You are on page 1of 93

TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN

TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN

RM12.70

BT07001 (SEMAKAN 2017)


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)

TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN

Penulis
Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin
Mohd Ramadhan bin Anwar
Jong Tze Kian

Editor
Magdaline Carol anak Eteng@Ating
Marliana binti Shamsir
Noor Hidayah binti Abdul Jalil

Pereka Bentuk
Nor Azzua binti Omar
Khairunnisa binti Ma’at

Ilustrator
Hasbullah bin Abu Hashim
Zulkifli bin Abang

Dewan Bahasa dan Pustaka


Kuala Lumpur
2021
No. Siri Buku: 0005

KK 507-221-0102011-49-3278-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama


ISBN 978-983-49-3278-7 daripada banyak pihak. Sekalung penghargaan
dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada
Cetakan Pertama 2021 semua pihak yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021
• Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam dan Naskhah Sedia Kamera,
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Kementerian Pendidikan Malaysia.
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang
bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
mekanik, penggambaran semula mahupun dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
dengan cara perakaman tanpa kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
perkiraan royalti atau honorarium. • Panel Pembaca Luar,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diterbitkan untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh • Planetarium Negara, Kementerian Sains,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Teknologi dan Inovasi.
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur. • SK Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
• SK Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.
No. Faksimile: 03-21479643
Laman web: http://www.dbp.gov.my • Semua pihak yang terlibat dalam proses
penerbitan buku ini.
Reka Letak dan Atur Huruf:
Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Muka Taip Teks: KSSR


Saiz Muka Taip Teks: 13 poin

Dicetak oleh:
Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.,
No. 12, Jalan 4/118C,
Desa Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Pengenalan v Keterangan Ikon vi
UNIT 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK 1
Kemahiran Proses Sains 2 Imbas Kembali 11
Santai Sains 10 Asah Minda 11
UNIT 2 MANUSIA 13
Pembiakan Manusia 14 Jenis Sistem Saraf Manusia 21
Organ Pembiakan Lelaki 14 Fungsi Sistem Saraf Manusia 22
Organ Pembiakan Perempuan 15 Kegagalan Fungsi Sistem
Proses Persenyawaan Manusia Saraf Periferi 25
hingga Bayi Dilahirkan 16 Menjaga Sistem Saraf 26
Kepentingan Pembiakan Santai Sains 29
kepada Manusia 18 Imbas Kembali 30
Sistem Saraf Manusia 20 Asah Minda 31
UNIT 3 MIKROORGANISMA 33
Mikroorganisma 34 Keburukan Mikroorganisma 45
Proses Hidup Mikroorganisma 36 Santai Sains 48
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Imbas Kembali 49
Pertumbuhan Mikroorganisma 40 Asah Minda 50
Kegunaan Mikroorganisma 44
UNIT 4 INTERAKSI ANTARA HIDUPAN 51
Interaksi antara Hidupan 52 Santai Sains 65
Interaksi antara Haiwan 52 Imbas Kembali 65
Interaksi antara Tumbuhan 59 Asah Minda 66
Kepentingan Interaksi
antara Hidupan kepada Ekosistem 63
UNIT 5 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN 67
Haiwan yang Telah Pupus 68 Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan 78
Haiwan dan Tumbuhan Kepentingan Pemeliharaan
yang Diancam Kepupusan 70 dan Pemuliharaan 80
Faktor-faktor yang Menyebabkan Santai Sains 84
Haiwan dan Tumbuhan Imbas Kembali 85
Diancam Kepupusan 72 Asah Minda 86
Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan 75
UNIT 6 DAYA 87
Daya 88 Tekanan Udara 101
Kesan Daya 90 Hubung Kait antara Tekanan Udara
Daya Geseran 93 dengan Ketinggian 105
Kesan Daya Geseran 95 Aplikasi Tekanan Udara 107
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Santai Sains 109
Daya Geseran 97 Imbas Kembali 110
Daya Geseran dalam Asah Minda 111
Kehidupan Harian 99

iii
UNIT 7 KELAJUAN 113
Unit Kelajuan 114 Santai Sains 123
Hubungan antara Kelajuan, Imbas Kembali 124
Jarak dan Masa 116 Asah Minda 125
Mengira Kelajuan, Jarak dan Masa 119

UNIT 8 TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN 127


Kerosakan Makanan 128 Kepentingan Teknologi
Pengawetan Makanan 131 Pengawetan Makanan 140
Projek Pengawetan Makanan 135 Santai Sains 144
Gabungan Kaedah Imbas Kembali 145
Pengawetan Makanan 139 Asah Minda 146

UNIT 9 BAHAN BUANGAN 147


Pengurusan Bahan Buangan 148 Pengurusan Bahan Buangan
Bahan Buangan Terbiodegradasi Secara Terancang 156
dan Bahan Buangan Santai Sains 162
Tidak Terbiodegradasi 150 Imbas Kembali 163
Penggunaan Bahan Terbiodegradasi Asah Minda 164
dan Bahan Tidak Terbiodegradasi 152

UNIT 10 GERHANA 165


Gerhana Bulan 166 Keadaan di Bumi Semasa Gerhana 174
Gerhana Matahari 168 Santai Sains 175
Hubung kait antara Gerhana Imbas Kembali 176
dengan Sifat Cahaya 171 Asah Minda 177

UNIT 11 GALAKSI 179


Kenali Galaksi 180 Santai Sains 189
Galaksi Bima Sakti 183 Imbas Kembali 190
Saiz Sistem Suria di dalam Asah Minda 190
Galaksi Bima Sakti 187

UNIT 12 KESTABILAN DAN KEKUATAN 193


Kestabilan Objek dan Binaan 194 Kepentingan Binaan yang Kuat
Faktor-faktor yang Mempengaruhi dan Stabil 206
Kestabilan Objek dan Binaan 195 Mencipta Model Binaan: Bangku Botol 207
Kekuatan Objek dan Binaan 199 Santai Sains 208
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Imbas Kembali 209
Kekuatan Objek dan Binaan 199 Asah Minda 210

UNIT 13 TEKNOLOGI 211


Teknologi dan Kepentingannya 212 Santai Sains 220
Perkembangan Teknologi 214 Imbas Kembali 221
Kebaikan dan Keburukan Teknologi 218 Asah Minda 222

CADANGAN JAWAPAN DAN RUJUKAN 223

iv
Buku teks Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Sains Tahun 6. Penulisan buku teks ini
bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang mengintegrasikan pengetahuan, nilai, Kemahiran
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan
pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) secara
eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan pendidikan yang
setanding dengan pendidikan antarabangsa sekali gus dapat menyumbang ke arah
kemenjadian murid.
Buku teks ini mengandungi 13 unit yang merangkumi enam tema, iaitu Inkuiri
dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi
dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun dengan tujuan untuk
merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati pembelajaran sama
ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Setiap unit dalam buku teks ini dimulakan
dengan halaman rangsangan, aktiviti rumusan, penilaian dan aktiviti pengayaan. Bagi
meneguhkan proses pembelajaran, halaman jawapan untuk setiap unit disediakan
pada akhir buku. Info Sains yang mengandungi maklumat tambahan juga dimuatkan
sebagai nilai tambah kepada kandungan dalam setiap topik yang dibincangkan.
Untuk memastikan matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah
bagi mata pelajaran Sains tercapai, penulisan buku teks ini menekankan elemen KBAT
dan memberikan fokus kepada pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran
berasaskan projek. Di samping itu, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang sedia ada
ditambah lagi dengan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
baik turut diterapkan dalam buku teks ini.
Selain itu, DSKP bagi mata pelajaran Sains mempunyai strategi pengajaran dan
pembelajaran, iaitu mengutamakan pembelajaran berfikrah, pemerolehan serta
penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan murid sehingga mencapai tahap
yang optimum. Pendekatan STEM juga digarap secara kontekstual dan autentik bagi
menggalakkan pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid menerusi aktiviti
penyiasatan yang dapat memupuk minat murid ke arah budaya STEM. Minat dan
keseronokan ini dapat dicetuskan melalui persembahan buku teks ini dengan unsur
didik hibur yang digabungjalinkan dengan kandungan pembelajaran.
Akhir kata, panel penulis berharap agar buku teks ini dapat mencetuskan idea
kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Diharapkan
murid akan tertarik untuk menggunakan buku ini dalam pembelajaran mereka.

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin


Mohd Ramadhan bin Anwar
Jong Tze Kian
v
Aktiviti yang membantu murid Maklumat tambahan
menguasai standard pembelajaran untuk menambahkan
melalui kaedah inovasi secara pengetahuan murid.
kreativiti sama ada untuk individu,
berpasangan atau berkumpulan.
Pembelajaran Abad ke-21
dan elemennya berdasarkan
aktiviti yang dicadangkan.
Aktiviti sains berasaskan
penyiasatan ringkas yang
membantu murid menguasai Soalan Kemahiran Berfikir
standard pembelajaran. Aras Tinggi (KBAT) yang dapat
menguji daya fikir murid tentang
kandungan yang dipelajari.

Aktiviti eksperimen mengikut


keperluan standard pembelajaran. Panduan dan maklumat
tambahan yang membantu
guru semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

Aktiviti pengayaan yang menarik


dan mencungkil daya kreativiti Aspek keselamatan yang perlu
murid di samping memberikan diberikan perhatian oleh murid
keseronokan kepada murid ketika menjalankan aktiviti.
untuk menghayati kandungan
pembelajaran setiap unit.
Nombor yang merujuk kepada
8.2.6, standard pembelajaran dalam
8.2.7 Dokumen Standard Kurikulum
Nota ringkas berdasarkan dan Pentaksiran (DSKP).
kandungan teks pada akhir
setiap unit.
Maklumat tambahan untuk aktiviti
pembelajaran yang boleh diimbas
dengan menggunakan telefon
Soalan yang bertujuan untuk pintar atau tablet.
mentaksir kefahaman murid
pada akhir setiap unit.

Maklumat tambahan dalam bentuk animasi atau interaktiviti yang boleh diimbas
dengan menggunakan telefon pintar atau tablet. Murid perlu memuat turun
aplikasi AR DBP Sains Tahun 6 SK daripada Play Store (Android)
atau App Store (iOS 11 dan ke atas) sebelum mengimbas AR tersebut.

vi
UNIT
KEMAHIRAN SAINTIFIK
1
Alia ingin membuat cabaran model bangunan kalis taufan. Dia mengaplikasikan
kemahiran proses sains untuk membina model bangunan yang paling stabil.

model A model B model C

Ketinggian tiang binaan ketiga-tiga


model ini berbeza.

Perhatikan model di atas. Ramalkan model manakah yang tidak mudah


tumbang apabila ditiup angin? Apakah alasan kamu?
1
Kemahiran Proses Sains
Tahukah kamu bahawa kemahiran proses sains dapat membantu kita
menyelesaikan masalah secara sistematik? Adakah kamu masih ingat
akan kemahiran proses sains yang telah kamu pelajari? Mari ikuti kisah
Raju dan rakan-rakannya yang mengaplikasikan kemahiran proses
sains yang dipelajari oleh mereka.

Raju, saya juga Oh! Jika begitu, mari Saya juga hendak turut serta.
mempunyai kita bertanding untuk Raju, bolehkah kamu ajar
sebuah kereta melihat kereta belon saya cara untuk membina
belon seperti itu. siapa yang dapat kereta belon?
bergerak paling jauh.
Boleh, Alia.

Alat dan bahan yang diperlukan ialah gunting, pita pelekat, pembaris,
botol plastik, empat keping penutup botol plastik, satu batang
penyedut minuman boleh lentur, dua batang penyedut minuman
tidak boleh lentur, dua batang lidi sate dan belon.

Langkah-langkah untuk membina kereta Berhati-hati ketika


belon adalah seperti yang berikut: menggunakan gunting.

1. 2. 3.

Ukur dan gunting Lekatkan penyedut Ukur dan gunting


dua batang penyedut minuman tersebut dua batang lidi sate
minuman tidak boleh pada botol plastik sepanjang 15 cm.
lentur sepanjang 11 cm. dengan menggunakan
pita pelekat.
1.1.1, 1.1.2, 1.1.3,
1.1.4, 1.1.5, 1.1.6,
1.1.7, 1.1.8, 1.1.9,
2 1.1.10, 1.1.11, 1.1.12
4. 5. 6.

Tebuk lubang Masukkan lidi sate Masukkan penyedut


dan cucukkan lidi sate ke dalam kedua-dua minuman boleh lentur
pada bahagian tengah batang penyedut ke dalam belon dan
keempat-empat keping minuman tidak boleh lekatkan belon dengan
penutup botol. lentur untuk menggunakan pita pelekat.
dijadikan gandar.

