKIM
8.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah/negeri dan
peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.
8.2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu,
guru Sastera dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.
8.3 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu,
guru Sastera dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri,
Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai DBP.

6
8.4 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripada pakar/aktivis
sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau individu yang difikirkan layak.

8.5 Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

8.6 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, menyentuh isu
sensitif, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai
pemenang.
8.7 Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta memaparkan
wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu hendaklah bersesuaian
dengan tema sajak. Jika sajak itu memuatkan perasaan marah, mimik mukanya
hendaklah berpadanan dengan perasaan itu. Sajak yang sinis pula tentulah
menyebabkan mimik muka peserta berbeza. Mimik muka yang lembut, dengan
senyuman sekadarnya, sesuai dengan sajak yang memaparkan rasa gembira.
8.8 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan peserta
ketika mendeklamasikan sajak.

8.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

9. ASPEK PENILAIAN

9.1 Aspek penilaian meliputi suara (70%) serta gaya dan teknik (30%). Butiran penilaian
dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:

ASPEK SUARA (70%) GAYA DAN TEKNIK (30%)

PENILAIAN Vokal Intonasi Nada Artikulasi Kelancaran Penghayatan/Mimik Penampilan/


Muka/Bahasa Tubuh Ketertiban

MARKAH 15 15 20 10 10 20 10

9.2 Suara
9.2.1 Vokal.
Suara merupakan pemberian Tuhan yang sukar diubah. Bagi pendeklamasi
sajak, suara memainkan peranan yang penting. Peserta yang bersemangat
tinggi akan berusaha menerbitkan suara yang sesuai dengan sajak yang
dideklamasikannya. Emosi yang ada dalam sajak dapat dipaparkan melalui
permainan kualiti suara. Peserta hendaklah sedar bahawa suara boleh
direndahkan, disederhanakan dan ditinggikan pada tempat-tempat yang
sesuai. Peserta hendaklah benar-benar pasti bahawa sajak yang akan
dideklamasikannya sesuai dengan lenggok suara bagi sajak berkenaan.
Kejayaan peserta mengemukakan suara, nada, teknik dan gaya yang
bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikannya, bererti kejayaannya
menghayati sajak itu.

9.2.2 Intonasi.
Turun naik suara. Peserta dapat mengawal tinggi rendah/panjang pendek
suara berdasarkan maksud sajak. Terdapat peserta yang tidak menyedari
perkembangan deklamasi terkini, lalu mengucapkan sajak dengan

7
menggunakan intonasi lama, iaitu intonasi yang sudah menjadi klise. Intonasi
yang klise tidak menjanjikan kemajuan apatah lagi kecemerlangan. Kebolehan
dan kecerdikan peserta mengawal intonasi menentukan markah baik atau
sebaliknya. Kebolehan menggunakan jeda, patah-patah kata, hentian yang
betul diambil kira.

9.2.3 Nada.
Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan, sikap,
aliran atau rentak sajak. Nada dalam deklamasi sajak mengikut suasana sajak
berkenaan. Jika sajak itu bernada marah, maka peserta hendaklah
menerbitkan nada itu dalam deklamasinya. Peserta yang dapat mengikut
suasana dan nada bagi setiap baris, bait atau rangkap mampu memperoleh
markah yang tinggi.

9.2.4 Artikulasi.
Artikulasi bererti dapat menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Sebutan dapat
difahami dan menggunakan sebutan bahasa Melayu baku.

9.2.5 Kelancaran.
Kelancaran bererti peserta dapat mendeklamasikan dengan lancar tanpa
tersekat-sekat atau terhenti atau terlupa. Sekiranya peserta tertinggal lebih dua
perkataan, markah bagi bahagian ini akan kurang kerana mungkin mengubah
maksud sajak tersebut.

9.3 Gaya dan teknik.


Gaya berkait rapat dengan keyakinan peserta. Terdapat tiga faktor yang
menjadikan peserta berjaya mempersembahkan sajak dengan gaya yang
meyakinkan. Faktor yang pertama ialah peserta itu cukup berani berhadapan
dengan khalayak. Faktor yang kedua, peserta tahu tentang seni pentas. Faktor
yang ketiga pula, tingkat hafalannya yang baik.

