You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN BERCERITA
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah
Sarawak
PERTANDINGAN BERCERITA

1.0 PENGENALAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk


memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai


digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-


penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan


rangsangan.

2
3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah warganegara


Malaysia sama ada di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
3.2 Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori;
Sekolah Rendah Tahap Satu : Murid Tahun 3
Sekolah Rendah Tahap Dua : Murid Tahun 4 - 6

3.3 Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan dalam SATU bahagian


sahaja iaitu:

Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh


sekolah.

3.4 Peserta yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan akan


mengambil bahagian tajuk spontan iaitu:

Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan


rangsangan bergambar berdasarkan
DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 hingga 6.

4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

4.1 PERINGKAT SEKOLAH

4.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu


diminta mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat
antara kelas dan juga antara rumah. Pertandingan ini
merupakan aktiviti sokongan kepada pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu.

4.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke


pertandingan di peringkat daerah.

4.2 PERINGKAT DAERAH

4.2.1 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab


mengelolakan pertandingan ini pada peringkat daerah
masing-masing.

4.2.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan Peringkat Daerah.

3
4.2.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan
sebulan sebelum pertandingan peringkat negeri.

4.2.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke


peringkat negeri.

4.3 PERINGKAT NEGERI

4.3.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab


mengelolakan pertandingan ini pada peringkat negeri masing-
masing.

4.3.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan


diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

4.3.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan


sebelum pertandingan peringkat negeri.

4.3.4 Peserta yang menjadi johan peringkat negeri akan mewakili


negeri ke peringkat kebangsaan.

4.4 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

4.4.1 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing


dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah,
daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.

4.4.2 Penyertaan di peringkat negeri melalui rakaman video secara


langsung. Kejelasan nada suara, gaya penyampaian dan kualiti
rakaman video amat ditekankan.

4.4.3 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi:


 Tahap 1 (Tahun 3) : antara 6 hingga 7 minit
 Tahap 2 (Tahun 4 - 6) : antara 7 hingga 8 minit

4.4.4 Video bercerita hendaklah dirakam dalam format AVI atau


MP4 secara melintang dengan resolusi 1080P/720P.

4.4.5 Peserta tidak dibenarkan untuk menyunting rakaman video


tersebut dan tidak menggunakan latar belakang “green
screen’.

4.4.6 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik


dalam Google Forms yang telah disediakan oleh pihak
penganjur.

4
4.4.7 Setiap peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap
bersama-sama dengan rakaman video. Pihak penganjur berhak untuk
membatalkan sebarang penyertaan sekiranya boring penyertaan tidak
lengkap.

4.4.8 Tarikh penghantaran video berdasarkan arahan yang akan ditentukan


kelak.

4.4.9 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:

4.4.9.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

4.4.9.2 Cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

4.4.9.3 Cerita-cerita daripada bahan elektronik/Internet.

4.4.9.4 Hasil karya sendiri.

4.4.10 Kualiti cerita

4.4.10.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan


nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
ras, agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin.

4.4.10.2 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema.

4.4.10.3 Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja


yang dibenarkan menyampaikan cerita haiwan.

4.4.11 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

4.4.12 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak
memberi sebarang markah.

4.4.13 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
Ia tidak tidak melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).

4.4.14 Unsur lakonan dan main peranan/watak tidak dibenarkan. Peserta


perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

4.4.15 Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5
4.4.16 Teks cerita menggunakan aksara bersaiz dua belas (12), font Arial
dan langkau dua (2) baris.

4.4.17 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola melalui pautan
borang google form yang disediakan sebelum atau semasa
pendaftaran.

4.4.18 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:

4.4.18.1 Menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras, agama dan


tidak menghina mana-mana pemimpin;

4.4.18.2 Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara


terus menerus;

4.4.18.3 Dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

4.4.18.4 Menyunting rakaman video dengan pelbagai jenis aplikasi;

4.4.18.5 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

4.4.18.6 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar


borang penyertaan yang disahkan oleh Guru
Besar/Pegawai PPD.

4.4.19 Bilangan panel hakim pada peringkat negeri ialah tiga (3). Pada
peringkat daerah pula, sekurang- kurangnya tiga (3) orang hakim
menghakimi pertandingan.

4.4.20 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

4.4.21 Sebarang pindaan tertakluk kepada PPD/JPN.

5.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

5.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan


rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan
melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan
cerita Bahagian Pertama.

5.2 Pertandingan bercerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja


rakaman video selesai pertandingan bercerita bahagian pertama.
Peserta diberi masa selama satu (1) minit untuk persediaan dan tiga
(3) minit untuk persembahan.

6
5.3 Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan
berdasarkan bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa
pertandingan.

5.4 Peserta dikehendaki memilih dan menyebut nombor yang disediakan


oleh Ketua Hakim.

5.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar


slaid berkenaan akan ditayangkan.

5.6 Masa persediaan satu (1) minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.

5.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita


apabila tamat masa persediaan satu (1) minit.

5.8 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.

5.9 Pengiraan masa “countdown” selama 5 saat sebelum bermula akan


dijalankan.

5.10 Loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa tamat.

5.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum


tamatnya masa persediaan.

5.12 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan


penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-
dua unsur tersebut).

5.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

6.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

6.1 Teknik Persembahan 25 markah


6.2 Bahasa dan pertuturan 25 markah
6.3 Penghayatan cerita 20 markah
6.4 Mesej/nilai dalam cerita 10 markah
6.5 Tempoh penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
6.5 Kawalan suara 10 markah

Jumlah 100 markah


7
7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

7.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah


7.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Mesej/nilai dalam cerita 15 markah
7.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah

Jumlah 100 markah

8.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN/KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-


mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

9.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : 21 Jun hingga 12 Julai 2021


(Tarikh Pendaftaran ditetapkan oleh PPD Pengelola)

TEMPAT : Secara dalam talian

PPD PENGELOLA : Pejabat Pendidikan Daerah Mukah

10.0 HADIAH/ SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Pencapaian
7. Tempat ke-11 dan seterusnya Sijil Penyertaan

8
11.0 AM

11.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2021.
11.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
11.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook page Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook page Unit Koku JPN Sarawak

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

9
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERCERITA 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. MyKad/ Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan MyKad/ Kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun :
Tajuk Cerita :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan Guru Besar :

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

10

You might also like