7. 8. 9.

Tebukkan bahagian Masukkan penyedut Lekatkan bahagian


atas botol plastik. minuman boleh lentur hujung penyedut
melalui lubang yang minuman yang telah
Berhati-hati ketika telah ditebuk dan dihalakan pada
menggunakan gunting. halakan hujung penyedut bahagian luar botol
minuman pada bahagian dengan menggunakan
luar botol. pita pelekat.

Kereta belon kita telah siap. Mari kita


uji kereta belon ini. Adakah saiz belon
mempengaruhi jarak pergerakan
kereta belon?

3
Sebelum menguji kereta belon, Raju dan rakan-rakannya membincangkan
faktor-faktor yang mempengaruhi jarak pergerakan kereta belon.
Kawan-kawan, mari kita jadikan Baiklah, kita tetapkan bentuk,
saiz belon yang berbeza-beza saiz dan jisim kereta belon.
dalam eksperimen ini.

Jika begitu, kita akan dapat lihat jarak pergerakan kereta belon.

Apakah ciri sepunya bagi kereta belon


yang telah dibina?

Kita menggunakan jenis botol plastik


yang sama. Oleh itu, bentuk, saiz dan
jisim kereta belon juga adalah sama.

Jika saiz belon adalah besar,


jarak pergerakan kereta belon
akan lebih jauh.

Nyatakan kemahiran proses sains yang dibincangkan oleh mereka


dalam situasi di atas.

4 Guru boleh membimbing murid mengenal pasti pemboleh ubah


daripada langkah-langkah eksperimen.
Saya menjangka kereta
belon Chua dapat
bergerak paling jauh.

Baiklah, mari kita


mulakan uji kaji
dan perhatikan
jarak pergerakan
kereta belon ini.

Kita perlu mengukur jarak


pergerakan kereta belon
dengan menggunakan
pembaris ini.

Ya, Alia. Jarak


pergerakan kereta
belon saya ialah
38 cm.

Apakah kemahiran proses sains yang boleh dikenal pasti


dalam aktiviti di atas?

5
Saya telah merekodkan
semua ukuran jarak
pergerakan kereta
belon dalam jadual ini.

Jarak pergerakan kereta belon saya


adalah paling dekat. Mengapa?

Saya lihat saiz


belon kamu sangat
kecil kerana udara
di dalamnya
sangat sedikit. Ini
menyebabkan jarak
pergerakan kereta
belon kamu adalah
yang paling dekat.

Mari kita susun kereta belon mengikut


urutan bermula dengan kereta belon
yang bergerak paling jauh.

Kereta belon Chua bergerak


paling jauh diikuti oleh kereta
belon saya. Kereta belon
Alia bergerak paling dekat.

Berdasarkan aktiviti di atas, apakah kemahiran proses sains


yang dilaksanakan?

6
Ya, Raju. Saya dapati saiz belon semakin
Lihat, Chua. Saiz belon berubah mengecil apabila semakin lama kereta
semasa kereta belon bergerak. belon bergerak.

Pada pendapat saya,


kereta belon yang
bergerak paling laju
ialah kereta belon
Bagaimanakah kita hendak yang dapat bergerak
menentukan kereta belon paling jauh. Oleh itu,
yang paling laju? kereta belon tersebut
ialah pemenang.

Baiklah, Jesy.
Mari kita ulangi Saya jangka
uji kaji ini dengan semakin ringan
menggunakan jisim kereta
kereta belon belon, semakin
yang sama tetapi jauh jarak
jisim kereta belon pergerakan
hendaklah berbeza. kereta itu.

Apakah kemahiran proses sains yang dibincangkan


oleh keempat-empat orang sahabat ini?

7
Jisim Mempengaruhi Jarak
Pergerakan Kereta Belon
Adakah jisim kereta belon akan mempengaruhi jarak
pergerakan kereta belon?

Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Rancang dan lakukan satu eksperimen untuk menguji hipotesis kamu.


Hasilkan satu laporan eksperimen berdasarkan format di bawah.
1. Tujuan: ________________________________________________________
2. Penyataan masalah: ____________________________________________
3. Hipotesis: ______________________________________________________
4. Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: ______________________________________________
(b) bergerak balas: _______________________________________________
(c) dimalarkan: __________________________________________________
5. Alat dan bahan:
gunting, pita pelekat, pembaris, botol plastik, empat keping penutup botol
plastik, satu batang penyedut minuman boleh lentur, dua batang penyedut
minuman tidak boleh lentur, dua batang lidi sate, belon, 12 keping duit
syiling 10 sen

6. Langkah-langkah: _______________________________________________
7. Data: __________________________________________________________
8. Mentafsirkan data: _____________________________________________
9. Kesimpulan:
(a) Hipotesis (diterima/tidak diterima).
(b) Nyatakan kesimpulan: __________________________________________

1.1.1, 1.1.2, 1.1.3,


1.1.4, 1.1.5, 1.1.6,
1.1.7, 1.1.8, 1.1.9,
8 1.1.10, 1.1.11, 1.1.12
Air Ajaib
Alat dan bahan: dua biji gelas jernih yang sama saiz, sarung
tangan ketuhar, sekeping plastik keras, air sejuk, air panas, dua jenis pewarna
makanan yang berbeza
Berhati-hati ketika menggunakan
Langkah-langkah: air panas.

1. 2. 3.

A B A B A B

sejuk panas
Labelkan setiap gelas Titiskan pewarna merah Letakkan kepingan
sebagai A dan B. Isikan ke dalam gelas A plastik keras di atas
air sejuk ke dalam dan pewarna hijau gelas B dan tekan
gelas A dan air panas ke dalam gelas B. kepingan itu dengan
ke dalam gelas B. Kemudian, kacau rata menggunakan
setiap larutan. sarung tangan.

4. 5. 6.

B
B B

A
A
A

Terbalikkan gelas B Pastikan kedudukan Tarik kepingan plastik


dan letakkannya gelas A dan gelas B keras secara
di atas gelas A. seperti gambar. perlahan-lahan dan
lakukan pemerhatian.

Soalan:
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan berdasarkan aktiviti yang
dijalankan? Jelaskan.
2. Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam aktiviti ini?
1.1.1, 1.1.3, 1.1.5,
1.1.6, 1.1.9, 1.1.10,
1.1.11, 1.1.12 9
Kincir Botol
Hasilkan kincir botol dengan menggunakan gunting, pita pelekat berwarna,
dan botol plastik.
Langkah-langkah: Berhati-hati ketika
menggunakan gunting.

1. 2. 3.
8 cm

1 cm
10 cm

Ukur 10 cm dari 1 cm
Ukur 8 cm dan gunting Lipat setiap bahagian
bahagian bawah botol sekeliling botol secara yang telah digunting
dan guntingkan. menegak. ke arah luar untuk
membentuk bilah kipas.

4. 5. 6.

Hiaskan bilah kipas Letak bilah kipas secara Halakan kincir botol
dengan menggunakan terbalik di atas botol. ke arah kipas siling
pita pelekat berwarna. yang berputar.

kincir botol

10
Kemahiran proses sains adalah seperti yang berikut:
• memerhati • menggunakan perhubungan
• mengelas ruang dan masa
• mengukur dan menggunakan • mentafsirkan data
nombor • mendefinisi secara operasi
• membuat inferens • mengawal pemboleh ubah
• meramal • membuat hipotesis
• berkomunikasi • mengeksperimen

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.


1. Gambar di bawah menunjukkan kaedah padi dituai.
Kaedah padi Keluasan
dituai tanah (hektar)
menggunakan
1.5
sabit
menggunakan
5
jentera
Apakah pemboleh ubah
menggunakan sabit menggunakan jentera yang dikenal pasti?

2. Gambar yang berikut menunjukkan dua biji buah mangga yang sama jenis
tetapi telah dipetik dari kebun yang berbeza. Jadual di bawah ialah data
yang direkodkan oleh seorang murid tahun 6.

Buah
Mangga A Mangga B
Ciri-ciri
jisim (g) 400 600
rasa masam manis

mangga A mangga B
(a) Berikan satu pemerhatian dan nyatakan inferens tentang perbezaan
antara buah mangga A dengan buah mangga B.
(b) Berikan pemerhatian lain bagi menyokong inferens jawapan 2(a).
11
3. Laili menuang 100 mℓ susu segar dan 100 mℓ syampu di dalam dua bikar
yang berlainan. Dia merekodkan tempoh yang diambil untuk setiap cecair
mengalir keluar daripada silinder penyukat sehingga habis. Nyatakan satu
hipotesis yang boleh dibuat dalam aktiviti ini.
masa = 2 saat masa = 8 saat

10
10

20
20

30
30

40
40

50
50

60
60

70
70

80
80

90
90

0
10
10
0

250 250
225 225
200 200
175 175
150 150
125 125
100 100
75 75
50 50
25 25

susu segar syampu

4. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis haiwan yang dipelihara


oleh Pak Teh.

(a) Apakah ciri sepunya yang boleh digunakan untuk mengelaskan


haiwan tersebut?
(b) Cadangkan ciri sepunya lain yang boleh digunakan.
(c) Bina carta pengelasan bagi ciri sepunya yang kamu cadangkan.
12
UNIT
MANUSIA
2
Sabar, puan. Kita hampir
sampai di dewan bersalin.

Sakitnya!

Tahniah, puan
dapat anak lelaki.

Perhatikan situasi kelahiran bayi dalam gambar


di atas. Kelahiran ialah suatu keajaiban dan saat paling
menggembirakan buat pasangan suami dan isteri.
Tahukah kamu bagaimanakah bayi terjadi? Apakah
yang akan berlaku jika tiada kelahiran bayi di dunia ini?
13
Pembiakan Manusia
Bayi yang baru lahir ialah hasil daripada proses pembiakan manusia.
Manusia membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

Bagaimanakah
manusia membiak?

Manusia membiak melalui proses pembiakan.


Proses pembiakan manusia melibatkan
pasangan lelaki dan perempuan. Organ-organ
pembiakan lelaki dan perempuan membentuk
sistem pembiakan.

Organ Pembiakan Lelaki


Organ pembiakan lelaki terdiri daripada Apakah fungsi organ pembiakan
testis dan zakar. lelaki dan perempuan?

testis
Tempat sperma
dihasilkan.

zakar
Menyalurkan sperma ke dalam organ
pembiakan perempuan.

14 2.1.1
Organ Pembiakan Perempuan
Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj, uterus, tiub Fallopio
dan ovari.

uterus
Tempat untuk embrio berkembang
dan membesar. Uterus juga dikenali
sebagai rahim.

ovari
Tempat ovum atau tiub Fallopio
“telur” dihasilkan Tempat proses persenyawaan
setiap bulan. berlaku antara sperma
dengan ovum.

faraj
Saluran yang menerima
sperma daripada zakar.

Perihalkan fungsi organ pembiakan


lelaki dan perempuan.

Sekiranya ovari membebaskan lebih daripada satu ovum


pada satu masa, terdapat kemungkinan berlakunya
kelahiran kembar jika ovum tersebut berjaya disenyawakan. 15
Proses Persenyawaan Manusia
hingga Bayi Dilahirkan
Tahukah kamu, apakah proses persenyawaan? Proses persenyawaan
ialah percantuman sperma daripada lelaki dan ovum daripada perempuan.

Mari kita lihat Langkah 3


dan fahami proses Ovum yang telah disenyawakan dengan sperma
persenyawaan dikenali sebagai zigot. Zigot akan membahagi
manusia hingga
dan membentuk banyak sel yang dikenali
bayi dilahirkan.
sebagai embrio.

zigot membahagi dan membentuk embrio

2
sperma
3
tiub Fallopio uterus
4

ovum

ovari

Langkah 2
Sperma berenang ke arah ovum dengan menggunakan
ekornya. Hanya satu sperma yang akan bercantum
dengan satu ovum. Percantuman ini dikenali sebagai
proses persenyawaan dan berlaku di tiub Fallopio.

Langkah 1
1
Zakar lelaki menyalurkan sperma
ke dalam faraj perempuan.
faraj
16 2.1.2 5
INFO SAINS
Sperma
Apabila seorang lelaki mencapai peringkat akil baligh,
testisnya akan mula menghasilkan sperma.

Ovum
Apabila seorang perempuan mencapai peringkat akil
baligh, ovari akan menghasilkan ovum.

Langkah 4
Embrio akan berkembang di dalam uterus fetus
seorang ibu dan membentuk fetus. Fetus
kekal di dalam uterus untuk jangka masa
kurang lebih sembilan bulan sehingga fetus
cukup lengkap dengan organ-organnya.