9.3.1 Penghayatan/Mimik Muka/Bahasa Tubuh.


Penghayatan disimpulkan sebagai peserta dapat mengalami, merasai dalam
batin dan meresap ke dalam jiwa sajak yang disampaikan. Penghayatan turut
dapat dirasai oleh khalayak daripada keseluruhan deklamasi. Mimik muka pula
ialah jika peserta berjaya meniru, mengajuk gaya, cara setiap sifat dan
perasaan dalam sajak. Contoh: jika terdapat perkataan yang membawa
maksud marah, sudah pasti peserta memperlihatkan wajah yang marah
bukannya tersenyum. Mimik muka amat penting bagi peserta berkomunikasi
dengan khalayak untuk menyatakan maksud sajak. Bagi elemen bahasa tubuh,
penggunaan anggota badan bagi menyokong, menguatkan lagi maksud kata,
bait dalam deklamasi. Penggunaan anggota yang betul dan tepat amat penting
bagi menarik minat khalayak. Contoh: “Ayuh, mari kita bestarikan tanah hitam
putih tanah hadhari milik kita yang pasti.” Mungkin penggunaan tangan sebagai
bahasa badan untuk melambangkan tanah air. Kalau tangan menunjukkan
langit adalah salah tetapi kalau tangan menunjuk ke bawah atau mendasar
adalah tepat. Oleh itu peserta harus berhati-hati.

9.3.2 Penampilan/ Ketertiban.


Penampilan diri sebenar amat penting selain daripada kostum yang sesuai,
cara deklamasi, berdiri dan bergerak juga amat penting. Hakim akan
mengambil kira seawal langkah pertama peserta berjalan di pentas, disiplin
diri, pengawalan pentas dan pengawalan pembesar suara dianggap penting.

8
10. PANDUAN KEPADA PESERTA

10.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
tema sajak.

10.2 Peserta yang yakin akan menumpukan pandangan matanya kepada penonton,
manakala peserta yang tidak yakin pandangan matanya akan lari ke atas atau ke
lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang wajah penonton.

10.3 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang ingin
dideklamasikan daripada membaca teks sajak. Markah akan dipotong jika melihat
teks sajak secara berterusan.

11. KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan muktamad
jika tiada kelemahan dalam deklamasi. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

11.1 Ketersasulan.
Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana dalam hal tersalah
perkataan, tiada pembetulan dibuat. Peserta mungkin tidak menyedari
kesalahan itu, dan mungkin juga membiarkannya demi menjaga kelancaran.
Pemotongan untuk kesalahan begini tertakluk kepada kesannya. Jika
perkataan “telah” disebut “tidak”, maka makna keseluruhan sajak akan
berubah. Jika perkataan “tidak” itu disebut “tiada”, makna keseluruhan
sajak itu tidak akan berubah.

11.2 Tertinggal Bahagian Tertentu.


Peserta yang kurang menghafal, atau yang gentar di hadapan khalayak,
mungkin tertinggal baris tertentu. Ada yang tertinggal terus, dan ada yang
teringat kemudian lalu disebutkan. Hal ini menyebabkan bentuk sajak itu
berubah. Oleh sebab kesannya besar, maka markah yang dipotong akan
tertakluk kepada jumlah baris yang tertinggal itu.

11.3 Perlakuan Negatif di Pentas.


Perbuatan peserta yang menunjukkan sikap tidak profesional di atas pentas
akan menyebabkan markah dipotong.

11.4 Membaca teks.


Peserta yang membaca nota atau teks akan dipotong markah.

9
12. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peringkat Daerah/Negeri


a) Tarikh : Mac - Julai 2018.
b) Tempat : Ditentukan oleh JPN dan DBP Cawangan/Wilayah.

12.2 Peringkat Kebangsaan


a) Tarikh : 25-27 Julai 2018.
(26 Julai 2018 merupakan tarikh pertandingan)
b) Tempat : DBP, Kuala Lumpur.

13. JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

13.1 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan


oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, dan urus setia
induk ialah Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

13.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara
yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
satu-satu masa.

14. AM

14.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.

14.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur

10
Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:

Encik Muhamad Rafiq bin Abdul Rahman,


Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Aras 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50960 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-21479207 / 012-6756055
No. Faks: 03-21479614
E-Mel : rafiq@dbp.gov.my

Disediakan oleh:
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Januari 2017.

11
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI
PUISI SEKOLAH MENENGAH 2018

KATEGORI DEKLAMASI SAJAK

No. Giliran : .....................................


Nama Peserta : …………………………………........................................................
Sekolah : .......................................................................................................
Judul Sajak : .......................................................................................................

BIL. ASPEK MARKAH MARKAH CATATAN HAKIM


PENUH DIPEROLE
H

1. Vokal 15

Intonasi 15
Suara
Nada 20
(70%)
Artikulasi 10

Kelancaran 10

2. Gaya Penghayatan/Mimik 20
dan Muka/Bahasa Tubuh
Teknik
Penampilan/Ketertiban 10
(30%)

3. MARKAH PENUH 100

Ulasan keseluruhan :

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_____________________

Tandatangan Hakim : …………………………….....................


Nama : ……………………................................
Tarikh :..............................................................

12
13

You might also like