INFO SAINS
Fetus yang sedang berkembang
berhubung dengan ibunya
melalui tali pusat. Tali pusat
ini membekalkan nutrien dan
oksigen kepada fetus serta
menyingkirkan bahan kumuh
daripada tubuh fetus.

Langkah 5
Setelah kurang lebih sembilan bulan, fetus dilahirkan melalui faraj
dan dikenali sebagai bayi.

Berdasarkan situasi di
atas, jelaskan proses
persenyawaan manusia
hingga bayi dilahirkan.

faraj
17
Kepentingan Pembiakan kepada Manusia
Proses pembiakan sangat penting kepada manusia sama seperti proses
hidup yang lain. Perhatikan situasi di bawah.

Situasi 1 Encik Ahmad


mempunyai
tiga orang anak
hasil daripada
perkahwinan
dengan isterinya.
Kini, bilangan
keluarga Encik
Ahmad berjumlah
12 orang.

Proses pembiakan penting untuk menambahkan bilangan individu


yang baharu. Apakah akan terjadi kepada bilangan keluarga ini
jika Encik Ahmad dan isterinya tidak membiak?

Situasi 2
Situasi di bawah menunjukkan gambaran keadaan
di Bumi sekiranya manusia tidak membiak.

Apakah yang akan terjadi kepada kemandirian


18 2.1.3 spesies manusia jika manusia tidak membiak?
Poster Pembiakan Manusia

Alat dan bahan: komputer,


capaian Internet, pencetak, organ pembiakan
gunting, kad manila, pita pelekat, dan proses Berhati-hati ketika
persenyawaan menggunakan gunting.
pen penanda berwarna manusia

Langkah-langkah:
1. Imbas kod QR
gambar rajah organ
pembiakan dan proses
persenyawaan manusia.
2. Cetak dan tampalkan
gambar rajah pada
kad manila.
3. Secara berkumpulan,
bincangkan dan labelkan
organ pembiakan lelaki
dan perempuan
serta fungsinya.
4. Bincangkan dan tuliskan
proses persenyawaan
manusia hingga bayi
dilahirkan mengikut
turutan pada kad manila.
5. Pamerkan hasil kumpulan
kamu. Ketua kumpulan
akan menerangkan
proses persenyawaan
manusia kepada rakan
yang lain.

Soalan:
1. Jelaskan fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan.
2. Jelaskan proses persenyawaan manusia.
3. Apakah kepentingan pembiakan kepada manusia?

2.1.1, 2.1.2, Murid juga boleh mempersembahkan aktiviti di atas


2.1.3, 2.1.4,
2.2.6 dalam bentuk poster elektronik (e-poster ). 19
Sistem Saraf Manusia
Aduh, nyah kau nyamuk!

Apakah yang berlaku ketika tangan kamu digigit nyamuk? Kamu dengan
segeranya akan menggerakkan tangan kamu.

Oh, masamnya!

Apakah yang berlaku apabila kamu


memakan buah oren yang masam? Bagaimanakah kamu boleh
Kamu dengan segera akan merasa bernafas secara automatik?
masamnya oren tersebut.

Setiap tindakan yang kita lakukan adalah disebabkan oleh koordinasi suatu
sistem. Sistem inilah yang mengawal fungsi semua bahagian tubuh. Sistem
ini juga memberitahu tubuh cara untuk bergerak balas apabila bersentuhan
dengan suatu rangsangan. Tahukah kamu apakah sistem tersebut?

Sistem tersebut dinamai sistem saraf.

Koordinasi badan ialah penyelarasan gerak balas badan


20 dengan sebarang rangsangan di sekeliling kita.
Jenis Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf terdiri daripada otak, saraf tunjang dan rangkaian
saraf di seluruh tubuh.
Sistem saraf terbahagi kepada dua jenis, iaitu
sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.

otak

saraf tunjang rangkaian saraf

Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi


Sistem saraf pusat terdiri daripada Sistem saraf periferi terdiri daripada
otak dan saraf tunjang. rangkaian saraf. Sistem saraf periferi
dikawal oleh sistem saraf pusat.

Nyatakan jenis sistem


INFO SAINS saraf manusia dan
Unit asas sistem saraf bahagian yang terlibat.
dikenali sebagai sel
saraf atau neuron.

2.2.1 21
Fungsi Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf mengawal dan mengkoordinasi fungsi pelbagai organ
dan bahagian tubuh. Sistem ini mengesan dan bergerak balas
kepada rangsangan. Sistem saraf berkomunikasi dengan bahagian tubuh
yang berbeza melalui penghantaran isyarat.
Fungsi Sistem Saraf Pusat
Sistem saraf pusat bertindak sebagai pusat untuk menerima maklumat
dari organ deria dan mengkoordinasi gerak balas. Mari kita kenali fungsi
sistem saraf pusat.

Otak mengkoordinasi tindakan


otak terkawal dan tindakan luar kawal.

Tindakan Terkawal
Contoh tindakan terkawal adalah seperti yang berikut:

menari memerhati makan

Apakah yang berlaku ketika kamu melihat sekuntum bunga? Fahami


gambar di bawah yang menunjukkan aliran isyarat yang dikawal
oleh sistem saraf pusat.

menghantar
dikesan oleh menghasilkan
isyarat kepada

rangsangan organ deria otak gerak balas

Urutan aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas

22 2.2.2
Tindakan Luar Kawal
Contoh tindakan luar kawal adalah seperti yang berikut:

denyutan jantung pernafasan pencernaan

Berdasarkan pemahaman kamu, nyatakan tindakan yang berlaku


bagi setiap gambar di bawah.

minum peredaran darah bercakap

INFO SAINS
Isyarat bergerak pada kelajuan beberapa ratus kilometer sejam.
Oleh itu, isyarat hanya mengambil masa kurang daripada satu
saat untuk bergerak dari bahagian kepala ke bahagian kaki.

• Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari di bawah kawalan kita.


• Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku tanpa disedari. 23
saraf tunjang

Saraf tunjang bersambung dengan otak. Saraf tunjang


membawa maklumat dari seluruh tubuh ke otak
dan dari otak ke seluruh tubuh. Saraf tunjang juga
mengawal sebahagian daripada tindakan refleks.

Tindakan Refleks
Tindakan refleks ialah tindakan tanpa disedari yang berlaku dengan pantasnya.
Dalam situasi tertentu, saraf tunjang akan menerima dan mengarahkan tubuh
untuk bergerak balas. Contoh situasi yang melibatkan tindakan refleks
adalah seperti yang berikut:

terpijak benda tajam bersin apabila hidung tersentuh benda panas


dimasuki habuk

Apakah yang berlaku apabila kamu terpijak benda tajam? Fahami


gambar di bawah yang menunjukkan aliran isyarat yang dikawal
oleh saraf tunjang.

menghantar
dikesan oleh menghasilkan
isyarat kepada

rangsangan organ deria saraf tunjang gerak balas

Urutan aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas

Perihalkan sistem saraf pusat dan fungsinya.

24 Tindakan refleks berlaku secara serta-merta tanpa perlu difikirkan.


Fungsi Sistem Saraf Periferi Apakah fungsi
sistem saraf
Sistem saraf periferi terdiri daripada rangkaian saraf periferi?
yang berada di luar otak dan saraf tunjang.
Sistem saraf periferi menghantar isyarat dari bahagian tubuh
ke sistem saraf pusat dan menghantar isyarat arahan dari
sistem saraf pusat ke seluruh bahagian tubuh.

Isyarat arahan dari sistem saraf


Isyarat dari bahagian tubuh
pusat dihantar ke bahagian
dihantar ke sistem saraf pusat.
tubuh untuk bergerak balas.

Kegagalan Fungsi Sistem Saraf Periferi


Kerosakan sistem saraf periferi dapat menyebabkan perjalanan isyarat
dari otak dan saraf tunjang ke bahagian tubuh terganggu.
Bell’s palsy
Bell’s palsy ialah keadaan yang berlaku apabila
saraf periferi di bahagian otot muka rosak. Kawalan
otot muka mengalami gangguan dan menyebabkan
separuh daripada bahagian muka menjadi herot.
Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk senyum
atau menutup mata.
Masalah keseimbangan tubuh
Kerosakan pada saraf di bahagian kaki
dapat menyebabkan tubuh kita hilang
keseimbangan ketika berjalan.

Ramalkan keadaan
yang akan berlaku
jika sistem saraf
periferi tidak berfungsi.
2.2.3,
2.2.4 25
Menjaga Sistem Saraf
Sistem saraf memainkan peranan penting dalam setiap aspek kesihatan
kita. Sistem saraf mengkoordinasikan setiap aktiviti harian kita seperti
bangun tidur, bernafas, berfikir dan membaca. Oleh itu, kita perlulah
menjaga sistem ini agar semua sistem yang berkaitan dapat berfungsi
dengan sempurnanya.

Bagaimanakah kita boleh menjaga sistem saraf kita?

Makan makanan yang seimbang

Makanan seimbang yang


mengandungi vitamin B kompleks
serta mineral adalah penting
untuk menjaga sistem saraf kita.

Elakkan minum
minuman beralkohol

Tabiat minum minuman


beralkohol boleh melambatkan
penghantaran isyarat
dalam sistem saraf.

26 2.2.5
Tidur yang mencukupi

Tidur antara tujuh hingga lapan


jam sehari dapat menguatkan
rangkaian sistem saraf
dan daya ingatan.

Memakai alat pelindung tubuh

Alat pelindung seperti topi keledar


yang dipakai ketika menunggang
motosikal dapat mengelakkan
kecederaan pada otak sekiranya
berlaku kemalangan.

Menjalankan aktiviti harian


dengan postur yang betul

Penjagaan postur yang betul


semasa berdiri, duduk dan
menjalankan aktiviti harian
dapat mengelakkan kecederaan
pada sistem saraf.

Perhatikan alat pelindung belakang tubuh


yang digunakan oleh pemuda ini. Bagaimanakah
alat pelindung ini boleh menjaga sistem saraf?
alat pelindung
belakang tubuh

27
Aktiviti Isyarat
Sistem Saraf
Alat dan bahan: kertas mahjung, gunting,
gam, benang, pita pelekat, pen penanda,
gambar otak manusia, gambar saraf tunjang, Berhati-hati ketika
menggunakan gunting.
gambar organ
1.
Minta seorang rakan untuk berbaring
di atas kertas mahjung. Lukis bentuk
badan rakan kamu dengan menggunakan
pen penanda.

2.
Gunting dan lekatkan gambar otak manusia
dan saraf tunjang. Kemudian, potong
dan lekatkan benang untuk mewakili
saraf periferi.

3.

Tampalkan gambar-gambar organ tersebut


dengan betulnya.

4. Mulakan aktiviti. Aktiviti ini akan menunjukkan


aliran isyarat bagi setiap rangsangan
yang berlaku. Contohnya, kumpulan kamu
akan memilih satu situasi, iaitu terhidu bau
masakan. Setiap ahli akan menyatakan aliran
isyarat yang berlaku sambil menunjukkan
organ-organ dan saraf yang terlibat.
5. Pilih situasi lain untuk meneruskan aktiviti.

Soalan:
1. Nyatakan jenis sistem saraf manusia.
2. Perihalkan sistem saraf pusat dan fungsinya.
3. Perihalkan sistem saraf periferi dan fungsinya.

Guru meminta murid mencari gambar-gambar yang berkaitan


2.2.1, 2.2.2,
28 2.2.3, 2.2.6 dengan aktiviti melalui pelbagai sumber sebelum kelas bermula.
Ayuh, Bingo !

Jom belajar sambil bermain dengan mencipta permainan Bingo sistem


pembiakan dengan menggunakan kertas bersaiz A4, pen penanda dan
pembaris. Permainan ini sesuai dimainkan oleh dua hingga lima orang murid.
Langkah-langkah:
1. Setiap pemain perlu mendapatkan sehelai kertas bersaiz A4.
Kemudian, bahagikan kertas tersebut kepada 25 petak.
2. Guru akan menyediakan 25 istilah
atau pembayang berkaitan
pembiakan manusia. ovum sperma testis
sistem
pembiakan
manusia
menyalurkan
sperma

3. Pemain akan menulis semua istilah


dan pembayang tersebut ke dalam organ
rahim
tempoh fetus embrio
organ
pembiakan
pembiakan berkembang lelaki
petak pada kertas masing-masing perempuan

secara rawak.
tempat embrio zigot
tiub Fallopio
4. Pemain pertama akan memangkah satu berkembang faraj
zakar
dan membesar

petak sambil memberi maksud istilah


atau pembayang dalam petak tersebut. persenyawaan
kepentingan
pembiakan
tempat proses
persenyawaan telur
tempat
sperma
dihasilkan
berlaku

5. Rakan-rakan pemain akan memangkah


istilah atau pembayang yang sama tempat ovum
kemandirian tali pusat uterus
ovari spesies
pada kertas masing-masing. dihasilkan

6. Ulang langkah 4 dan langkah 5 untuk


rajah 1
pemain seterusnya.
7. Pemain yang berjaya memangkah lima petak sebaris secara menegak,
melintang atau menyerong akan menyebut perkataan “Bingo !” dan dikira
sebagai pemenang pertama.
8. Permainan disambung untuk mencari pemenang seterusnya.
organ organ tempat
tempoh fetus tempat ovum
persenyawaan rahim embrio pembiakan persenyawaan ovum zakar pembiakan persenyawaan uterus ovari tali pusat sperma
berkembang dihasilkan
lelaki perempuan dihasilkan

sistem
menyalurkan
ovum sperma testis pembiakan rahim faraj uterus zigot tiub Fallopio zakar rahim faraj tiub Fallopio zigot
sperma
manusia

sistem sistem
tempoh fetus menyalurkan tempoh fetus menyalurkan
zakar uterus faraj tiub Fallopio zigot testis sperma pembiakan ovum sperma pembiakan
berkembang sperma berkembang sperma
manusia manusia

organ tempat proses tempat tempat embrio tempat embrio


kepentingan kemandirian tempat ovum kemandirian
pembiakan persenyawaan telur sperma embrio berkembang ovari tali pusat berkembang embrio testis
pembiakan spesies dihasilkan spesies
perempuan berlaku dihasilkan dan membesar dan membesar

tempat embrio organ tempat proses tempat organ tempat proses organ
tempat ovum kemandirian kepentingan kepentingan
berkembang tali pusat ovari pembiakan persenyawaan sperma telur pembiakan persenyawaan telur pembiakan
dihasilkan spesies pembiakan pembiakan
dan membesar lelaki berlaku dihasilkan perempuan berlaku lelaki

melintang menegak menyerong


29
Sistem Pembiakan Manusia
1. Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada organ seperti yang berikut:
Organ Fungsi
testis tempat sperma dihasilkan
zakar menyalurkan sperma ke dalam organ
pembiakan perempuan
2. Sistem pembiakan perempuan terdiri daripada organ seperti yang berikut:
Organ Fungsi
faraj saluran yang menerima sperma daripada zakar
uterus tempat untuk embrio berkembang dan membesar
tiub tempat proses persenyawaan berlaku antara
Fallopio sperma dengan ovum
ovari tempat ovum atau “telur” dihasilkan setiap bulan
3. Proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan
adalah seperti yang berikut:
(a) zakar menyalurkan sperma ke dalam faraj
(b) sperma berenang ke arah ovum
(c) sperma bersenyawa dengan ovum dan membentuk zigot
(d) zigot membahagi dan membentuk embrio
(e) embrio berkembang dan membentuk fetus
(f) fetus dilahirkan dan dikenali sebagai bayi
4. Pembiakan adalah penting kepada manusia untuk menambah bilangan
populasi dan mengelakkan kepupusan.
Sistem Saraf Manusia
1. Sistem saraf manusia terdiri daripada dua sistem, iaitu:
• sistem saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang
• sistem saraf periferi yang terdiri daripada rangkaian saraf
2. Sistem saraf pusat berfungsi untuk menerima maklumat dari organ deria
dan mengkoordinasi gerak balas.
• Otak: Mengkoordinasi tindakan terkawal dan luar kawal.
• Saraf tunjang: Membawa maklumat dari seluruh tubuh ke otak
dan dari otak ke seluruh tubuh serta mengawal tindakan refleks.
3. Sistem saraf periferi berfungsi untuk menghantar isyarat dari bahagian
tubuh ke sistem saraf pusat dan menghantar isyarat dari sistem saraf
pusat ke bahagian tubuh yang lain.

30
4. Sistem saraf yang tidak berfungsi dapat mengakibatkan keadaan
seperti Bell’s palsy dan masalah keseimbangan tubuh yang lain.
5. Sistem saraf boleh dijaga dengan mengamalkan langkah-langkah
seperti yang berikut:
• makan makanan yang seimbang
• elakkan minum minuman beralkohol
• tidur yang mencukupi
• memakai alat pelindung tubuh
• menjalankan aktiviti harian dengan postur yang betul

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.


1. Labelkan organ pembiakan lelaki di bawah dan nyatakan fungsinya.

(a) Organ:

Fungsi:
(b) Organ:

Fungsi:

2. Rajah di bawah menunjukkan organ pembiakan perempuan.

Y Y

(a) Apakah yang berlaku selepas ovum yang dihasilkan oleh Y bercantum
dengan sperma?
(b) Apakah yang berlaku di X?
(c) Disebabkan masalah kesihatan, seorang wanita terpaksa membuang
kedua-dua bahagian Y pada dirinya. Adakah dia berpeluang untuk
melahirkan anak? Jelaskan jawapan kamu.
31
3. Lengkapkan proses persenyawaan sehingga bayi dilahirkan.
(a) Zakar lelaki menyalurkan (i)_________________ ke dalam
(ii)_________________ perempuan.
(b) Sperma (i)_________________ ke arah (ii)_________________ dan akan
(iii)_________________ dengan satu ovum.
(c) (i)_________________ yang telah disenyawakan dengan sperma
dikenali sebagai (ii)_________________
(d) (i)_________________ akan berkembang di dalam uterus seorang ibu
dan membentuk (ii)_________________ .
(e) (i)_________________ kekal di dalam uterus ibu sehingga kurang
lebih (ii)_________________ bulan sehingga cukup lengkap dengan
organ-organnya .
(f) (i)_______________ dilahirkan dan dikenali sebagai (ii)_______________.

4. Labelkan sistem saraf manusia di bawah.

otak

saraf tunjang

rangkaian saraf

(a) (b)

5. Perihalkan jenis tindakan sistem saraf dan urutan aliran isyarat


yang terlibat bagi setiap situasi di bawah.

Situasi A: Zaimi memegang cerek yang panas lalu tangannya


terangkat dengan segeranya.
Situasi B: Siti mendengar bunyi deringan telefon lalu mengangkatnya.

32
UNIT
MIKROORGANISMA
3

Benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan boleh dilihat


dengan mudahnya. Pernahkah kamu melihat benda hidup lain
yang ditunjukkan dalam setiap bulatan di atas? Benda hidup tersebut
tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan wujud di dalam tanah, air,
udara dan di dalam tubuh kita. Apakah benda hidup lain tersebut?
33
Mikroorganisma
Pernahkah kamu mendengar perkataan mikroorganisma?
Mikroorganisma ialah gabungan daripada perkataan mikro dan organisma.
Mikro bermaksud seni atau sangat halus dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Organisma pula bermaksud hidupan. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan
dengan mikroorganisma?
Kebanyakan mikroorganisma dapat
Mikroorganisma ialah diperhatikan dengan menggunakan
hidupan seni yang alatan khas seperti mikroskop.
tidak dapat dilihat Mikroorganisma hidup bersendirian
oleh mata kasar. atau secara berkumpulan. Apakah
jenis-jenis mikroorganisma
yang terdapat di sekeliling kita?

Fungi

Fungi boleh ditemukan di udara,


air, tanah dan pada hidupan
lain. Fungi hidup dengan Penicillium
yis
mereput atau mengurai
objek yang menjadi tempat
tinggalnya. Hasil pereputan
tersebut diserap sebagai
nutrien. Fungi membiak melalui
spora. Contoh fungi ialah kulat,
yis dan Penicillium. Rhizopus (kulat roti)

Bakteria

Bakteria wujud dalam bentuk


sfera, rod atau lingkaran.
Bakteria boleh ditemukan di
udara, air, tanah dan pada
Spirillum Streptococcus hidupan lain seperti manusia,
haiwan dan tumbuhan. Bakteria
hidup dengan menyerap nutrien
daripada benda hidup lain.
Contoh bakteria ialah Spirillum,
Streptococcus, Escherichia coli
Escherichia coli Salmonella dan Salmonella.

3.1.1,
• Fungi terdiri daripada sekumpulan fungus.
34 3.1.2 • Bakteria terdiri daripada sekumpulan bakterium.
Alga

Alga mempunyai sifat tumbuhan.


Alga mempunyai klorofil untuk
Chlorella
menghasilkan makanannya Volvox
sendiri melalui proses fotosintesis.
Contoh alga ialah Chlorella,
Chlamydomonas dan Volvox.
Chlamydomonas
Volvox

Protozoa
Paramesium
Protozoa mempunyai sifat
Paramesium haiwan kerana hidupan ini
bergerak untuk mendapatkan
makanan. Protozoa hidup dalam
Amoeba habitat berair seperti kolam, tasik
atau sungai. Contoh protozoa
Virus ialah Paramesium dan Amoeba.

Virus ialah mikroorganisma


yang paling seni. Virus hanya
dapat hidup dan membiak
apabila berada di dalam benda
hidup lain. Virus hanya dapat
dilihat dengan menggunakan Virus Influenza
bakteriofaj
mikroskop elektron. Contoh
virus ialah bakteriofaj, Human
Immunodeficiency Virus (HIV) Human Immunodeficiency
dan Virus Influenza. Virus (HIV)

Nyatakan maksud mikroorganisma serta jelaskan jenis-jenis


mikroorganisma yang terdapat di sekeliling kita.

INFO SAINS
Coronavirus (CoV) ialah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan saluran
pernafasan. Coronavirus terbaharu telah ditemukan pada tahun 2019
di China yang dikenali sebagai Coronavirus disease 2019 (COVID-19).
Virus ini telah mengorbankan banyak nyawa.

35
Proses Hidup Mikroorganisma
Mikroorganisma juga menjalankan proses hidup
sama seperti benda hidup yang lain.
Mari kita jalankan penyiasatan untuk membuktikan
mikroorganisma juga menjalankan proses hidup.

Proses Hidup Mikroorganisma


Aktiviti 1: Mikroorganisma Bernafas
Tujuan: Membuktikan mikroorganisma bernafas

Adakah mikroorganisma bernafas?

Alat dan bahan: gula, yis, air suam, belon, bikar, sudu besar,
sudu kecil, botol plastik, benang, pembaris, corong turas

Langkah-langkah:
1. 2.

Sukat air suam sebanyak 250 mℓ Kemudian, masukkan dua sudu besar
dan tuang ke dalam botol plastik. gula dan tiga sudu kecil yis ke dalam
botol dengan menggunakan
corong turas.
3. 4.

Pasangkan belon pada botol Goncangkan botol.


seperti gambar.

36 3.1.3
5.
Secara bergilir, rekodkan ukur lilit
belon setiap 10 minit selama 30 minit.
Catat hasil pemerhatian kamu
dalam jadual.

6. Persembahkan hasil pemerhatian kamu di hadapan kelas.

Soalan:
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada ukur lilit belon?
2. Berikan inferens kamu tentang pemerhatian tersebut.
3. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini?

Aktiviti 2: Mikroorganisma Bergerak


Tujuan: Membuktikan Berhati-hati ketika
mikroorganisma bergerak mengendalikan sisip kaca.

Bolehkah mikroorganisma bergerak?


Alat dan bahan: mikroskop, penitis, slaid kaca, sisip kaca,
bikar, piring petri, air kolam atau air sungai
Langkah-langkah:

1. 2.

Ambil sedikit air kolam atau air sungai Letakkan slaid kaca di atas pentas
dengan menggunakan penitis. Titiskan mikroskop.
air tersebut ke atas slaid kaca dan tutup
slaid kaca dengan sisip kaca.

3.1.3 37
3. 4.

Laraskan tombol pelaras kanta Gerakkan slaid kaca ke tengah


mikroskop untuk mendapatkan imej sehingga mendapat imej
mikroorganisma yang jelas. mikroorganisma yang jelas.

5. 6.

Laraskan kedudukan cermin sehingga Perhatikan kedudukan mikroorganisma


imej mikroorganisma dapat dilihat yang dapat dilihat. Lakarkan
dengan jelasnya. kedudukan mikroorganisma tersebut
pada setiap minit selama tiga minit.
Bincangkan hasil pemerhatian kamu
di hadapan kelas.

Soalan:
1. Adakah kedudukan mikroorganisma yang kamu
perhatikan berubah?
2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan mikroorganisma
bergerak
aktiviti ini?

Gunakan cebisan kapas untuk menyerap lebihan sampel air sungai


atau air kolam daripada sisip kaca untuk memudahkan pemerhatian
38 3.1.3 ke atas pergerakan mikroorganisma.
Aktiviti 3: Mikroorganisma Bertumbuh
Tujuan: Membuktikan pertumbuhan mikroorganisma

Adakah berlakunya pertumbuhan pada mikroorganisma?

Alat dan bahan: beg plastik berzip, kanta pembesar, penyembur air,
sekeping roti, air
Elakkan menyentuh kulapuk roti
dengan menggunakan tangan.
Langkah-langkah:

1. 2.

Semburkan sedikit air pada kedua-dua Masukkan roti ke dalam beg plastik
permukaan roti. berzip. Keluarkan sedikit udara dari
beg dan zipkan beg dengan kemas.

3. 4.

Letakkan beg berisi roti di tempat Perhatikan permukaan roti mulai hari
gelap. Contohnya di dalam almari kelima hingga hari ketujuh. Perhatikan
atau di dalam laci. saiz kulapuk roti.

Soalan:
1. Apakah yang dapat diperhatikan pada permukaan roti?
2. Bagaimanakah perubahan saiz kulapuk dari hari kelima hingga hari ketujuh?
3. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini?

3.1.3 39
Selepas menjalankan aktiviti, Chua dan rakan-rakannya berkongsi tentang
pemerhatian yang diperoleh oleh mereka.

Ukur lilit belon semakin bertambah.

Saya berjaya melihat protozoa bergerak dan berubah kedudukan.

Saiz kulapuk roti juga bertambah.

Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, apakah kesimpulan


yang dapat kamu buat tentang proses hidup mikroorganisma?

Faktor-faktor yang Mempengaruhi


Pertumbuhan Mikroorganisma

Cikgu, mengapakah yis di dalam


peket ini tidak dapat bertumbuh?

Yis di dalam peket ini tidak dapat bertumbuh kerana masih


tidak aktif. Mikroorganisma akan bertumbuh jika semua
keperluan untuk pertumbuhannya adalah mencukupi.

Apakah keperluan untuk pertumbuhan mikroorganisma? Lihat situasi di bawah.


Suhu yang Sesuai
Ayah, semua susu di pasar raya
disimpan di ruangan sejuk Jika susu disimpan
yang bersuhu rendah. Mengapa? dalam keadaan
hangat dengan suhu
yang bersesuaian,
mikroorganisma pasti
bertumbuh dan susu
akan menjadi rosak.

Adakah suhu yang sesuai merupakan satu daripada faktor


pertumbuhan mikroorganisma? Cuba kamu buktikannya
melalui eksperimen.
40 3.1.4
Suhu yang Sesuai
1. Tujuan: ________________________________________________________
2. Penyataan masalah: Adakah suhu yang sesuai akan mempengaruhi
keadaan susu?
3. Hipotesis: ______________________________________________________
4. Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: _____________________________________________
(b) bergerak balas: ______________________________________________
(c) dimalarkan: __________________________________________________
5. Alat dan bahan: penunu Bunsen, dua biji botol berpenutup, termos, bikar,
susu segar
6. Langkah-langkah:
(a) Sediakan tiga biji gelas yang diisi dengan
kuantiti susu segar yang sama.
(b) Tuang susu dari gelas pertama
ke dalam botol berlabel A. Tutup botol
dan simpan di dalam peti sejuk.
(c) Tuang susu dari gelas kedua ke dalam
botol berlabel B. Tutup botol dan
letakkannya di tempat bersuhu bilik.
(d) Tuang susu dari gelas ketiga ke dalam
bikar. Didihkan susu dengan menggunakan
penunu Bunsen. Kemudian, tuangkan susu
ke dalam termos. Tutupkan termos dan A B
biarkannya di atas meja.
(e) Perhatikan keadaan susu setiap hari
selama tiga hari.
(f) Catat hasil pemerhatian dalam jadual.
7. Data: _________________________________________________________
8. Mentafsirkan data:
(a) Keadaan susu paling cepat rosak pada suhu ______________________.
(b) Suhu ____________ adalah sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.
9. Kesimpulan:
(a) Hipotesis (diterima/tidak diterima).
(b) Keadaan susu akan menjadi _____________________ jika suhu susu
adalah _____________________.

3.1.4 41
Selain dari suhu yang sesuai, apakah faktor lain yang mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma? Fahami situasi di bawah.

Kehadiran Air
Mengapakah roti yang telah dikeringkan
ini tahan lebih lama daripada roti biasa?
Adakah ketiadaan air menyebabkan
mikroorganisma tidak tumbuh?

Saya juga berfikir begitu. Roti biasa mempunyai kelembapan


yang menyebabkan roti tersebut mudah ditumbuhi kulat.

Mari kita lakukan penyiasatan dengan menggunakan


roti kering. Kita gunakan dua keping roti kering yang
dilabelkan roti A dan roti B, tetapi hanya roti B telah
dicelup ke dalam air.

Berdasarkan bahan yang


dicadangkan, rancang dan
jalankan eksperimen untuk
menyiasat jika kehadiran air
mempengaruhi pertumbuhan
roti A roti B mikroorganisma.

Kehadiran Udara
Sayur asparagus ini dipek
di dalam pek vakum.
Adakah sayur-sayuran
yang dipek di dalam pek
vakum tahan lebih lama?

Ya, saya berpendapat bahawa sayur-sayuran akan tahan lebih


lama kerana tiada udara di dalam pek vakum ini. Mikroorganisma
tidak dapat tumbuh jika tiada udara.

42
Saya bersetuju dengan hipotesis
kamu. Mari kita jalankan eksperimen
dengan menggunakan hirisan
epal ini. Beberapa hirisan epal
akan dipek di dalam pek vakum,
manakala beberapa hirisan lagi
tidak dipek di dalam pek vakum.

Bagaimanakah kehadiran udara mempengaruhi


pertumbuhan mikroorganisma?

Kehadiran Nutrien

Mengapakah kita perlu memasukkan


gula ketika menggunakan yis dalam
eksperimen sebelum ini?

Saya berpendapat bahawa yis memerlukan nutrien


untuk bertumbuh dan menjadi aktif.

Mari kita siasat pertumbuhan bakteria dalam air suling


dan susu segar pula. Susu segar mengandungi nutrien,
manakala air suling tidak mengandungi nutrien.

air suling susu segar

Adakah kehadiran nutrien mempengaruhi pertumbuhan


mikroorganisma? Perhatikan pertumbuhan bakteria
dalam eksperimen di atas selepas tiga hari.

43
Keasidan yang Sesuai
Bagaimanakah mangga yang dijerukkan
kekal elok untuk jangka masa yang lama?

Saya berpendapat bahawa keasidan air jeruk


tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.

Mari kita jalankan eksperimen untuk


menyiasat faktor keasidan yang sesuai dalam
mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Kita siasat hirisan buah epal ini. Satu hirisan
direndam dalam larutan cuka, manakala satu
hirisan lagi direndam dalam air pili.

Berdasarkan kesemua eksperimen yang telah kamu jalankan,


apakah kesimpulan yang dapat kamu buat tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma?

Kegunaan Mikroorganisma
Tahukah kamu, roti menjadi lembut dan gebu disebabkan
oleh tindakan mikroorganisma? Sesetengah tindakan
mikroorganisma seperti fungi, bakteria, alga dan protozoa
berguna kepada kita.
Wah, lembut dan Bagaimanakah tindakan
gebunya roti ini! mikroorganisma memberikan
faedah kepada kita?

Pembuatan makanan

Bakteria dan fungi digunakan Bakteria juga digunakan


untuk membuat keju. dalam pembuatan yogurt.

Fungi digunakan Yis digunakan untuk membuat


untuk membuat tempe. roti dan tapai.
44
Penghasilan ubat-ubatan
Sesetengah fungi Sesetengah fungi,
digunakan untuk bakteria dan virus
menghasilkan digunakan
penisilin, iaitu dalam penghasilan
sejenis antibiotik vaksin yang
yang menghalang merangsang
pertumbuhan penghasilan antibodi bagi melawan
bakteria berbahaya. virus berbahaya.

Penghasilan baja organik Perawatan sisa kumbahan


Tinja haiwan Bakteria
yang digaulkan membantu
dengan serbuk proses pereputan
kayu akan tinja dengan
diuraikan oleh menguraikan
bakteria untuk sisa organik yang
dijadikan baja terdapat di dalam
organik. loji kumbahan.

Keburukan Mikroorganisma
Tindakan mikroorganisma juga Bagaimanakah tindakan
memberikan kesan keburukan. mikroorganisma memberikan
kesan buruk kepada kita?

Merosakkan makanan Mereputkan gigi


Fungi yang tumbuh pada Bakteria pada mulut menghasilkan
makanan menyebabkan asid daripada gula dan sisa
makanan menjadi rosak. makanan. Asid yang dihasilkan
mereputkan gigi.

3.1.5 45
Menyebabkan keracunan makanan Merosakkan tanaman
Keracunan Fungi yang tumbuh pada daun
makanan mengganggu proses fotosintesis.
berlaku
akibat
tindakan
bakteria
Salmonella
daripada
sumber yang
tercemar.
Menyebabkan penyakit berjangkit

Influenza Beguk
Influenza juga dikenali dengan nama Beguk ialah
penyakit sejenis
selesema. penyakit yang
Influenza disebabkan
terjadi oleh virus.
apabila Beguk
tubuh menyebabkan
dijangkiti bengkak
oleh virus di kawasan
influenza. pipi dan leher.

Kurap Campak
Kurap ialah jangkitan yang Demam
disebabkan oleh fungi. campak
ialah
penyakit
yang
disebabkan
oleh virus.

Apakah penyakit berjangkit lain yang disebabkan


oleh mikroorganisma?

Jelaskan kesan tindakan mikroorganisma


dalam kehidupan harian kita.

46
Terarium Kulat
Alat dan bahan: bekas berpenutup jernih, sisa makanan, air,
botol semburan
1. Dilarang membuka penutup bekas.
2. Dilarang menyentuh mikroorganisma
dengan menggunakan tangan.
Langkah-langkah:
2.
1.

Susun sisa makanan di dalam bekas Semburkan air pada setiap sisa
secara berjarak. makanan. Tutupkan bekas
dengan kemasnya.
3. Ramalkan pemerhatian kamu berdasarkan soalan berikut:
• Sisa makanan yang manakah yang rosak dahulu?
• Apakah mikroorganisma yang akan dapat diperhatikan?
4. Jawab soalan tersebut secara bergilir dan catat pada sehelai kertas.

5.
Setiap kumpulan akan meletakkan
terarium di tempat yang berbeza.
Perhatikan terarium setiap tiga hari
selama enam hari. Bandingkan
pemerhatian kamu dengan ramalan
yang telah kamu lakukan.

Soalan:
1. Apakah mikroorganisma yang dapat kamu perhatikan?
2. Apakah tindakan mikroorganisma tersebut pada sisa makanan kamu?
3. Sisa makanan manakah yang paling banyak ditumbuhi mikroorganisma?
Mengapa?

3.1.1,
3.1.5, Bimbing murid cara untuk melupuskan terarium kulat dengan betulnya. 47
3.1.6
Membuat Tempe
Hasilkan tempe dengan menggunakan Berhati-hati ketika
500 g kacang soya, setengah sudu teh ragi mengendalikan dapur gas.
tempe, beg plastik berzip dan air.
Langkah-langkah:
1. 2.

Rendam kacang soya semalaman Rebus kacang soya sehingga


dalam air suam. Kemudian, buang 3 4 masak atau selama 45 minit
kulit kacang soya. hingga 1 1 2 jam.
3. 4.

Biarkan kacang soya menyejuk. Tebuk lubang pada plastik berzip.


Kemudian, tabur ragi tempe Masukkan kacang soya dan zip
dan gaul. beg plastik.
5.

Simpan beg plastik berisi kacang soya


di tempat bersuhu bilik dan mempunyai
aliran udara. Perhatikan tempe selepas
36 jam hingga 48 jam.

48
1. Mikroorganisma bermaksud hidupan seni yang tidak dapat dilihat
oleh mata kasar.
2. Terdapat lima jenis mikroorganisma, iaitu:
• fungi
• bakteria
• alga
• protozoa
• virus
3. Proses hidup mikroorganisma adalah seperti yang berikut:
• bernafas
• bergerak
• bertumbuh
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
adalah seperti yang berikut:
• suhu yang sesuai
• kehadiran air
• kehadiran udara
• kehadiran nutrien
• keasidan yang sesuai
5. Tindakan mikroorganisma memberi kesan seperti yang berikut:

Kebaikan Keburukan
• pembuatan makanan • merosakkan makanan
• penghasilan ubat-ubatan • mereputkan gigi
• penghasilan baja organik • menyebabkan keracunan
• perawatan sisa kumbahan makanan
• merosakkan tanaman
• menyebabkan penyakit
berjangkit

49
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Nyatakan jenis mikroorganisma berdasarkan setiap ciri berikut:
(a) paling seni
(b) membuat makanan sendiri
(c) mempunyai sifat haiwan
(d) membiak melalui spora
(e) berbentuk sfera, rod atau lingkaran
2. Gambar di bawah menunjukkan setitis air kolam yang diperhatikan
di bawah mikroskop.

X
air kolam

(a) Namakan X.
(b) Ramalkan kedudukan X selepas lima minit.
(c) Berikan inferens terhadap jawapan kamu pada 2(b).
3. Gambar berikut menunjukkan tiga doh yang telah dibiarkan selepas
20 minit. Saiz asal doh dan jumlah gula yang dimasukkan ke dalam setiap
doh adalah sama.

a b c
(a) Nyatakan satu pemerhatian.
(b) Berikan inferens terhadap pemerhatian kamu pada 3(a).
(c) Namakan proses hidup mikroorganisma berdasarkan situasi di atas.
(d) Gambar di bawah menunjukkan doh yang telah dimasukkan
dengan yis tetapi tidak dimasukkan gula.

Adakah saiz doh ini akan bertambah selepas 20 minit? Mengapa?


4. Hasilkan satu persembahan grafik tentang kesan tindakan mikroorganisma
dalam kehidupan harian mengikut kreativiti kamu.
50
UNIT INTERAKSI ANTARA
4 HIDUPAN

Perhatikan habitat tanah lembap ini. Berapakah jumlah hidupan


yang boleh kamu kenal pasti dalam gambar ini? Semua hidupan
di habitat ini tinggal bersama-sama dan berinteraksi antara satu
sama lain untuk hidup. Bagaimanakah hidupan ini berinteraksi?
51
Interaksi antara Hidupan
Interaksi antara hidupan ialah hubungan antara hidupan yang saling
bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas
bagi meneruskan hidup.

Interaksi antara Haiwan


Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu mangsa-pemangsa,
persaingan dan simbiosis.

Mangsa-pemangsa
citah

Citah ialah pemangsa


yang memburu rusa.

rusa

Rusa ialah mangsa


yang dimakan
Pemangsa ialah haiwan yang memburu haiwan lain oleh citah.
untuk dimakan. Haiwan yang diburu atau dimakan
oleh pemangsa dinamakan sebagai mangsa.

lalat

INFO SAINS
Interaksi mangsa-pemangsa juga berlaku
antara haiwan dan tumbuhan. Contohnya,
interaksi antara lalat dengan pokok
perangkap lalat Venus. Pokok perangkap
lalat Venus ialah pokok pemangsa pokok perangkap
kepada serangga kecil seperti lalat. lalat Venus

52 4.1.1
Perhatikan interaksi yang berlaku di bawah. Nyatakan
mangsa dan pemangsa dalam interaksi tersebut.

ikan

burung

burung helang

arnab

penyu

labah-labah belalang
obor-obor
53
Persaingan antara Haiwan
Apabila keperluan asas adalah terhad, haiwan akan bersaing antara satu
sama lain untuk terus hidup.
Persaingan antara spesies haiwan yang sama dinamakan sebagai persaingan
intraspesies. Persaingan antara haiwan yang berlainan spesies dinamakan
sebagai persaingan interspesies.
Haiwan Intraspesies Faktor Persaingan

Dubuk
bersaing untuk Makanan
mendapatkan
makanan.
dubuk

Kuda belang
bersaing untuk Air
mendapatkan air.
kuda belang

Badak air
bersaing untuk Tempat tinggal
mempertahankan atau kawasan
kawasan.
badak air

burung tiung betina Burung tiung jantan


bersaing untuk
mendapatkan Pasangan
burung tiung betina
untuk mengawan.
burung tiung jantan

Persaingan intraspesies berlaku apabila sumber makanan, air,


tempat tinggal atau kawasan dan pasangan adalah terhad.

54 4.1.2
Apakah yang menjadi faktor persaingan antara haiwan?

Haiwan Interspesies

burung hering

Burung hering dan singa bersaing


untuk mendapatkan makanan.
singa

Kuda belang dan gnu bersaing


untuk mendapatkan air.

kuda belang gnu

Burung tiram sedang menghalau


burung camar daripada mendekati burung tiram
kawasannya.
burung camar

Apakah yang membezakan persaingan


antara haiwan intraspesies dan persaingan
antara haiwan interspesies?

Persaingan interspesies berlaku apabila sumber makanan,


air, tempat tinggal atau kawasan adalah terhad.

Jelaskan dengan contoh faktor persaingan bagi haiwan intraspesies


dan haiwan interspesies. 55
Simbiosis antara Haiwan
Simbiosis ialah hubungan rapat antara dua spesies haiwan. Terdapat tiga
jenis interaksi simbiosis, iaitu mutualisme, parasitisme dan komensalisme.

Mutualisme Buaya membuka mulutnya


untuk membiarkan
Mutualisme ialah interaksi burung singgah untuk
yang memberikan manfaat memakan sisa makanan
kepada kedua-dua yang terdapat pada
belah pihak. celah giginya. Pada masa
yang sama, buaya dapat
membersihkan giginya.

Gigi kamu sudah


bersih dan saya
sudah kenyang.
burung
buaya
Terima kasih.
Ikan badut bersembunyi di sebalik
buran. Sengat pada buran melindungi
ikan badut daripada dimakan oleh ikan
pemangsa. Pada masa yang sama,
ikan badut akan menakutkan pemangsa
Kita akan menjaga buran seperti ikan rama-rama.
antara satu sama lain.

INFO SAINS
Tahukah kamu parasitisme juga berlaku
antara haiwan dengan manusia?
ikan badut

Cacing pita ialah parasit yang menyerap


buran makanan di dalam usus seperti usus
manusia. Perumah boleh mendapat
penyakit atau kehilangan berat badan.

56 4.1.3
Parasitisme
Parasitisme ialah interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak
sahaja dan merugikan satu pihak yang lain. Dalam interaksi ini, pihak
yang mendapat manfaat dikenali sebagai parasit, manakala pihak yang
mendapat kerugian dikenali sebagai perumah.

Aduh, sungguh gatal


badan saya ini!
Sengkenit menghisap darah
haiwan perumah seperti kucing.
Kucing akan berasa gatal
dan kehilangan darah.
sengkenit kucing

Komensalisme
Komensalisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada
satu pihak, tetapi tidak merugikan atau memberikan manfaat
kepada pihak lain.

Bolehkah kami menumpang pada Teritip mendapat


cangkerang kamu, ketam? ketam pengangkutan percuma
apabila melekatkan
dirinya pada
cangkerang ketam.

Boleh, silakan.
Jom, berenang
teritip ikan remora dengan saya!
Ikan remora melekatkan
dirinya pada badan ikan
jerung. Ikan remora
mendapat pengangkutan,
perlindungan percuma
dan cebisan makanan Terima kasih,
yang terlepas daripada jerung. ikan jerung
mulut ikan jerung.
ikan remora
dan ikan jerung
Ceritakan jenis interaksi
simbiosis antara haiwan
lain berserta contohnya. 57
Drama Interaksi
Alat dan bahan: kad manila, kad berwarna, stapler, gunting,
kotak, gam, gelang getah, kertas A4, penebuk lubang

Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Langkah-langkah:
1. Hasilkan topi berbentuk
kon dengan menggunakan
kad manila dan stapler.
Tebuk lubang pada dua
bahagian tepi kon dan
sambungkan lubang dengan
menggunakan gelang getah.
2. Gunting kad berwarna untuk
membentuk rupa haiwan
dan tampalkan pada topi.
3. Hasilkan beberapa topi
haiwan yang berlainan jenis.
4. Gunting kertas A4 kepada
kepingan kecil. Tulis interaksi
antara haiwan. Contohnya,
Mangsa-Pemangsa. Gulung
dan masukkan kertas
tersebut ke dalam kotak.
5. Ketua kumpulan akan
mencabut gulungan kertas
tersebut dan memilih
rakan yang lain untuk
melakonkan interaksi
antara haiwan. Ahli yang lain
akan menyambung permainan dengan memilih gulungan kertas
yang seterusnya.

Soalan:
1. Nyatakan maksud interaksi antara hidupan.
2. Perihalkan jenis interaksi antara hidupan yang telah kamu pelajari.
3. Apakah faktor persaingan antara haiwan?
4. Nyatakan jenis interaksi simbiosis antara haiwan.

4.1.1, 4.1.2,
58 4.1.3, 4.1.4
Interaksi antara Tumbuhan
Tumbuhan dalam suatu habitat juga berinteraksi antara satu sama lain
untuk terus hidup. Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu
persaingan dan simbiosis.

Persaingan antara Tumbuhan

Apakah yang menyebabkan tumbuhan bersaing?

Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan


keperluan asas yang terhad.

Tumbuhan Bersaing
Aktiviti 1 Tujuan: Menyiasat ruang sebagai faktor yang menyebabkan
persaingan antara tumbuhan
Alat dan bahan: pasu kecil, pasu besar, tanah kebun, 30 biji benih
kacang hijau, air
Langkah-langkah:
1. Tanamkan 15 biji benih kacang hijau di dalam pasu kecil dan 15 biji benih
kacang hijau lagi di dalam pasu besar.
2. Siram biji benih pada pasu kecil dan pasu besar dengan jumlah air
yang sama setiap hari.
3. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada kedua-dua pasu
selepas tiga minggu.
Soalan:
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang pertumbuhan anak pokok
dalam pasu kecil dan pasu besar? Mengapakah keadaan ini berlaku?
2. Nyatakan faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan
anak-anak pokok kacang hijau dalam kedua-dua pasu tersebut.

4.2.1,
Biji benih kacang hijau boleh digantikan dengan biji benih yang lain
4.2.3 seperti cili atau bendi. 59
Aktiviti 2 Tujuan: Menyiasat air sebagai faktor yang menyebabkan
persaingan antara tumbuhan
Alat dan bahan: dua pasu kecil, tanah kebun, 13 biji benih kacang hijau, air
Langkah-langkah:
1. Labelkan pasu A dan pasu B.
2. Tanamkan 10 biji benih kacang hijau di dalam pasu A dan tiga biji benih
kacang hijau lagi di dalam pasu B.
3. Siram biji benih dalam pasu A dan pasu B dengan jumlah air yang sama
setiap hari.
4. Selepas tiga minggu, keluarkan anak pokok kacang hijau dari pasu A
dan pasu B dengan berhati-hati. Perhatikan pertumbuhan akar pokok
kacang hijau pada kedua-dua pasu.
Soalan:
1. Bandingkan pertumbuhan akar anak pokok kacang hijau pada pasu A
dan pasu B. Apakah yang dapat kamu perhatikan?
2. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
3. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak pokok kacang hijau
ini bersaing?

Aktiviti 3 Tujuan: Menyiasat cahaya sebagai faktor yang menyebabkan


persaingan antara tumbuhan
Alat dan bahan: dua pasu kecil, dua kotak, tanah kebun, 18 biji benih
kacang hijau, air
Langkah-langkah:
1. Labelkan pasu A dan pasu B. Tanamkan 15 biji anak benih kacang hijau
ke dalam pasu A dan tiga biji anak benih kacang hijau ke dalam pasu B.
2. Sediakan dua buah kotak kosong.
3. Tebuk lubang kecil pada bahagian atas kedua-dua kotak.
4. Telangkupkan kotak ke atas pasu A dan pasu B. Pastikan lubang kecil
kotak menghadap ke atas.
5. Siram anak pokok setiap hari dengan menggunakan tiub air yang
dimasukkan melalui lubang pada bahagian atas kedua-dua kotak.
6. Selepas tiga minggu, buka kotak dan perhatikan pertumbuhan anak-anak
pokok kacang hijau.
Soalan:
1. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada pasu A
dan pasu B. Nyatakan inferens kamu.
2. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak pokok kacang hijau
ini bersaing?

60
Aktiviti 4 Tujuan: Menyiasat nutrien sebagai faktor yang menyebabkan
persaingan antara tumbuhan
Alat dan bahan: dua bekas tanaman, tanah kebun, 30 biji benih
kacang hijau, baja, air
Langkah-langkah:
1. Labelkan bekas tanaman A dan bekas tanaman B.
2. Tanamkan 15 biji benih kacang hijau pada jarak 5 cm antara satu sama
lain di dalam bekas tanaman A dan bekas tanaman B.
3. Taburkan baja secara sekata di atas tanah dalam bekas tanaman B sahaja.
4. Siram anak benih kacang hijau dengan jumlah air yang sama setiap hari.
5. Bandingkan pertumbuhan anak-anak pokok kacang hijau pada bekas
tanaman A dan bekas tanaman B selepas tiga minggu.
Soalan:
1. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada bekas
tanaman A dan B. Nyatakan inferens kamu.
2. Apakah faktor persaingan anak-anak pokok kacang hijau di dalam
bekas tanaman A?

Tumbuhan dalam pasu kecil ini


bersaing untuk mendapatkan
ruang yang terhad.

Nampaknya akar tumbuhan di dalam


pasu B tumbuh lebih sihat kerana
kurang bersaing untuk mendapatkan
air yang terhad.
A B

Pokok-pokok di dalam pasu A


tumbuh lebih tinggi kerana
bersaing untuk mendapatkan
cahaya matahari yang terhad. A B

Tumbuhan dalam bekas A


bersaing untuk mendapatkan
A B nutrien yang terhad.

Jelaskan semua faktor persaingan antara tumbuhan.


61
Simbiosis antara Tumbuhan
Simbiosis ialah hubungan rapat antara dua spesies tumbuhan. Terdapat dua
jenis interaksi simbiosis, iaitu komensalisme dan parasitisme.

Komensalisme
pokok perumah Komensalisme ialah interaksi yang
memberikan manfaat kepada satu pihak,
tetapi tidak merugikan atau memberikan
manfaat kepada pihak lain.

Pokok langsuyar hidup di batang pokok perumah


untuk mendapatkan sokongan dan cahaya
matahari. Pokok langsuyar tidak merosakkan
pokok perumah kerana akar dan batangnya
pokok langsuyar tidak menembusi pokok perumah.

pokok perumah
Pokok orkid menumpang
di batang pokok perumah untuk
mendapatkan sokongan, cahaya
matahari dan nutrien daripada
persekitaran. Sementara itu, pokok
perumah tidak terjejas dan tidak
mendapat sebarang manfaat. pokok orkid

Parasitisme
Parasitisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak
sahaja dan merugikan satu pihak yang lain. Dalam interaksi ini, pihak
yang mendapat manfaat dikenali sebagai parasit, manakala pihak yang
mendapat kerugian dikenali sebagai perumah.

Sesetengah tumbuhan seperti bunga


pakma tidak boleh menjalankan proses
fotosintesis. Oleh itu, bunga pakma perlu
menumpang pada pokok perumah.
Keadaan ini merugikan pokok perumah
kerana bunga pakma akan menyerap
air dan nutrien dari pokok perumah.
bunga pakma
62 4.2.2
pokok dedalu Pokok dedalu yang menumpang pada
batang pokok perumah mendapatkan
nutrien dan air daripada batang pokok
perumah. Interaksi ini merugikan pokok
perumah dan dapat menyebabkan
bahagian batang pokok perumah mati.

Perihalkan jenis interaksi


simbiosis antara tumbuhan
pokok perumah berserta contohnya.

Kepentingan Interaksi antara Hidupan


kepada Ekosistem
Mengapakah hidupan perlu berinteraksi antara satu sama lain?

Interaksi berbentuk persaingan dan mangsa-pemangsa dapat mengawal


populasi hidupan dalam suatu habitat.

Populasi tikus
di ladang kelapa
sawit dapat
dikawal dengan
kehadiran haiwan
pemangsa seperti
burung hantu. burung hantu
ladang kelapa sawit

Hidupan dalam sebuah ekosistem berinteraksi antara satu sama lain


untuk memastikan kemandirian spesies.

rumpai air berudu ikan kecil ikan besar

Di dalam sebuah kolam, ikan besar bergantung pada ikan kecil


untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Bagaimanakah ikan
kecil dan berudu memastikan kemandirian spesies masing-masing?
63
Persaingan antara tumbuhan membenarkan tumbuhan yang berjaya
bersaing sahaja untuk kekal hidup dan menghasilkan baka-baka anak
yang berkualiti. Oleh itu, sumber semula jadi dapat dikekalkan.

Dalam sebuah
habitat hutan, pokok
yang lebih mandiri
akan berjaya hidup
dan membiak.

Semua jenis interaksi yang wujud antara hidupan dalam


suatu habitat dapat menjaga keseimbangan alam.

Perhatikan sesebuah habitat di sekeliling kamu. Secara


kreatif, ceritakan kepentingan interaksi antara hidupan
kepada ekosistem menggunakan media kegemaran kamu.

Kod QR Video Interaksi


antara Tumbuhan
Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, pencetak, kertas A4
Langkah-langkah:
1. Cari dan tonton video berkaitan interaksi antara tumbuhan
dan kepentingannya melalui enjin carian Internet.
2. Kongsikan pautan video dengan menghasilkan kod QR video interaksi
antara tumbuhan melalui laman web penjana kod QR yang bersesuaian.
3. Cetakkan dan tampalkan kod QR di sudut pameran kelas.
Soalan:
1. Nyatakan faktor-faktor persaingan antara tumbuhan.
2. Jelaskan jenis interaksi simbiosis yang berlaku antara tumbuhan.

4.1.1,
4.2.2,
64 4.2.3
Kad Muncul (Pop-up Card )
Interaksi antara Hidupan

Secara kreatif, hasilkan kad muncul (pop-up card ) yang menarik


dan berwarna-warni untuk menunjukkan interaksi antara hidupan.
Gambar haiwan boleh didapati melalui enjin carian Internet, surat
khabar atau majalah.

1. Interaksi antara hidupan bermaksud hubungan antara hidupan yang saling


bergantung antara satu sama lain.
2. Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu:
• mangsa-pemangsa.
• persaingan yang terdiri daripada intraspesies dan interspesies.
• simbiosis yang terdiri daripada mutualisme, parasitisme
dan komensalisme.
3. Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu:
• persaingan untuk mendapatkan air, cahaya matahari, nutrien dan ruang.
• simbiosis yang terdiri daripada komensalisme dan parasitisme.
4. Yang berikut merupakan kepentingan interaksi antara hidupan
kepada ekosistem:
• mengawal populasi hidupan
• memastikan kemandirian spesies
• mengekalkan sumber semula jadi
• menjaga keseimbangan alam
65
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Lengkapkan maksud interaksi antara hidupan di bawah.
Interaksi antara hidupan ialah (a)__________________ antara hidupan
yang saling (b)__________________ antara satu sama lain.
2. Padankan jenis interaksi dengan maklumat yang betul.
Jenis Interaksi Situasi Hidupan
Mangsa-pemangsa Bersaing untuk pasangan yang terhad

Persaingan intraspesies Citah memburu rusa

Persaingan antara burung hering


Persaingan interspesies
dengan singa
Ikan remora mendapat pengangkutan
Simbiosis
percuma daripada ikan jerung

3. Interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak dan tidak


memberikan manfaat atau kerugian kepada pihak yang lain,
sesuai dijelaskan oleh hubungan simbiosis antara
(a) kucing dan sengkenit. (b) buaya dan burung.
(c) ketam dan teritip. (d) ikan badut dan buran.
4. Lengkapkan jenis interaksi simbiosis antara haiwan dalam jadual di bawah:
Jenis Interaksi Simbiosis

_____________________ _____________________ _____________________


Memberikan manfaat Memberikan manfaat Memberikan manfaat
kepada kedua-dua kepada satu pihak, tetapi kepada satu pihak, tetapi
pihak. merugikan pihak lain. tidak merugikan atau
memberikan manfaat
kepada pihak lain.
Contoh: Contoh: Contoh:
_____________________ _____________________ _____________________
5. Jelaskan interaksi antara tumbuhan dengan menyatakan jenis-jenis interaksi
berserta contoh tumbuhan.

66
UNIT PEMELIHARAAN DAN
5 PEMULIHARAAN

Wah, besarnya!

Menakjubkan!

Murid-murid Tahun 6 Bestari berpeluang melihat tayangan realiti maya. Mereka


melihat keadaan bumi pada zaman lampau. Bumi kelihatan sama tetapi mereka
tidak pernah melihat haiwan-haiwan yang ditunjukkan. Mengapa?
67
Haiwan yang Telah Pupus
Pernahkah kamu melihat haiwan-haiwan ini? Haiwan-haiwan ini telah lama
pupus. Apakah yang dimaksudkan dengan pupus?

Pupus bermaksud telah lenyap sama sekali dari muka bumi.

Mari kenali haiwan-haiwan yang pernah tinggal di bumi


ini pada suatu masa dahulu.

Serigala Tasmania pupus


akibat diburu secara
melampau, pemusnahan
habitat dan wabak penyakit.

Mamot

Mamot kelihatan seperti gajah.


Burung Dodo tidak boleh Haiwan ini wujud pada zaman
terbang. Burung ini berasal dari ais. Haiwan ini berkurangan
pulau Mauritius. Haiwan ini pupus akibat perubahan cuaca yang
kerana diburu oleh pelayar, melampau dan akhirnya pupus
manakala telurnya dimakan oleh kerana diburu oleh manusia.
haiwan seperti tikus dan kucing.

INFO SAINS
Brontosaurus bersaiz 20.1 meter panjang dari kepala
ke ekor dan mempunyai berat sehingga 34.5 tan.
Gajah pula bersaiz sehingga 6.5 meter panjang
dan mempunyai berat sehingga 5 tan.

68 5.1.3
Tyrannosaurus Rex

Tyrannosaurus Rex

Dinosaur pupus akibat perubahan


cuaca yang melampau.

Quagga ialah haiwan yang


separuh badannya kelihatan
seperti kuda, manakala separuh
lagi kelihatan seperti kuda belang.
Kulit dan dagingnya diburu oleh
manusia menyebabkan haiwan
Harimau bertaring lengkung ini pupus.
mempunyai taring yang sangat
panjang, iaitu mencecah
hingga 30 cm. Haiwan ini juga
hidup pada zaman ais dan
pupus akibat perubahan cuaca Harimau bertaring
yang melampau. lengkung

Nyatakan nama-nama haiwan yang telah pupus ini.


Apakah contoh haiwan lain yang telah pupus?

69
Haiwan dan Tumbuhan
yang Diancam Kepupusan
Tahukah kamu bahawa terdapat berjuta-juta spesies haiwan dan
tumbuhan yang tinggal di bumi? Apabila bilangan sesuatu haiwan atau
tumbuhan semakin berkurangan dan hampir pupus, kita katakan haiwan
atau tumbuhan tersebut sedang mengalami ancaman kepupusan.

Apakah haiwan dan tumbuhan


yang mengalami ancaman kepupusan?

periuk kera

burung kenyalang
orkid selipar

pokok tongkat ali bunga pakma

harimau Malaya gajah

70 5.1.4
pokok meranti

pokok cengal
pokok keruing

orang utan

beruang panda

badak sumbu dugong

Mengapakah haiwan
bersaiz besar lebih berisiko
untuk diancam kepupusan?

Senaraikan haiwan dan tumbuhan lain


tapir Malaya yang mengalami ancaman kepupusan.

71
Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan
dan Tumbuhan Diancam Kepupusan
Tahukah kamu bahawa aktiviti manusia merupakan ancaman terbesar
kepada haiwan dan tumbuhan? Penggunaan sumber yang berlebihan dan
tidak terkawal menyebabkan jumlah atau bilangannya semakin berkurangan.

Pemusnahan habitat
Pembinaan jalan raya dan
pembangunan bandar baharu yang
tidak terancang memusnahkan habitat
semula jadi haiwan dan tumbuhan.
Hutan turut dibakar untuk membuka pembinaan
pembangunan jalan raya
kawasan pertanian baharu.
bandar baharu
Pemburuan haram
Manusia menangkap pelbagai spesies
haiwan dan tumbuhan secara berleluasa
untuk dijadikan ubat-ubatan, makanan,
perhiasan mahupun pakaian.
pembakaran
hutan

Bunga pakma dijual untuk Tenggiling dijual untuk


dijadikan ubat tradisional. dijadikan makanan.

Gading gajah dijadikan Kulit buaya dijadikan beg. Kulit harimau


perhiasan mewah. dijadikan pakaian.

72 5.1.5
Pencemaran

Pembuangan sampah seperti sisa plastik menjerat


haiwan dan menyebabkan banjir kilat.
Tumpahan minyak dan sisa toksik membunuh haiwan
dan tumbuhan di kawasan laut dan pantai.

Bencana alam

puting beliung tanah runtuh

banjir gempa bumi


Bencana alam seperti puting beliung, tanah runtuh, banjir dan gempa bumi
turut memusnahkan habitat haiwan dan tumbuhan.
73
Pemanasan global

Pembebasan gas seperti karbon dioksida menghasilkan satu lapisan


di atmosfera yang memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu
bumi. Peningkatan suhu bumi yang berterusan mengakibatkan ais di kawasan
kutub melebur dan paras air laut meningkat. Ini menyebabkan habitat haiwan
dan tumbuhan di kawasan pantai tenggelam dan musnah.

sedikit haba
kembali ke angkasa
menyebabkan bumi
menjadi lebih panas
haba Matahari
masuk ke Bumi

Gas dari serombong kilang dan asap kenderaan meningkatkan


jumlah karbon dioksida di udara. Gas-gas ini menghasilkan lapisan
yang memerangkap haba.

Ais di kutub utara melebur sedikit Paras air laut meningkat dan
demi sedikit setiap tahun akibat memusnahkan habitat haiwan dan
pemanasan global. tumbuhan.

Ceritakan kembali faktor-faktor yang menyebabkan


haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan.

74
Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
Usaha-usaha pemeliharaan perlu dilaksanakan bagi melindungi haiwan
dan tumbuhan daripada terus diancam kepupusan. Apakah yang
dimaksudkan dengan pemeliharaan?
Pemeliharaan bermaksud langkah mengekalkan haiwan
dan tumbuhan kepada keadaan asal yang seimbang.

Bagaimanakah langkah-langkah
pemeliharaan dapat dilaksanakan?

Menjalankan pembalakan terpilih


Pembalakan pokok secara terpilih dilaksanakan bagi mengurangkan impak
kepada alam sekitar. Kaedah ini juga dapat melindungi habitat haiwan
dan tumbuhan.

pokok belum matang


dibiarkan membesar

hanya pokok yang


sesuai sahaja ditebang

sebelum pembalakan terpilih selepas pembalakan terpilih

Hari
Hidupan Liar
Sedunia
Mendidik masyarakat
Masyarakat dididik mengenai kepentingan
melindungi haiwan dan tumbuhan
daripada ancaman kepupusan.

Kempen Hari Hidupan Liar Sedunia


5.1.1,
5.1.2 75
Memboikot penjualan produk daripada spesies yang terancam
Pengguna dan pembeli harus bijak memilih dengan tidak membeli produk
daripada haiwan dan tumbuhan yang terancam.

telur penyu periuk kera

Menguatkuasakan undang-undang

Undang-undang dikuatkuasakan dengan tegasnya bagi melindungi haiwan


daripada diancam kepupusan. Antara haiwan yang dilindungi di Malaysia
termasuklah harimau Malaya, tapir Malaya, orang utan, gajah, penyu
dan tikus kesturi.

tapir Malaya

harimau Malaya tikus kesturi


76
Mengitar semula barangan

Aktiviti guna semula dan kitar semula barangan diamalkan bagi membantu
menyelamatkan haiwan dan tumbuhan daripada terus dieksploitasi.
Hentikan Menggunakan Mengurangkan
Pencemaran Plastik
semula beg penggunaan kertas
plastik dapat atau mengitar
mengurangkan semula kertas
pencemaran. dapat membantu
JI S
S E M ATKAN KERT A K mengurangkan aktiviti
LAM K O
ATKAN P O penebangan pokok.
Sebatang Pokok = 12000 Helai Kertas

Mewartakan hutan dan taman marin sebagai kawasan yang dilindungi

Kawasan hutan simpan seperti Taman Negara, Taman Marin dan Tapak RAMSAR
dilindungi oleh undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang
tersebut akan dikenakan hukuman.

Taman Negara, Pahang Taman Marin Tun Sakaran, Sabah

Tasik Bera, Tapak RAMSAR pertama


di Malaysia

INFO SAINS
RAMSAR bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui
melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar,
Iran pada tahun 1971. Konvensyen ini menyediakan rangka
kerja bagi memelihara dan memulihara tanah lembap
daripada terus musnah.
77
Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan? Pemuliharaan bermaksud
mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
Mari kita lihat
Membina pusat pemuliharaan aktiviti pemuliharaan.

Pusat pemuliharaan haiwan seperti pusat pemuliharaan penyu


dan pusat rehabilitasi orang utan memastikan haiwan-haiwan
mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup di habitat sebenar.

Pusat pemuliharaan penyu diwujudkan


untuk memantau aktiviti penyu bertelur dan melindungi penyu betina daripada
gangguan semasa aktiviti bertelur. Ini dapat meningkatkan kadar anak penyu
yang menetas dan berjaya dilepaskan ke laut.

Saya sudah pandai bergayut.


Tidak sabar rasanya hendak
kembali ke hutan.

Pusat rehabilitasi orang utan


dibina untuk menyelamatkan
anak-anak orang utan yang
terpisah daripada ibunya
akibat aktiviti pembalakan,
pertanian atau pemburuan
haram. Anak-anak orang
utan akan dilatih di pusat ini
supaya mampu meneruskan
hidup sebelum dilepaskan
ke habitat hutan sebenar.
5.1.1,
78 5.1.2
Tenggiling merupakan antara haiwan yang terancam di Malaysia.
Sisik, daging dan kulitnya dipercayai mempunyai khasiat perubatan
oleh pihak tertentu. Bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi
keadaan ini? Jelaskan maksud pemeliharaan
dan pemuliharaan pada cadangan kamu itu.

Menanam semula pokok

Penanaman semula pokok dilakukan bagi menggantikan kawasan hutan


yang telah musnah akibat pembalakan. Biji benih atau anak pokok ditanam
di kawasan yang telah dibalak.

penanaman semula pokok di kawasan hutan

penanaman semula pokok di kawasan paya bakau

79
Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Apakah kesan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap
haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan?

Mengelakkan kepupusan

Hasil daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, faktor-faktor


yang menjadi ancaman kepada haiwan dan tumbuhan berjaya
dikurangkan dan populasi haiwan dan tumbuhan dapat ditingkatkan.

Kawan-kawan, bilangan kita


sudah semakin banyak.

Ya. Kita tidak lagi


diancam kepupusan.

Memastikan haiwan dan tumbuhan tidak dieksploitasi secara melampau

Amalan mengguna dan mengitar semula barangan dapat mengurangkan


kebergantungan kepada sumber semula jadi dan dapat mengelakkan
tumbuhan dan haiwan daripada dieksploitasi secara melampau.

Sejak manusia
mengamalkan
aktiviti kitar semula,
kami tidak lagi
kerap ditebang.

80 5.1.6
Mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat

Aktiviti pembalakan yang terkawal seperti pembalakan terpilih serta aktiviti


penanaman semula dapat mengekalkan keseimbangan gas oksigen dan gas
karbon dioksida.

Mengelakkan kehilangan habitat INFO SAINS


Tumbuh-tumbuhan hanya membekalkan
Penetapan beberapa kawasan
sebahagian kecil bekalan oksigen
sebagai hutan simpan, taman kepada manusia. Pengeluar oksigen
marin dan tapak RAMSAR dapat terbesar di dunia ialah alga yang
mengelakkan haiwan dan tumbuh di laut dalam.
tumbuhan kehilangan habitat.

Tenangnya tinggal di hutan simpan


ini. Tiada lagi gangguan.

Jelaskan kepentingan pemeliharaan


dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.
81
Pameran Visual Ancaman
Kepupusan terhadap
Haiwan dan Tumbuhan
Alat dan bahan: bekas kaca, model haiwan
dan tumbuhan, sisa sampah bersaiz kecil,
pen penanda, pita pelekat, minyak masak
Langkah-langkah:
1.

Dapatkan beberapa bekas kaca. Labelkan


setiap bekas kaca dengan faktor-faktor
yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan
diancam kepupusan. Contohnya, satu bekas
kaca dilabelkan dengan faktor pencemaran.

2.

Masukkan beberapa model haiwan


seperti model ikan dan penyu.
Kemudian, isikan air ke dalam
bekas kaca sehingga penuh.

3.

minyak Secara kreatif, hiaskan bekas kaca


masak dengan sisa sampah kecil untuk
mewakili bahan pencemar. Contohnya,
plastik bungkusan makanan, penyedut
minuman dan minyak masak.

5.1.2,
5.1.5,
82 5.1.7
4.

Kumpulan seterusnya akan menghasilkan


pameran visual yang menerangkan
faktor-faktor lain yang menyebabkan
haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan.

5. Pamerkan hasil kerja kamu di sudut pameran kelas. Terangkan faktor ancaman
pada bekas kaca yang kamu hasilkan dan cadangkan langkah pemeliharaan
dan pemuliharaan yang sesuai kepada rakan-rakan kamu.

Soalan:
1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan
diancam kepupusan?
2. Jelaskan melalui contoh cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan
dan tumbuhan.
3. Apakah peranan yang boleh kamu lakukan dalam usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan untuk kelestarian alam sekitar?

Maksud kelestarian alam sekitar ialah tanggungjawab untuk memelihara sumber


semula jadi dan melindungi ekosistem global untuk menyokong kesihatan
dan kesejahteraan pada masa sekarang dan pada masa akan datang. 83
Cabaran Penapis Air
Secara berkumpulan, hasilkan sebuah penapis air dengan menggunakan
botol plastik, cawan, gunting, paku, tukul besi, jam randik dan bahan
seperti batu kerikil, pasir serta serbuk arang.

Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan tajam.


Langkah-langkah:
1. Bentukkan kumpulan yang
terdiri daripada dua atau
tiga orang murid. Periksa
dan tentukan bahan yang
kamu akan gunakan sebagai batu kerikil
bahan penapis. Kamu boleh
memotong bahan-bahan
pasir
yang ada kepada bentuk
yang lebih kecil.
serbuk arang
2. Potong bahagian bawah botol.
3. Tebuk bahagian penutup botol pasir
dengan menggunakan paku.
Pasangkan kembali
penutup botol.
4. Masukkan bahan-bahan
mengikut lapisan.
Penapis kamu hendaklah
mengandungi
sekurang-kurangnya air kotor
tiga bahan penapis.
5. Tuangkan secawan air kotor.
Penapis kamu mestilah boleh
membersihkan secawan air
kotor dalam masa kurang
seminit. Kongsikan hasil
ciptaan kamu dengan
kumpulan yang lain.

air yang
Air ini masih belum selamat untuk diminum. ditapis

84
1. Beberapa contoh haiwan yang telah pupus ialah burung Dodo, mamot,
serigala Tasmania, dinosaur, Quagga dan harimau bertaring lengkung.

2. Haiwan dan tumbuhan yang terancam adalah seperti yang berikut:

Haiwan terancam Tumbuhan terancam

gajah, badak sumbu, orang utan, meranti, keruing, cengal, bunga


panda, tapir Malaya, harimau pakma, periuk kera, orkid selipar,
Malaya pokok tongkat ali

3. Faktor ancaman haiwan dan tumbuhan ialah pemusnahan habitat,


pemburuan haram, pencemaran, bencana alam dan pemanasan global.

4. Cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan:

Pemeliharaan Pemuliharaan

• mengawal pembalakan • membina pusat pemuliharaan


• mendidik masyarakat • menanam semula pokok
• memboikot penjualan produk
dan ubat-ubatan yang
diperbuat daripada
spesies terancam
• menguatkuasakan
undang-undang
• mengitar semula barangan
• mewartakan kawasan hutan
simpan dan taman marin

5. Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan:


• mengelakkan kepupusan
• memastikan haiwan dan tumbuhan tidak dieksploitasi secara melampau
• mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat
• mengelakkan kehilangan habitat

85
1. Nyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.

2. Maklumat di bawah menunjukkan bilangan gajah dalam hutan X


yang direkodkan dari tahun 2015 hingga 2019.
60
Bilangan Gajah

50
40
30
20
10
0
2015 2016 2017 2018 2019
Tahun

Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan di bawah.


(a) Nyatakan pemerhatian kamu.
(b) Berikan inferens terhadap bilangan gajah bagi tahun yang berikut:
(i) dari tahun 2015 hingga 2017
(ii) dari tahun 2017 hingga 2019
(c) Cadangkan dua cara untuk mengelakkan gajah diancam kepupusan
pada masa akan datang.

3. Rajah di bawah menunjukkan jadual pengelasan burung

burung

pupus terancam

X Y

(a) Namakan burung


X: ________________ Y: ________________
(b) Bolehkah keadaan burung X dipulihkan? Jelaskan.
(c) Cadangkan tiga cara yang sesuai untuk memulihara burung Y.

86

You might also like